Teks Pengacara Majlis Temu Murni Ppki Tahun 2015

6
RINEY & ZIE TEKS PENGACARA MAJLIS TEMU MURNI PPKI TAHUN 2015 TARIKH : 5.3.2015 HARI : KHAMIS PEMBACA SKRIP ATURAN MAJLIS Azwan Bismillah Hirahmanirrahim.. Alhamdulillahhirabbilalamin.. Rabbissrahlisadriwayassirliamri Wahlul Uq Dattan Millisani Yaf Khahul Kaulih.. Sayang selasih berisi minyak, Bunga cengkih di atas jerami, Terima kasih banyak-banyak, sudi datang ke masjlis kami. Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara, Assalamualaikum mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara. Yang Berusaha , Puan hajah Ruhani bt Salleh, Pengetua Cemerlang SMK Putra. Yang dihormati tuan Hj Mohamad bin Idris, Penolong Kanan Pentadbiran En rukmin bin md Rashid GPK Pendidikan Khas Barisan guru- guru ppki penjana modal insan gemilang Selamat datang ke majlis temu murni ppki smk putra tahun 2015. UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS

description

teks pengacara

Transcript of Teks Pengacara Majlis Temu Murni Ppki Tahun 2015

RINEY & ZIE

TEKS PENGACARA MAJLIS TEMU MURNI PPKI TAHUN 2015TARIKH : 5.3.2015 HARI : KHAMIS PEMBACASKRIPATURAN MAJLIS

Azwan Bismillah Hirahmanirrahim..Alhamdulillahhirabbilalamin..Rabbissrahlisadriwayassirliamri Wahlul Uq Dattan Millisani Yaf Khahul Kaulih..

Sayang selasih berisi minyak, Bunga cengkih di atas jerami, Terima kasih banyak-banyak, sudi datang ke masjlis kami.

Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara, Assalamualaikum mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara.

Yang Berusaha , Puan hajah Ruhani bt Salleh, Pengetua Cemerlang SMK Putra.Yang dihormati tuan Hj Mohamad bin Idris, Penolong Kanan Pentadbiran En rukmin bin md Rashid GPK Pendidikan Khas

Barisan guru- guru ppki penjana modal insan gemilang

Selamat datang ke majlis temu murni ppki smk putra tahun 2015.

Puji dan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat sama-sama kita berkumpul sekali lagi di dewan ini bagi meraikan kejayaan pelajar PPKI dalam bidang pendidikan.

Tetak buluh panjang suluh, mari jolok sarang penyengat, angkat doa jari sepuluh, doa minta biar selamat.

UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS

Safiyah

Hadirin dihormati

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama- sama mengaminkan bacaan doa yang akan diketuai oleh Ustza Mohd Sanusi bin Mohd Nor dan seterusnya akan diperdengarkan bacaan ayat-ayat suci Al Quran oleh Mohd Ariff Admansor bin Ariffn ..majlis dipersilakan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Muhammad Sanusi dan Mohd Ariff Admansor.Mudah-mudahan kita diberi hidayah dan kekuatan untuk melaksanakan majlis temu murni ppki pada tahun ini dengan jayanya.

Majlis seterusnya akan diteruskan dengan tayangan slide aktiviti- aktiviti pendidikan khas sepanjang tahun 2014 dan 2015...sama- sama kita saksikan tayangan ini

Bacaan doa oleh ustaz M.Sanusi bin Mohd Nor.

Bacaan Al-Quran oleh Ariff Admansor

Tayangan slide show PPKI

Azwan

Hadirin yang dihormati,

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)SMK Putra pada tahun ini mengadakan majlis temu murni bertujuan mengeratkan hubungan di antara ibu bapa dan pelajar dengan warga pendidik Program Pendidikan Khas Integrasi (ppki)SMK Putra .Program ini yang telah dimasukkan di dalam diari ppki smk putra sebagai program tahunan ini merupakan platform yang merangkumi guru- guru, ibu bapa pelajar dan juga Pembantu Pengurusan Murid (PPM)

Hadirin yang dihormati,

Majlis pada pagi ini diteruskan dengan ucapan guru penolong kanan PPKI ..En rukmin B.Md RashidDipersilakan

Ucapan GPK PPKI

Safiyah

Terima kasih Tuan Guru Penolong Kanan Ppki dengan ucapan itu tadi

Kalau tuan pikat kenari, jangan patahkan batang jerami, Kepada tuan sembah diberi, mohon rasmikan majlis kami..

Sidang dewan yang dihormati,

Tibalah masa yang ditunggu-tunggu..marilah sama- sama kita mendengar ucapan dan amanat yang akan disampaikan oleh Puan hajah Ruhani binti salleh , Pengetua Cemerlang SMK Putra dan seterusnya merasmikan Majlis Temu Murni tahun 2015.

Dengan segala hormatnya dipersilakan..

Ucapan pengetua

Azwan

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada puan pengetua di atas ucapan dan sudi merasmikan majlis kami sebentar tadi. Diharapkan dengan ucapan sebentar tadi dapat memberikan semangat dan dorongan kepada kita untuk berdiri teguh bersama- sama PPKI, dengan penuh minat dan iltizam demi melahirkan modal insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.

Bak kata pepatah Bulat air kerana pembentung , bulat kata kerana muafakat

Safiyah

TG NURKAMIRINI /C.ROSMAZIRAH Hadirin yang dihormati

Majlis dipersilaakn Pn. Tg Nur akamrini/ Pn Che rosmazirah untuk penyampaian Anugerah Khas tahun 2014, anugerah kehadiran terbaik tahun 2014 dan anugerah Kecemerlangan akademik 2014..Dipersilakan

Terima kasih kepada pengerusi majlis, ..,bagi menyampaikan Anugerah Khas 2014, Anugerah kehadiran terbaik 2014 dan anugerah akademik 2014, majlis menjemput Pn Hjh Ruhani bt salleh (Pengetua Cemerlang SMK Putra)dan diringi oleh En rukmin Md RashidDipersilakan

Baca anugerah.3 anugerah..

Majlis mengucapakan ribuan terima kasih kepada Pn hjh ruhani bt salleh dan en. Rukmin ..

Tahniah kepada semua anak didik PPKI , diharapkan dengan penghargaan anugerah ini dapat meningkatkan lagi potensi dalam diri pelajar, sama ada dari segi sahsiah dan akademikSeterusnya majlis ini saya serahkan kembali kepada pengerusi majlis..

Penyampaian anugerah pelajar

AzwanHadirin yang dihormati

Majlis diteruskan dengan sesi soal jawab antara ibu bapa dengan guru PPKI dan seterusnya menandatangani Rancangan Pengajaran Individu (RPI)di kelas PPKI..

Safiyah Selesai sudah majlis temu murni ppki tahun 2015 pada kali ini..sekarang tibalah masanya untuk kita menjamu selera..

Kalau ada sumur di ladang, boleh saya menumpang mandi, kalau ada umur panjang, boleh kita berjumpa lagi.

Azwan

dan SafiyahSekian sahaja untuk kali ini. Mohon maaf dari kami sekiranya ada terkasar bahasa, terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi. Sesungguhnya, yang terbaik itu datangnya daripada Allah SWT

Sekian , terima kasih..Assalamualaikum..