Teks Pengacara Perasmian Balai Islam

3
Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tan Sri Haji Shahrir Bin Abdul Samad Ahli Parlimen Johor Bahru Diiringi Yang Berbahagia Dato Haji Dollah bin Haji Said Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari Disertai dif – dif terhormat. Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari Pulau Mutiara, Pemanis kata selamat datang, Awal bismillah pembuka bicara Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t, kerana dengan limpah kurnianya, dapat kita bersama-sama berkumpul pada hari ini dalam majlis Perasmian Balai Islam

description

-

Transcript of Teks Pengacara Perasmian Balai Islam

Mengumumkan ketibaan

Yang BerhormatTan Sri Haji Shahrir Bin Abdul SamadAhli Parlimen Johor Bahru

Diiringi Yang BerbahagiaDato Haji Dollah bin Haji SaidYang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan GuruSekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari

Disertai dif dif terhormat.

Sirih berlipat sirih pinang,Sirih dari Pulau Mutiara,Pemanis kata selamat datang,Awal bismillah pembuka bicara

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t, kerana dengan limpah kurnianya,dapat kita bersama-sama berkumpul pada hari ini dalam majlis Perasmian Balai IslamSekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari ini.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakanUstaz Mohd Edham bin EffendiUntuk memimpin bacaan doa.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Mohd Edham bin Effendi atas bacaan doa sebentar tadi.

Sebagai tanda perasmian Balai IslamSekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari ini,Majlis dengan segala hormatnya mempersilakanYang BerhormatTan Sri Haji Shahrir bin Abdul SamadAhli Parlimen Johor BahruUntuk menandatangani plak perasmian Balai Islam Sekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari ini.

Pihak majlis mengucapkanjutaan terima kasih kepadaYang BerhormatTan Sri Haji Shahrir bin Abdul Samad\Atas kesudian beliau untuk merasmikan Balai IslamSekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari.

Dengan itu maka rasmilah sudah Balai IslamSekolah Kebangsaan Mohd Khir Johari ini.Bunga seroja di atas para Jatuh ditimpa buah beranganAndai kata tersilap bicaraMaaf jua kami pohonkan.

Wabillah hi taufiq wal hidayahWassalamualaikum warahmatullahbi wabarakatuh