TEKS PENGACARA PERSARAAN

12
Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan CIK KEN POH YIEN diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan. Indah berbalam si awan petang Berarak di celah pohon ara Pemanis kalam selamat datang Awal bismillah pembuka bicara Bismillahir Rahmanir Rahim Assalamu `Alaikum W.B.T. Yang Berbahagia, EN SYAARI BIN ABU BAKAR Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah alor gajah Yang di hormati, EN ASRI BIN DIN Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SKBD Yang Berusaha Pn. Hjh. NORINAH BTE HJ KAMARUDIN GURU BESAR SKBD 1

description

teks mc

Transcript of TEKS PENGACARA PERSARAAN

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan CIK KEN POH YIEN diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan.

Indah berbalam si awan petang

Berarak di celah pohon ara

Pemanis kalam selamat datang

Awal bismillah pembuka bicara

Bismillahir Rahmanir Rahim

Assalamu `Alaikum W.B.T.

Yang Berbahagia,

EN SYAARI BIN ABU BAKARPenolong Pegawai Pelajaran Daerah,Pejabat Pelajaran Daerah alor gajahYang di hormati,

EN ASRI BIN DINYang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru

SKBDYang Berusaha

Pn. Hjh. NORINAH BTE HJ KAMARUDINGURU BESAR SKBD

Yang di kasihi dan Diraikan

CIK KEN POH YIENGuru BAHASA INGGERIS

SKBDSeterusnya

Barisan GURU PENOLONG KANAN, guru-guru, murid-murid, hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.

Selamat datang ke :Majlis persaraan Yang Diraikan CIK KEN POH YIEN

Guru BAHASA INGGERIS

SKBD

Saya Anuar bte Rosli DAN

Saya, Ustazah Rahimah Bt Abd Rahim

akan mengacarakan majlis ini sehingga ke penghujungnya.

Sirih berlipat sirih pinang

Sirih dari Pulau Mutiara

Pemanis kata selamat datang

Awal bismillah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi inti

Dibawa budak sambil berlari

Kehadiran semua sangat dihargai

Moga Majlis bertambah seri

Bunga mawar cantik tersemat

Dipetik gadis di tepi titi

Doa dibaca memohon Rahmat

Moga Majlis sentiasa diberkati

BACAAN DOA

Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh Al Fadhil Al-Ustaz Abd Salam Bin YaakupMajlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al Fadhil Al-Ustaz Abd Salam Bin Yaakup atas bacaan doa itu tadi.

UCAPAN GURU BESAR

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya

Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya

Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang berusaha pn hjh norinah bte HJ kamarudin guru besar SKBD. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.Terbang tinggi si burung kendidi,

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih dia atas ucapan itu tadi.

UCAPAN YDP PIBGMajlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada Yang Dihormati En. Asri bin Din, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK BD untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Dihormati En. Asri bin Din,atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Ucapan PPD

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada yang berbahgia En. Syaari bin Abu Bakar, Pegawai Pelajaran Daerah Alor Gajah untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada yang berbahagia En Syaari bin Abu Bakar atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

BIODATA

Jasamu dikenang

Budimu tak terbilang

Semangatmu dijulang

Perjuanganmu gemilang

Nama: Cik Ken Poh Yien

T/Lahir:19 Disember 1955

Tem. Lahir: Melaka

Tempat Tinggal: Pantai Belimbing

Adik Beradik: Pertama dari 7 orang

Latar belakang Perkhidmatan:

Akademik:Alor Gajah English School -1967

Alor Gajah Secondary English School -1972

Ikhtisas:Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, JB 1976

Sejarah Perkhidmatan: SK Bukit Aping Timur Kota Tinggi 1977-79

SK Jeram Masjid tanah 1980-82

SK Durian Tunggal 1983-84

SK B dalam 1985 2011 = 26 tahun

Anugerah:

Begitulah serba sedikit huraian biodata seorang insan yang bernama Cik Ken Poh Yien . seperti yang diketahui semua miss ken terkenal di sekolah ini dengan sikap lemah lembut, penyayang terhadap murid-murid serta seorang guru yang berdedikasi sepanjang menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang guru yang berakhir di sekolah kebangsaan belimbing dalam. Ucapan ken poh yien

Sudah teradat si anak lelaki

Mati berjuang, berundur jangan

Berani kami menjunjung adat

Bukan memberi kata dan puji

Hanya budi dalam ingatan

Buat kenangan sepanjang hayat

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan CIK KEN POH YIEN. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan CIK KEN POH YIEN atas ucapan itu tadi.

PENYAMPAI SIJIL DARI PPD

Hadhirin Yang Dihormati Sekalian,

Sebagai tanda penghargaan atas perkhidmatan Cik Ken Poh Yien dalam bidang pendidikan, majlis mempersilakan En Syaari Bin Abu Bakar, Pegawai Pelajaran Daerah,, Pejabat Pelajaran Daerah Alor Gajah untuk menyampaikan sijil penghargaan dari pihak Jabatan Pelajaran Melaka

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih Kepada En Syaari Bin Abu Bakar diatas kesudiannya menyampaikan hadiah sebentar tadi.PERSEMBAHANTinggi sungguh pohon kuini,Dililit pepaku bersulam semalu,Melepaskan dirimu di saat ini,Basahlah kami meratap pilu.

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini, marilah bersama-sama kita saksikan persembahan daripada pelajar SKBD sebagai kenangan terakhir khususnya untuk yang diraikan. Sama-sama kita saksikan persembahan Mini Okestra di bawah pimpinan En Mohd Nizam Mustapa. Segala hormatnya di persilakan

Majlis diteruskan dengan mempersilakan kumpulan koir dari pelajar tahun 5 dan 6 mendendangkan alunan suara mereka. Dengan hormatnya dijemput.

Begitulah lontaran suara daripada kumpulan koir yang dialunkan untuk kita semua. Tahniah dan syabas.

PERSEMBAHAN MULTI MEDIASidang Hadhirin Sekalian,

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan

Itu adat, itu lumrah kehidupan

Begitulah rentetan perjalanan

Walau sukar untuk ditelan

Tapi kaki tetap mengorak jalan

Selagi hayat dikandung badan

Majlis diteruskan dengan persembahan multimedia mengisahkan tentang biografi dan memori perjalanan Yang Diraikan CIK KEN POH YEIN. Marilah kita sama-sama saksi dan hayati persembahan multimedia ini.

Begitulah tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia Yang Diraikan CIK KEN POH YEIN. Mudah-mudahan ianya dapat memberi sumber inspirasi buat kita semua. Buat makluman semua paparan multimedia itu tadi telah dihasilkan oleh Ustaz Zamri Bin Arshad. Tahniah di ucapkan.PENYAMPAIAN HADIAHHadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan mempersilakan .. Untuk mengiringi Yang Diraikan CIK KEN POH YEIN bagi menerima cenderamata kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-wakil kelas.

Dipersilakan wakil daripada kelas Pra-sekolah 1

Dipersilakan wakil daripada kelas Pra-sekolah 2

Dipersilakan wakil daripada kelas Pendidikan Khas

Dipersilakan wakil daripada kelas 1 ARIFDipersilakan wakil daripada kelas 1 budimanDipersilakan wakil daripada kelas 2 ARIFDipersilakan wakil daripada kelas 2 BUDIMANSeterusnya Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati EN ASRI BIN DIN untuk menyampaikan cenderamata daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SKBD.

Seterusnya,

Dipersilakan GPK HEM untuk menyampaikan tanda hati daripada Unit HEM

Dipersilakan GPK Kokurikulum . Untuk menyampaikan tanda ingatan daripada Unit Kokurikulum

Dipersilakan KETUA PANITIA . , PN untuk menyampaikan tanda ingatan daripada PANITIA

Dan yang terakhir Majlis mempersilakan tuan guru besar pn norinah bt hj klamarudin untuk menyampaikan tanda ingatan daripada SKBD

Begitulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan CIK KEN POH YEIN.

Majlis merakamkan sejutaan penghargaan dan terima kasih atas tanda ingatan, sumbangan dan tanda hati yang diberikan dan semoga menjadi memoir indah dalam dakapan CIK KEN POH YEIN.

PENUTUPHadirin dan hadirat yang dirahmati Allah

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhanUmpama berkayuh telah sampai di muaraUmpama berjalan telah sampai di destinasiPara hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Sebelum saya mengakhiri majlis ini,izinkan saya menyampaikan bait-bait puitis yang bertajuk Bak Air yang Mengalir

Bak air yang mengalir.Tiba jua kiranya di muara waktu,Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu,Pada jejak-jejak yang lalu, seribu liku!

Tiba waktunya untuk menyusun jemari,Membuang segala kerikil bersalut di hati,yang terkhilaf dimaafi,yang sesal diinsafi,yang lebih dibahagi,yang kurang dilengkapi,Agar saat perpisahan ini indah,Terlerai segala durja gundah,Tersirna cebisan amarah,Terurai segala yang bercanggah.

Bak air yang mengalir,Tiba juga kiranya di muara waktu,Pasti tersisa kenangan yang terindah,Berhias luka tidak berdarah,Kesementaraan waktu mengutus seribu bumbu,Kerana sekali dipanggil guru,selamanya pun bergelar guru.

Selamat tinggal suara-suara ceria,Padang perhimpunan dan dewan perkasa,Bilik darjah dan anak-anak keletah,Bilik guru dan timbunan buku,Ruang kantin tempat mesra terjalin.

Selamat tinggal seribu kerenah,Datang dan pergi pelbagai wajah,Bercampur gembira bersisip gundah,Bergema didikan beralas madah,Selamat tinggal sebuah tempat bernama sekolah!

Selamat datang persaraan,Kerana segalanya hanya kesementaraan,Melengkapi perjalanan,Sebuah kehidupan!

Bak air yang mengalir,Tiba juga kiranya di muara waktu,Di sini kami pasti merindu,hakikat seorang individu,.Jelinglah kami jika rindu masih bertamu,Sapalah kami andai mesra akrab berpadu!

Bak air yang mengalir,Sampai di sini kenangan indah pasti terukir!Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.

Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan CIK KEN POH YIEN kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang Diraikan bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis persaraan Cik Ken Poh Yien Ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapaKelapa muda si kelapa barliJari disusun maaf dipintaPanjang usia bersua kembali

Sekian sahaja, salam hormat, Wa billahit Taufiq walhidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

Dijemput kepada tetamu yang diraikan serta dif-dif terhormat menjamu selera di ruangan yang telah disediakan.PAGE 11