Teks Pengacaraan Majlis

4
PELBAGAI MAJLIS UNIVERSITI MAJLIS MALAM ALUMNI UTM 2003 Ann. 1 : Mengumumkan ketibaan Y. Bhg. Tan Sri Abdul Halim Ali dengan diiringi oleh Yang Berbahagia Datuk Prof. Ir Dr. Mohd Zulkifli bin Tan Sri Mohd Ghazali, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia. Ann. 2 : Assalamualaikum w.b.h dan Salam Sejahtera. Y. Bhg. Tan Sri Abdul Halim Ali Pengerusi Lembaga Pengarah UTM Yang Berbahagia Datuk Prof. Ir. Mohd Zulkifli bin Tan Sri Mohd Ghazali, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia dan Yang Berbahagia Datin Zanita bte Ramli Y. Bhg. Prof. Ir. Dr. Azraai bin Kasim, TNC Y. Bhg. Prof. If. Dr. Alias, TNC Yang Berusaha Ir. Dr. Wan Ali Wan Mat Pengarah Unit Perhubungan Alumni Pegawai Kanan UTM serta hadirin-hadirat yang dihormati sekalian. Malam indah di Aidilfitri Bulan mulia kemaafan dipinta Malam Alumni menjelma lagi Mengembali nostalgia menerus aspirasi negara

description

emcee

Transcript of Teks Pengacaraan Majlis

Page 1: Teks Pengacaraan Majlis

PELBAGAI MAJLIS UNIVERSITI

MAJLIS MALAM ALUMNI UTM 2003

Ann. 1 : Mengumumkan ketibaan Y. Bhg. Tan Sri Abdul Halim Ali dengan diiringi oleh Yang

Berbahagia Datuk Prof. Ir Dr. Mohd Zulkifli bin Tan Sri Mohd Ghazali, Naib Canselor

Universiti Teknologi Malaysia.

Ann. 2 : Assalamualaikum w.b.h dan Salam Sejahtera.

Y. Bhg. Tan Sri Abdul Halim Ali Pengerusi Lembaga Pengarah UTM

Yang Berbahagia Datuk Prof. Ir. Mohd Zulkifli bin Tan Sri Mohd Ghazali,

Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia dan Yang Berbahagia Datin Zanita

bte

Ramli

Y. Bhg. Prof. Ir. Dr. Azraai bin Kasim, TNC

Y. Bhg. Prof. If. Dr. Alias, TNC

Yang Berusaha Ir. Dr. Wan Ali Wan Mat Pengarah Unit Perhubungan Alumni

Pegawai Kanan UTM serta hadirin-hadirat yang dihormati sekalian.

Malam indah di Aidilfitri

Bulan mulia kemaafan dipinta

Malam Alumni menjelma lagi

Mengembali nostalgia menerus aspirasi negara

Pihak majlis mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya

Aidilfitri kepada hadirian sekalian memandangkan kehangatan Syawal masih lagi

terasa. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana masih diberi

peluang sekali lagi untuk bersama-sama meraikan Malam Alumni UTM 2003 pada

Page 2: Teks Pengacaraan Majlis

malam ini. Bagi memberkati majlis. Dijemput Y. Bhg. Ustaz Shahrizal Shahidan untuk

membacakan doa.

Ann 3 : Terima kasih Y. Bhg. Ustaz Shahrizal di atad bacaan doa itu tadi,

Hadirian-hadirat yang dihormati sekalian,

Malam Alumni indah berseri

Dengan iringan irama merdu

Terhidang sudah jamuan dinanti

Dipersilakan sekalian hadirin menjamu

Ann. 4 : Dengan itu, dipersilakan Y. Bhg. Tan Sri, Puan Sri, Datuk, Datin serta hadirin sekalian

untuk menikmati Jamuan Malam Alumni 2003 ini.

Sudi-sudikanlah.

Kembang harum si bunga kemboja

Buat jambangan hiasan serumah

Hidangan malam sudah di meja

Tinggal menanti dicecah dijamah

Ann. 5 : Hadirin-hadirat yang dihoramati sekalian

Bagi meneruskan Malam Alumni 2003 ini majlis diteruskan dengan mempersilakan

Yang Berbahagia Datuk Prof. Ir Dr. Mohd Zulkifli bin Tan Sri Mohd Ghazali, Naib

Canselor Universiti Teknologi Malaysia unutk menyampaikan ucapan alu-aluan. Denga

hormatnya dipersilakan.

Ann. 6 : Majlis merakamkan ribuan terima kasih di atas ucapan Y. Bhg. Datuk Naib Canselor

sebentar tadi.

: Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian

Seterusnya, majlis segala hormatnya menjemput Pengerusi Lembga Pengarah UTM

untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan Tan Sri.

Ann. 7 : Majlis merakamkan ribuan terima kasih di ats ucapan sebentar tadi.

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian

Page 3: Teks Pengacaraan Majlis

Majlis Malam Alumni 2003 ini diteruskan dengan mempersilakan hadirin untuk

menyaksikan persembahan detik-detik nostalgia dan video korporat UTM. Dipersilakan.

Ann. 8 : Begitulah persembahan yang menambahkan seri dan erti Malam Alumni UTM 2003.

Hadirin dan hadirat sekalian

Seterusnya ialah penganugerahan Tokoh Alumni 2003. Sebelum penganugerahan ini,

izinkan saya untuk membacakan biodata Tokoh Alumni tahun ini.

……………………………………………………………………………

;…………………………………………………………………………..

Ann. 9 : Bagi mengaugerahkan Tokoh Alumni 2003, dipersilakan Y. Bhg. Datuk Naib Canselor

bagi menjemput dan mengiringi Y. Bhg. Tan Sri Abdul Halim bin Ali untuk

menyempurnakan majlis. Dengan itu, dipersilakan Tokoh Alumni

2003…………………………………………………….. tampil untuk menerima anugerah.

Dipersilakan.