TEKS PENGACARA.docx
-
Upload
nurulhuda-sharif -
Category
Documents
-
view
224 -
download
0
description
Transcript of TEKS PENGACARA.docx
1.PENDAHULUAN
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam 1 Malaysia.
Yang Berusaha Pn Rafidah bt. Mohd Yussp, Guru Besar SK Kampong Pasir,
Pn Hjh Maryani bt Omar GPK Pentadbiran,
Pn Noraini bt Hashim GPK Hal Ehwal Murid,
Encik Mohd Annuar b Buran GPK Kokurikulum
Rakan-rakan guru
dan murid-murid yang dikasihi sekalian.
Alhamdulillah setinggi ucapan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan
limpah rahmat-Nya pada pagi yang penuh barakah ini, kita diberi kesempatan untuk
sama-sama berkumpul bagi Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan dengan
penuh kedamaian dan keamanan. Kedamaian dan keamanan ini sebagai tanda bahawa
negara ini berada dalam kestabilan politik dan kita mampu berkongsi muafakat untuk
hidup bersama . Sesungguhnya sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda
bahawa para guru dan pelajar sekolah ini dapat seiring dan sederap melangkah,
dengan semangat kesungguhan yang berkobar-kobar dan beriiltizam tinggi untuk
menjadi warganegara yang patriotik.
2. UCAPAN GURU BESAR
Tuah tersenyum pada Si Teja,
Duduk bersimpuh sambil bersila;
Kain ditenun bersama Reja,
Ucapan Guru Besar dijemput sila,
Majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha , Pn Rafidah bt Mohd
Yussup, Guru Besar SK Kampong Pasir untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Kalungan apresiasi buat Yang Berusaha Guru Besar atas ucapan yang disampaikan
sebentar tadi.
3. PERSEMBAHAN MURID
Bendera berkibar di rumah Pak Agos,
Di halaman rumah pasang pelita;
Menjelang tiba Tiga Puluh Satu Ogos,
Tarikh kemerdekaan negara kita.
Majlis seterusnya diteruskan dengan persembahan deklamasi sajak yang akan
dideklamasikan oleh Adik Umairah bt. Omar daripada kelas 5 Rajin. Dipersilakan.
*LAGU WARISAN
Terbang tinggi si burung helang,
Berkicau kenari sambil berterbangan;
Insan cemerlang negara terbilang,
Bakat diserlah tanda kecemerlangan.
Majlis diteruskan lagi dengan persembahan koir lagu patriotic oleh murid Tahun 4.
Mereka akan menyanyikandua buah lagu iaitu Johor Negeriku dan Perwira.
Dipersilakan
* LAGU JOHOR NEGERIKU
* LAGU PERWIRA
Untuk makluman, persembahan koir itu tadi adalah dibawah bimbingan En. Aliff b.
Omar.
4. PENYAMPAIAN HADIAH
Bersyukur menjadi rakyat Malaysia,
Bumi bertuah indah permai;
Lima puluh lima tahun kita merdeka,
Rakyat hidup aman damai.
Hadirin sekalian,
Pihak sekolah telah mengadakan pelbagai aktiviti sempena Sambutan Bulan
Kemerdekaan 2015. . Kini tibalah masanya untuk acara penyampaian hadiah.
Oleh itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn Rafidah bt. Mohd Yussup,
Guru Besar SK Kampong Pasir untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
* LAGU SELAMAT HARI LAHIR
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas kesudian Pn Guru Besar di atas
penyampaian hadiah kepada para pemenang itu tadi.
5. GIMIK PELANCARAN
Tiga Puluh Satu Ogos tarikh keramat,
Bersama kita menyambut merdeka;
Bersatu berazam penuh semangat,
Mari pertahankan kemerdekaan kita.
*BUNYI LOCENG
Dengan penyampaian Kad Ucapan Kemerdekaan kepada Guru Besar itu tadi, maka
Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan ditutup dengan rasminya.
*POP UP
6. PENUTUP
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara. Pihak majlis mohon
mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan
bunga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan Majlis
Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan dan 1 Malaysia peringkat sekolah ini dapat
dilangsung dengan meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua murid atas
kerjasama yang diberikan bagi mengharmonikan majlis ini.
Tenang-tenang air di kali,
Tempat mandian putra puteri;
Sempurna sudah majlis dirai,
Salah dan silap harap dimaafi.
Semua murid dan guru diminta berdiri dan sama-sama menyanyikan dua buah lagu
iaitu
1.Sehati Sejiwa
2.Negaraku
Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,
Wabillahi Taufik Walhidayah.
Wassalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.
*LAGU SEHATI SEJIWA & NEGARAKU