Teks Pengerusi Majlis Mac 2012 Baru

17
TEKS PENGERUSI MAJLIS MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG KALI KE 43 (2012) ACARA TEKS CATATAN Pemeriksaan Perbarisan Kehormat Ketibaan tetamu kehormat Lagu Negaraku Lagu Pulau Pinang Majlis mempersilakan tetamu kehormat yang dihormati Tuan syed mohd shah bin haji awang kechik al-khairid untuk memeriksa perbarisan kehormat unit beruniform sekolah. Perbarisan kehormat diketuai oleh Saudari Noor Syafanani binti Mohd Radzi dan terdiri daripada 10 anggota Kadet Koreksional, 10 anggota Kadet Remaja Sekolah, 11 Anggota St. John’s Ambulance dan 10 anggota Briged Putera. Dipersilakan. ....................pemeriksaan perbarisan kehormat..................... ....tetamu selesai periksa perbarisan dan masuk ke dewan.... Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang dihormati Tuan syed mohd shah bin haji awang kechik al-khairid, pegawai sains dan matematik, mewakili Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Timur laut, Pulau Pinang dengan di iringi oleh pihak pentadbiran sekolah.

description

skrip pengacara

Transcript of Teks Pengerusi Majlis Mac 2012 Baru

TEKS PENGERUSI MAJLISMAJLIS ANUGERAH CEMERLANG KALI KE 43 (2012)

ACARATEKSCATATAN

Pemeriksaan Perbarisan Kehormat

Ketibaan tetamu kehormat

Lagu NegarakuLagu Pulau Pinang

Bacaan Doa

Ucapan aluan Pengerusi Majlis

Ucapan YDP PIBG

Ucapan Pengetua

Ucapan Perasmian Oleh Tetamu Kehormat

Persembahan 1Sajak

Majlis Penyampaian Hadiah(Anugerah khas, PKBP, Ting. 1 & 2)

Persembahan 2Tarian PKBP

Penyampaian hadiah (ting.3 & 4)

Persembahan 3Dikir barat

Majlis Penyampaian Hadiah(Ting.5 & Sijil penghargaan kecemerlangan kokurikulum)

Penyampaian hadiah( cemerlang PMR, SPM, Hadiah penghargaan)

Persembahan 4 Nyanyian berkumpulan

Lagu sekolah

Penutup & Jamuan

Majlis mempersilakan tetamu kehormat yang dihormati Tuan syed mohd shah bin haji awang kechik al-khairid untuk memeriksa perbarisan kehormat unit beruniform sekolah. Perbarisan kehormat diketuai oleh Saudari Noor Syafanani binti Mohd Radzi dan terdiri daripada 10 anggota Kadet Koreksional, 10 anggota Kadet Remaja Sekolah, 11 Anggota St. Johns Ambulance dan 10 anggota Briged Putera. Dipersilakan.

....................pemeriksaan perbarisan kehormat.....................

....tetamu selesai periksa perbarisan dan masuk ke dewan....

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang dihormati Tuan syed mohd shah bin haji awang kechik al-khairid, pegawai sains dan matematik, mewakili Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Timur laut, Pulau Pinang dengan di iringi oleh pihak pentadbiran sekolah.

Hadirin sekalian, majlis akan dimulakan dan hadirin dipersilakan untuk berdiri bagi bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku serta lagu Pulau Pinang.

..........................lagu Negaraku & Pulau Pinang.........................

Terima kasih kepada semua hadirin dan hadirat sekalian. Semua hadirin dan hadirat dipersilakan duduk.Lebat kemiri pohonnya rendahDahan terikat tali perkasaSepuluh jari kami menadahMohon berkat yang maha esa.

Bagi memuliakan majlis kita pada pagi ini, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput Encik Yazriha bin Yaakob untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan...

....................bacaan doa.......................

Amin Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Yazriha bin Yaakob atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Sireh berlipat sireh pinangSireh dari pulau mutiaraPemanis kata selamat datangAwal bismillah pembuka bicara

Bismillahirrahmanirrahim. Asalamuaalaikum dan salam 1 malaysia

Yang dihormati Tuan syed mohd shah bin haji awang kechik al-khairid, pegawai sains dan matematik, mewakili Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Timur laut, Pulau Pinang. Encik Roslan bin Rosli, Yang Dipertua PIBG SMK Padang Polo,

......................................................... wakil pengarah penjara pulau pinang,

Ahli jawatankuasa PIBG SMK Padang Polo,

Yang Berusaha Pn. Noorzela Bt Abu Bakar, Pengetua SMK Padang Polo, penolong-penolong kanan, para waris, Para Jemputan, guru-guru, dan semua pelajar yang dikasihi sekalian.

Sayang kumbang mencari rotanTerbang seiring di tepi kaliSelamat datang kami ucapkanMoga di iringi restu ilahi

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan lizin kasih-NYA, kita dapat berkumpul di dewan sekolah ini bagi menjayakan Majlis Anugerah Cemerlang SMK Padang Polo kali ke 43 bagi tahun 2012. Majlis merakamkan setingggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat kita pada hari ini Yang berusaha Tuan syed mohd shah bin haji awang kechik al-khairid, pegawai sains dan matematik mewakili Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Timur laut, Pulau Pinang kerana sudi hadir dalam majlis Hari Anugerah Cemerlang SMK Padang Polo pada tahun ini. Selamat datang juga diucapkan kepada semua tetamu, ibu bapa serta hadirin-hadirat sekalian. Semoga dengan kehadiran semua, maka majlis ini lebih bermakna dan berseri.

Hadirin Yang Dimuliakan...Seperti yang kita sedia maklum Majlis Anugerah Cemerlang merupakan salah satu aktiviti tahunan sekolah ini. Majlis ini bertujuan bagi meraikan pelajar-pelajar yang cemerlang dari aspek kurikulum dan kokurikulum. Matlamat majlis ini adalah untuk meransang pelajar agar berusaha dengan lebih gigih dan proaktif dalam semua aspek termasuk sahsiah. Secara tidak langsung dapat melonjakkan kecemerlangan sekolah ini dan seterusnya melahirkan modal insan yang berkualiti.

Bagi meneruskan majlis, dijemput Encik Roslan bin Rosli, Yang Dipertua PIBG SMK Padang Polo untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan

.......................ucapan YDP PIBG.............................

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Roslan bin Rosli atas ucapan itu tadi.

Kini majlis mempersilakan pula Puan Noorzela binti Abu Bakar, Pengetua SMK Padang Polo untuk menyampaikan Laporan Tahunan Sekolah. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

.....................laporan tahunan sekolah.....................

Terima Kasih diucapkan kepada Puan Noorzela binti Abu Bakar atas Laporan Tahunan Sekolah itu tadi.

Sudilah tuan jalan berlapanJalan berlapan di malam kelamSudilah tuan beri ucapanKata aluan pemanis kalam

Kini tibalah kita kepada acara yag dinantikan iaitu ucapan daripada tetamu kehormat. Bertonggak adat yang datang di sambut, yang pergi di iringi maka majlis dengan penuh takzim menjemput Yang berusaha, tuan syed mohd shah bin haji awang kechik al-khairid, pegawai sains dan matematik mewakili Pegawai Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Daerah Timur laut, Pulau Pinang untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis kita pada hari ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

.....................ucapan perasmian............................

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan syed mohd shah bin haji awang kechik al-khairid atas ucapan dan perasmian itu tadi.

Sebelum kita meneruskan lagi acara yang berikutnya pada pagi ini, marilah bersama-sama kita menyaksikan persembahan yang pertama iaitu persembahan sajak yang bertajuk sajak sebuah kejayaan yang akan dideklamasikan oleh nur amanina binti md. Ridzuan dan nur shafinaz binti husmadi. Dipersilakan.

.................persembahan 1........................

Terima kasih diucapkan kepada para pelajar yang telah membuat persembahan sebentar itu tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha yang gigih dan berterusan. Ia juga tidak mengenal erti jemu dan letih untuk mendapatkan sebuah kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, wajarlah sekiranya kita menyediakan sedikit penghargaan kepada para pelajar yang telah berjaya mencapai kecemerlangan di sekolah. Semoga ia akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjuang dalam mengejar ilmu dan cita-cita. Maka acara yang seterusnya adalah penyampaian hadiah dan sijil penghargaan kepada anak-anak didik SMK Padang Polo.

Hadirin yang dihormati sekalian,Kini, majlis ingin menjemput Encik tan leng khuan, naib yang dipertua PIBG SMK Padang Polo diiringi oleh Puan Ong Poh Cheng, Penolong Kanan Kokurikulum untuk menyampaikan hadiah bagi Kelas Pendidikan Khas, pelajar tingkatan 1 serta tingkatan 2. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Memulakan acara penyampaian anugerah kecemerlangan, disampaikan :1. Anugerah kecemerlangan PKBP (rujuk senarai)1. Anugerah kecemerlangan tingkatan 11. Anugerah kecemerlangan tingkatan 2

.....................penyampaian hadiah..........................

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas penyampaian hadiah itu tadi..Sebagai tanda penghargaan majlis mempersilakan Puan Ong Poh Cheng untuk menyampaikan cenderahati kepada encik tan leng khuan. Dipersilakan.....................penyampaian cenderahati..........................

Terima kasih diucapkan atas penyampaian cenderahati itu tadi..

Tuan-tuan dan puan-puan,Majlis akan dimeriahkan lagi dengan persembahan yang kedua iaitu persembahan tarian dari anak-anak didik kelas Pendidikan Khas dengan di iringi lagu bertajuk bole chudiyan dari filem kabhi kushi kabhi gham. Dipersilakan.

.................persembahan 2........................

Terima kasih diucapkan kepada para pelajar atas persembahan itu tadi. Perembahan tarian para pelajar tadi telah di latih oleh puan nor farah amelia dan juga cik nor halifa.

Hadirin yang dihormati sekalian..Majlis diteruskan dengan menjemput ......................................................, ..................................................................................................................diiringi oleh Puan Nona binti Din, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk menyampaikan hadiah bagi Tingkatan 3 dan 4. Dengan segala hormatnya dipersilakan...Acara penyampaian anugerah kecemerlangan yang seterusnya, disampaikan :1. Anugerah kecemerlangan tingkatan 3 (rujuk senarai)1. Anugerah kecemerlangan tingkatan 4

.....................penyampaian hadiah..........................

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada ................................................................................................ kerana sudi menyampaikan hadiah. Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan Puan Nona binti Din untuk menyampaikan cenderahati kepada ......................................................................................................

.....................penyampaian cenderahati..........................

Terima kasih diucapkan atas penyampaian cenderahati itu tadi.

Hadirin sekalian. Sekali lagi majlis kita akan diserikan lagi dengan persembahan pelajar yang seterusnya. Persembahan berikut adalah persembahan dikir barat. Para pelajar akan menyampaikan lagu bertajuk eh wau bulan. dipersilakan.

.................persembahan dikir barat........................

Hebat sekali persembahan dikir barat tersebut. Terima kasih atas persembahan itu tadi.

Majlis akan diteruskan dengan menjemput encik roslan bin rosli, yang dipertua PIBG, SMK Padang Polo diiringi oleh Cik Yeow Poh Cheng, Penolong Kanan Pentadbiran untuk menyampaikan hadiah bagi Tingkatan 5 dan juga sijil penghargaan kecemerlangan kokurikulum. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Acara penyampaian anugerah kecemerlangan yang seterusnya, disampaikan :1. Anugerah kecemerlangan tingkatan 5 (rujuk senarai)1. Sijil penghargaan kecemerlangan kokurikulum

.....................penyampaian hadiah..........................

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada encik roslan bin rosli kerana sudi menyampaikan hadiah. Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan Cik Yeow Poh Cheng untuk menyampaikan cenderahati kepada encik roslan bin rosli. dipersilakan

.....................penyampaian cenderahati..........................

Terima kasih diucapkan atas penyampaian cenderahati itu tadi.

Majlis akan diteruskan dengan menjemput tuan syed mohd shah,pegawai sains dan matematik mewakili pegawai pelajaran daerah, pejabat pelajaran daerah tmur laut pulau pinang diiringi oleh Puan Noorzela binti Abu Bakar, Pengetua SMK Padang Polo untuk menyampaikan hadiah bagi Anugerah Kecemerlangan PMR & SPM bagi tahun 2011 serta sijil penghargaan kepada pihak yang telah memberikan jasa dan sumbangan khidmat bakti kepada sekolah ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Memulakan acara penyampaian anugerah kecemerlangan, disampaikan :

di sampaikan anugerah kecemerlangan PMR & SPM 2011

pelajar cemerlang PMR yang pertama iaitu sharifah shafiqkah binti sinni uttuman telah mendapat 7A. Dipersilakan untuk menerima hadiah.

Berikutnya pula adalah nur soleha binti rosli dan beliau telah mendapat 6A dalam peperiksaan PMR yang lalu. Dipersilakan.

Pelajar cemerlang pmr seterusnya adalah lim kean pheng yang telah mendapat 6A. Dipersilakan.

Untuk pengetahuan hadirin sekalian, peajar-pelajar cemerlang PMR ini sedang mengikuti kelas aliran sains 4 melur di sekolah ini.

Majlis ingin mempersilakan pelajar-pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2012 untuk menerima anugerah seterusnya.

disampaikan anugerah pelajar cemerlang SPM yang mendapat 5A iaitu katrin yeoh huay fern. Beliau kini sedang mengikuti pengajian tingkatan enam di smk (p) st. Georges. Dipersilakan wakil untuk menerima anugerah.

Seterusnya dijemput athirah binti zaharuddin yang telah mendapat 4A dalam peperiksaan SPM 2012 yang lalu. Beliau kini sedang menuntut di Politeknik Arau dalam bidang pengajian perniagaan. Dipersilakan wakil untuk menerima anugerah.

tuan-tuan dan puan-puan,sepanjang tahun 2012 ini, pihak sekolah telah mendapat kerjasama dari individu dan komuniti setempat. Pihak sekolah amat menghargai sumbangan tersebut. Oleh itu, anugerah penghargaan ini akan di sampaikan kepada individu dan pihak yang telah memberikan sumbangan dana dan khidmat bakti kepada sekolah.

Dipersilakan ......................................................... untuk menerima sijil penghargaan. Dipersilakan.1. .......................................................................................................1. .......................................................................................................1. .......................................................................................................1. .......................................................................................................

.....................penyampaian hadiah..........................

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada tuan syed mohd shah bin haji awang kechik al-khairid kerana sudi menyampaikan hadiah. Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan Puan Noorzela binti Abu Bakar untuk menyampaikan cenderahati kepada tuan syed mohd shah bin haji awang kechik al-khairid.

.....................penyampaian cenderahati..........................

Terima kasih diucapkan atas penyampaian cenderahati itu tadi. Buat pengetahuan hadirin sekalian, alunan melodi piano yang mengiringi penyampaian anugerah kecemerlangan sebentar tadi telah di persembahkan oleh tan hui xian dari kelas 1 mutiara.

Hadirin yang dihormati sekalian,Marilah bersama-sama kita menyaksikan persembahan seterusnya iaitu persembahan nyanyian berkumpulan. Kumpulan ini akan meyampaikan dua buah lagu yang bertajuk Budi Bahasa Budaya Kita dan juga anak kampung. Dipersilakan.

.................persembahan nyanyian berkumpulan........................

Terima kasih diucapkan kepada para pelajar atas persembahan itu tadi. Seterusnya para hadirin dipersilakan berdiri bagi bersama-sama untuk menyanyikan lagu sekolah. Dipersilakan.

......................lagu sekolah..........................

Terima kasih atas nyanyian itu tadi. Semua hadirin dipersilakan duduk.

Dengan itu, berakhirlah majlis kita pada hari ini. majlis ingin merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan syed mohd shah bin haji awang kechik al-khairid, semua AJK pelaksana, penyumbang dana dan semua yang telah menyumbangkan khidmat bakti secara langsung mahupun tidak langsung.

Akhir kata, pihak majlis ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap sepanjang majlis ini berlangsung.

Gugur menguning buah kuiniMenghijau pohon subur di bajaMajlis kita berakhir di siniSalah dan silap lupakan sajaSebarang kelemahan harap dimaafiSegala kerjasama sangat dihargaiTerima kasih sekalung budiKenangan nan indah simpanlah dihatiSemoga kita berjumpa lagi.

Sebelum majlis menutup tirai, pihak sekolah ingin mengucapkan jutaan Terima kasih kepada semua hadirin. Semua hadirin dijemput ke bilik teratai di kantin sekolah untuk menikmati jamuan ringan yang telah disediakan.

Sekian, salam sejahtera dan wabillahi taufik walhidayah wassalamuaalaikum w.b.t