TEKS PENGERUSI MAJLIS Makan Malam Persaraan (Autosaved)

download TEKS PENGERUSI MAJLIS Makan Malam Persaraan (Autosaved)

of 5

description

PENGERUSI MAJLIS

Transcript of TEKS PENGERUSI MAJLIS Makan Malam Persaraan (Autosaved)

TEKS PENGERUSI MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA PERSARAANTarikh: 4.4.2015Masa: 8.30 MLMTempat: Dewan Gemilang, SK Methodist.

PERKARA/ PEMBACABUTIRANCATATAN

Ketibaan TetamuBiji selasih boleh dimakanMenjadi perisa sedap terperiSelamat datang kami ucapkanSemoga majlis tambah berseri

Yang Diraikan Puan Hajjah Mazenah Bt. Ramli beserta keluarga.Yang Berusaha Tn Hj. Bahrudin b. Sulaiman, Penyelia Pendidikan Islam PPD KerianYang Berusaha Ust. Zainizam B. Mat Yatim, Penyelia Pendidikan Islam PPD KerianYang Berusaha Ust. Hasbullah b. Ahmad, Penolong PPD j-Qaf PPD KerianYang Berusaha Prof. Dr. Abdul Rahman bin Mohamed, YDP PIBGYang Berusaha En. Zulkifli b, ., NYPD PIBGYang berusaha Tn. Hj. Abdul Hamid b. Mohamad, Pengetua SMA Al-Falah.Yang Berusaha Tn. Hj. Shoyef b. Tukiman, Guru Besar SK Methodist.AJK PIBG, Guru-guru Penolong Kanan SKM, tetamu-tetamu jemputan, guru-guru serta warga dewan yang dikasihi sekalianTerlebih dahulu marilah kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran terhadap ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada malam ini dalam Majlis makan malam sempena persaraan puan HJH MAZENAH bt. RAMLI.

Untuk makluman semua, PIBG Sekolah Kebangsaan Methodist telah memberi penghargaan kepada semua guru dan kakitangan sekolah yang bekerja dan berusaha bersungguh-sungguh sehingga mencapai kecemerlangan hingga ke tahap Sekolah Kluster Kecemerlangan. Maka PIBG telah memberi sedikit sumbangan berbentuk kewangan untuk kecemerlangan sekolah pada malam ini.

Selain itu, hiasan pentas yang cantik lagi indah ini merupakan merupakan sumbangan ikhlas daripada cahaya kasih wedding planner.Jutaan terima kasih daripada kami warga SKM.

Jasamu dikenangBudimu tak terbilangSemangatmu dijulangKepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti yang telah dicurahkan oleh Yang Diraikan Pn. Hajjah Mazenah Bt Ramli sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan.

Bacaan Doa

Hadirin yang dimuliakan,

Bunga mawar cantik tersematDipetik gadis di tepi titiDoa dibaca memohon RahmatMoga Majlis sentiasa diberkati

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz Mohd Khalid Che Nawi. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)

Ucapan YDP PIBGHadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tak molek jika ada alu tiada lesungnyaTak berguna jika ada dayung tiada perahunyaTak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Oleh itu, Majlis menjemput YDP PIBG Prof. Dr. Abdul Rahman B. Mohamed bagi menyampaikan ucapan beliau. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Ucapan GBTerima kasih diucapkan kepada Prof. Dr. Abdul Rahman b. Mohamed atas ucapan sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Guru Besar, Tn. Hj. Shoyef b. Tukiman. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan guru besar atas ucapan sebentar tadi.

Ucapan Yang Dirai Hadirin yang dimuliakan,

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan serta kata-kata nasihat daripada Yang Diraikan Pn. Hajjah Mazenah Bt. Ramli. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

Majlis merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn. Hjh Mazenah bt. ramli atas ucapan itu tadi.

Tiap pertemuan pasti ada perpisahanItu adat, itu lumrah kehidupanBegitulah rentetan perjalananWalau sukar untuk ditelanTapi kaki tetap mengorak jalanSelagi hayat dikandung badan

Penyampaian Hadiah & cenderamataPara tetamu yang dirahmati sekalian,

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Pn. Hjh. Mazenah bt. Ramli.

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Pn. Zaini bt. Othman, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid mengiringi Pn. Tan Phaik Hoon Guru Penolong Kanan Pentadbiran untuk menyarungkan seutas rantai tangan ke tangan Yang Diraikan Pn. Hjh Mazenah bt. Ramli.Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Seterusnya dipersilakan Pn. Zaini bt. Othman untuk menyarungkan sebentuk cincin ke jari yang diraikan. Dengan segala hormat dipersilakan.

Untuk makluman hadirin dan hadirat sekalian hadiah itu tadi merupakan sumbangan ikhlas daripada kelab guru sekolah kebangsaan Methodist. Terima kasih diucapkan

Penyampaian hadiah.Seterusnya majlis ingin menjemput rakan-rakan guru yang ingin menyampaikan hadiah kepada yang diraikan Pn. Hjh Mazenah bt. Ramli.

Kita mulakan dengan :1. Wakil Kedai buku SKM Cik Syafida Azwani bt Mohd Shafie2. Wakil Panitia Agama Islam Pn. Rohaiza bt. Abdul Rahman3. Pengerusi Kelab Guru SKM Puan Zaiton bt. Ahmad.4. Pn. Fauziah bt. Ismail5. Pn. Nooranis6. Pn. Aida7. Pn. Faizah bt. Ismail8. Pn. Norlia bt. Hashim9. Pn. Sharifah 10. Pn. Hazwani11. Pn. Rosmeni12. Pn. Nor Hafizah bt. Basri13. Pn. Maznah

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn. Hjh. Mazenah bt. Ramli atas kesudian menerima hadiah itu. Anggaplah ia sebagai tanda kenang-kenangan daripada kami.

Umpama memanjat dah sampai ke puncakYang ruas dah sampai ke bukuYang kitab sudah berkhatamYang terniat sudah terkabulYang menerima sudah menerima

Kita telah pun berada di hujung acara.Untuk Ustazah Mazenah.

Raut wajah damai dan tenang,Tiada terkalam kasih dijunjung,Jasa baktimu tetap dikenang,Budi baikmu tetap disanjung.

Tuai padi antara masakEsok jangan layu-layuanIntai kami antara nampakEsok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.

PenutupMajlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Ustzh. Mazenah bt. Ramli kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Ustzh Mazenah atau panggilan manja kami Kak Nah bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis Makan Malam sempena Persaraan Pn. Hjh Mazenah bt. Ramli.

Dikesempatan ini juga, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang saya mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapaKelapa muda si kelapa barliJari disusun maaf dipintaPanjang usia bersua kembali

Majlis menjemput Yang Diraikan Pn. Hjh Mazenah bt. Ramli dan keluarga serta semua tetamu, hadirin dan hadirat untuk menjamu selera.

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh