teks perbahasan

7
MENTERI 1 Kelip2 disangka api Kini giliran saya selaku timbalan pembangkang. Terima kasih yang Dipertua Dewan, Barisan kerajaan yang petah berbicara tapi Nampak pincang dengan hujah-hujah mereka. Barisan pembangkang yang teguh lagi setia dengan hujah kami. Sidang dewan sekalian, assalamuailakum warahmatulahiwabarakatuh…….. Pada hari ini, pihak kerajaan begitu berkobar-kobar dengan hujah bahawa personality individu dipengaruhi oleh factor kebakaan. Namun……..kami di meja pembangkang tetap teguh membangkang

description

bahas

Transcript of teks perbahasan

Page 1: teks perbahasan

MENTERI 1

Kelip2 disangka api

Kini giliran saya selaku timbalan pembangkang.

Terima kasih yang Dipertua Dewan,

Barisan kerajaan yang petah berbicara tapi Nampak pincang dengan hujah-hujah mereka. Barisan pembangkang yang teguh lagi setia dengan hujah kami.

Sidang dewan sekalian, assalamuailakum warahmatulahiwabarakatuh……..

Pada hari ini, pihak kerajaan begitu berkobar-kobar dengan hujah bahawa personality individu dipengaruhi oleh factor kebakaan. Namun……..kami di meja pembangkang tetap teguh membangkang sebulat-bulatnya mengenai usul kita pada hari ini.

Page 2: teks perbahasan

Isi 1

Kami meletakkan 2 indikator bagi memantapkan hujah kami, yang pertama soal latar belakang sekolah, menurut buku perkembangan kanak-kanak edisi kedua oleh haliza hamzah mengatakan suasana sekolah yang kondusif dari segi, emosi dan social mampu menyumbang kepada perkembangan personality kanak-kanak. Sekolah merupakan tempat bimbingan dan pembentukan personality yang melibatkan kepada semua isinya dari pihak pentadbiran, guru-guru sehingga lah kepada tukang cuci di sekolah. Mereka semua memainkan peranan yang penting dalam pembentukan personality kanak-kanak.

Tuan yang dipertua,

Jika kita berbicara tentang amalan atau rutin di sekolah yang menyebabkan kanak-kanak merasakan mereka tidak selamat. Terancam dan takut. Sebagai contoh amalan mendenda seperti rotan jika melakukan kesalahan, menyebabkan murid merasa sesuatu kesalahn

Page 3: teks perbahasan

itu suatu kesalahan yang terlalu besar dan menyebabkan perkembangan personality individu menjadi tidak stabil.

Manakala, akt. P&P, gerakerja kokurikulum, penerapan nilai-nilai murni serta budaya sihat di sekolah membantu pembentukan peribadi kanak-kanak yang baik.

Sebagai contoh…..amalan kerohanian yang dilakukan oleh sekolah seperti SMK Geliga dan SMK sultan Ismail di Kemaman yang mengamalkan bacaan yassin pada setiap khamis dan pengisian kerohanian oleh pihak J-QAF dan unit kaunseling sekolah.

Tuan yg dipertua dan sidang hadirin yg dimuliakan,

Tidak dapat dinafikan hakikat yang mengatakan pengaruh keluarga sangat mempengaruhi personality kanak-kanak sejak dari zaman purba kala lagi kerana masa yang banyak diluangkan bersama keluarga. Keluarga yang yang dapat mewujudkan suasana kemesraan, kasih sayang dan nilai murni mampu mepengaruhi perkembangan personality kanak-kanak.

Page 4: teks perbahasan

Contonhnya : seorang kanak-kanak dari keluarga yang kecil biasanya akan mendapat layanan dan perhatian yang sempurna daripda ahli keluarga yang lain.

……………………………………………………

…………………………………………………..

Dengan ini saya sekali lagi dari meja pembangkang mohon usul ditolak.

Kontroversi Baka dan Persekitaran:

Apakah faktor asas yang mempengaruhi perkembangan seseorang individu?

Page 5: teks perbahasan

Adakah ia baka atau persekitaran?

     Pada dasarnya, terdapat dua pandangan.

Mereka yang menyokong faktor baka percaya bahawa corak perkembangan

kanak-kanak diwarisi sejak lahir dan dikawal separa atau sepenuhnya oleh

kod genetik daripada ibu-bapa.

Walaubagaimana pun pada pandangan kumpulan yang lain pula

perkembangan seseorang individu adalah hasil dari pengaruh atau

pengalaman sejak lahir. Menurut mereka, faktor yang terlibat termasuk

latar belakang keluarga, amalan asuhan kanak-kanak, kesihatan dan

pemakanan, status sosio-ekonomi dan kualiti sekolah.

Hasil kajian dari ahli tingkah laku genetik menunjukkan bahawa baka

memainkan peranan yang penting dalam perkembangan personaliti selain

perkembangan fizikal.

Dari kajian ini juga menunjukkan persekitaran juga memainkan peranan

yang penting. Contohnya, sepasang kembar serupa yang dibesarkan

berasingan tidak mempunyai IQ yang sama seperti kembar serupa yang

dibesarkan bersama-sama. Bagaimanakah kita dapat menerangkan ini?

Jawapannya adalah peranan yang dimainkan oleh persekitaran.

Tambahan pula, sesetengah kajian anak angkat menunjukkan IQ anak-anak

angkat dan adik-beradik angkat mereka ada kaitan walaupun mereka tidak

ada pertalian genetik. Bagaimanakah kita menjelaskan perkara ini? Tidak

ada penjelasan lain dari pengaruh persekitaran.

Kebanyakan daripada ahli psikologi percaya bahawa kedua-dua faktor baka

dan persekitaran memainkan peranan yang penting dalam perkembangan

individu.