Teks Program

2
Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah dipohon cemara, Assalamualaikum mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara. Program Motivasi Pelajar Cemerlang kita raikan. Selamat datang ke program ini semoga ia mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Anak didik sekalian, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana dapat hadir pada hari ini. Kehadiran anak didik sekalian amat saya sanjung kerana ia menggambarkan semangat kerjasama yang tinggi & sokongan padu daripada anda semua terhadap aktiviti yang dilaksanakan bagi memupuk nilai-nilai jati diri pelajar di samping memberi dorongan dan motivasi secara menyeluruh. Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah sama-sama kita membaca Ummul Kitab Al-Fatihah.. Para pelajar yang dirahmati Allah sekalian.... Program Motivasi Pelajar Cemerlang kita pada hari ini akan dimulakan dengan slot ice breaking dan pecahan kumpulan. Tanpa memang masa lagi majlis mempersilakan En Yusri Bin Masdar untuk melaksanakan aktiviti tersebut bersama-sama dengan pelajar. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada En Yusri Bin Masdar. Para pelajar sekalian, Majlis hari ini diteruskan dengan Ceramah yang akan disampaikan oleh Cif Inspektor Azman Mat Yashim daripada Jabatan Penjara Sekolah Henry Gurney. Sebagai pengenalan,beliau telah berkhidmat selama ……………………………… ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Cif Inspektor Azman Mat Yashim untuk menyampaikan ceramahnya. Terima kasih diucapkan kepada Cif Inspektor Azman Mat Yashim di atas ceramah yang telah disampaikan sebentar tadi. Semoga semua peserta dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi melalui ceramah yang telah disampaikan. Sebagai tanda penghargaan majlis menjemput ………………………………………………………………………………… untuk menyampaikan cenderahati kepada Cif Inspektor Azman Mat Yashim.

description

ok

Transcript of Teks Program

Page 1: Teks Program

Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah dipohon cemara, Assalamualaikum mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara. Program Motivasi Pelajar Cemerlang kita raikan. Selamat datang ke program ini semoga ia mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Anak didik sekalian, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana dapat hadir pada hari ini. Kehadiran anak didik sekalian amat saya sanjung kerana ia menggambarkan semangat kerjasama yang tinggi & sokongan padu daripada anda semua terhadap aktiviti yang dilaksanakan bagi memupuk nilai-nilai jati diri pelajar di samping memberi dorongan dan motivasi secara menyeluruh.

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah sama-sama kita membaca Ummul Kitab Al-Fatihah..

Para pelajar yang dirahmati Allah sekalian....

Program Motivasi Pelajar Cemerlang kita pada hari ini akan dimulakan dengan slot ice breaking dan pecahan kumpulan. Tanpa memang masa lagi majlis mempersilakan En Yusri Bin Masdar untuk melaksanakan aktiviti tersebut bersama-sama dengan pelajar. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En Yusri Bin Masdar.

Para pelajar sekalian,Majlis hari ini diteruskan dengan Ceramah yang akan disampaikan oleh Cif Inspektor Azman Mat Yashim daripada Jabatan Penjara Sekolah Henry Gurney. Sebagai pengenalan,beliau telah berkhidmat selama ……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Cif Inspektor Azman Mat Yashim untuk menyampaikan ceramahnya.

Terima kasih diucapkan kepada Cif Inspektor Azman Mat Yashim di atas ceramah yang telah disampaikan sebentar tadi. Semoga semua peserta dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehi melalui ceramah yang telah disampaikan.

Sebagai tanda penghargaan majlis menjemput ………………………………………………………………………………… untuk menyampaikan cenderahati kepada Cif Inspektor Azman Mat Yashim.

Terima kasih diucapkan kepada ……………………………………………………………………… kerana sudi menyampaikan cenderahati kepada penceramah kita pada hari ini.

Sungguh indah bunga kemboja Di bawah atap tepi halaman Juadah sudah terhidang di atas meja Sudilah santap peserta sekalian

Para pelajar sekalian, Majlis berehat seketika untuk kita menikmati minuman pagi dan akan disambung semula pada jam 11.30 pagi.

Page 2: Teks Program