TEKS SAMBUTAN HARI MERDEKA KALI KE 58 2015.doc

3
TEKS SAMBUTAN HARI MERDEKA KALI KE-58 Assalamualaikum.......Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia Yang Amat Berbahagia Datin Sri Diraja, Dato’ Sri Hajah Junaini bt Kassim, Pengetua Cemerlang SMK Pelindung Yang dihormati, Puan Zuraida bt Muhammad, Guru Penolong Kanan Pentadbiran. Yang dihormati Encik Nazim bin Ismail, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Yang dihormati Encik Nazaruddin bin Mohd Yusof, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Ketua-ketua Bidang,kaunselor2, ketua2 panitia,Barisan guru , seterusnya para pelajar yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah, pada pagi yang indah ini, marilah kita bersama-sama merafakkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan izinnya, dapat kita berkumpul di sini bagi menjayakan Majlis Sambutan Kemerdekaan kali yang ke 58. Hadirin sekalian, Sebelum kita meneruskan acara, untuk lebih memberkati majlis kita pada pagi yang indah ini, majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan pengawas yang bertugas untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. BACAAN DOA. 1

Transcript of TEKS SAMBUTAN HARI MERDEKA KALI KE 58 2015.doc

Page 1: TEKS SAMBUTAN HARI MERDEKA KALI KE 58 2015.doc

TEKS SAMBUTAN HARI MERDEKA KALI KE-58

Assalamualaikum.......Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia

Yang Amat Berbahagia Datin Sri Diraja, Dato’ Sri Hajah Junaini bt Kassim,

Pengetua Cemerlang SMK Pelindung

Yang dihormati, Puan Zuraida bt Muhammad, Guru Penolong Kanan

Pentadbiran.

Yang dihormati Encik Nazim bin Ismail, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal

Murid,

Yang dihormati Encik Nazaruddin bin Mohd Yusof, Guru Penolong Kanan

Kokurikulum,

Ketua-ketua Bidang,kaunselor2, ketua2 panitia,Barisan guru , seterusnya

para pelajar yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, pada pagi yang indah ini, marilah kita bersama-sama

merafakkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah

kurnia dan izinnya, dapat kita berkumpul di sini bagi menjayakan

Majlis Sambutan Kemerdekaan kali yang ke 58.

Hadirin sekalian,

Sebelum kita meneruskan acara, untuk lebih memberkati majlis kita pada

pagi yang indah ini, majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan

pengawas yang bertugas untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

BACAAN DOA.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

Hadiri hadirat sekalian.

Majlis akan diteruskan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri

Pahang dan lagu Sekolah. Diminta semua hadirin berdiri.

NYANYIAN LAGU NEGARAKU

1

Page 2: TEKS SAMBUTAN HARI MERDEKA KALI KE 58 2015.doc

LAGU NEGERI PAHANG

LAGU SEKOLAH.

Terima kasih. Majlis dengan segala hormatnya menjemput semua guru

dan pelajar duduk.

Ceria wajah dalam majlis,Hati berkobar semangat dibawa,Sambutan merdeka penyeri majlis,Sematkan gagah di dalam jiwa.

Perhimpunan yang diadakan pada pagi ini adalah khusus untuk meraikan sambutan hari Merdeka yang telah disambut secara besar-besaran kelmarin. Namun, sambutan kemerdekaan di peringkat sekolah diadakan sebagai tanda semua guru dan anak-anak didik di sekolah ini bersama melangkah seiring, menggenggam iltizam menjadi warganegara yang patriotic bersesuaian dengan tema pada tahun ini #Sehati Sejiwa.

Tanpa membuang masa, majlis diteruskan dengan ucapan/bacaan perutusan Hari Merdeka.Majlis dengan ini mempersilakan Datin Sri Diraja Dato’ Sri Hjh Junaini bt Kassim Pengetua Cem SMKP untuk membacakan perutusan tersebut dan seterusnya merasmikan sambutan Hari Merdeka Peringkat SMKP. Dipersilakan....

Terima kasih atas ucapan dan perasmian itu tadi.

Ayam Jantan Lawan Berlaga,Bebas Merdeka Dari Sengsara,Maruah Kita Hendaklah Dijaga,Benteng Kuat Pertahanan Negara.

Hadirin sekalian,

Percayalah, Jika kita seluruh rakyat Malaysia bersatu padu, apa yang kita nikmati dan kecapi sekarang ini akan terus berkekalan.Sama-samalah kita berdoa agar negara dan rakyat Malaysia terus selamat dan terhindar daripada sebarang bala bencana.

Menutup sambutan pada pagi ini,marilah sama2 kita nyanyikan dengan penuh bersemangat Lagu Patriotik Kemerdekaan. Semua hadirin diminta berdiri.

2

Page 3: TEKS SAMBUTAN HARI MERDEKA KALI KE 58 2015.doc

Sekian sahaja Sambutan Hari Merdeka pada kali ini. Mohon maaf andai ada salah dan silap. Sama-sama kita berdoa agar kita terus merasai nikmat kesejahteraan dan keselamatan yang berterusan, terhindar dari segala keburukan, kemungkaran mahupun kemaksiatan agar kita terus dapat berbakti kepada agama, bangsa dan negara tercinta ini.

Sekian, terima kasih

3