TEKS UCAPAN ALUAN YBHG. DATO’ HJ ABDUL FATTAH HJ...
Transcript of TEKS UCAPAN ALUAN YBHG. DATO’ HJ ABDUL FATTAH HJ...
1
TEKS UCAPAN ALUAN
YBHG. DATO’ HJ ABDUL FATTAH HJ
ABDULLAH
PRESIDEN ANGKASA
MAJLIS AMANAT 2017
YB DATO’ SERI HAMZAH BIN ZAINUDIN
2
MENTERI KPDNKK
ANJURAN ANGKASA
PADA 16 FEBUARI 2017, JAM 9.00
PAGI, DI AUDITORIUM, WISMA UNGKU
A. AZIZ, KELANA JAYA
3
Bismillahhirahmanirrahim,
Assalam’alaikum warahmatullahi
wabarakatuh, Salam Sejahtera dan
Salam 1Kpoerasi
Terima Kasih Saudara Pengacara
Majlis,
4
(SALUTASI AKAN DISEDIAKAN
URUSETIA)
Tan Sri-Tan Sri, Dato-Dato, Datin-
Datin, Dif-Dif Jemputan, Tuan-Tuan,
Puan-Puan Yang Dihormati Sekalian
5
1. Alhamdulillah, segala puji-pujian
dipanjatkan kepada Allah S.W.T. atas
peluang untuk kita berkumpul sekali
lagi bagi mendengar amanat 2017
yang akan disampaikan oleh YB
Menteri kita, Dato’ Seri Hamzah bin
Zainudin. Saya bagi pihak ANGKASA
6
mengucapkan jutaan terima kasih
kepada YB Dato’ Seri yang sudi
melapangkan masa bagi berkongsi
idea-idea baru yang perlu dilakukan
gerakan koperasi untuk tahun ini dan
akan datang.
7
2. Saya juga mengambil peluang
mengalu-alukan kehadiran dif-dif
jemputan kehormat dan wakil-wakil
koperasi ke majlis ini. Terima kasih
yang tidak terhingga kerana sudi
bersama-sama memeriahkan lagi
majlis ini. Sesungguhnya majlis ini
8
amat bermakna bagi kami, warga
ANGKASA dan juga wakil-wakil
koperasi.
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
9
3. Bagi tahun 2016, ANGKASA
meneruskan usaha memacu
gerakan koperasi selaras dengan
Dasar Koperasi Negara yang
mensasarkan sektor koperasi menjadi
penyumbang berkesan kepada
KDNK menjelang 2020. Bagi tujuan
10
itu, mulai 2015 ANGKASA menstruktur
semula kaedah penyampaian
program pembangunan koperasi
dengan mewujudkan sektor-sektor
peneraju sebagai pemangkin
merangsang dan membangunkan
koperasi berfokuskan kegiatan
11
utama ekonomi bagi meningkatkan
penglibatan koperasi dalam bidang-
bidang berimpak tinggi.
4. Alhamdulilah melalui Sektor
Peneraju Komuniti, ANGKASA telah
berjaya menggalakkan penubuhan
12
Koperasi Kariah Masjid. Koperasi
masjid mempunyai prospek yang
luas dalam meningkatkan sosio-
ekonomi masyarakat setempat dan
mempelbagaikan fungsi masjid.
Sekarang ini model pembangunan
koperasi masjid ANGKASA mendapat
13
perhatian negara luar seperti
Kemboja, Aceh dan Timor Leste.
ANGKASA juga sedang berusaha
memperkasakan koperasi-koperasi
komuniti lain bagi tujuan yang sama
seperti KOBERA, koperasi OKU, Orang
Asli dan meningkatkan kefahaman
14
koperasi melalui kursus-kursus yang
dianjurkan kepada gerakan
koperasi. Walaupun koperasi sekolah
telah mencapai kejayaan yang
membanggakan di peringkat
antarabangsa dan beberapa kop
mencatat perolehan melebih RM 1
15
juta, ANGKASA masih meneruskan
membantu membangunkan
perniagaan koperasi sekolah melalui
program perniagaan dan berusaha
memastikan semua sekolah
menengah menubuhkan kop.
16
5. ANGKASA sentiasa berusaha
menjadi agensi pemotongan gaji
terunggul menerusi kecekapan
terbaik. Bagi 2016, 402 koperasi dan
580 organisasi bukan koperasi telah
menggunakan perkhidmatan
potongan gaji ANGKASA dengan
17
jumlah potongan sebanyak
RM13.603 bilion. Melalui Sektor
Kewangan, ANGKASA berjaya
melaksanakan beberapa program
bagi memperkasakan variasi produk
koperasi berteraskan kewangan
yang melibatkan 401 buah koperasi
18
dan melatih hampir 1000 orang
koperasi.
6. Bagi meningkatkan inovasi
pelaporan maklumat kredit kepada
koperasi dan institusi kewangan di
Malaysia, SPeKAR telah
19
dipertingkatkan. Mulai November
2015, pelanggan-pelanggan SPeKAR
boleh mendapatkan laporan I-Score
bagi memberi panduan membuat
keputusan memberikan pinjaman.
Alhamdulilah SPekar telah mendapat
pengiktirafan SKM untuk digunapakai
20
secara alternatif dokumen rasmi
dalam proses penetusahan ALK di
bawah Garis Panduan 3.
7. KOPSYA juga telah menunjukkan
kemajuan cemerlang dalam
mencapai objektif strategiknya.
21
Sehingga 31 Disember 2016, 898
koperasi telah menjadi ahli KOPSYA
dengan modal syer lebih RM44 juta.
Pada 2017, KOPSYA mensasarkan
untuk meningkatkan keahlian. Saya
mempelawa koperasi-koperasi
menyertai KOPSYA untuk mendapat
22
faedah-faedah seperti pembiayaan,
pelaburan, KOPSYA Gold, KOPSYA
Takaful dan Hotel Aliya.
Hadirin Yang Dihormati Sekalian
23
8. ANGKASA telah mengambil
inisiatif merangsang koperasi-
koperasi yang terlibat dalam sektor
pelancongan, kesihatan dan
penjagaan diri dengan mewujudkan
jaringan di bawah jenama koperasi
bagi memudahkan koperasi dan
24
orang ramai mendapatkan
perkhidmatan tersebut. Jaringan ini
telah mendapat sambutan
menggalakkan daripada koperasi
misalnya jaringan hotel koperasi
disertai 11 koperasi; jaringan
homestay disertai 23 koperasi;
25
jaringan spa koperasi disertai 16
koperasi.
9. Pusat Dialisis MyAngkasa di
Temerloh Pahang kini telah
dilanggani 60 orang pesakit buah
pinggang dan berjaya membantu
26
Koperasi Pekebun Kecil Wilayah
Johor membuka pusat dialisis. Melalui
kerjasama perniagaan dengan
Koperasi Guru-Guru Melayu Kedah
Berhad, satu lagi pusat dialisis dibuka
di Alor Setar, Kedah. Sejak
ditubuhkan, Pusat dialisis MyAngkasa
27
telah berjaya menjana perolehan
lebih RM4.4 juta.
10. Bagi memperkasa koperasi-
koperasi dalam aktiviti pertanian asas
tani berbagai projek dan program
telah berjaya dilaksanakan yang
28
juga melibatkan pakar luar seperti
dari Cooperative Federation, Korea
Selatan melalui projek ternakan
lembu tenusu berkelompok yang
melibatkan 3 ladang ternakan lembu
di Negeri Sembilan. Projek ternakan
udang berkelompok berjaya
29
mengumpulkan 8 koperasi untuk
terlibat manakala pada tahun ini,
tumpuan diberi untuk mendedahkan
koperasi yang berminat dengan
penanaman sayur secara fertigasi.
Dua kursus telah dijalankan di bawah
30
kendalian Jabatan Pertanian dan
MARDI.
11. Ransangan juga diberi untuk
menggalakan koperasi-koperasi
terlibat dalam aktiviti pemborongan
dan peruncitan dengan tumpuan
31
diberi kepada aktivti pemborangan
pengedaran. Dua koperasi ( Kop
Pengusaha dan Pengilang Ubi
Selangor Berhad, Kop Rejimen
Semboyan Diraja Kedah Berhad)
telah dilantik menjadi pusat
pengedar bagi mengedar produk-
32
produk koperasi di rangkaian outlet
runcit di bawah perkihdmatan
koperasi tersebut. Rantaian
peruncitan tumpuan diberi kepada
peruncitan koperasi sekolah bagi
memperkasa pembekalan produk-
produk koperasi. ANGKASA masih
33
lagi meneruskan pembangunan
produk koperasi menerusi Program
100 Champion yang telah berjaya
membangunkan 49 produk dari 17
koperasi.
34
12. inisiatif juga dilakukan
ANGKASA untuk menginovasikan
koperasi-koperasi melalui
penggunaan teknologi maklumat
dan telekomunikasi melalui
perniagaan secara online/e-
dagang; perniagaan telekomunikasi
35
yang dibangunkan ANGKASA dan
projek solar farm. Bagi 2015 dan 2016,
75 bengkel latihan ICT telah berjaya
melatih 3,055 koperator seluruh
negara.
36
13. Bagi merangsang penglibatan
koperasi dalam hartanah dan industri
binaan satu jawatankuasa telah
dibentuk dianggotai koperasi yang
aktif dalam hartanah, badan-badan
kerajaan dan agensi yagn berkaitan
dengan hartanah seperti Jabatan
37
Perumahan Negara, Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Perumahan Penjawat Awan dan
sebagainya. Hasilnya Konsortium
Koperasi Hartanah Negara Bhd telah
ditubuhkan bagi membolehkan
koperasi menjalankan aktiviti
38
hartanah berimpak tinggi melalui
pengabungan modal, kepakaran
dan pengalaman.
14. Pada tahun 2017, ANGKASA
akan meneruskan aktiviti-aktiviti yang
telah dirancang melalui sektor-sektor
39
yang diwujudkan bagi
membangunkan perniagaan
koperasi selaras dengan
tanggungjawab yang diamanahkan
melalui Deklarasi Putrajaya.
40
15. Mengakhiri ucapan, saya ingin
memaklumkan pada Julai tahun ini,
Persidangan Kebangsaan Tahunan
ANGKASA akan berlangsung di PWTC
dan pada 14 - 22 November 2017
Persidangan ICA Global akan
berlangsung di Sunway Hotel.
41
Persidangan ini akan dihadiri 1000
perwakilan koperasi dari 103 negara.
Bersekali dengan acara itu, Karnival
Perkhidmatan dan Produk Koperasi
(MACCOP) akan turut diadakan.
Saya bagi pihak ANGKASA dan
gerakan koperasi memohon
42
sokongan padu Kerajaan dan
Kementerian KPDNKK bagi
menjayakan acara bersejarah dan
berprestij ini yang bakal menaikkan
imej negara di peringkat koperasi
dunia.
43
Sekian. Wabillahi Taufik Walhidayah.
Assalamu’alaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.