Teks ucapan ketua pengarah program Majlis makan malam

4
MAJLIS MAKAN MALAM TEMU MESRA KELAB KIMIA, OLEOKIMIA, TEKNOLOGI KIMIA 2014 Teks Ucapan Muhammad Hilman bin Abdul Mustapa Ketua Pengarah Majlis Makan Malam Jumaat, 25 April 2014 Hotel Bangi-Putrajaya Bismillahirrahmanirrahim. Terima kasih pengerusi majlis, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. *SALUTASI

Transcript of Teks ucapan ketua pengarah program Majlis makan malam

Page 1: Teks ucapan ketua pengarah program Majlis makan malam

MAJLIS MAKAN MALAM

TEMU MESRA

KELAB KIMIA, OLEOKIMIA, TEKNOLOGI KIMIA

2014

Teks Ucapan

Muhammad Hilman bin Abdul Mustapa

Ketua Pengarah Majlis Makan Malam

Jumaat, 25 April 2014

Hotel Bangi-Putrajaya

Bismillahirrahmanirrahim.

Terima kasih pengerusi majlis,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

*SALUTASI

Page 2: Teks ucapan ketua pengarah program Majlis makan malam

1. Alhamdulillah, marilah kita panjatkan setinggi-tinggi

kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan Taufik dan

InayahNya dapat kita berkumpul dalam majlis makan malam ini.

Pertama sekali saya ingin menyatakan setinggi-tinggi penghargaan

dan ucapan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir pada

malam ini.

2. Saya bersyukur program ini dapat dilaksanakan dengan bantuan

dari semua pihak. Majlis Makan Malam ini adalah salah satu program

yang besar berlangsung di Pusat Pengajian Sains Kimia dan

Teknologi Makanan. Mengikut tahun-tahun sebelumnya, majlis

makan malam telah diadakan secara berasingan mengikut program

masing-masing. Tetapi pada tahun ini, majlis ini menggabungkan tiga

buah program iaitu Sains Kimia, Oleokimia dan Teknologi Kimia.

Secara tidak langsung, dengan penggabungan ini kami dapat

mengenali antara satu sama lain dan mengeratkan silaturahim. Para

Page 3: Teks ucapan ketua pengarah program Majlis makan malam

pelajar juga mendapat peluang untuk mengenali pensyarah-pensyarah

di PPSKTM dengan lebih dekat.

3. Untuk pengetahuan para hadirin, ahli jawatankuasa Majlis

Makan Malam kali ini terdiri daripada pelajar-pelajar tahun satu.

Kami berasa bertuah kerana diberi kepecayaaan untuk mengendalikan

majlis sebesar ini. Melalui program ini, kami mendapat pendedahan

bagaimana untuk mengendalikan sesuatu program. Pengalaman ini

tidak akan kami lupakan. Tidak lupa juga ucapan ribuan terima kasih

kepada penasihat Majlis Makan Malam kali ini iaitu Dr. Muntaz Abu

Bakar kerana beliau telah banyak membantu saya dan juga rakan-

rakan yang lain.

Hadirin sekalian,

4. Akhir kata, saya selaku ketua pengarah program ini berasa amat

gembira dan bersyukur kerana program ini berjalan dengan lancar

dengan kerjasama semua pihak. Sekali lagi saya ingin mengucapkan

Page 4: Teks ucapan ketua pengarah program Majlis makan malam

ribuan terima kasih atas kesudian para pensyarah dan pelajar hadir ke

majlis makan malam ini.

Sekian,

Wabillahi Taufik Walhidayah. Wassalamualikum Warahmatullahi

Wabarakatuh.