TEKS UCAPAN KPPA PERASMIAN KADET PTD - docs.jpa.gov.my · daripada kalangan yang berakhlak dan...

26
UCAPAN YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINAL SEMPENA MAJLIS PERASMIAN KURSUS KADET PTD SIRI 3 BILANGAN 2 TAHUN 2014 4 NOVEMBER 2014, 10.00 PAGI DEWAN SRI BAIDURI, INTAN

Transcript of TEKS UCAPAN KPPA PERASMIAN KADET PTD - docs.jpa.gov.my · daripada kalangan yang berakhlak dan...

Page 1: TEKS UCAPAN KPPA PERASMIAN KADET PTD - docs.jpa.gov.my · daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman

UCAPAN

YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD

ZABIDI ZAINAL

SEMPENA

MAJLIS PERASMIAN KURSUS KADET

PTD SIRI 3 BILANGAN 2 TAHUN 2014

4 NOVEMBER 2014, 10.00 PAGI

DEWAN SRI BAIDURI, INTAN

Page 2: TEKS UCAPAN KPPA PERASMIAN KADET PTD - docs.jpa.gov.my · daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman

2

Assalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh, Salam Transformasi dan

Salam “1Malaysia: Rakyat Didahulukan,

Pencapaian Diutamakan”.

Saudara dan Saudari Pengacara Majlis

Yang Berbahagia Tan Sri Mahmood

Adam

Pengerusi

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Yang Berbahagia Tan Sri Hj. Shukry Hj

Mohd Salleh

Ketua Pengarah

Page 3: TEKS UCAPAN KPPA PERASMIAN KADET PTD - docs.jpa.gov.my · daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman

3

Unit Penyelarasan Pelaksanaan,

Jabatan Perdana Menteri

Yang Berbahagia Dato' Sri Dr. Sharifah

Zarah Syed Ahmad

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan

Awam (Pembangunan)

Yang Berbahagia Dato' Seri Zainal

Rahim Seman

Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan

Awam (Operasi)

Yang Berbahagia Dato’ Dr. Mazlan

Yusoff

Pengarah INTAN

Page 4: TEKS UCAPAN KPPA PERASMIAN KADET PTD - docs.jpa.gov.my · daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman

4

Yang Berbahagia Datuk-Datuk

Pengarah-Pengarah Bahagian JPA

Wakil-wakil jabatan dan agensi yang

terlibat dengan pelaksanaan modul bagi

Kursus Kadet PTD Siri 3 Bilangan 2

Tahun 2014

Saudara dan Saudari para peserta

Kursus Kadet PTD Siri 3 Bilangan 2

Tahun 2014 yang diraikan

Tuan-tuan dan Puan-puan yang saya

kasihi sekalian.

Page 5: TEKS UCAPAN KPPA PERASMIAN KADET PTD - docs.jpa.gov.my · daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman

5

Alhamdulillah marilah kita merafakkan

setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat

Allah SWT kerana dengan keizinan-Nya

jua dapat kita semua berhimpun dalam

Majlis Perasmian bagi Kursus Kadet

PTD pada hari ini.

2. Saya percaya hari ini merupakan

hari yang begitu bersejarah buat

Saudara dan Saudari kerana berjaya

dipilih untuk mengikuti Kursus Kadet

PTD selama satu tahun. Sepanjang

tempoh tersebut, Saudara dan Saudari

yang seramai 106 orang ini akan melalui

pelbagai pembelajaran dan pengalaman

melalui Kursus Diploma Pengurusan

Page 6: TEKS UCAPAN KPPA PERASMIAN KADET PTD - docs.jpa.gov.my · daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman

6

Awam di INTAN dengan garapan adunan

pelbagai modul yang relevan dan

disambung pula dengan Diploma Pasca-

Siswazah Pentadbiran Awam di

Universiti Malaya.

3. Kesiapsiagaan dalam menempuh

pelbagai program yang dirancang

sepanjang kursus ini berlangsung

adalah begitu penting kerana seorang

PTD yang hebat perlu mempunyai daya

kepemimpinan yang tinggi, berwibawa,

berintegriti, kreatif dan inovatif,

bersikap positif di samping mempunyai

semangat kerjasama yang tinggi.

Tempoh masa 12 bulan ini sudah pasti

akan menguji kekuatan fizikal, mental,

Page 7: TEKS UCAPAN KPPA PERASMIAN KADET PTD - docs.jpa.gov.my · daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman

7

minda, rohani dan emosi Saudara dan

Saudari dalam mengharungi pelbagai

laluan penuh liku dan cabaran. Hasilnya

sudah pasti akan dituai oleh Saudara

dan Saudari seusainya kursus ini, “the

pain you feel today is the strength you

enjoy tomorrow”.

4. Bila melihat Saudara dan Saudari di

hadapan ini, ia telah mengimbau

kembali memori saya dan ramai KSU

dan Ketua Pengarah yang turut

bersama-sama kita pada pagi. Pada 33

tahun yang lalu, saya juga berada di

tempat dan situasi seperti Saudara dan

Saudari lalui hari ini. Saya faham

Page 8: TEKS UCAPAN KPPA PERASMIAN KADET PTD - docs.jpa.gov.my · daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman

8

keadaan dan emosi yang sedang

Saudara dan Saudari rasai saat ini.

Proses latihan dan pembelajaran ini

telah dan pasti akan dilalui oleh setiap

individu yang bergelar Pegawai Tadbir

dan Diplomatik sebagai persiapan awal

bagi melahirkan PTD yang kompeten,

berdaya saing dan berprestasi tinggi.

5. Selangkah Saudara dan Saudari

memasuki Perkhidmatan Awam

Malaysia, Saudara dan Saudari sedia

maklum bahawa Perkhidmatan Awam

bukanlah tempat untuk mencari glamour

atau mengumpul harta kekayaan.

Saudara dan Saudari terpanggil untuk

Page 9: TEKS UCAPAN KPPA PERASMIAN KADET PTD - docs.jpa.gov.my · daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman

9

menyertai barisan PTD atas seruan

berkhidmat untuk Negara (calling for

the Nation) disertai dengan rasa bangga

untuk berjasa kepada ibu pertiwi atau a

sense of pride to serve the country.

Saya yakin bahawa Saudara dan Saudari

memasuki Perkhidmatan Awam ini atas

dasar cintakan Negara dan semangat

patriotisme yang telah diterapkan dalam

diri Saudara dan Saudari semenjak kecil

lagi.

DPA: BUILDING TOMORROW’S

LEADERS TODAY

Page 10: TEKS UCAPAN KPPA PERASMIAN KADET PTD - docs.jpa.gov.my · daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman

10

Saudara dan Saudari yang saya kasihi

sekalian,

6. Jika kita menyelami dan

mengamati falsafah yang mendasari

Kursus DPA, kita akan mendapati

bahawa kursus ini merupakan

platform pengukuhan diri dan

pengasahan bakat serta kemahiran

dalam pelbagai bidang yang perlu

dimiliki oleh setiap pengurus dalam

Perkhidmatan Awam amnya dan PTD

khususnya.

7. Kursus yang Saudara dan

Saudari bakal lalui sememangnya

Page 11: TEKS UCAPAN KPPA PERASMIAN KADET PTD - docs.jpa.gov.my · daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman

11

dirancang dan dirangka supaya

merangkumi tugasan dan cabaran

yang sangat menguji tahap

ketahanan fizikal, mental dan

intelektual bagi mengembangkan

potensi masing-masing.

Pendedahan sedemikian adalah

sangat kritikal dalam usaha

membangunkan pemimpin masa

hadapan selaras dengan konsep

“building tomorrow’s leaders today”.

8. Sebagai tunjang pentadbiran

Negara, PTD perlu sentiasa mendukung

profesionalisme pada tahap tertinggi.

Semua penjawat awam terutamanya

Page 12: TEKS UCAPAN KPPA PERASMIAN KADET PTD - docs.jpa.gov.my · daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman

12

PTD perlu menumpukan segala usaha

dan tenaga ke arah memenuhi harapan

stakeholders kita.

9. Usaha untuk mengangkat martabat

Perkhidmatan Awam Malaysia menjadi

paragon of excellence perlu disokong

dengan hasil kerja yang bersungguh-

sungguh. Kita sama sekali tidak boleh

bertolak ansur dengan budaya

mediokriti atau melaksanakan kerja

secara sambil lewa dalam apa jua

bidang dan lapangan.

10. Saya sebagai Ketua Pengarah

Perkhidmatan Awam mahukan

Page 13: TEKS UCAPAN KPPA PERASMIAN KADET PTD - docs.jpa.gov.my · daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman

13

penjawat awam menghasilkan nilai-nilai

kerja bermutu tinggi yang dizahirkan

menerusi kesungguhan, usaha proaktif

dan komitmen jitu. Ini kerana hasil

kerja Saudara dan Saudari akan

menjadi kayu pengukur prestasi

Perkhidmatan Awam.

11. Oleh itu, adalah penting untuk

Saudara dan Saudari menjadi role

model serta memiliki nilai dan etika

kerja yang cemerlang umpama “benih

yang baik: jatuh ke laut menjadi pulau,

tercampak ke daratan menjadi

belantara, terpancar ke udara

bersinarlah kejora." Situasi ini hanya

Page 14: TEKS UCAPAN KPPA PERASMIAN KADET PTD - docs.jpa.gov.my · daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman

14

dapat dicapai sekiranya Saudara dan

Saudari bersedia merangkul kemas

lapan prinsip bagi mendakap

transformasi yang dinyatakan oleh YAB

Perdana Menteri semasa Sambutan

Hari Pekerja Penjawat Awam dan

Majlis Perhimpunan Hari Pekerja 2014

peringkat Kebangsaan iaitu Berilmu;

Kebolehpercayaan; Budaya Amalan

Kerja Terbaik; Semangat Patriotik;

Budaya Keberhasilan Berteraskan

Hasil; Kreativiti dan Inovasi; Nilai

Tambah dan Kompetensi; dan

Permuafakatan Kerja.

Page 15: TEKS UCAPAN KPPA PERASMIAN KADET PTD - docs.jpa.gov.my · daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman

15

MENERUSKAN MOMENTUM

TRANSFORMASI

Yang Berbahagia Tan Sri-Tan Sri, Datuk-

Datuk, Tuan-tuan dan Puan-puan yang

saya kasihi sekalian,

12. Transformasi begitu dekat dengan

hati saya. Seawal memegang tampuk

kepimpinan sebagai Setiausaha

Kerajaan Negeri Perlis pada tahun 2008

lagi, saya begitu komited menggerakkan

pelbagai program Transformasi.

Gerakan transformasi ini saya

perhebatkan lagi setelah dilantik

menerajui Unit Pemodenan Tadbiran

Page 16: TEKS UCAPAN KPPA PERASMIAN KADET PTD - docs.jpa.gov.my · daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman

16

dan Perancangan Pengurusan Malaysia

(MAMPU), Jabatan Perdana Menteri.

13. Berpegang kepada pepatah

“menggenggam bara api biar sampai

jadi arang”, saya telah bertekad untuk

meneruskan agenda transformasi ke

mana sahaja saya pergi. Maka, semasa

menjejakkan kaki ke Jabatan

Perkhidmatan Awam bagi menggalas

amanah sebagai Ketua Pengarah

Perkhidmatan Awam, saya telah

membawa satu agenda transformasi

yang menyokong dan mendakap kemas

Agenda Transformasi Negara. Bagi

menyemarakkan lagi momentum

Page 17: TEKS UCAPAN KPPA PERASMIAN KADET PTD - docs.jpa.gov.my · daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman

17

transformasi dalam Perkhidmatan

Awam, saya telah memperkenalkan

Kerangka Transformasi Perkhidmatan

Awam yang memberi fokus kapada lima

teras strategik iaitu Mendaya Upaya

Bakat; Merekayasa Organisasi;

Merakyatkan Penyampaian

Perkhidmatan; Merangkum dan

Sepunya; dan Membudaya Nilai.

14. Lima teras strategik tersebut

diyakini dapat mewujudkan

Perkhidmatan Awam yang kompetitif

yang mengutamakan keperluan dan

kehendak rakyat. Hanya apabila kita

berusaha untuk memberi perkhidmatan

yang terbaik, kita mampu memenuhi

Page 18: TEKS UCAPAN KPPA PERASMIAN KADET PTD - docs.jpa.gov.my · daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman

18

permintaan rakyat yang semakin

meningkat. Rakyat kini sudah pandai

menilai perkhidmatan yang diberikan

dan mereka mengharapkan penjawat

awam untuk menyelami dan memahami

masalah mereka. Oleh itu kita mesti

bertindak dengan cepat ke atas

perubahan keperluan dan peningkatan

ekspektasi rakyat.

3C: COMPETENCE, COMMITMENT &

CONTRIBUTION

Hadirin yang saya kasihi sekalian,

15. Baru-baru ini Profesor Dave Ulrich,

pakar dalam bidang pengurusan sumber

Page 19: TEKS UCAPAN KPPA PERASMIAN KADET PTD - docs.jpa.gov.my · daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman

19

manusia telah menerima undangan

untuk memberikan ceramah dalam

INTAN Leadership and Transformation

Summit pada 15 dan 16 Oktober 2014

yang lalu. Dalam sesi tersebut, profesor

tersohor ini telah mengenengahkan a

new talent formula bagi penjawat awam

menghadapi cabaran ke arah melonjak

prestasi Perkhidmatan Awam ke tahap

yang lebih tinggi. Formula yang

dimaksudkan mengadun tiga bahan

utama sebagai resepi kejayaan iaitu

Competence; Commitment; dan

Contribution.

Page 20: TEKS UCAPAN KPPA PERASMIAN KADET PTD - docs.jpa.gov.my · daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman

20

16. Menerusi formula ini, penjawat

awam dikehendaki menjalankan tugas

dengan cekap (yakni C yang pertama

iaitu Competence), sentiasa bersedia

untuk memikul tanggungjawab (C yang

kedua, Commitment) dan berusaha

untuk turut sama memberi sumbangan

pencapaian yang remarkable

(Contribution). Oleh itu, Formula 3C ini

perlu dikuasai oleh semua pegawai

muda lebih-lebih lagi Saudara dan

Saudari yang tergolong dalam 72.7%

generasi X dan Y dalam Perkhidmatan

Awam Malaysia (yang kini berjumlah 1.5

juta orang penjawat awam).

Page 21: TEKS UCAPAN KPPA PERASMIAN KADET PTD - docs.jpa.gov.my · daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman

21

PENUTUP

Saudara dan Saudari para peserta

Kursus Kadet PTD Siri 3 Bilangan 2

Tahun 2014 yang saya kasihi sekalian,

17. Perjalanan Saudara dan Saudari

masih panjang. Kursus Kadet ini

hanyalah merupakan garis permulaan

kepada perjalanan seorang pegawai

Kerajaan bergelar PTD. Saya berharap

agar segala ilmu dan pengalaman yang

ditimba sepanjang krusus ini dapat

menjadikan setiap orang dalam

kalangan peserta Kursus Kadet ini

pegawai yang berketrampilan dan

Page 22: TEKS UCAPAN KPPA PERASMIAN KADET PTD - docs.jpa.gov.my · daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman

22

berkepribadian tinggi. Bak kata Profesor

Doktor Yusuf Al-Qardhawi, “Apabila kita

hendak melihat wajah negara pada

masa hadapan, lihatlah generasi

mudanya pada hari ini, sekiranya

golongan muda pada hari ini adalah

daripada kalangan yang berakhlak dan

berhemah tinggi, tentunya negara kita

pada masa hadapan menjadi sebuah

negara yang aman makmur. Tetapi jika

keadaan adalah sebaliknya, maka

bersedialah untuk berhadapan dengan

kemungkinan buruk yang akan berlaku

kelak”.

Page 23: TEKS UCAPAN KPPA PERASMIAN KADET PTD - docs.jpa.gov.my · daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman

23

18. Menginsafi hakikat ini, Saudara dan

Saudari selaku pemimpin pada masa

hadapan perlulah mempersiapkan diri

dengan memenuhkan ilmu di dada dan

menyuntik nilai-nilai murni dalam diri

masing-masing.

19. Sebelum saya mengakhiri kata

menyimpul bicara, saya ingin

mengambil kesempatan pada pagi ini

untuk mengucapkan tahniah kepada

INTAN dan pegawai-pegawainya serta

saban tahun tanpa jemu dan penuh

dedikasi melatih, mendidik dan

membentuk Pegawai PTD Muda melalui

Kursus Kadet ini.

Page 24: TEKS UCAPAN KPPA PERASMIAN KADET PTD - docs.jpa.gov.my · daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman

24

20. Tidak lupa juga, sekalung

penghargaan dan ucapan terima kasih

kepada jabatan dan agensi-agensi

Kerajaan yang menjadi rakan strategik

INTAN. Mereka ini akan terlibat dalam

memberikan latihan dan tunjuk ajar

kepada para peserta Kursus Kadet PTD

melalui modul-modul yang telah

dibangunkan.

21. Siapa jua kita pada masa hadapan

bergantung kepada keputusan dan

pilihan kita pada hari ini. Buatlah yang

terbaik. Build yourself a great story!

Harapan saya semoga Saudara dan

Page 25: TEKS UCAPAN KPPA PERASMIAN KADET PTD - docs.jpa.gov.my · daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman

25

Saudari dapat meneruskan

kecemerlangan Perkhidmatan Awam

kerana Saudara dan Saudari merupakan

penyambung sebuah warisan

perkhidmatan yang gemilang.

22. Dengan lafaz kalimah mulia

Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan

ini merasmikan Kursus Kadet Pegawai

Tadbir dan Diplomatik Siri 3 Bilangan 2

Tahun 2014.

Sekian. Wabillahitaufik Walhidayah

Wassalamualaikum Warohmatullahi

Wabarakatuh. Terima kasih.

Page 26: TEKS UCAPAN KPPA PERASMIAN KADET PTD - docs.jpa.gov.my · daripada kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita pada masa hadapan menjadi sebuah negara yang aman

26