TEKS UCAPAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN...
Transcript of TEKS UCAPAN PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN...
1
TEKS UCAPAN PERASMIAN
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 2
KOPERASI KARIAH MASJID BUKIT
INDAH AMPANG BERHAD
21 JANUARI 2018 (AHAD)
2
TEMPAT : RUANG LEGAR, MASJID
BUKIT INDAH, AMPANG SELANGOR
Pembukaan:
*Pujian dan salawat
*Penghormatan kpd VVIP, tetamu
dan peserta yang hadir
3
Alhamdulillah, bersyukur kita
kepada Allah swt kerana dengan
izinNya kita dapat bersama-sama
dalam Mesyuarat Agung Tahunan
ke 2 Koperasi Kariah Masjid Bukit
Indah Ampang Berhad.
4
Dato-Dato, Datin-Datin, Tuan-Tuan,
Puan-Puan yang dihormati
sekalian,
Masjid merupakan tunggak
kepada kekukuhan dan kerukunan
masyarakat setempat dalam
5
kebangkitan Ekonomi Islam. Ia
menjadi lambang keagungan
Islam kerana ia merupakan institusi
pertama yang telah didirikan oleh
Rasulullah SAW apabila baginda
berhijrah ke Madinah. Semenjak
terbinanya masjid yang pertama
6
itu dan sepanjang sejarah awal
Islam, masjid merupakan pusat
penyebaran sinar Islam dan juga
pusat pentadbiran awam. Masjid
jugalah pusat kecemerlangan
Ekonomi Islam.
7
Penubuhkan Koperasi Kariah
Masjid bertujuan supaya masjid
dapat diperluaskan peranannya
bukan sahaja sebagai tempat
untuk beribadat dan menimba
ilmu agama malahan sebagai
tempat bagi penyatuan dan
8
pembangunan ekonomi ummah
setempat. Sehingga Disember
2017 sejumlah 426 buah Koperasi
Kariah Masjid telah didaftarkan di
seluruh Malaysia termasuklah
penubuhan sebuah Konsortium
Koperasi Kariah Masjid yang telah
9
didaftarkan atas nama Konsortium
Koperasi Kariah Masjid Malaysia
Berhad (KONSORMAS).
Keanggotaannya terbuka kepada
Koperasi Kariah Masjid/ Surau
seluruh Negara.
10
Dato-Dato, Datin-Datin, Tuan-Tuan,
Puan-Puan yang dihormati
sekalian,
Tahniah di ucapkan kepada
barisan kepimpinan Ahli Lembaga
Koperasi (ALK) yang telah berjaya
11
menubuh sebuah koperasi kariah
masjid serta mengadakan
Mesyuarat Agung Tahunan
koperasi untuk tahun yang ke 2.
Seperti yang sedia maklum, ianya
selaras dengan kehendak Akta
Koperasi (Seksyen 39 (1)) yang
12
mana mengkehendaki tiap-tiap
koperasi mengadakan mesyuarat
agung tahunan tidak lewat
daripada enam bulan selepas
berakhirnya setiap tahun
kewangan atau tempoh yang
13
lebih panjang sebagaimana yang
diluluskan oleh Suruhanjaya.
Dato-Dato, Datin-Datin, Tuan-Tuan,
Puan-Puan yang dihormati
sekalian,
14
Antara cabaran bagi sebuah
koperasi Kariah masjid adalah
memastikan kelestarian sesebuah
koperasi untuk terus kekal bersaing
dan berkembang serta relevan
dari masa ke semasa. Demi
memastikan ianya terus
15
berkembang, kefahaman
anggota mengenai konsep
koperasi perlulah jelas, pelan
perancangan koperasi perlu ada,
serta penglibatan anggota dalam
aktiviti-aktiviti koperasi amatlah
dituntut.
16
Dato-Dato, Datin-Datin, Tuan-Tuan,
Puan-Puan yang dihormati
sekalian,
• di bawah deklarasi putra jaya,
SKM akan memberi tumpuan kpd
kawal selia, MKM kpd pendidikan
17
dan Angkasa kpd pembangunan
perniagaan.
• selaras dengan dasar koperasi
negara(DKN II) 2011 -2020,
koperasi disarankan melibatkan
diri dlm projek yg berimpak tinggi
18
bagi mencapai sasaran perolehan
rm 50 billion
• justeru itu, Angkasa telah
membuat pengstrukturan semula
bidang - bidang keberhasilan
utama kpd 8 sektor peneraju
19
utama yang berperanan untuk
merangsang dan membangunkan
perniagaan koperasi
• 8 sektor peneraju telah
dibentuk iaitu Sektor
Pemborongan Dan Peruncitan,
20
Sektor Pelancongan, Penjagaan
Diri Dan Kesihatan, Sektor
Perladangan, Sektor Pertanian &
Industri Tani, Sektor Pembangunan
Hartanah, Sektor Pembangunan
Komuniti Dan Sektor Inovasi Dan
Teknologi.
21
Dato-Dato, Datin-Datin, Tuan-Tuan,
Puan-Puan yang dihormati
sekalian,
Saya berharap Koperasi Kariah
Masjid Bukit Indah Ampang Berhad
akan terus maju. Semoga Mesyuarat
22
Agung Tahunan ini berjalan dengan
lancar dan mudah-mudahan kita
mendapat keberkatan daripada-
Nya.
Dengan lafaz
bismillahirrahmanirrahim saya