Teks ucapan perasmi,Dekan FST

5
MAJLIS MAKAN MALAM TEMU MESRA KELAB SAINS KIMIA, OLEOKIMIA, TEKNOLOGI KIMIA 2014 Teks Ucapan YBhg. Prof. Dr. Sahrim Hj. Ahmad Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Universiti Kebangsaan Malaysia Jumaat, 25 APRIL 2014 Hotel Bangi-Putrajaya

Transcript of Teks ucapan perasmi,Dekan FST

MAJLIS MAKAN MALAM

TEMU MESRA

KELAB SAINS KIMIA, OLEOKIMIA, TEKNOLOGI KIMIA

2014

Teks Ucapan

YBhg. Prof. Dr. Sahrim Hj. Ahmad

Dekan

Fakulti Sains dan Teknologi

Universiti Kebangsaan Malaysia

Jumaat, 25 APRIL 2014

Hotel Bangi-Putrajaya

Bismillahirrahmanirrahim.

Terima kasih saudari pengerusi majlis,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

*SALUTASI

1. Alhamdullillah, marilah kita bersama-sama memanjatkan sepenuh

rasa kesyukuran kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia

serta keizinannya, kita dapat berjumpa dan berkumpul pada majlis ini.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur kerana

sudi menjemput saya untuk perasmian Majlis Makan Malam Temu

Mesra Kelab Sains Kimia, Oleokimia, Teknologi Kimia. Tahniah

diucapkan kepada pihak penganjur yang berjaya melaksanakan program

pada malam ini.

2. Program ini sebenarnya banyak memberikan input yang berguna

kepada mahasiswa/i sekalian terutamanya dalam mencetuskan idea dan

pengalaman yang baru. Melalui program seperti ini, peluang untuk

mempelajari ilmu secara tidak langsung akan membentuk satu

transformasi gerak kerja yang berjaya berdasarkan kebijaksanaan dan

kesungguhan dalam menjayakan program ini. Saya mengucapkan

tahniah dan rasa syukur kerana program ini berjaya dilaksanakan.

Semoga sepanjang program ini berjalan, para pelajar sekalian dapat

menimba ilmu baru dan mempelajari sesuatu yang saya pasti sukar

diperoleh melalui pembelajaran dalam kuliah.

3. Majlis Makan malam ini adalah salah satu program terbaik yang

wajar diberikan pujian kerana bukan mudah untuk jawatankuasa

program bekerjasama dalam membuat persiapan untuk menjayakan

program ini. Saya sebagai perasmi pada malam ini berasa berbangga dan

mengucapkan syabas dan tahniah sekali lagi kerana berjaya

melaksanakan program sebesar ini. Kejayaan ini membuktikan bahawa

mahasiswa sekalian mempunyai satu ikatan ukhuwah yang sangat utuh

dan kebijaksaan serta pengalaman yang diperoleh semasa persiapan ini

berlangsung sedikit sebanyak memberikan satu ilmu baru dan

bermanfaat untuk digunakan pada masa akan datang.

4. Saya berasa teruja dan terharu kerana dijemput ke majlis ini

meskipun bidang tugas saya yang memerlukan banyak perhatian dan

komitmen namun disebabkan jemputan dan pelawaan yang diberi saya

cuba untuk menghadirkan diri ke program ini. Saya berharap program

seperti ini dapat diteruskan dan menjadi satu asas atau elemen penyatuan

dalam semangat berpasukan serta suatu keraian yang akan mengeratkan

lagi silaturrahim sesama pelajar, pihak pengurusan dan seluruh warga

Pusat Pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan dan Fakulti Sains

dan Teknologi.

5. Ucapan terima kasih juga dipanjangkan kepada semua pihak yang

terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program

ini. Semoga usaha kita yang ikhlas dan berterusan ini akan membawa

kepada kemajuan, kesejahteraan dan keharmonian negara yang boleh

kita kecapi bersama-sama dan untuk generasi akan datang.

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Majlis

Makan Malam Temu Mesra Kelab Sains Kimia, Oleokimia,

Teknologi Kimia 2014.

Sekian.

Wabillahitaufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh.