Teks Ucapan Wakil Pengarah

4
TEKS UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN PERTANDINGAN KOMBO SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH PERINGKAT NEGERI 2015 Yang Dihormati Tuan Haji Amir Sharifuddin bin Ahmad Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Yang Dihormati Tuan Mohd Radzi bin Omar Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Sazali bin Haji Sam D.T.M, A.N.S Pengetua SMK Seri Ampangan Selaku Pengerusi Pengelola Pertandingan Kombo Sekolah- sekolah Negeri Sembilan Yang Dihormati En. Mohd Sah bin Zainal Abidin Pegawai Pendidikan Daerah Seremban Yang Dihormati Pn. Zainab bt Abu Kassim Ketua Unit Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Pengetua – pengetua, Guru – guru besar, Jawatankuasa Teknikal Negeri, Para hakim, Peserta – peserta Pertandingan KOMBO, guru-guru, tuan-tuan dan puan-puan sekalian Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.

description

..

Transcript of Teks Ucapan Wakil Pengarah

Page 1: Teks Ucapan Wakil Pengarah

TEKS UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN PERTANDINGAN KOMBO

SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

PERINGKAT NEGERI 2015

Yang Dihormati Tuan Haji Amir Sharifuddin bin AhmadKetua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

Yang Dihormati Tuan Mohd Radzi bin OmarPengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Sembilan

Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Sazali bin Haji Sam D.T.M, A.N.SPengetua SMK Seri AmpanganSelaku Pengerusi Pengelola Pertandingan Kombo Sekolah- sekolah Negeri Sembilan

Yang Dihormati En. Mohd Sah bin Zainal Abidin Pegawai Pendidikan Daerah Seremban

Yang Dihormati Pn. Zainab bt Abu KassimKetua Unit KokurikulumJabatan Pendidikan Negeri Sembilan

Pengetua – pengetua,Guru – guru besar,Jawatankuasa Teknikal Negeri,Para hakim, Peserta – peserta Pertandingan KOMBO, guru-guru, tuan-tuan dan puan-puan sekalian

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t, Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia.Terlebih dahulu marilah kita merafakkan rasa syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, dapatlah kita bersama-sama di majlis perasmian penutupan Pertandingan KOMBO sekolah-sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Negeri 2015 pada hari ini..

Terlebih dahulu saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Pengetua SMK Seri Ampangan dan Jawatankuasanya sebagai tuan rumah dalam menganjurkan pertandingan ini.

Page 2: Teks Ucapan Wakil Pengarah

Tanpa usaha, komitmen, pengorbanan masa dan tenaga mereka ini, pertandingan ini tidak mampu diadakan memandangkan terdapat banyak cabaran dalam merealisasikan sesuatu pertandingan. Syabas dan tahniah kepada semua ahli jawatankuasa pelaksana yang tekad dalam menjayakan pertandingan ini yang sememangnya sangat signifikan dengan keperluan murid-murid pada masa ini.

Para hadirin sekalian,

Muzik amat sesuai sebagai pilihan aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah terutama dalam mengekang gejala sosial khususnya dalam kalangan generasi muda.Tidak dapat dinafikan muzik mampu membentuk kualiti diri dan sahsiah murid. Hal ini demikian kerana muzik merangkumi aspek perasaan, kreativiti, nilai sosialis, estetika dan etika. Muzik berfungsi sebagai penggerak minda murid-murid untuk berfikir dengan lebih jitu dan padu ke arah peningkatan diri. Penglibatan murid dalam bidang muzik juga memerlukan komitmen dan disiplin diri yang tinggi.

Sehubungan dengan itu, dengan adanya pertandingan seumpama ini, memberikan mereka peluang dan ruang untuk belajar dan menguasai kemahiran muzik dengan lebih mendalam. Fenomena ini merupakan satu motivasi dan inspirasi kepada mereka untuk terus berusaha menjadi warganegara yang benar-benar berkualiti melalui penguasaan ilmu dan kemahiran muzik di samping komunikasi yang berkesan melalui penyertaan pertandingan KOMBO ini.

Saya secara peribadinya melihat pertandingan seperti ini, ia juga mampu menjadi saluran kepada murid-murid untuk memperkembang minat dan kemahiran mengikut kecenderungan bidang mereka. Pertandingan ini juga bertujuan untuk melahirkan generasi yang seimbang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjurus kepada jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI) di dalam aktiviti muzik yang sihat dan bermoral. Muzik juga mampu menarik minat orang ramai amnya dan murid-murid khasnya.

Selain itu penglibatan murid dalam bidang seni muzik ini akan menambah jumlah penggiat seni di Malaysia kerana minat dan bakat mereka telah dipupuk sejak di bangku sekolah.Penglibatan anak muda dalam bidang seni ini secara tidak langsung akan menarik minat masyarakat untuk menghargai bakat seni muzik mereka. Seterusnya pertandingan seperti ini akan memberikan peluang dan ruang kepada murid-murid untuk mengembangkan bakat seni yang bersemi di dalam jiwa mereka.

Saya berharap matlamat pertandingan ini untuk melahirkan murid yang seimbang selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia akan tercapai.

Saya dimaklumkan terdapat 14 pasukan yang menyertai pertandingan ini iaitu 3 pasukan daripada sekolah rendah dan 11 pasukan daripada sekolah

Page 3: Teks Ucapan Wakil Pengarah

menengah.Tahniah dan syabas kepada pasukan yang berjaya dan pasukan yang tidak berjaya hari ini, teruslah berusaha sehingga kejayaan menjadi milik anda pula suatu hari nanti.

Para hadirin sekalian,

. Sehubungan itu, sebagai langkah bagi membantu meletakkan murid-murid sentiasa berada di landasan yang betul, pihak sekolah bersama dengan Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan akan terus menyokong pelbagai program yang mengkhususkan kepada kemahiran insaniah para pelajar termasuklah program-program seumpama ini. Pertandingan KOMBO ini merupakan suatu langkah permulaan yang saya kira cukup baik.

Justeru, diharapkan dengan terlaksananya pertandingan seperti ini, murid-murid akan memberikan respon yang baik dalam membudayakan kehidupan sebagai seorang pelajar yang unggul serta peka dengan pelbagai isu semasa sama ada di dalam mahupun di luar negara untuk menjana keunggulan ummah.

Para hadirin sekalian,

Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya sekali lagi ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Tn. Haji Mohd Sazali bin Haji Sam, Pengetua SMK Seri Ampangan dan seluruh jawatankuasa pelaksana kerana berjaya mengelolakan pertandingan ini dengan lancar sekali. Sesungguhnya saya akan sentiasa menyokong penuh program-program yang mampu memberikan impak terhadap pembangunan murid-murid.

Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini merasmikan penutupan Pertandingan KOMBO Sekolah-sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Negeri 2015.

Sekian, terima kasih...