TEKS UCAPAN YB DATO' SERI MAHDZIR BIN KHALID … Jan/TEKS YBM... · Kementerian dalam memartabatkan...

37
1 TEKS UCAPAN YB DATO' SERI MAHDZIR BIN KHALID MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2018 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PADA 18 JANUARI 2018 (KHAMIS) BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI, PICC, PUTRAJAYA Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia. Pendahuluan 1. Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT dengan berkat taufik dan hidayah-Nya, dapat kita berhimpun dalam Majlis Perutusan Tahun Baharu 2018 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada pagi yang ceria ini. Pertemuan ini merupakan satu peluang yang baik untuk kita berkongsi dan berinteraksi sesama kita. Pada kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada semua warga KPM dan tidak ketinggalan juga barisan kepimpinan dan ahli kesatuan guru, wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta para hadirin sekalian. Terima kasih dan syabas saya ucapkan kepada Jawatankuasa Pelaksana yang berusaha menjayakan majlis kita di Dewan Plenari, PICC yang tersergam indah ini.

Transcript of TEKS UCAPAN YB DATO' SERI MAHDZIR BIN KHALID … Jan/TEKS YBM... · Kementerian dalam memartabatkan...

Page 1: TEKS UCAPAN YB DATO' SERI MAHDZIR BIN KHALID … Jan/TEKS YBM... · Kementerian dalam memartabatkan pendidikan negara selaras dengan visi untuk meletakkan sistem pendidikan negara

1

TEKS UCAPAN

YB DATO' SERI MAHDZIR BIN KHALID

MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

MAJLIS PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2018 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PADA 18 JANUARI 2018 (KHAMIS)

BERTEMPAT DI DEWAN PLENARI, PICC, PUTRAJAYA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan

Salam Negaraku Malaysia.

Pendahuluan

1. Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT dengan berkat

taufik dan hidayah-Nya, dapat kita berhimpun dalam Majlis Perutusan

Tahun Baharu 2018 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada

pagi yang ceria ini. Pertemuan ini merupakan satu peluang yang baik

untuk kita berkongsi dan berinteraksi sesama kita. Pada kesempatan ini,

saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu kepada semua warga KPM

dan tidak ketinggalan juga barisan kepimpinan dan ahli kesatuan guru,

wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta para hadirin sekalian.

Terima kasih dan syabas saya ucapkan kepada Jawatankuasa

Pelaksana yang berusaha menjayakan majlis kita di Dewan Plenari,

PICC yang tersergam indah ini.

Page 2: TEKS UCAPAN YB DATO' SERI MAHDZIR BIN KHALID … Jan/TEKS YBM... · Kementerian dalam memartabatkan pendidikan negara selaras dengan visi untuk meletakkan sistem pendidikan negara

2

2. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi

penghargaan dan ucapan terima kasih kepada warga KPM yang telah

melaksanakan tugas dengan cemerlang sepanjang tahun 2017.

Sesungguhnya warga KPM mempunyai komitmen yang amat tinggi

dalam menjalankan tugas demi anak bangsa seperti yang tercatat dalam

moto Berkhidmat Untuk Negara. Pengorbanan warga KPM dalam

melaksanakan semua aktiviti dan program PPPM dengan jayanya telah

menjadikan sistem pendidikan negara dikagumi di persada

antarabangsa. TAHNIAH diucapkan.

3. Saya berasa gembira kerana pelaksanaan Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang masuk tahun kelima

menyaksikan perubahan telah berlaku pada setiap peringkat, daripada

penggubal dasar sehinggalah kepada pelaksana di sekolah. Sebagai

warga pendidikan yang berpengetahuan dan berpandangan futuristik,

kita harus sedar bahawa terdapat agenda lebih besar dalam

menyediakan anak-anak kita untuk masa hadapan yang lebih gemilang.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Transformasi Nasional 2050

4. Saya yakin bahawa kita telahpun membina asas yang kukuh

dalam diri generasi akan datang melalui Enam Aspirasi Murid yang

diterapkan melalui PPPM. Kita juga bersedia untuk memenuhi aspirasi

global kerana pendidikan yang diamalkan di negara ini adalah amat

selari dengan Sustainable Development Goals (SDG) Keempat

mengenai pendidikan yang menetapkan sasaran enrolmen universal

pada tahun 2030. Dalam konteks ini, peranan warga pendidikan amat

penting bagi memastikan kejayaan transformasi pendidikan berupaya

Page 3: TEKS UCAPAN YB DATO' SERI MAHDZIR BIN KHALID … Jan/TEKS YBM... · Kementerian dalam memartabatkan pendidikan negara selaras dengan visi untuk meletakkan sistem pendidikan negara

3

menganjak kualiti generasi baharu ke arah pemikiran yang lebih

universal. Anjakan paradigma ini lebih menjurus kepada transformasi

minda yang membolehkan mereka berdaya saing dan mampu berdikari

untuk membangunkan negara menjelang tahun 2050.

5. Perutusan 2018 KPM pada tahun ini akan berkisar dalam tiga

segmen utama. Pertama, kita akan mengimbau kejayaan warga besar

Kementerian dalam memartabatkan pendidikan negara selaras dengan

visi untuk meletakkan sistem pendidikan negara antara sepertiga teratas

sistem pendidikan terbaik di dunia. Kedua, kita akan melihat usaha-

usaha Kementerian dalam proses pengantarabangsaan pendidikan.

Ketiga, kita perlu bersedia untuk melangkah ke hadapan bagi

menjayakan transformasi pendidikan negara ini, demi menyediakan

anak bangsa yang mampu berhadapan dengan cabaran global.

IMBASAN 2017: KEJAYAAN WARGA KPM MEMARTABATKAN

PENDIDIKAN NEGARA

6. Malaysia merupakan salah sebuah negara anggota UNESCO

yang aktif dan kita telah dilantik sebagai ahli Lembaga Eksekutif

UNESCO sehingga tahun 2019. Malaysia juga memainkan peranan

penting dalam menyumbangkan idea dan amalan terbaik dalam

pendidikan yang dijadikan contoh oleh negara lain, khususnya negara

dunia ketiga. Selaku Naib Pengerusi Lembaga Eksekutif UNESCO bagi

penggal 2015-2017, saya telah menghadiri Persidangan Agung kali ke-

39 pada November 2017. Sebagai Menteri Pendidikan, saya juga telah

mengetuai delegasi Malaysia ke 49th SEAMEO Council Conference

(49th SEAMEC) dan 3rd Strategic Dialogue for Education Ministers di

Jakarta, Indonesia dari 24 hingga 27 Julai 2017. Pada persidangan

Page 4: TEKS UCAPAN YB DATO' SERI MAHDZIR BIN KHALID … Jan/TEKS YBM... · Kementerian dalam memartabatkan pendidikan negara selaras dengan visi untuk meletakkan sistem pendidikan negara

4

tersebut, saya telah membentangkan kemajuan Malaysia dalam

melaksanakan SEAMEO Education Agenda (SEAMEO 7 Priority Area)

sebagai usaha untuk mencapai Sustainable Development Goal 4. Insya-

Allah, untuk 50th SEAMEO Council Conference, Malaysia akan menjadi

hos pada tahun 2019 di Kuala Lumpur nanti.

7. Malaysia telah berkongsi pengalaman dan membantu

transformasi pendidikan negara kurang membangun dan

kepulauan kecil melalui inisiatif Malaysia Fund-in-Trust (MFIT).

Bantuan tersebut berbentuk sumbangan kepakaran dan perkongsian

ilmu bagi 13 projek pendidikan, 6 projek sains, 3 projek sains sosial, 2

projek kebudayaan dan 2 projek maklumat dan komunikasi. Menerusi

program MUCP-MFIT, Malaysia telah menyumbang sebanyak USD9

juta untuk pelaksanaan projek di negara-negara Small Island Developing

States dan Least Developing Countries.

8. Selaku Pengerusi Pendidikan ASEAN bermula 2016, Malaysia

telah mempengerusikan Mesyuarat ke-12 Pegawai Kanan Pendidikan

ASEAN (12th SOMED) dan Mesyuarat ke-8 Pegawai Kanan Pendidikan

ASEAN Plus Three (8th SOMED+3) dari 30 November hingga 1

Disember 2017 di Bangkok, Thailand. Syabas kepada YBhg. Datuk Dr.

Amin bin Senin, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang mengetuai

Delegasi Malaysia dan mempengerusikan kedua-dua mesyuarat

tersebut. Antara lain, Malaysia telah menerajui dua inisiatif utama bagi

12th SOMED melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti di bawah inisiatif Out of

School Children/Youth serta pelaksanaan Kuala Lumpur Declaration on

Higher Education di bawah sub goal pendidikan tinggi.

Para hadirin yang dihormati sekalian,

Page 5: TEKS UCAPAN YB DATO' SERI MAHDZIR BIN KHALID … Jan/TEKS YBM... · Kementerian dalam memartabatkan pendidikan negara selaras dengan visi untuk meletakkan sistem pendidikan negara

5

9. Pada peringkat kebangsaan, Hari UNESCO Malaysia (HUM) 2017

juga telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Taman-Taman

Sabah pada 9 hingga 10 September 2017 di Kundasang, Sabah. HUM

merupakan acara tahunan untuk memperkenalkan UNESCO kepada

masyarakat. Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah

bertungkus lumus memastikan semua perancangan program pendidikan

antarabangsa dapat dijalankan dengan jayanya.

10. Program Jelajah Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

iaitu program turun padang KPM bagi mendengar maklum balas

masyarakat berkenaan sistem dan dasar pendidikan telah dijayakan

dengan berkesan. Program ini telah membolehkan KPM menyampaikan

touch points secara langsung kepada masyarakat umum; menatarkan

maklumat terkini daripada Jabatan dan Bahagian KPM; menyelesaikan

persoalan yang diajukan oleh pelanggan; menampilkan kejayaan

murid/sekolah/guru/PIBG/pemimpin sekolah; dan memaparkan

pencapaian Kementerian yang manfaatnya dinikmati oleh seluruh

masyarakat.

11. Berteraskan slogan "Menerajui Perubahan", program Jelajah

Pendidikan KPM memberi fokus kepada showcase kejayaan KPM

membangunkan murid yang bersedia mendepani cabaran global dan

mencapai Enam Aspirasi. Program jelajah ini telah dilaksanakan di 12

buah negeri di seluruh negara. Bermula Januari hingga November 2017,

KPM telah mengadakan program ini di negeri Kedah, Selangor,

Terengganu, Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Kelantan, Sabah,

Sarawak, Perak, Pahang dan Pulau Pinang dengan anggaran seramai

120,000 orang pengunjung.

Page 6: TEKS UCAPAN YB DATO' SERI MAHDZIR BIN KHALID … Jan/TEKS YBM... · Kementerian dalam memartabatkan pendidikan negara selaras dengan visi untuk meletakkan sistem pendidikan negara

6

Pengiktirafan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

2013 - 2025

12. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025

merupakan dokumen kebangsaan yang diiktiraf oleh Pertubuhan

Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

(UNESCO) dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi

(OECD). PPPM mengandungi visi, inovasi dan diakui dalam

menyampaikan perubahan transformasi kepada pendidikan negara,

seterusnya memberi kesan positif yang berpanjangan demi kepentingan

rakyat. Untuk itu, Kementerian amat berbangga atas pemilihan Unit

Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU) sebagai penerima

Anugerah Pengurusan Projek Mike Nichols untuk Aspirasi 2017

anjuran Association of Project Management (APM) di United Kingdom.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato' Sri Alias bin Haji

Ahmad selaku Pengerusi PADU dan Puan Khadijah binti Abdullah, Ketua

Pegawai Eksekutif PADU. Anugerah ini membuktikan bahawa pelaksanaan

pelan pendidikan di bawah kawal selia kementerian dan PADU berada

pada landasan yang betul dan telah berjaya melakukan transformasi

pendidikan dalam Gelombang 1 PPPM.

13. Jelas di sini bahawa usaha dan kerjasama antara kita dalam

memajukan sistem pendidikan negara telah mendapat perhatian dan

pengiktirafan banyak pihak di luar sana. Oleh itu, saya amat berharap

pada tahun 2018 ini, semua Bahagian yang berkaitan dapat

meneruskan usaha dan momentum pelaksanaan pelan pendidikan kita

bagi memastikan kejayaan pendidikan negara dan pengiktirafan

sebegini dikekalkan pada tahun-tahun akan datang.

Pengiktirafan kepada Kementerian

14. Sekalung tahniah juga saya dedikasikan kepada YBhg. Dato' Sri

Alias bin Haji Ahmad dan seluruh warga kementerian atas usaha gigih

Page 7: TEKS UCAPAN YB DATO' SERI MAHDZIR BIN KHALID … Jan/TEKS YBM... · Kementerian dalam memartabatkan pendidikan negara selaras dengan visi untuk meletakkan sistem pendidikan negara

7

pasukan KPM yang telah berjaya mendapat Penganugerahan Sijil

Pengiktirafan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)

Kementerian Pendidikan Malaysia kategori cemerlang berkuatkuasa

15 Oktober 2017 hingga 14 Oktober 2019. Kejayaan cemerlang EKSA

ini perlu diperluaskan ke peringkat negeri dan daerah hinggalah ke

peringkat sekolah agar persekitaran berkualiti turut membuahkan hasil

kerja yang efisien.

Kejayaan Guru 2017

15. Pencapaian tahun 2017 iaitu tahun kedua dalam Gelombang 2

(2016 - 2020) PPPM turut menyaksikan kejayaan guru dalam

meningkatkan kualiti pengajaran dan pencapaian sekolah. Syabas dan

tahniah diucapkan kepada tiga orang guru kita iaitu:

Cikgu Mohd. Sirhajwan Idek yang mengajar di Kolej Vokasional

Keningau, Sabah kerana menjuarai Anugerah Kecemerlangan

Guru dalam bidang Keusahawanan dan Inovasi Antarabangsa

sempena Persidangan Keusahawanan dan Inovasi Eropah di

Novancia Business School, Paris. Projek beliau berasaskan

pembelajaran untuk menggalakkan pelajar menceburi inovasi dan

keusahawanan. Kita amat berbangga kerana selaku wakil tunggal

Asia, anugerah ini merupakan kejayaan keempat Mohd. Sirhajwan

pada peringkat global. Beliau turut mencipta sejarah apabila

berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir Anugerah Global

Teacher Prize 2017 di Dubai.

Tahniah juga kepada Cikgu K. A. Razhiyah, Guru Pakar

Pendidikan Khas di Sekolah Menengah Kebangsaan Panji, Kota

Bharu, Kelantan yang telah dicalonkan antara 50 orang guru dari

seluruh dunia untuk Anugerah Guru Global 2018. Beliau yang

aktif dalam bidang pendidikan khas telah memenangi Anugerah

Guru Cemerlang Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan

Page 8: TEKS UCAPAN YB DATO' SERI MAHDZIR BIN KHALID … Jan/TEKS YBM... · Kementerian dalam memartabatkan pendidikan negara selaras dengan visi untuk meletakkan sistem pendidikan negara

8

sebanyak tiga kali. Beliau juga telah berjaya mewujudkan subjek

Kemahiran Hidup Spa bagi Program Pendidikan Khas Bermasalah

Pembelajaran di kelas Teratak Spa. Program ini telah mendapat

pengiktirafan daripada Kementerian Pendidikan dan Jabatan

Pembangunan Kemahiran, tahun lalu.

Tahniah juga diucapkan buat Cikgu Saripah Embong yang

mengajar di SM Imtiaz YT Kuala Terengganu kerana berjaya

meraih Anugerah Princess Maha Chakri (APMC) Tahun 2017 di

Bangkok, Thailand pada 11 Oktober 2017 yang lalu.

Kejayaan Kolej Matrikulasi 2017 pada peringkat antarabangsa

16. Sekalung tahniah juga saya ucapkan kepada pencapaian Kolej

Matrikulasi pada tahun 2017 atas kejayaan:

Kumpulan Revival, Kolej Matrikulasi Selangor yang telah

mengharumkan nama Malaysia kerana memenangi Anugerah

Emas dalam International Convention on Quality Control Circles

2017 di Okada Manila, Paranaque City, Metro Manila, Filipina

pada 24 hingga 26 Oktober 2017; dan

Kumpulan ECOTERA dari Kolej Matrikulasi Selangor dan

Kumpulan MAKERS dari Kolej Matrikulasi Labuan atas

penerimaan Anugerah Emas (3 Bintang) bersempena dengan

Annual Productivity and Innovation Conference and Exposition

(APIC 2017) di Genting International Convention Centre pada

14 hingga 16 November 2017.

Kejayaan Murid dalam Pelbagai Bidang

17. Saya juga amat berbangga atas pencapaian sekolah-sekolah kita

yang telah mencatatkan detik-detik manis melalui beberapa lakaran

Page 9: TEKS UCAPAN YB DATO' SERI MAHDZIR BIN KHALID … Jan/TEKS YBM... · Kementerian dalam memartabatkan pendidikan negara selaras dengan visi untuk meletakkan sistem pendidikan negara

9

kejayaan sepanjang tahun 2017. Antara kejayaan sekolah Malaysia

adalah:

SK Long Sepiling di Baram, Sarawak telah menjadi Juara

kategori Penceritaan Terbaik menerusi video “Marung Usu”

dalam Anugerah Kid Witness News di Tokyo, Jepun;

SMK Ibrahim, Sungei Petani, Kedah berjaya memenangi Pingat

Emas dalam Pertandingan Ekspo Antarabangsa Ciptaan dan

Rekaan Kaohsiung di Taiwan;

Sekolah Seri Puteri Cyberjaya melalui Pasukan Orkestra

Simfonik (SP Winds) telah meraih Anugerah Perak pada

Pertandingan Muzik Dunia (WMC 2017) di Kekrade, Amsterdam;

dan

Sekolah Sultan Alam Shah Putrajaya berjaya merangkul Pingat

Emas dalam Pertandingan Kreativiti Reka Cipta Dunia (WICC)

di Seoul, Korea Selatan pada 30 Julai 2017.

Kejayaan Murid dalam Sukan

18. Dalam bidang sukan, Malaysia telah menjadi tuan rumah

Kejohanan Sukan SEA di Kuala Lumpur pada bulan Ogos 2017 dan

Sukan Para ASEAN pada bulan September 2017. Negara kita telah

mengungguli Kejohanan Sukan SEA dengan keseluruhan pungutan

pingat sebanyak 323. Seramai 140 atlet murid dan 5 orang guru KPM

telah mengambil bahagian dan telah menyumbang sebanyak 73 pingat

keseluruhan iaitu 38 Emas, 15 Perak dan 20 Gangsa dalam

Kejohanan Sukan SEA 2017.

19. Bagi Sukan Para ASEAN, Malaysia telah menduduki tempat kedua

dengan penyertaan seramai 326 atlet dalam pelbagai disiplin sukan.

Seramai 33 atlet murid dan 3 guru KPM telah mewakili Malaysia dalam

kejohanan ini. Atlet murid dan guru KPM telah menyumbang sebanyak

Page 10: TEKS UCAPAN YB DATO' SERI MAHDZIR BIN KHALID … Jan/TEKS YBM... · Kementerian dalam memartabatkan pendidikan negara selaras dengan visi untuk meletakkan sistem pendidikan negara

10

28 pingat keseluruhan dalam Sukan Para ASEAN 2017 iaitu 10

Emas, 9 Perak dan 9 Gangsa.

20. Sesungguhnya kita amat berbangga kerana dua atlet murid KPM

telah berjaya memecah rekod kejohanan iaitu Welson Sim bagi dua

acara iaitu 200 meter Gaya Bebas dengan rekod baharu 1 minit 47.79

saat dan 400 meter Gaya Bebas dengan rekod baharu 3 minit 50.26

saat. Secara keseluruhan, beliau telah memperolehi dua pingat emas

melalui acara 200 m Gaya Bebas dan 400 m Gaya Bebas, satu pingat

perak bagi acara 4x100 m Gaya Bebas dan pingat gangsa bagi acara

4x200 m Gaya Bebas. Manakala, atlet murid Grace Wong telah

memecah rekod kejohanan dalam acara Lempar Tukul Besi dengan

catatan jarak sejauh 59.24 meter. Satu lagi kejayaan membanggakan

dalam Kejohanan Sukan SEA ialah Khairul Hafiz Jantan yang

dinobatkan sebagai Raja Pecut Baharu Asia Tenggara dengan catatan

masa 10.38 saat dalam acara 100 meter. An Najwa binti Azizan atlet

murid Sekolah Sukan Bukit Jalil, turut mengharumkan nama negara

melalui aksi bertenaga dalam sukan Bola Jaring dan telah membantu

pasukan Malaysia merangkul pingat emas dalam acara ini.

21. Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN atau ASG kali ke-9

telah diadakan di Singapura pada Julai 2017. Malaysia telah menduduki

tempat ke-4 dengan pungutan pingat sebanyak 72 (22 Emas, 16 Perak

dan 34 Perak). ASG merupakan kejohanan berprestij dan mempunyai

standard yang tinggi sehingga disifatkan sebagai Sukan SEA bagi atlet

remaja sekolah di rantau ini. Pada tahun 2018, Malaysia akan menjadi

tuan rumah kepada ASG kali ke-10 di Shah Alam, Selangor pada Julai

2018.

Page 11: TEKS UCAPAN YB DATO' SERI MAHDZIR BIN KHALID … Jan/TEKS YBM... · Kementerian dalam memartabatkan pendidikan negara selaras dengan visi untuk meletakkan sistem pendidikan negara

11

22. Kementerian juga melaksanakan Program Pembangunan Golf

2017 bagi meningkatkan penyertaan pencapaian Malaysia dalam sukan

golf di persada antarabangsa. Kementerian dengan kerjasama

Persatuan Golf Malaysia (MGA) telah menganjurkan Program Golf In

Schools pada 6 April 2017. Sejajar dengan program ini, kursus

Pengenalan Kejurulatihan telah dijalankan dengan penyertaan oleh 20

orang guru. Pada tahun 2018, pembangunan sukan golf diteruskan

melalui:

Kejohanan Golf MSSM 2018

Program Pembangunan Jelajah Sukan Golf KPM/MGA 2018

B14 (L dan P) di Bawah Program Liga Sukan KPM

Kursus Peningkatan Kemahiran Kejurulatihan Golf Khusus

untuk Guru

23. Kita amat bersyukur kerana pembangunan sukan di bawah

Kementerian Pendidikan telah berjaya dilaksanakan melalui kerjasama

dan sumbangan daripada pelbagai pihak dan agensi lain. Antara agensi

yang telah memberi sumbangan terbesar dalam bidang sukan adalah

Yayasan Bank Rakyat dan Yayasan Guru Tun Hussein Onn. Terima

kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang menyumbang, semoga

sumbangan ini dapat meningkatkan lagi pencapaian terbaik para atlet

muda kita.

Para hadirin sekalian,

Bantuan Persekolahan untuk Murid 2018

24. Dalam Bajet 2018, Kerajaan memperuntukkan dana terbesar

kepada Kementerian Pendidikan iaitu sebanyak RM45.9 bilion untuk

Page 12: TEKS UCAPAN YB DATO' SERI MAHDZIR BIN KHALID … Jan/TEKS YBM... · Kementerian dalam memartabatkan pendidikan negara selaras dengan visi untuk meletakkan sistem pendidikan negara

12

perbelanjaan mengurus dan pembangunan. Peruntukan ini termasuk

menyediakan bantuan persekolahan kepada lebih 5.2 juta murid di

seluruh negara dan menambah baik dan menyelenggara sekolah-

sekolah agar anak-anak kita dapat belajar dalam suasana kondusif dan

ceria. Pembiayaan terbesar diberikan kepada Kementerian Pendidikan

sejak dahulu untuk mengelakkan murid tercicir dari persekolahan dan

keyakinan Kerajaan bahawa pendidikan akan membawa perubahan

terbesar kepada kehidupan rakyat dan pembangunan serta

kemakmuran negara.

25. Ketahuilah bahawa pendidikan pada peringkat rendah dan

menengah di Malaysia adalah percuma. Untuk makluman, Kerajaan dan

Kementerian telah membelanjakan secara purata sebanyak RM8,900

bagi setiap murid setahun selaras dengan Akta Pendidikan 550 yang

menyatakan pendidikan adalah percuma di negara yang tercinta ini.

Yuran khas sehingga bayaran tambahan persekolahan telah

dimansuhkan KECUALI sumbangan mengikut keperluan kepada

sekolah. Di sini, saya ingin menegaskan bahawa kerajaan akan tetap

meneruskan dasar pendidikan percuma ini. Percayalah bahawa

kerajaan pimpinan YAB Perdana Menteri yang disayangi akan terus

mendahulukan rakyat.

26. Pada masa ini, pinjaman buku teks diberikan kepada semua

pelajar tanpa mengiri latar belakang. Kerajaan juga turut menyediakan

Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia sebanyak RM100 kepada

keluarga berpendapatan rendah. Bagi tahun 2018, KPM meneruskan

pemberian 19 jenis bantuan persekolahan dengan nilai peruntukan

sebanyak RM3.103 bilion berbanding RM3.059 bilion pada tahun 2017.

Peningkatan peruntukan sebanyak RM43.36 juta (1.42%) ini

Page 13: TEKS UCAPAN YB DATO' SERI MAHDZIR BIN KHALID … Jan/TEKS YBM... · Kementerian dalam memartabatkan pendidikan negara selaras dengan visi untuk meletakkan sistem pendidikan negara

13

menunjukkan Kerajaan sentiasa peka menunaikan tanggungjawab

terhadap rakyat jelata di seluruh negara.

Pentaksiran Antarabangsa PISA dan TIMSS

27. Tahun 2018 merupakan penyertaan Malaysia dalam kajian

Programme for International Student Assessment (PISA) buat kali ke-4.

PISA menguji tiga domain utama kognitif murid iaitu literasi dalam bidang

Sains, Matematik dan Bacaan. Kita berhadapan cabaran bagi PISA 2018

kerana dapatan awal menunjukkan bahawa murid Malaysia lemah dalam

literasi Bacaan. Oleh itu, marilah kita bersama-sama memberikan

sokongan dan bantuan kepada semua sekolah dan murid di Malaysia

untuk menguasai literasi Sains, Matematik dan Bacaan, khususnya

kumpulan sampel 192 buah sekolah, guru dan murid yang akan terlibat

dalam PISA 2018 di seluruh negara.

28. Untuk makluman, pentaksiran PISA 2018 akan dijalankan

berasaskan komputer mulai 01 April hingga 31 Mei. Cabaran ini

merupakan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh semua warga

pendidikan iaitu pihak Kementerian, JPN, PPD, pemimpin sekolah,

Penyelaras, Mentor PISA dan para guru. Dengan ini, saya menyeru

semua pihak yang terlibat membuat persediaan yang mantap. Ketua

Bahagian di KPM, Pengarah JPN, Pegawai PPD, Pengetua dan semua

guru mempunyai akauntabiliti yang tinggi dalam memastikan persediaan

yang rapi dan teratur dilaksanakan bagi menghadapi cabaran PISA

2018. Insya-Allah, saya yakin usaha yang didukung bersama-sama

semua pihak terlibat akan membuahkan kejayaan PISA 2018 yang lebih

baik daripada PISA 2015.

29. Tahun 2018 juga merupakan tahun penting untuk pentaksiran

antarabangsa Trends in International Mathematics and Science

Page 14: TEKS UCAPAN YB DATO' SERI MAHDZIR BIN KHALID … Jan/TEKS YBM... · Kementerian dalam memartabatkan pendidikan negara selaras dengan visi untuk meletakkan sistem pendidikan negara

14

Study atau TIMSS 2019 bagi memastikan kejayaannya. Dua kajian

akan dilaksanakan sepanjang tahun 2018 iaitu kajian rintis dan kajian

utama TIMSS 2019.

Kajian rintis TIMSS 2019 akan disertai oleh 24 buah sekolah

sampel di seluruh negara. Buat pertama kalinya, Malaysia akan

menjalankan ujian rintis TIMSS 2019 dengan menggunakan

komputer atau eTIMSS pada bulan Mac 2018.

Kajian utama TIMSS 2019 akan dijalankan pada bulan Oktober

2018 dengan 200 buah sekolah terpilih sebagai sampel. Oleh itu,

adalah amat penting tahap kesediaan komputer di semua,

khususnya sekolah yang terlibat dala TIMSS 2019 dipertingkatkan

mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR)

30. Kementerian telah memutuskan bahawa keberhasilan utama

pendidikan Malaysia dilihat daripada dua perspektif penting dalam

PPPM 2013 - 2025, iaitu kualiti sekolah dan kemenjadian murid.

Kemenjadian murid dilihat melalui hasil keberkesanan proses

persekolahan secara keseluruhan dan bukannya hanya difokuskan

kepada Gred Purata yang dijana daripada keputusan Ujian Pencapaian

Sekolah Rendah (UPSR).

31. Mulai tahun 2017, Kementerian telah mengambil pendekatan

berbeza dalam melaporkan kejayaan murid yang telah melalui

persekolahan peringkat rendah selama enam tahun melalui Pelaporan

Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR). Kejayaan murid sekolah rendah

dilaporkan dengan lebih menyeluruh dan bermakna dan tidak lagi

berfokus kepada keputusan UPSR semata-mata. PPSR mempunyai dua

komponen utama iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan

pentaksiran pusat. PBS terbahagi kepada tiga jenis pentaksiran iaitu

Page 15: TEKS UCAPAN YB DATO' SERI MAHDZIR BIN KHALID … Jan/TEKS YBM... · Kementerian dalam memartabatkan pendidikan negara selaras dengan visi untuk meletakkan sistem pendidikan negara

15

Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) iaitu penilaian tahap penguasaan

murid dalam mata pelajaran di sekolah; Pentaksiran Aktiviti Jasmani,

Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) iaitu penilaian tahap kecergasan,

kesihatan dan penglibatan murid dalam aktiviti luar bilik darjah, dan

Pentaksiran Psikometrik (PPsi) iaitu penilaian mengenai kecerdasan

semula jadi dan aptitud/kecenderungan murid. Dari aspek pencapaian

akademik penilaian murid dilihat berdasarkan tahap penguasaan

minimum dalam UPSR yang akan dikendalikan pada peringkat pusat

oleh Lembaga Peperiksaan.

32. Kementerian akan memberikan penekanan kepada pelaksanaan

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) ke arah kemenjadian murid

yang holistik dan seimbang. Para guru akan melaporkan perkembangan

murid secara pelaporan satu muka surat (one-page reporting) agar

semua komponen PBS dapat dimanfaatkan untuk membimbing dan

memperkembangkan potensi murid.

33. Oleh yang demikian, dalam menilai pencapaian anak-anak kita

pada akhir persekolahan peringkat rendah atau Tahun 6, kita sebagai

ibu bapa perlu melihat Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah

(PPSR) secara keseluruhan dan bukan hanya melihat kepada bilangan

A yang diperoleh dalam UPSR. Jika ini berlaku, kita sebagai ibu bapa

akan dapat memberikan sokongan, motivasi dan bantuan yang lebih

baik dan terarah kepada anak-anak kita dalam fasa seterusnya

persekolahan mereka untuk berjaya pada peringkat menengah.

Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21)

Page 16: TEKS UCAPAN YB DATO' SERI MAHDZIR BIN KHALID … Jan/TEKS YBM... · Kementerian dalam memartabatkan pendidikan negara selaras dengan visi untuk meletakkan sistem pendidikan negara

16

34. Keseimbangan ilmu dan akhlak dalam pendidikan akan

menyediakan generasi masa depan yang peka dengan perubahan

landskap pendidikan tinggi dan cabaran abad ke-21. Semua warga

pendidik perlu memastikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru

adalah berpusatkan murid. Tumpuan perlu diberikan kepada

mengaplikasikan kemahiran aras tinggi iaitu kemahiran pemikiran kritis

dan kreativiti, selain kemahiran komunikasi dan kolaboratif serta

penerapan nilai murni dan etika (4K1N, atau dalam bahasa Inggeris

4Cs1V iaitu critical thinking, creativity, communication, collaborative, and

values) yang menjadi kemahiran penting dalam abad ke-21.

35. Dalam usaha menyelaraskan pemahaman konsep

Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) dan memastikan keberkesanannya

di bilik darjah dalam kalangan semua pihak, Kementerian telah

mempertingkat usaha, antaranya, melalui:

Penyediaan Kerangka Konsep Pembelajaran Abad ke-21,

Penyediaan Kit Penerangan PAK21,

program bina upaya melalui Latihan Training of Trainer (TOT)

kepada pegawai JPN/PPD,

Latihan Pengoperasian PAK21 kepada SIPartners+ dan SISC+; serta

Pelaksanaan Rintis Pelaporan Profil Murid (PPM) bagi murid Tahun

6 dan Tingkatan 3 di 99 buah sekolah di bawah Program

Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 1.

36. Keberkesanan Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21) dalam

meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi dan kemahiran insaniah

dalam kalangan murid terletak kepada kemahiran strategi guru dalam

mengemblengkan fakta, pengetahuan dan kemahiran yang ingin

diterapkan kepada murid dalam pengajaran dan pembelajaran melalui

Page 17: TEKS UCAPAN YB DATO' SERI MAHDZIR BIN KHALID … Jan/TEKS YBM... · Kementerian dalam memartabatkan pendidikan negara selaras dengan visi untuk meletakkan sistem pendidikan negara

17

penggunaan pelbagai alat dalam pendidikan – alat bukan ICT dan alat

ICT. Salah satu kaedah untuk memanfaatkan peralatan ICT sebagai

pengupaya pembelajaran ialah melalui penyediaan Bilik Darjah Pintar.

Untuk ini, Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM190 juta bagi

menaik taraf 2,000 buah kelas menjadi Bilik Darjah Pintar khusus untuk

meningkatkan pembelajaran berasaskan pemikiran kreatif dan inovatif.

Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25)

37. Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) telah dilaksanakan

mulai 2015 dengan matlamat untuk memantapkan kepimpinan sekolah,

memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti

pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta mengukuhkan pelibatan ibu

bapa, komuniti dan pihak berkepentingan demi kejayaan murid.

Sehingga kini, TS25 telah menampakkan hasil dalam mewujudkan

suasana pembelajaran bermakna yang membawa kepada kemenjadian

murid. TS25 diteruskan untuk kohort ketiga bagi tahun 2018 dengan

penambahan sekolah baharu berjumlah 401 buah menjadikan jumlah

keseluruhan 600 buah sekolah melaksanakan program TS25 pada

tahun 2018.

Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)

38. Inisiatif Perkukuhan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik

(STEM) akan diteruskan dan diperkasakan lagi pada tahun 2018. Antara

program dan aktiviti yang akan dijalankan ke arah memperkukuhkan

STEM dalam kalangan guru dan murid adalah:

Penganjuran Kolokium Pendidikan STEM 2018 iaitu kerjasama

strategik Kementerian dengan institusi pengajian tinggi, agensi

kerajaan dan pihak industri bagi memastikan lebih ramai guru

menerima manfaat daripada perkongsian maklumat terkini;

Page 18: TEKS UCAPAN YB DATO' SERI MAHDZIR BIN KHALID … Jan/TEKS YBM... · Kementerian dalam memartabatkan pendidikan negara selaras dengan visi untuk meletakkan sistem pendidikan negara

18

Penganjuran Persidangan Antarabangsa STEM 2018 iaitu

kerjasama antara Kementerian dengan pihak Universiti Teknologi

Malaysia (UTM) pada bulan Oktober 2018;

Penerbitan Komik STEM iaitu projek usaha sama antara

Kementerian dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI);

Penganjuran karnival STEM di setiap negeri dan diakhiri dengan

karnival STEM peringkat kebangsaan;

Penyediaan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran mata

pelajaran STEM; dan

Penyediaan modul Sains Komputer termasuk program coding

dalam kurikulum sekolah rendah dan menengah.

39. Bagi memperkasa pendidikan generasi TN50, pada tahun 2018

Pusat STEM Negara akan ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan

Malaysia bersama-sama dengan Kementerian Sains, Teknologi dan

Inovasi (MOSTI) melalui peruntukan sebanyak RM25 juta. Antara fungsi

Pusat STEM Negara nanti adalah:

menjadi pusat pembangunan profesionalisme untuk guru dan

pemimpin sekolah serta pembantu makmal/juruteknik bagi

meningkatkan kemahiran, kebolehan dan keyakinan dalam bidang

STEM;

menyediakan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran bidang

STEM dengan kolaborasi kepakaran antara kementerian, agensi

kerajaan, universiti awam, institusi pendidikan tinggi swasta dan

pihak industri;

memajukan R&D pendidikan STEM;

melaksanakan program komuniti dan sokongan (outreach) dan

pengayaan pendidikan STEM; dan

mewujudkan jaringan perkongsian kepakaran dan sumber

pendidikan STEM pada peringkat serantau dan antarabangsa.

Page 19: TEKS UCAPAN YB DATO' SERI MAHDZIR BIN KHALID … Jan/TEKS YBM... · Kementerian dalam memartabatkan pendidikan negara selaras dengan visi untuk meletakkan sistem pendidikan negara

19

Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional

40. Usaha memartabatkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan

Vokasional (TVET) diteruskan pada tahun 2018 dengan kesemua

institusi TVET di bawah tujuh Kementerian dijenamakan sebagai

“TVET Malaysia”. Peruntukan sebanyak RM4.9 bilion disediakan bagi

melaksanakan Pelan Induk TVET Malaysia sebagai satu langkah

mengisi keperluan tenaga mahir negara. Kerjasama antara sektor awam

dan sektor swasta akan meningkatkan lagi kualiti pendidikan vokasional

terutama daripada aspek pengiktirafan oleh pihak industri. Enrolmen

murid yang bakal memilih bidang vokasional dijangka meningkat dengan

adanya akses kepada pendidikan vokasional yang lebih meluas.

Pelaksanaan program Perantisan Industri Menengah Atas (PIMA)

akan terus diperkukuh dengan wujudnya lebih peluang kepada murid

untuk mengaplikasikan ilmu dan teori yang dipelajari di industri dalam

dunia pekerjaan sebenar.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

Kebolehpasaran Graduan TVET

41. TVET telah membuktikan bahawa bidang ini bukanlah pilihan

terakhir untuk anak-anak kita. Kolej Vokasional telah berjaya

menganugerahkan diploma kepada 12,997 graduan kohort kedua di

Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional KPM Kali Kedua 2017. Bagi

graduan KV kohort 1 tahun 2016, sebanyak 90.58 peratus daripada

2,273 telah bekerja mengikut bidang yang dipelajari. Berdasarkan Kajian

Kebolehpasaran Pelajar KV, sebanyak 74.6 peratus daripada 12,997

graduan KV kohort 2 telah ditawarkan pekerjaan sebelum tamat

pengajian dan mendapat pekerjaan mengikut bidang yang dipelajari.

Page 20: TEKS UCAPAN YB DATO' SERI MAHDZIR BIN KHALID … Jan/TEKS YBM... · Kementerian dalam memartabatkan pendidikan negara selaras dengan visi untuk meletakkan sistem pendidikan negara

20

42. Kebimbangan awal ibu bapa dan pihak awam mengenai

keupayaan graduan KV mendapat pekerjaan telah terjawab apabila

bilangan mereka yang mudah mendapat pekerjaan selepas tamat

pembelajaran semakin meningkat. Bagi meningkatkan lagi

kebolehpasaran, kebolehkerjaan dan kebolehgajian pelajar KV,

Kementerian akan menambah bilangan pelajar KV yang mendapat

pensijilan tambahan daripada Diploma dan Sijil Kemahiran Malaysia

oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Graduan KV juga boleh

melanjutkan pengajian ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta

melalui dua kaedah iaitu laluan khas untuk graduan yang cemerlang dan

laluan Accreditation of Prior Experiential Learning (APEL).

43. Kehebatan graduan KV juga terserlah pada tahun 2017 apabila

beberapa orang antara mereka telah berjaya dalam bidang masing-

masing, antaranya:

Nurizzati Athira binti Mohamad Yusoff, bekas pelajar Kolej

Vokasional Taiping berjaya menjadi jurukimpal dalam air wanita

pertama Malaysia;

Anis Sophia binti Mohd Rosehan Anwar, bekas pelajar Kolej

Vokasional Shah Alam berjaya melanjutkan pengajian ke tahun

dua di Dublin Business School dalam BA (Hons) in Business

(Psychology) dan tahun ketiga ditawarkan Program Master of

Business Administration (MBA) (With Streams);

Eda Aqilah binti Yusni dan Mohd Farris Aiman bin Nor Sarizan

pelajar tahun akhir KV Setapak dalam pengajian Diploma Seni

Reka Fesyen Setapak mendapat tempat pertama dan kedua

masing-masing dalam Generation M Design Award Sempena

Tokyo Modest Fashion Show 2017 pada November 2017 di

Metropolitan Industrial Trade Centre, Asakusa Tokyo, Japan.

Page 21: TEKS UCAPAN YB DATO' SERI MAHDZIR BIN KHALID … Jan/TEKS YBM... · Kementerian dalam memartabatkan pendidikan negara selaras dengan visi untuk meletakkan sistem pendidikan negara

21

Transformasi Pendidikan Orang Asli

44. Sistem pendidikan terbaik menyediakan pendidikan yang terbaik

kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira etnik, tempat atau latar

belakang sosioekonomi. Pihak Kementerian terus berusaha gigih untuk

meningkatkan kejayaan murid Orang Asli melalui inisiatif Transformasi

Pendidikan Orang Asli agar mereka berpeluang menerima pendidikan

berkualiti yang relevan dengan keperluan mereka. Pelan Hala Tuju

Transformasi Pendidikan Orang Asli dan Peribumi juga dijadikan

panduan dan asas untuk memastikan ekuiti pendidikan dapat dicapai

bagi masyarakat Orang Asli dan Peribumi.

45. Sekolah Model Khas Komprehensif yang disediakan oleh

Kementerian dan pelbagai program pendidikan yang dilaksanakan telah

berjaya meminimumkan kadar keciciran dan meningkatkan keberhasilan

murid Orang Asli. Pada tahun 2017, kita telah berjaya meningkatkan

peratus kehadiran murid Orang Asli kepada 87.27 peratus berbanding

86.3 peratus pada tahun 2016. Program kemenjadian murid Tahun 6

diperhebatkan dengan mengadakan bengkel akademik UPSR dan

program motivasi peningkatan jati diri. Selain itu, jalinan kerjasama

antara sekolah dengan komuniti Orang Asli melalui inisiatif Pelibatan Ibu

Bapa dan Komuniti dengan pelaksanaan Program Pemerkasaan

Peranan Tok Batin dan Jawatan Kuasa Kerja Kampung (JKKK) turut

membantu mengurangkan isu kehadiran murid.

Akses Kepada Peluang Pendidikan Berdasarkan Minat, Bakat dan

Keperluan

46. Menyedari hakikat bahawa setiap anak yang dilahirkan

mempunyai bakat dan kecenderungan yang berbeza, Kementerian

sentiasa memberi peluang kepada murid untuk memperkembang bakat

Page 22: TEKS UCAPAN YB DATO' SERI MAHDZIR BIN KHALID … Jan/TEKS YBM... · Kementerian dalam memartabatkan pendidikan negara selaras dengan visi untuk meletakkan sistem pendidikan negara

22

mereka. Untuk itu, Kementerian telah menyediakan pelbagai kategori

sekolah seperti Sekolah Sukan, Sekolah Seni dan Sekolah Pendidikan

Khas mengikut keperluan dan kecenderungan murid.

Sukan Negara

47. Pembangunan sukan negara amat diambil berat oleh Kerajaan

terutamanya apabila Malaysia telah diisytiharkan sebagai Juara

Keseluruhan Temasya Sukan SEA ke-29 dan mendapat tempat kedua

Sukan Para ASEAN ke-9. Selaras dengan itu, Kerajaan

memperuntukkan RM1 bilion dalam Bajet 2018 untuk melaksanakan

inisiatif meliputi FitMalaysia, Hari Sukan Negara, latihan atlit, program

akar umbi dan program pembangunan bola sepak negara. Kementerian

Pendidikan mendapat manfaat daripada peruntukan kerajaan kepada

sukan negara apabila Sekolah Sukan Bukit Jalil telah diberikan

peruntukan RM20 juta bagi menambah baik kemudahan sukan dan

sekolah dan diangkat menjadi sekolah sukan premier.

48. Kejayaan cemerlang kontinjen Malaysia dalam Sukan SEA Kuala

Lumpur 2017 yang disertai oleh atlet murid dan guru juga telah

membuka peluang yang luas kepada Kementerian untuk

memperkasakan hala tuju program pembangunan sukan sekolah dan

memantapkan Dasar 1Murid 1Sukan supaya bakal atlet negara dapat

dikenal pasti lebih awal di bangku sekolah. Saya berharap kejayaan

sukan yang telah dicipta oleh anak-anak kita pada peringkat Asia

Tenggara ini dapat diperluaskan kejayaannya pada peringkat Asia dan

dunia.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Page 23: TEKS UCAPAN YB DATO' SERI MAHDZIR BIN KHALID … Jan/TEKS YBM... · Kementerian dalam memartabatkan pendidikan negara selaras dengan visi untuk meletakkan sistem pendidikan negara

23

Program Penarafan Matrikulasi dan Pengiktirafan Antarabangsa

49. Program Matrikulasi merupakan program prauniversiti anjuran

Kementerian Pendidikan yang telah diberi perhatian khusus melalui

pelaksanaan PPPM 2013-2025. Usaha-usaha untuk memantapkan

pelaksanaan Program Matrikulasi sehingga mendapat pengiktirafan

kelayakan daripada universiti luar negara sedang dipergiatkan. Menerusi

inisiatif Pengantarabangsaan Program Matrikulasi, Program Penarafan

dan Pengiktirafan Kelayakan Matrikulasi ke Program Ijazah Pertama di

Institusi Pengajian Tinggi berjaya mendapat pengiktirafan kelayakan

matrikulasi daripada empat universiti di Korea Selatan iaitu Korea

Advanced Institute of Science & Technology (KAIST), Korea University,

Yonsei University dan Sungkyunkwan University. Program Penarafan

dan Pengiktirafan Kelayakan Matrikulasi ke Program Ijazah Pertama di

Institusi Pengajian Tinggi juga sedang giat dijalankan di Norway. Apabila

kelayakan Program Matrikulasi diterima di Norway nanti, pelajar

Matrikulasi berpeluang untuk mendapat pendidikan percuma pada

peringkat pengajian tinggi di negara Norway.

Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan

50. Kementerian sentiasa komited untuk memastikan bahawa guru

berkualiti sentiasa berada di dalam perkhidmatan pendidikan.

Mengekalkan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang berkualiti

dalam sistem pendidikan adalah salah satu faktor terpenting dalam

menentukan kejayaan pendidikan negara. Pengetahuan dan kemahiran

guru di bawah Kementerian perlu sentiasa ditingkatkan supaya bersedia

menghadapi cabaran tugas dan terbuka dalam menerima serta

melaksana sebarang bentuk perubahan dalam sistem pendidikan untuk

kejayaan diri dan murid. Oleh itu, Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP)

bagi tahun 2018 terus dimantapkan berpandukan kepada Dokumen Awal

Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK).

Page 24: TEKS UCAPAN YB DATO' SERI MAHDZIR BIN KHALID … Jan/TEKS YBM... · Kementerian dalam memartabatkan pendidikan negara selaras dengan visi untuk meletakkan sistem pendidikan negara

24

Dengan peruntukan LDP 2018, Kementerian akan terus menyediakan

latihan kepada guru dan pegawai dalam semua peringkat pendidikan

untuk memacu transformasi pendidikan.

Menjadi Guru Malaysia 51. Menjadi Guru Malaysia (MGM) merupakan salah satu aktiviti yang

dilaksanakan di bawah inisiatif Piagam Guru. MGM dilaksanakan sejajar

dengan moto Piagam Guru iaitu untuk memastikan guru yang berdaftar

dalam kalangan “Guru Yang Berkualiti dan Kekal Berkualiti Sepanjang

Tempoh Perkhidmatan”. Bagi mencapai hasrat tersebut, Sistem Guru

Malaysia (SGMy) telah dibangunkan untuk mengumpul data dan

maklumat berkaitan semua guru di bawah Kementerian Pendidikan dan

Institusi Pendidikan Swasta (IPS) yang berdaftar untuk dijadikan sebagai

one-stop centre data guru dan akan diperluaskan kepada data calon

bakal guru bermula 2019. Pewujudan Sistem Guru Malaysia adalah

penting dalam memastikan hanya mereka yang berkelayakan dan

berkualiti ditempatkan di semua sekolah di seluruh negara untuk

mendidik generasi masa hadapan Malaysia.

Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta

52. Kementerian ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan

terhadap sokongan dan pelibatan ibu bapa dan masyarakat dalam

memastikan aspirasi pendidikan negara dapat dicapai. Sepanjang tahun

2017, kita dapat melihat peningkatan pelibatan ibu bapa di sekolah.

Peratus kehadiran ibu bapa dalam 6 aktiviti utama di sekolah telah

meningkat daripada 92.89 peratus pada tahun 2016 kepada 94.45

peratus bagi tahun 2017. Peratus ibu bapa yang terlibat sebagai

sukarelawan dalam aktiviti PIBG/sekolah juga semakin meningkat

daripada 40.11 pada tahun 2016 kepada 82 peratus bagi tahun 2017.

Page 25: TEKS UCAPAN YB DATO' SERI MAHDZIR BIN KHALID … Jan/TEKS YBM... · Kementerian dalam memartabatkan pendidikan negara selaras dengan visi untuk meletakkan sistem pendidikan negara

25

53. Saya merasa bangga dalam setiap kali lawatan saya ke sekolah,

saya dapat melihat gandingan erat pentadbir sekolah dengan ibu bapa

dalam menjayakan pelbagai program, sehinggakan PIBG sendiri

menganjurkan sambutan Hari Guru dan membuat persembahan khas

menghargai guru. Usaha untuk menyebar luas aktiviti/program oleh

pihak KPM/JPN/PPD telah memberi ruang dan peluang ibu bapa terlibat

secara langsung. Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) terus aktif

menggalakkan ibu bapa membantu sekolah dalam pelbagai aktiviti –

antaranya: menyediakan makanan Hari Sukan, menganjurkan Hari

Guru, keceriaan kelas dan baik pulih sekolah. Syabas, tahniah dan

ribuan terima kasih, ikhlas dari kami di Kementerian. Saya percaya

kemenjadian murid kita akan terhasil melalui komitmen dan

tanggungjawab yang digalas oleh para guru, pihak sekolah dengan

kerjasama erat ibu bapa serta komuniti di samping kepercayaan

sepenuhnya diberikan dalam mendidik anak-anak kita.

Tuan/tuan dan Puan-puan,

AMANAT UNTUK WARGA PENDIDIKAN

Memaksimumkan Keberhasilan Murid Bagi Setiap Ringgit Yang

Dibelanjakan

54. Untuk makluman, perbelanjaan pendidikan di Malaysia adalah

lebih dua kali ganda daripada perbelanjaan negara ASEAN lain secara

purata. Bagi tahun 2018, Kementerian telah diberi peruntukan sebanyak

RM45.962 bilion di bawah Belanja Mengurus dan Belanja

Pembangunan. Sebanyak RM500 juta juga telah diberikan kepada

Kementerian di bawah Tabung Khas Penambahbaikan dan

Penyelenggaraan Sekolah kepada semua jenis sekolah - Sekolah

Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis

Page 26: TEKS UCAPAN YB DATO' SERI MAHDZIR BIN KHALID … Jan/TEKS YBM... · Kementerian dalam memartabatkan pendidikan negara selaras dengan visi untuk meletakkan sistem pendidikan negara

26

Kebangsaan Tamil, Sekolah Mubaligh, Sekolah Berasrama Penuh, dan

Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

55. Untuk pembaikan sekolah daif di seluruh negara, sebanyak

RM2.5 bilion diperuntukkan melalui kaedah Industrial Building System

(IBS) bagi tempoh dua tahun. Pecahan peruntukan ialah sebanyak

RM500 juta kepada sekolah daif di Semenanjung Malaysia,

manakala RM1billion bagi sekolah daif masing-masing di Sabah

dan Sarawak. Peruntukan ini akan memberi manfaat kepada hampir

2,000 buah sekolah untuk pembaikan infrastruktur seperti bumbung

bocor, lantai yang rosak, dinding berlubang dan peralatan yang sudah

lama tidak berganti. Dari sudut pembangunan, sebanyak RM654 juta

diperuntukkan bagi pembinaan empat buah prasekolah, sembilan buah

pusat PERMATA termasuk dua pusat baharu untuk kanak-kanak

autisme, 48 buah sekolah rendah, menengah, kolej vokasional dan

sebuah pusat matrikulasi.

56. Selain daripada itu, sebanyak RM2.9 bilion diperuntukkan kepada

bantuan persekolahan yang meliputi pelbagai perkara seperti inisiatif

kelangsungan kelas abad ke-21, bantuan makanan, buku teks, geran

per kapita dan Biasiswa Kecil Persekutuan. Peruntukan RM328 juta pula

disediakan bagi meneruskan Bantuan Persekolahan RM100 seorang

kepada 3.2 juta murid yang ibu bapanya berpendapatan rendah.

Sehubungan dengan itu, semua Bahagian KPM yang menguruskan

operasi sekolah perlu memberi perhatian dan hendaklah mengambil

tindakan segera serta berintegriti bagi memastikan kelancaran

pengurusan persediaan sekolah dibuat dengan sebaik-baiknya.

Page 27: TEKS UCAPAN YB DATO' SERI MAHDZIR BIN KHALID … Jan/TEKS YBM... · Kementerian dalam memartabatkan pendidikan negara selaras dengan visi untuk meletakkan sistem pendidikan negara

27

Infrastruktur Pendidikan

57. Pembangunan infrastuktur sekolah merupakan tulang belakang

dalam usaha untuk melonjakkan kemajuan dan kecemerlangan

pendidikan negara. Pihak Kementerian amat serius dalam menyediakan

penyelenggaraan segera kepada infrastruktur sekolah seperti

pendawaian semula, baik pulih bangunan, dan pembinaan infrastruktur

baharu.

58. Bagi tahun 2018, KPM turut menerima peruntukan sebanyak

RM82 juta bagi penyelenggaraan kecil dan RM70 juta bagi keperluan

menaik taraf infrastruktur Institusi Pendidikan di bawah KPM.

Peruntukan ini akan diagihkan mengikut cadangan keutamaan skop

kerja yang disyorkan oleh Jabatan dan Bahagian di bawah KPM. Selain

daripada itu, KPM turut menjalinkan kerjasama dengan pihak Jabatan

Kerja Raya (JKR) bagi melaksanakan kerja-kerja pakar seperti

pembaikan struktur dan pendawaian elektrik.

Penerapan Nilai dan Akhlak

59. Falsafah Pendidikan Negara menjadi teras kepada pembangunan

pendidikan yang amat menekankan keseimbangan ilmu dan akhlak.

Walaupun usaha transformasi pendidikan giat dijalankan, sering kali kita

dikejutkan dengan pelbagai isu dan kes disiplin murid yang ditularkan di

media seperti kes buli dan pergaduhan di sekolah. Guru dan sekolah

hanyalah sebahagian kecil daripada elemen yang menyumbang kepada

penyediaan ekosistem pendidikan yang menyeluruh dalam pendidkan

anak-anak kita.

60. Penerapan nilai, adab dan akhlak memerlukan usaha bersepadu

daripada semua pihak berkepentingan dalam pendidikan. Pihak sekolah

Page 28: TEKS UCAPAN YB DATO' SERI MAHDZIR BIN KHALID … Jan/TEKS YBM... · Kementerian dalam memartabatkan pendidikan negara selaras dengan visi untuk meletakkan sistem pendidikan negara

28

dan guru akan mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni, etika dan

kerohanian melalui aktiviti dalam dan luar bilik darjah serta melalui

aktiviti sukan dan kokurikulum serta amalan harian. Hal ini perlu

disambut dan disokong oleh ibu bapa, penjaga, masyarakat dan semua

pihak berkepentingan dalam kehidupan setiap murid. Konsep dan

amalan nilai universal yang ditunjukkan dan diteladani oleh anak-anak

kita dari rumah dan persekitaran dalam masyarakat akan menjadikan

mereka insan dengan nilai dan akhlak serta standard moral yang tinggi

untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.

61. KPM mempunyai pelbagai pendekatan untuk membantu pihak

sekolah menangani isu salah laku murid dengan mengambil langkah

mengutamakan aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) kerana

ia merupakan teras pembentukan karakter murid. Aspek ini ditekankan

melalui mekanisme pencegahan, penguatkuasaan peraturan sekolah,

intervensi kepada mangsa dan jalinan kerjasama padu dengan semua

pihak. Pelbagai program kesedaran disiplin dilaksanakan secara

bersepadu dalam aktiviti kurikulum, kokurikulum dan pembinaan sahsiah

diri. Murid turut dilibatkan menjadi pembimbing rakan sebaya melalui

kelab pakaian beruniform dan Kelab Pencegahan Jenayah Sekolah.

Saudara, saudari yang dihormati sekalian,

Inisiatif Utama dan Sokongan PPPM 2018

62. Bagi memastikan momentum Gelombang 2 (2016 - 2020) terus

dapat memacu peningkatan sistem, inisiatif PPPM telah dikemas kini

selaras dengan pencapaian yang telah diraih pada tahun sebelumnya.

Pada tahun 2018, terdapat 19 inisiatif utama dan 8 inisiatif sokongan

yang dilaksanakan oleh Bahagian-bahagian berkaitan dan disokong oleh

Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU). Saya yakin, jika

semua inisiatif dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan, kita

Page 29: TEKS UCAPAN YB DATO' SERI MAHDZIR BIN KHALID … Jan/TEKS YBM... · Kementerian dalam memartabatkan pendidikan negara selaras dengan visi untuk meletakkan sistem pendidikan negara

29

akan terus berada di landasan yang betul untuk memacu peningkatan

sistem pendidikan dan mencapai hasrat aspirasi transformasi

pendidikan.

Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris

(MBMMBI)

Memartabatkan Bahasa Melayu

63. Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara. Semua

rakyat Malaysia tanpa mengira ras dan latar belakang perlu menguasai

bahasa Melayu (BM) bagi mengekalkan martabatnya sebagai bahasa

rasmi negara, bahasa untuk tujuan perpaduan dan bahasa ilmu. Oleh

itu, Kementerian telah memperkenalkan inisiatif Pemartabatan

Pendidikan Bahasa Melayu mulai tahun 2016 dengan teraju utamanya

ialah Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu (IPGKBM).

Tujuan utama inisiatif ini ialah memperkasa penguasaan BM dalam

kalangan murid dan meningkatkan kualiti pengajaran BM dalam

kalangan guru mata pelajaran Bahasa Melayu melalui pelbagai aktiviti

yang terancang.

64. Pada tahun 2017, inisiatif BM telah berjaya menghasilkan tiga

dokumen utama ke arah memperkukuh lagi pendidikan BM pada

peringkat sekolah iaitu:

Pelan Hala Tuju Pendidikan Bahasa Melayu 2016-2025 yang

menggariskan pelan strategik dan pelan tindakan dalam

meningkatkan kualiti pendidikan BM dalam tempoh 10 tahun.

Pada tahun 2018, dokumen ini akan disebar luas sebagai bahan

rujukan mengenai pelaksanaan aktiviti BM kepada semua

sekolah, JPN dan PPD.

Page 30: TEKS UCAPAN YB DATO' SERI MAHDZIR BIN KHALID … Jan/TEKS YBM... · Kementerian dalam memartabatkan pendidikan negara selaras dengan visi untuk meletakkan sistem pendidikan negara

30

Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM) merupakan satu

piawaian untuk mengukur tahap penguasaan dan penggunaan

BM, dan boleh digunakan oleh pelbagai pihak bagi menyediakan

kursus yang bersesuaian untuk meningkatkan lagi penguasaan

BM. Pada tahun 2018, bagi memantapkan penyediakan KSBM

dan mendapatkan pengiktirafan daripada agensi luar,

Kementerian akan mengadakan sindikasi dengan pelbagai pihak

dalam dan luar kementerian termasuk universiti luar negara.

Majlis Bahasa Melayu juga akan diwujudkan untuk mengawal

selia mutu KSBM.

Draf Kerangka Holistik Pembangunan Profesionalisme Guru BM

telah dibangunkan untuk membolehkan guru BM menentukan

jenis kursus yang diperlukan bagi meningkatkan lagi keupayaan

serta kemahiran mereka dalam melaksanakan proses

pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kerangka ini

akan dimuktamadkan pada tahun 2018.

65. Selain itu, Kementerian juga telah menyediakan lima kit aktiviti

sokongan untuk peningkatan penguasaan BM di dalam dan luar bilik

darjah iaitu:

Kit Sokongan Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan Sekolah

Menengah untuk pengajaran BM dalam bilik darjah;

Kit Program Interaktif Kemahiran Bahasa Melayu (PIKeBM)

Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah untuk pemantapan BM

melalui aktiviti kokurikulum; dan

Kit Program Bijak Kelas Pemulihan Bahasa Melayu untuk

membantu murid yang belum menguasai BM selepas Tahun 3.

Page 31: TEKS UCAPAN YB DATO' SERI MAHDZIR BIN KHALID … Jan/TEKS YBM... · Kementerian dalam memartabatkan pendidikan negara selaras dengan visi untuk meletakkan sistem pendidikan negara

31

66. Kementerian juga telah membangunkan modul pedagogi BM yang

mengandungi strategi pengajaran terkini untuk mengukuhkan pedagogi

iaitu Modul Pedagogi Alternatif Kesusasteraan Melayu dan Modul

Kecemerlangan Pedagogi BM. Guru BM yang mengajar di sekolah

pendidikan khas turut disokong melalui Modul Interaktif Pemulihan

Bahasa Melayu Pendidikan Khas. Kesemua Kit Aktiviti Sokongan dan

modul ini akan diedarkan ke semua sekolah rendah dan menengah

untuk pelaksanaan mulai tahun 2018.

67. Untuk meningkatkan lagi profesionalisme keguruan, sejumlah

2,466 orang guru BM yang mengajar di sekolah Orang Asli, sekolah

kurang murid, sekolah rendah dan menengah berpencapaian rendah

dalam BM, dan guru kelas peralihan, latihan peningkatan pedagogi telah

diberikan pada tahun 2017. Bagi sekolah pendidikan khas, sebanyak

103 orang guru juga telah dilatih. Saya amat berharap melalui

perancangan tersusun aktiviti Bahasa Melayu di bawah inisiatif

Pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu, penguasaan dan

penggunaan Bahasa Melayu standard dapat diperkukuhkan dalam

kalangan rakyat Malaysia.

Memperkukuh Bahasa Inggeris

68. Bahasa Inggeris Penguasaan Bahasa Inggeris dalam

kalangan murid dan guru terus diperkukuh melalui pemantapan

program bahasa Inggeris. Inisiatif utama bahasa Inggeris yang terus

diberi tumpuan ialah:

Program Dwi Bahasa (Dual Language Programme - DLP);

Program Imersif Tinggi (Highly Immersive Programme - HIP);

Program Peningkatan Kemahiran Bahasa Inggeris di Sekolah

(PKBIS);

Page 32: TEKS UCAPAN YB DATO' SERI MAHDZIR BIN KHALID … Jan/TEKS YBM... · Kementerian dalam memartabatkan pendidikan negara selaras dengan visi untuk meletakkan sistem pendidikan negara

32

Professional Up-skilling of English Language Teachers (Pro-ELT);

dan Program Intervensi Tambah Opsyen Bahasa Inggeris (PITO

BI).

69. Dual Language Programme (DLP) akan terus dilaksanakan di

sekolah-sekolah yang memohon untuk melaksanakannya dan

memenuhi empat kriteria yang telah ditetapkan. Sehingga kini, DLP

dilaksanakan di Tahun 1, 2, 4 dan 5 melibatkan 51,324 murid di sekolah

rendah dan di Tingkatan 1 dan 2 melibatkan 78,535 murid di sekolah

menengah. Kajian pencapaian Bahasa Inggeris murid DLP kohort

pertama yang melibatkan murid Tahun 2, Tahun 5 dan Tingkatan 2

berjumlah 38,843 orang telah dilaksanakan dengan membandingkan

keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2016 dan keputusan Peperiksaan

Pertengahan Tahun 2017. Dapatan kajian menunjukkan bahawa

pencapaian Bahasa Inggeris murid bagi sekolah rendah dan sekolah

menengah telah meningkat. Seramai 36.28 peratus murid sekolah

rendah (5,368 orang murid) telah menunjukkan peningkatan dalam

Bahasa Inggeris Bagi sekolah menengah, sebanyak 46.44 peratus

murid (10,664 orang murid) telah menunjukkan peningkatan di dalam

Bahasa Inggeris. Bagi tahun 2018, DLP akan diperluaskan kepada 214

(88+126) buah sekolah baharu yang memohon.

70. Highly Immersive Programme (HIP) telah diperluaskan ke 5,500

buah sekolah pada tahun 2017 dan seterusnya ke semua sekolah di

seluruh negara pada tahun 2018. Petunjuk prestasi untuk HIP pada

tahun 2018 adalah untuk memastikan 60 peratus daripada 1,200 buah

sekolah mencapai tahap 3 dalam skala immersiveness. Oleh itu, saya

berharap semua sekolah dan guru dapat mewujudkan persekitaran

yang menyokong pembelajaran Bahasa Inggeris secara menyeluruh

untuk mengukuhkan penguasaan murid dalam bahasa antarabangsa ini.

Page 33: TEKS UCAPAN YB DATO' SERI MAHDZIR BIN KHALID … Jan/TEKS YBM... · Kementerian dalam memartabatkan pendidikan negara selaras dengan visi untuk meletakkan sistem pendidikan negara

33

71. Program Intervensi Tambah Opsyen Bahasa Inggeris (PITO-BI)

dilaksanakan dengan tujuan melatih dan melengkapkan guru bukan

opsyen Bahasa Inggeris yang mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris

dengan pengetahuan pedagogi serta kemahiran dalam metodologi dan

pendekatan PdP Bahasa Inggeris. Dari tahun 2010 hingga 2017,

seramai 1,043 orang guru bukan opsyen Bahasa Inggeris telah

menjalani latihan. Bagi tempoh 2018 hingga 2020, Kementerian melalui

English Language Teaching Centre (ELTC) akan melatih 1,327 guru

orang bukan opsyen Bahasa Inggeris.

Integriti Penjawat Awam

72. Kementerian Pendidikan merupakan kementerian yang ke-3 dan

antara organisasi terawal yang telah menandatangani Ikrar Bebas

Rasuah (IBR) yang diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pencegahan

Rasuah Malaysia (SPRM). Ikrar Bebas Rasuah menekankan ikrar serta

janji yang dibuat oleh para pemimpin dan warga organisasi secara

sukarela atas kapasiti sebagai individu, bertujuan untuk memastikan

setiap menjunjung tanggungjawab untuk menghindari diri daripada

terlibat dengan sebarang gejala rasuah dan salah guna kuasa

sepanjang melaksanakan tugas. Pihak Pengurusan Tertinggi dan

Ketua-ketua Jabatan KPM telah melafaz dan menandatangani Ikrar

Bebas Rasuah pada 15 Mac 2017. Tahniah kepada Pengurusan

Tertinggi dan barisan kepimpinan Kementerian yang telah

menunjukkan integriti dan contoh teladan yang amat baik dalam

menjalankan tugas sepanjang tahun 2017.

73. Saya berharap Laporan Audit Negara bagi tahun 2017 tidak akan

mengandungi apa-apa laporan mengenai ketidakpatuhan Prosedur

Standard Operasi dan isu integriti penjawat awam di bawah

Kementerian Pendidikan. Selaras dengan IBR, Unit Integriti memainkan

Page 34: TEKS UCAPAN YB DATO' SERI MAHDZIR BIN KHALID … Jan/TEKS YBM... · Kementerian dalam memartabatkan pendidikan negara selaras dengan visi untuk meletakkan sistem pendidikan negara

34

peranan penting pada peringkat Bahagian, jabatan dan agensi di

Kementerian dalam memastikan integriti warga pendidikan berada pada

tahap tinggi. Penubuhan Unit Integriti pada peringkat daerah juga perlu

digerakkan agar langkah pencegahan awal dapat dielakkan daripada

berlaku ketidakpatuhan atau salah guna kuasa.

Strategi Lautan Biru Kebangsaan

74. Kementerian telah terlibat secara aktif dengan agensi lain dalam

pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue

Ocean Strategy (NBOS) menerusi pemuafakatan yang dibina melalui

pelbagai program dan aktiviti NBOS. Usaha ini adalah selari dengan

Teras Strategik Ketiga Rancangan Malaysia Kesebelas 2016 – 2020.

Startegi yang dilaksanakan adalah menjurus kepada menambah baik

keberhasilan murid dan mempertingkat tadbir urus sistem pendidikan

melalui peningkatan tadbir urus dan pemuafakatan pihak

berkepentingan untuk sokongan sekolah yang lebih baik.

75. Antara aktiviti NBOS yang dilaksanakan oleh Kementerian ialah

projek Community Support For School Teachers dan Program My New

School. Aktiviti NBOS dengan kementerian dan agensi lain termasuklah:

Expo Negaraku iaitu pameran infrastruktur berskala besar yang

dikendalikan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana

Menteri;

Seminar STEM dan National Innovation and Economy Creative

(NICE) Expo 2017 dengan kerjasama Kementerian Sains,

Teknologi dan Inovasi;

Program Gelombang Nelayan Nasional 2017 (GNN2017) anjuran

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani di Kemaman,

Tuan-tuan dan Puan-puan,

Page 35: TEKS UCAPAN YB DATO' SERI MAHDZIR BIN KHALID … Jan/TEKS YBM... · Kementerian dalam memartabatkan pendidikan negara selaras dengan visi untuk meletakkan sistem pendidikan negara

35

Amanat Untuk Guru, Pemimpin Sekolah, Pensyarah IPG, Kolej

Matrikulasi, Tingkatan 6

76. Selama lima tahun lepas dari 2013 hingga 2017, kita telah berjaya

melalui fasa transformasi dalam pelaksanaan PPPM yang menuntut

kebijaksanaan dan kewajaran dalam menggunakan sumber sedia ada

secara optimum. Kita juga telah dapat melalui fasa yang mencabar,

khususnya dari aspek pelaksanaan dasar pendidikan dan pelaksanaan

PPPM yang senantiasa mendapat kritikan daripada pelbagai pihak. Bagi

tahun 2018 juga, saya berharap semua pihak dalam Kementerian

daripada Bahagian hingga ke sekolah terus kekal memberikan

keutamaan dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pelaksanaan

semua dasar dan inisiatif pendidikan supaya sasaran untuk memacu

peningkatan sistem pendidikan dalam Gelombang 2 PPPM 2013-2025

dapat direalisasikan.

77. Saya yakin kita semua dapat membina satu pasukan yang mantap

dan kukuh sekiranya kita semua bersatu hati dengan sepakat untuk

mencapai sasaran yang telah ditetapkan bagi tahun 2018. Sekiranya

kita seia sekata demi mencapai apa yang telah kita gariskan dalam

setiap perancangan, dan berusaha mencapai Petunjuk Prestasi Utama

(KPI) Kementerian bagi tahun ini dan tahun-tahun akan datang, kita

insya-Allah akan berjaya. Marilah kita bekerja sebagai satu Kementerian

iaitu secara berterusan menyampaikan perkhidmatan berimpak tinggi

dengan cemerlang, berintegriti dan saling memperkukuh sinergi serta

tekad kita demi meraih mencapai Aspirasi Sistem dan Aspirasi Murid

untuk kejayaan anak-anak Malaysia.

78. Kepada semua pendidik dan pemimpin pendidikan,

pertingkatkan usaha untuk menambah pengetahuan dan kemahiran,

Page 36: TEKS UCAPAN YB DATO' SERI MAHDZIR BIN KHALID … Jan/TEKS YBM... · Kementerian dalam memartabatkan pendidikan negara selaras dengan visi untuk meletakkan sistem pendidikan negara

36

terutamanya dalam mempelbagaikan strategi pengajaran dan

pembelajaran. Generasi murid kini telah ke hadapan dari segi teknologi.

Perhebatkan pengajaran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam

diri murid sejajar dengan kaedah Pembelajaran Abad ke-21.

Pembelajaran harus menyeronokkan murid untuk kekal di sekolah.

Pertingkatkan pengajaran dan pembelajaran kepada peningkatan

penguasaan dan aplikasi pengetahuan oleh murid. Insya-Allah, murid

akan bersedia menghadapi sebarang bentuk pentaksiran.

79. Kepada pegawai di Kementerian, JPN dan PPD, jadilah pemikir

dan pemimpin perubahan yang dapat memberi sokongan dan bantuan

kepada pihak pelaksana dan sekolah yang paling memerlukan. Jadilah

perancang yang dapat mengagihkan dan menggunakan sumber yang

ada secara optimum dan bantuan dihulurkan secara bersasaran.

Jadilah pemimpin transformasi yang dapat melestarikan dan

memperhebat pelaksanaan semua program pendidikan dan saling

menyokong antara Bahagian dan pegawai untuk memastikan

transformasi kekal di landasan yang betul.

80. Pada kesempatan ini, saya menyeru kepada Ibu Bapa, Komuniti

dan Sektor Swasta, agar terus melibatkan diri dalam program dan

aktiviti sarana ibu bapa untuk mewujudkan pemuafakatan antara

ibubapa, sekolah dan komuniti dan dalam apa jua aktiviti pendidikan di

sekolah untuk faedah anak-anak kita. Saya yakin para ibu bapa dan

komuniti menyedari hakikat bahawa mereka perlu membantu pihak

sekolah dalam semua hal bagi memastikan kemenjadian murid secara

holistik dapat dicapai serta prestasi sekolah dapat ditingkatkan. Oleh itu,

berilah sokongan dan bantuan kepada pihak guru dan sekolah

dalam apa jua bentuk sama ada daripada segi pandangan, kemahiran

mahupun kewangan untuk melonjakkan prestasi pendidikan anak-anak

Page 37: TEKS UCAPAN YB DATO' SERI MAHDZIR BIN KHALID … Jan/TEKS YBM... · Kementerian dalam memartabatkan pendidikan negara selaras dengan visi untuk meletakkan sistem pendidikan negara

37

kita. Marilah bersama-sama memberi perhatian, kasih sayang dan

bertanggungjawab dalam pendidikan anak-anak kita supaya mereka

dapat mencorakkan masa depan yang lebih bermakna.

Penutup

81. Akhir kata, saya mendoakan semoga tuan-tuan dan puan-puan

sekalian terus beristiqamah dan beriltizam menyampaikan perkhidmatan

berimpak tinggi dengan cemerlang dan berintegriti sepanjang masa.

Saya yakin kita semua dapat membina satu pasukan yang mantap dan

kukuh sekiranya kita semua bersatu hati dan sepakat untuk mencapai

sasaran yang telah ditetapkan bagi tahun 2018. Sekiranya kita seia

sekata demi mencapai apa yang telah kita gariskan dalam setiap

perancangan, dan berusaha mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI)

Kementerian bagi tahun ini dan tahun-tahun akan datang, kita insya-

Allah akan berjaya.

82. Marilah kita bekerja sebagai satu Kementerian iaitu secara

berterusan menyampaikan perkhidmatan berimpak tinggi dengan

cemerlang, berintegriti dan saling memperkukuh sinergi serta tekad kita

demi mencapai Aspirasi Sistem dan Aspirasi Murid untuk kejayaan

anak-anak Malaysia. Semoga segala usaha murni kita untuk

memartabatkan bidang pendidikan mendapat keberkatan-Nya.

Wabillahitaufik Walhidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi

Wabarakatuh.

Sekian. Terima kasih.