TEKS

3
TEKS UCAPAN PENSYARAH PEMBIMBING Bismillahirrahmanirrahim, Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia, Terima kasih Saudara/Saudari Pengacara Majlis, Yang Berbahagia Pengarah IPGKSAH___________________________ Yang Berbahagia wakil MSN perahu Layar___________________________ Pensyarah-pensyarah pengiring, guru pelatih semester 5, dan Hadirin yang saya hormati sekalian. 1. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin limpah dan kurnia-Nya dapatlah kita semua berhimpun dalam Majlis Penutupan Lawatan Penanda Aras di Pusat Sukan Perahu Layar Langkawi 2. Sebelum saya meneruskan ucapan, terlebih dahulu saya selaku pensyarah pembimbing untuk lawatan kali ini ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan oleh pihak Pusat Sukan Perahu Layar dalam menjayakan program kami ini. Secara peribadinya, saya amat

description

mc

Transcript of TEKS

Page 1: TEKS

TEKS UCAPAN PENSYARAH PEMBIMBING

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Terima kasih Saudara/Saudari Pengacara Majlis,

Yang Berbahagia Pengarah IPGKSAH___________________________

Yang Berbahagia wakil MSN perahu Layar___________________________

Pensyarah-pensyarah pengiring, guru pelatih semester 5, dan

Hadirin yang saya hormati sekalian.

1. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana

dengan izin limpah dan kurnia-Nya dapatlah kita semua berhimpun dalam Majlis

Penutupan Lawatan Penanda Aras di Pusat Sukan Perahu Layar Langkawi

2. Sebelum saya meneruskan ucapan, terlebih dahulu saya selaku pensyarah

pembimbing untuk lawatan kali ini ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih

di atas kerjasama yang telah diberikan oleh pihak Pusat Sukan Perahu Layar dalam

menjayakan program kami ini. Secara peribadinya, saya amat terharu dengan

sinergi yang diberikan oleh pihak pusat kerana memberi sambutan yang meriah

kepada semua peserta lawatan ini malah menerima kami dengan tangan yang

terbuka. Pusat Sukan Perahu Layar ini dipilih berdasarkan___________________.

3. Penganjuran lawatan ini secara khususnya adalah bertujuan untuk

mendedahkan kepada guru pelatih dengan situasi sebenar apabila melibatkan

pengurusan dan pentadbirn sukan bila mana mereka sudah berada di sekolah

kelak.. Melalui perkongsian bersama warga MSN hinggalah kepada para pekerja

MSN itu sendiri. Diharapkan para guru pelatih telah dapat menimba pengalaman dan

Page 2: TEKS

ilmu baharu berkaitan pengurusan dan pentadbiran agensi-agensi sukan

kebangsaan secara menyeluruh. Dalam usaha untuk menghasilkan golongan

pendidikan yang bukan sahaja cemerlang juga syumul serta mahir dalam pelbagai

bidang serta membawa kepada penghasilan modul yang berkesan. Oleh yang

demikian, sedikit sebanyak input yang diperolah dapat dikongsikan dan dinilai agar

menjadi panduan untuk kejayaan bidang pendidikan di Malaysia. Semoga program

sebegini akan menjadi wadah pencetus semangat inovasi agar perjuangan

pendidikan akan sentiasa berlaku sepanjang hayat.

4. Hasil daripada penanda aras ini semua peserta telah dapat memenuhi semua

objektif yang ditetapkan. Program ini telah membantu guru-guru pelatih bagi

mengumpul segala maklumat berkaitan dengan kursus ini. Program ini juga telah

dapat memangkin serta menyemarakkan semangat untuk menjadi pendidik yang

cemerlang, gemilang, dan terbilang dalam kalangan guru pelatih dan akhirnya akan

memberi impak positif yang membanggakan. Kesan akhir yang kita inginkan adalah

untuk melihat sistem pendidikan kita mencapai taraf unggul dan setanding di

peringkat global. Semua ini bermula dengan pemupukan semangat dan daya usaha

yang tinggi dalam kalangan bakal-bakal guru agar mereka ini berupaya

menyumbangkan sesuatu yang bermakna kepada sistem pendidikan negara kita.

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada MSN_____ yang sanggup berkongsi

segala maklumat dengan kami. Segala info yang diperolehi umpamakan sebutir

belian yang sangat berharga kerana ia tidak boleh diperolehi dimana-mana sahaja

melainakan daripada pengalaman dan usaha gigih bersama.

Akhir sekali, saya mewakili semua peserta program mengucapkan berbanyak-

banyak terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas layanan yang diberikan

oleh semua warga MSN_______. Harap kita dapat bertemu lagi dalam program

yang lain kelak.

Sekian, Wabillahi Taufiq Wal Hidayah,

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.