Tema Kemerdekaan

10
Malaya mula mengecapi kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957 . Pada malam 30 Ogos 1957, orang ramai berkumpul di padang Kelab Diraja Selangor menunggu detik 31 Ogos 1957. Apabila tengah malam menandakan tanggal 31 Ogos bermula, bendera Malaysia dikibarkan bersama-sama dengan nyanyian "Negaraku" berkumandang. Di ikuti dengan 7 laungan "Merdeka" yang diketuai oleh Perdana menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman. Pada tanggal 16 September 1963, Malaysia ditubuhkan dengan kehadiran Sabah & Sarawak menganggotai Malaysia. Namun, hari kemerdekaan Malaysia disambut pada 31 Ogos setiap tahun. Hari Malaysia disambut pada tanggal 16 September setiap tahun. Tahun 2014 adalah hari kemerdekaan yang ke-57 dan sambutan Hari Kemerdekaan akan di adakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Senarai acara & informasi mengenai logo serta tema Hari Kebangsaan 2014 boleh diperolehi di artikel berikut; Logo & Tema Merdeka Malaysia 2014 . (Read more: http://www.malaysiancoin.com/2012/08/koleksi-lengkap- logo-tema-merdeka.html#ixzz3X4MS7cUC )

description

Koleksi tema kemerdekaan malaysia

Transcript of Tema Kemerdekaan

Malaya mula mengecapi kemerdekaan pada tanggal31 Ogos 1957. Pada malam 30 Ogos 1957, orang ramai berkumpul di padang Kelab Diraja Selangor menunggu detik 31 Ogos 1957. Apabila tengah malam menandakan tanggal 31 Ogos bermula, bendera Malaysia dikibarkan bersama-sama dengan nyanyian "Negaraku" berkumandang. Di ikuti dengan 7 laungan "Merdeka" yang diketuai oleh Perdana menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman. Pada tanggal 16 September 1963, Malaysia ditubuhkan dengan kehadiran Sabah & Sarawak menganggotai Malaysia. Namun, hari kemerdekaan Malaysia disambut pada 31 Ogos setiap tahun. Hari Malaysia disambut pada tanggal 16 September setiap tahun.

Tahun 2014 adalah hari kemerdekaan yang ke-57 dan sambutan Hari Kemerdekaan akan di adakan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Senarai acara & informasi mengenai logo serta tema Hari Kebangsaan 2014 boleh diperolehi di artikel berikut;Logo & Tema Merdeka Malaysia 2014.

(Read more:http://www.malaysiancoin.com/2012/08/koleksi-lengkap-logo-tema-merdeka.html#ixzz3X4MS7cUC)

Koleksi Lengkap Logo & Tema Merdeka MalaysiaTahun: 1970-Sambutan Kemerdekaan ke-13 tahun.Tema: Muhibah dan PerpaduanLogo: Tiada rekod ditemuiTahun: 1971-Sambutan Kemerdekaan ke-14 tahun.Tema: Masyarakat ProgresifLogo: Tiada rekod ditemuiTahun: 1972-Sambutan Kemerdekaan ke-15 tahun.Tema: Masyarakat AdilLogo: Tiada rekod ditemuiTahun: 1973-Sambutan Kemerdekaan ke-16 tahun.Tema: Masyarakat Berkebudayaan MalaysiaLogo: Tiada rekod ditemuiTahun: 1974-Sambutan Kemerdekaan ke-17 tahun.Tema: Sains dan Teknologi Alat PerpaduanLogo: Tiada rekod ditemuiTahun: 1975-Sambutan Kemerdekaan ke-18 tahun.Tema: Masyarakat BerdikariLogo: Tiada rekod ditemuiTahun: 1976-Sambutan Kemerdekaan ke-19 tahun.Tema: Ketahanan Rakyat

Tahun: 1977-Sambutan Kemerdekaan ke-20 tahun.Tema: Bersatu Maju

Tahun: 1978-Sambutan Kemerdekaan ke-21 tahun.Tema: Kebudayaan Sendi Perpaduan

Tahun: 1979-Sambutan Kemerdekaan ke-22 tahun.Tema: Bersatu Berdisplin

Tahun: 1980-Sambutan Kemerdekaan ke-23 tahunTema: Berdisplin BerbaktiRead more:http://www.malaysiancoin.com/2012/08/koleksi-lengkap-logo-tema-merdeka.html#ixzz3X4Qtyf4xUnder Creative Commons License:Attribution

Tahun: 1981-Sambutan Kemerdekaan ke-24 tahun.Tema: Berdisplin BerharmoniTahun: 1982-Sambutan Kemerdekaan ke-25 tahun.Tema: Berdisplin Giat MajuTahun: 1983-Sambutan Kemerdekaan ke-26 tahun.Tema: Bersama Ke Arah KemajuanTahun: 1984-Sambutan Kemerdekaan ke-27 tahun.Tema: Amanah Asas KejayaanTahun: 1985-Sambutan Kemerdekaan ke-28 tahun.Tema: Nasionalisme Teras PerpaduanTahun: 1986-Sambutan Kemerdekaan ke-29 tahunTema: Bangsa Tegas Negara TeguhTahun: 1987-Sambutan Kemerdekaan ke-30 tahun.Tema: Setia Bersatu Berusaha MajuTahun: 1988-Sambutan Kemerdekaan ke-31 tahun.Tema: Bersatu

Tahun: 1989-Sambutan Kemerdekaan ke-32 tahun.Tema: Bersatu

Tahun: 1990-Sambutan Kemerdekaan ke-33 tahun.Tema: Berjaya

Tahun: 1991-Sambutan Kemerdekaan ke-34 tahun.Tema: Wawasan 2020

Tahun: 1992-Sambutan Kemerdekaan ke-35 tahunTema: Wawasan Asas KemajuanTahun: 1993-Sambutan Kemerdekaan ke-36 tahun.Tema: Bersatu Menuju WawasanTahun: 1994-Sambutan Kemerdekaan ke-37 tahun.Tema: Nilai Murni Jayakan WawasanRead more:http://www.malaysiancoin.com/2012/08/koleksi-lengkap-logo-tema-merdeka.html#ixzz3X4T6LbeDUnder Creative Commons License:Attribution

Tahun: 1995-Sambutan Kemerdekaanke-38 tahun.Tema: Jatidiri Pengerak WawasanTahun: 1996-Sambutan Kemerdekaanke-39 tahun.Tema: Budaya Penentu KecapaianTahun: 1997-Sambutan Kemerdekaan ke-40 tahun.Tema: Akhlak Mulia Masyarakat JayaTahun: 1998-Sambutan Kemerdekaan ke 41 tahun.Tema: Negara Kita, Tanggungjawab KitaTahun: 1999-Sambutan Kemerdekaan ke-42 tahun.Tema: Bersatu Ke Alaf BaruTahun: 2000 hingga 2006-Sambutan Kemerdekaan ke 43 hingga 49 tahun.Tema: Keranamu MalaysiaTahun: 2007-Sambutan Kemerdekaan ke-50 tahunTema: Malaysiaku GemilangTahun: 2008-Sambutan Kemerdekaan ke-51 tahunTema: Perpaduan Teras KejayaanTahun: 2009-Sambutan Kemerdekaan ke-52 tahunTema: 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian DiutamakanTahun: 2010-Sambutan Kemerdekaan ke-53 tahun.Tema: 1 Malaysia: Menjana TransformasiTahun: 2011-Sambutan Kemerdekaan ke-54 tahun.Tema: 1 Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat SejahteraTahun: 2012-Sambutan Kemerdekaan ke-55 tahun.Tema:55 tahun merdeka-janji ditepati

Tahun: 2013-Sambutan Kemerdekaan ke-56 tahun.Tema:Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku

Tahun: 2014-Sambutan Kemerdekaan ke-57 tahun.Tema:Malaysia..Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta

Read more:http://www.malaysiancoin.com/2012/08/koleksi-lengkap-logo-tema-merdeka.html#ixzz3X4VExDk4Under Creative Commons License:Attribution

TEMA DAN LOGO KEMERDEKAAN TAHUN 2014

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 pada tahun ini menampilkan satu keunikan apabila salah satu baris lirik lagu Warisan,'Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' yang dipopularkan oleh Allahyarham Sudirman Haji Arshad dipilih menjadi tema sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57. Logo Hari Kemerdekaan untuk tahun ini dipilih daripada 1,586 hasil ciptaan peserta Pertandingan Mereka Cipta Logo Hari Kemerdekaan ke-57.Read more:http://www.malaysiancoin.com/2014/07/logo-tema-merdeka-malaysia-2014.html#ixzz3X4WT09uuUnder Creative Commons License:Attribution

Ketika mengumumkan"Logo & Tema Merdeka Malaysia 2014"semasa majlis prapelancaran Hari Kemerdekaan pada 25 Jun 2014, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, pemilihan tema daripada lagu yang dipopularkan oleh Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad itu dapat menyemai dan menyemarakkan semangat cintakan negara ke dalam jiwa rakyat.

"Saya percaya tema itu sangat signifikan bagi memberikan kesan mendalam dan melahirkan semangat kecintaan terhadap negara di dalam hati semua rakyat,"

"Secara tidak langsung dapat mewujudkan masyarakat yang cintakan negara dan sanggup berkorban dan bekerja keras demi menjamin keamanan, kemajuan, kesejahteraan dan kemakmuran negara pada jangka masa panjang," katanya.

Logo Hari Kemerdekaan ke-57 direka oleh Abdul Mutalib Abd. Rahman, seorang pereka grafik disebuah syarikat swasta. Beliau membawa pulang RM7,000 beserta dengan sijil penghargaan.

LOGO HARI KEBANGSAAN KE-57 2014

RASIONAL LOGO

Jalur Gemilangyang sedang berkibar megah menjadi inspirasi kepada logo ini. Ia merupakan satu perlambangan kepada negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat.

Angka 57 membawa maksud ulangtahun ke-57 kemerdekaan Malaysia. Sekaligus menjadi lambang kematangan negara dibawah kepimpinan yang mantap, berinovasi serta berwawasan yang boleh disaksikan menerusi pembangunan, kecermerlangan dan kemakmuran yang dikecapi secara berterusan.

Angka 57 yang diberikan sentuhan retro, menjadi refleksi kepada tarikh keramat kemerdekaan negara pada tahun 1957, mencerminkan impian dan harapan serta semangat cintakan negara yang tidak berbelah bagi rakyat terdahulu, semoga menjadi pedoman dan panduan kepada generasi Malaysia hari ini terutama golongan muda.

Kibaran Jalur Gemilang menyelimuti angka 57 turut mencerminkan kemakmuran dan keamanan negara yang telah wujud sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, berupaya dikekalkan sehingga ke saat ini dengan sokongan dan dukungan kuat oleh rakyat berbilang etnik dan kepercayaan yang bergabung menjadi satu masyarakat Malaysia yang unik dan bertoleransi.

Bulan sabit dan bintang berbucu 14 melambangkan kedaulatan negara, menjadi kewajipan setiap pemimpin dan rakyat untuk terus memelihara dan mengekalkannya.

Tema 'Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' diletakkan pada sudut bersesuaian dengan rekabentuk logo bagi menyokong kekuatannya dari segi imbangan, maksud dan nilai estetika.

MAKSUD WARNA LOGOWarna Merah-Lambang keberanian dan kesetiaan pada negara yang tercinta.Warna Biru-Lambang penyatuan dan keharmonian antara kaum.

Warna kuning- Lambang kedaulatan negara dibawah naungan Raja Berpelembagaan dan diterajui kepimpinan yang prihatin dengan pencapaian negara serta keperluan rakyat.

Warna putih-Menjadi perlambangan kepada kejujuran, ketelusan dan komitmen serta kerjasama yang erat di antara pemimpin dan rakyat.

Acara-acara sambutan Hari Kemerdekaan Ke-57Doa untuk MalaysiaTarikh: 15 Ogos 2014Tempat: Masjid Putra, PutrajayaAcara: Bacaan yassin, solat hajat dan doa kemerdekaan serta persembahan kesenian Islam.Kempen Kibar Jalur GemilangTarikh: 15 Ogos 2014 (Kuala Lumpur), 16 Ogos 2014 (Putrajaya)Tempat: Kuala Lumpur & PutrajayaAcara: Pocket Show dan Majlis Pelancaran oleh Perdana Menteri.Konsert Harmoni dan UnitiTarikh: 23-24 Ogos 2014Tempat: Dataran Merdeka, Kuala LumpurAcara: Konsert gabungan artis Malaysia dan Indonesia simbolik bagi semangat kesatuan serantau yang berkongsi bulan kemerdekaan.Minggu MerdekaTarikh: 28 Ogos-1 September 2014Tempat: Jalan Raja Laut/Jalan Tunku Abdul Rahman/Stadium Merdeka/sekitar Kuala LumpurAcara: Karnival pameran, seminar, jualan, pertunjukkan dan aktiviti berkaitan.Chow Kit Road 2.0Tarikh: 29-31 Ogos 2014Tempat: Jalan Tunku Abdul Rahman (depan Sogo)Acara: Mengimbau kenangan Konsert Chow Kit Road bagi menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat menerusi lagu-lagu Allahyarham Sudirman Haji Arshad.Amanat MerdekaTarikh: 30 Ogos 2014Tempat: Matic, Jalan AmpangAcara: Amanat kemerdekaan oleh Perdana Menteri dihadapan khalayak ramai.Sambutan Ambang MerdekaTarikh: 30 Ogos 2014Tempat: Jalan Tunku Abdul Rahman (depan Sogo)Acara: Perdana Menteri melakukan countdown untuk sambutan kemerdekaan.Acara Perbarisan dan Perarakan Hari KemerdekaanTarikh: 31 Ogos 2014Tempat: Dataran Merdeka, Kuala LumpurAcara: Perbarisan dan Perarakan dengan pengisian pertunjukan tattoo Angkatan tentera Malaysia (ATM), perarakan aset, formasi pedang dan lain-lain.Sambutan Hari MalaysiaTarikh: 16 September 2014Tempat: SarawakAcara: Perarakan sambutan Hari MalaysiaRead more:http://www.malaysiancoin.com/2014/07/logo-tema-merdeka-malaysia-2014.html#ixzz3X4XRqRNoUnder Creative Commons License:Attribution