TENUNAN SONGKET

37
TENUNAN SONGKET NOR SHUHADA BT. MAT SHUKI NORALFALINA BT. ALI ILI IZDIHAR BT. MOHAMAD SITI ZAKIAH HANIM BT. RABAEI MUHAMMAD DANIAL B. JAMALUDIN MUHAMMAD AFIQ B. SULAIMAN

Transcript of TENUNAN SONGKET

Page 1: TENUNAN SONGKET

TENUNAN SONGKETNOR SHUHADA BT. MAT SHUKINORALFALINA BT. ALIILI IZDIHAR BT. MOHAMADSITI ZAKIAH HANIM BT. RABAEIMUHAMMAD DANIAL B. JAMALUDINMUHAMMAD AFIQ B. SULAIMAN

Page 2: TENUNAN SONGKET

SEJARAH SONGKET• Songket, lambang kehalusan seni tenunan

Melayu yang diwarisi zaman berzaman. Kemahiran dan kretiviti tukang tenun terserlah melalui pengolahan corak dan hasil tenunan yang indah lagi menarik.

• Kedatangan pedagang-pedagang ke Tanah Melayu telah menggiatkan lagi perkembangan tenunan tempatan.

Page 3: TENUNAN SONGKET

• Tenunan songket mula berkembang di beberepa negeri terutama di negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang.

• Pada zaman silam, motif dan warna yang terdapat pada tenunan songket melambangkan strata atau kedudukan seseorang.

Page 4: TENUNAN SONGKET

• Secara tradisi, songket ditenun dengan menggunakan benang sutera halus dan benang emas yang dipakai oleh kerabat diraja Melayu dan golongan Bangsawan.

• Kini, songket ditenun dengan benang kapas dan mula dipakai oleh golongan rakyat biasa sebagai pakaian rasmi untuk majlis-majlis tertentu.

Page 5: TENUNAN SONGKET

• Keanggunan kain songket, selain dijadikan sebagai pakaian tradisi untuk mempamerkan dan memperaga seni budaya, kain songket juga turut diilhamkan melalui pelbagai barangan dalam bentuk beg, bingkai gambar, hiasan dinding, sarung kusyen dan sebagainya.

• Tradisi menenun masih dapat dikekalkan dan tidak berubah sebagaimana seratus tahun dahulu. Alat-alat tenunan atau kek, motif dan ragamhias tenunan itu sendiri memperlihatkan keindahan dan kesempurnaan hasil ciptaan zaman silam yang masih segar hingga ke hari ini.

Page 6: TENUNAN SONGKET

TOKOH SONGKETDayang Norsalam binti Pengiran ParsihAdiguru Songket (1985)Negeri : Sarawak

• Puan Dayang Norsalam dilahirkan pada tahun 1943 di kampung Hulu Rejang, Sarikei, Sarawak. Beliau dibesarkan dalam lingkungan keluarga yang mempunyai kemahiran menenun.

• Semasa kanak-kanak beliau pernah bersekolah, namun beliau lebih cenderung untuk meneruskan perusahaan warisan keluarganya. Kemahiran menenun yang dipelajari oleh Puan Dayang sejak usia ramaja mendapat galakan daripada keluarga.

Page 7: TENUNAN SONGKET

• Beliau mengadun indah dan penuh teliti pada setiap reka corak kain yang ditenunnya. Corak emas rebung, kayak tersusun, bunga semalu, bunga mawar dan bunga cabit adalah antara reka corak yang dihasilkan oleh Puan Dayang.

• Songket tenunan Puan Dayang dikenali bukan sahaja di Sarawak malah hingga ke Semenanjung Malaysia dan juga Brunei. Beliau mewariskan kemahiran ini kepada anak dan generasi muda agar ianya tidak dilupakan begitu sahaja. Bagi menghargai usaha dan sumbangan yang diberikan, pada tahun 1985, Kraftangan Malaysia telah melantik beliau sebagai ADIGURU KRAF TENUNAN SONGKET SARAWAK.

Page 8: TENUNAN SONGKET

Hajah Zainab @ Ngah Bt. Mamat Adi guru Songket (2002)Tokoh Kraf Negara Songket (2002)Negeri : TerengganuTarikh Lahir : 22 Dis 1942

• Dilahirkan pada 22 Disember 1942 di Kampung Gelung Gajah iaitu sebuah perkampungan kecil yang terletak kira-kira 7km dari Kuala Terengganu. Ketika itu Negara sedang di bawah jajahan tentera Jepun. Dalam keadaan yang serba kekurangan pasangan Che Mamat dan Mariam tetap menerima kehadiran puteri kedua mereka dengan penuh kesyukuran.

Page 9: TENUNAN SONGKET

• Kepayahan dan keperitan hidup akibat jepun rupa-rupanya menjadi pendorong kepada penduduk kampung ini untuk membina kerjaya khususnya dalam bidang tenunan. Kemahiran menenun kain diusahakan secara serius oleh kaum wanita termasuk keluarga Mariam. Pendapatan hasil menenun ini sedikit sebanyak membantu suaminya menyara tujuh orang anak yang masih kecil.

Page 10: TENUNAN SONGKET

• Selepas menamatkan pendidikan pada tahun 1955, Hajah Zainab yang ketika itu berusia 13 tahun ditawarkan untuk menjadi guru dan jururawat. Harapan ibu, ayah dan keluarga ingin melihat beliau menjadi guru tidak tercapai apabila Hajah Zainab memilih bidang tenunan sebagai kerjayanya. Minat, semangat dan kesungguhan akur dengan keputusan yang diambilnya untuk menjadikan tenunan songket sebagai mata pencarian.

Page 11: TENUNAN SONGKET

• Selama penglibatan dalam bidang tenunan ini, beliau banyak berurusan dan menerima bantuan daripada badan-badan yang berkaitan dengan kraftangan antaranya Kraftangan Malaysia dan Syarikat Pemasaran Karyaneka Sdn. Bhd. Sokongan dari mereka turut menjadi pemangkin terhadap kerjaya beliau. Bagi menghargai jasa dan sumbangan beliau ,pada tahun 2002 Kraftangan Malaysia telah melantik beliau sebagai Tokoh Kraf Negara.

Page 12: TENUNAN SONGKET

Hajah Habibah ZikriAdiguru Songket (2007)Tokoh Kraf Negara Songket (2007)Negeri : TerengganuTarikh Lahir : 05 Feb 1948

• Hajah Habibah Zikri satu nama besar yang turut mewarnai industri songket negara. Beliau lahir pada 5 Februari 1948 di Sungai Petani, Kedah Darul Aman di tengah-tengah keluarga yang besar. Anak ketiga daripada sembilan adik beradik yang terdiri daripada dua orang lelaki dan tujuh orang perempuan ini amat meminati seni.

Page 13: TENUNAN SONGKET

• Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Convent Sungai Petani dan kemudian meneruskan pengajian dalam jurusan tekstil pada tahun 1971 di Kajian Seni Lukis dan Seni Reka, Institut Teknologi MARA, kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA. Di sinilah beliau mendalami bidang seni khususnya dalam bidang tekstil. Selepas menamatkan pengajian pada tahun 1974, beliau ditawarkan bekerja di Kraftangan Malaysia sebagai pereka dan diberi tanggungjawab menghasilkan rekaan baru kraf tekstil tempatan.

Page 14: TENUNAN SONGKET

• Pucuk dicita ulam mendatang, ilmu yang diperolehi di menara gading diaplikasikan dalam bidang tugas yang telah diamanahkan. Semasa di Kraftangan Malaysia beliau terus mendalami bidang tenunan khususnya songket. Sebagai pereka, beliau sering turun padang melihat dan berjumpa sendiri pengusaha-pengusaha songket. Beliau mendalami ilmu tenunan dengan turut serta melakukan proses dan kerja-kerja menyongket dari awal sehingga akhir. Di hatinya telah tersemat azam bahawa suatu hari nanti beliau akan menjadi pengusaha songket yang berjaya. Rumah tangga yang dibina bersama Encik Shamsul Baharin Abdul Mutalib dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata. Minat dan cita-cita dikongsi bersama suami dan keluarga.

Page 15: TENUNAN SONGKET

• Setelah sembilan tahun berkhidmat sebagai pereka, beliau meletakkan jawatan dan mengusahakan tenunan songket dan cita-cita beliau mendapat sokongan daripada suami serta keluarga. Berbekalkan bakat serta kemahiran sebagai pereka, Puan Habibah memulakan kerjaya sebagai pengusaha songket.

• Setelah lebih daripada 33 tahun menceburi bidang Tenunan songket, Puan Hajah Habibah telah meletakkan namanya sebagai penenun yang terkenal dan disegani di negara ini. Hasil ciptaan kreatif beliau telah menyemarakkan semula industri songket negara.

Page 16: TENUNAN SONGKET

• Banyak kejayaan yang diraih beliau sepanjang tempoh mengusahakan tenunan songket. Pada tahun 1987 beliau menerima Anugerah - The Best Traditional Textile ASEAN di Jakarta. Beliau turut menerima Anugerah Seni Tampak pada tahun 2002.

• Bibah Songket merupakan mercu tanda kejayaan Puan Habibah. Seramai 50 orang penenun songket bernaung di bawahnya, membantu beliau menghasilkan songket yang yang halus, cantik dan berkualiti.

• Songket rekaan beliau turut dijadikan sebagai setem pos kenang-kenangan sempena pelancaran Songket Seni Warisan Agong bersama-sama TV3 dan Pos Malaysia pada tahun 2004.

Page 17: TENUNAN SONGKET

MOTIF SONGKET• Ragamhias masih dipertahankan terutama dalam aspek

pembahagian dan penempatan beberapa bentuk bahagian kain seperti kepala, kaki dan badan kain.

• Penyusunan motif pula terbahagi kepada dua susunan bunga penuh dan bunga tabur.

• Motif kain songket terdiri daripada dua unsur penting iaitu unsur alam dan tumbuhan.

• Motif yang sering digunakan meliputi bentuk bunga, daun atau pucuk dan bahagian tampuk buah-buahan.

• Motif-motif rekacorak yang menghiasi kain songket kebanyakannya berasaskan bunga-bungaan.

Page 18: TENUNAN SONGKET

• Dengan teknik menenun yang tersendiri, kesemua bentuk motif terhasil dalam corak geometri.

• Motif-motif pada kain songket disusun dengan susunan bunga penuh, bunga bertabur atau susunan bercorak.

• Motif pucuk rebung dan lawi ayam sering ditempatkan dikepala kain.

• Manakala motif 'awan larat' pula dijadikan sebagai kaki kain (border design).

Page 19: TENUNAN SONGKET

SUSUNAN MOTIF SONGKET

1. Susunan bunga penuh• corak penuh bersulam juga

dikenali songket cuban.Motif benang emas dan perak ditenun memenuhi keseluruhan kain.

Page 20: TENUNAN SONGKET

2. Susunan bunga tabur• corak ditenun secara bertaburan dan tidak

terikat atau berangkai antara satu sama lain. Motif bunga yang ditenun ialah bunga tanjung, bunga buah cermai, bunga buah kesemak dan lain-lain. Taburan pada kain songket juga dilengkapi

dengan garisan corak di kepala dan kaki kain.

Page 21: TENUNAN SONGKET

3. Susunan bercorak• susunan motif dibuat secara jaluran berdiri

atau melintang.

Page 22: TENUNAN SONGKET

PROSES TENUNAN SONGKET

• KEK TENUNAN

Page 23: TENUNAN SONGKET

Bahan dan Alat

Benang dan pewarna ialah bahannya. Alatnya pula terdiri daripada kek tenunan, kek mengarat, rahak, peleting buluh (bobbin), lidi daun kelapa, papan gulung, anak kayu, dua belira, sikat dan jentera, jarum culik, batang anak kayu, kayu karat, benang losen, lidi nibung atau buluh, benang batang bunga songket, darwin pakan, darwin benang emas, cuban, torak pakan, torak benang emas dan sumbi.

Page 24: TENUNAN SONGKET

Teknik dan Proses

Setelah benang dibersihkan dan dimasukkan ke dalam pencelup warna, ia dibilas dengan air dan dijemur hingga kering. Lapan proses lagi yang terlibat sebelum sesuatu tenunan boleh disiapkan ialah melerai, menganing, menggulung, menyampuk, menghubung, mengarak, menyolek dan menenun.

Page 25: TENUNAN SONGKET

1. MeleraiBenang yang telah kering dimasukkan ke dalam sejenis alat yang bernama rahak untuk diputarkan pada satu alat yang bernama peleting. Proses ini dipanggil melerai. Terdapat dua jenis rahak, iaitu darwin pakan dan darwin emas. Darwin pakan digunakan untuk benang pakan sahaja. Ia diperbuat daripada buluh dan tali atau rotan. Darwin emas pula digunakan untuk benang emas sahaja dan diperbuat daripada kayu atau dawai kerana benang emas kasar dan berat.

Page 26: TENUNAN SONGKET

2. Menganing

Benang yang telah menjalani proses melerai dimasukkan ke dalam alat menganing untuk menentukan ukuran panjang benang yang hendak dimuatkan pada alat ini. Biasanya segulung benang pakan atau seloseng yang berukuran 26 - 31 m boleh menghasilkan 12 - 14 helai kain.

Page 27: TENUNAN SONGKET

3. Menggulung

Benang yang telah dianing akan digulung pada papan gulung mengikut lebar gigi jentera dan panjang losen pada papan gulung yang hendak dipasung. Losen ialah benang yang memanjang pada kek. Kedudukan benang perlu diperiksa setiap tiga kali menggulung untuk memastikan susunan kemas.

Page 28: TENUNAN SONGKET

4. Menyampuk

Menyampuk ialah proses memasukkan benang losen ke dalam gigi jentera atau sikat. Biasanya, proses ini dilakukan di dalam kek mengarak supaya senang untuk menyampuk benang kepada jentera. Setiap lubang sikat disusukan dua urat benang losen. Pada kedua belah hujung sikat itu disusukkan empat urat benang supaya tepi kain tidak terkoyak apabila disangkutkan pada kayu sumbi kain. Sumbi kain ialah sebatang anak kayu yang mempunyai paku di kedua-dua belah hujungnya. Sumbi kain menjaga tepi kain tenun supaya sama jarak dan tidak berkedut.

Page 29: TENUNAN SONGKET

5. Menghubung

Menghubung ialah proses menyambungkan benang daripada losen kepada benang yang tertinggal pada jentera. Cara ikatannya dipanggil ubung tindas. Proses ini bertujuan menyambungkan benang losen untuk menenun. Meja kecil dinamakan meja hidangan berukuran 10 cm panjang, 8 cm lebar dan 20 cm digunakan untuk menghubung.

Page 30: TENUNAN SONGKET

6. Mengarak

Kerja mengarak dilakukan setelah selesai proses menyampuk. Mengarak dilakukan dengan melilit benang asing atau benang karat kepada kayu karat, termasuk benang losen. Jumlah karat yang digunakan biasanya hanya dua karat dan setiap karat mempunyai empat batang anak kayu.

Page 31: TENUNAN SONGKET

7. Menyolek

Kerja menyolek bunga merupakan kerja yang paling rumit dalam proses menenun kain songket. Cara menyolek reka corak adalah dengan menyusulkan lidi-lidi buluh pada benang losen yang dikehendaki. Biasanya kain songket ditenun dengan teknik tekat tiga atau tekat lima. Jika menggunakan tekat lima, setiap lima unit benang losen, satu benang alas ditolak ke bawah dan benang-benang alas ini disengkang pula dengan belira.

Page 32: TENUNAN SONGKET

• Setelah benang losen berada di atas, barulah kamu boleh menyolek dalam pelbagai corak pada benang losen dengan menggunakan lidi buluh. Belira dimasukkan pada setiap lidi buluh tadi mengikut giliran. Belira ditegakkan untuk menyenangkan ikatan benang butang. Butang-butang inilah yang akan menjadikan corak atau motif bunga di atas kain songket. Apabila selesai proses menyongket, benang losen bersama karat-karatnya ditukar ke kek tenun untuk ditenun agar menjadi kain songket.

Page 33: TENUNAN SONGKET

8. Menenun

Menenun adalah proses terakhir, iaitu benang losen dipangkah oleh benang pakan untuk dijadikan kain. Bagi kain songket bercorak penuh, benang emas dilayarkan melalui torak benang emas untuk menghasilkan sulaman motif bunga atau hiasan reka corak penuh. Bagi kain songket corak melintang atau corak bunga bertabur, benang emas dilayarkan melalui cubaan untuk mendapatkan motif-motif yang dikehendaki.

Page 34: TENUNAN SONGKET

• Lazimnya selepas satu benang emas dilayarkan, ia dikepuh (beat) dan diikuti pula dengan melayarkan dua benang pakan. Penenun akan menukarkan benang butang mengikut giliran dan corak yang telah ditentukan. Proses ini diulangi sehingga menghasilkan sehelai kain songket.

Page 35: TENUNAN SONGKET

TIPS MERAWAT SONGKET

• Kain songket hendaklah digulung terlebih dahulu sebelum disimpan dengan menggunakan paralon atau karton.

• Namun, sebelum digulung kain songket hendaklah dilapisi dahulu dengan kertas minyak, kertas roti, atau kertas kopi.

• Dan jangan sekali-kali menggunakan kertas surat khabar.

Page 36: TENUNAN SONGKET

• Kemudian kain songket yang sudah digulung hendaklah dibungkus dengan plastik dan diletakkan di dalam almari dengan posisi berdiri atau mengiring.

• Sebaik-baiknya dalam almari tersebut diletakkan lada atau cengkih, agar serangga tidak merosakkan kain songket.

• Dan yang terakhir, kain tidak boleh di dry clean di laundry, atau dipanaskan di bawah sinaran matahari, oleh itu, setelah selesai dicuci, kain songket cukup diangin-anginkan saja.

Page 37: TENUNAN SONGKET

SEKIAN, TERIMA KASIH.

PENSYARAH:EN. MAZLAN B. ABU BAKAR