teori

2
14. ADVANCE ORGANIZER Terminologi advance organizer diperolehi daripada satu teori yang dikembangkan oleh Ausubel iaitu Subsumption Theory of Meaningful Verbal Learning. Dalam teori ini,pembelajaran bermakna ditentukan oleh bagaimana pengetahuan sedia ada pelajar disusun supaya berhubungkait dengan pengetahuan baru. Salah satu cara untuk melakukannya ialah menggunakan advance organizer. Tujuan sesuatu advance organizer dibina adalah untuk menghubungkan apa yang diketahui dengan apa yang tidak. Ianya merupakan cara untuk menggunakan pengetahuan sedia ada murid dan melihat bagaimana mereka menyusun maklumat tersebut di dalam skema mereka. Proses menggunakan advance organizer membolehkan pelajar untuk membuat refleksi tentang apa yang mereka tahu seterusnya membantu pelajar memahami ilmu baru. Strategi penggunaan advance organizer ialah mengorganisasikan bahan baru untuk pengajaran dengan menyenaraikan, menyusun dan memastikan idea

description

teori ausebel

Transcript of teori

14

14. ADVANCE ORGANIZER

Terminologi advance organizer diperolehi daripada satu teori yang dikembangkan oleh Ausubel iaitu Subsumption Theory of Meaningful Verbal Learning. Dalam teori ini,pembelajaran bermakna ditentukan oleh bagaimana pengetahuan sedia ada pelajar disusun supaya berhubungkait dengan pengetahuan baru. Salah satu cara untuk melakukannya ialah menggunakan advance organizer.

Tujuan sesuatu advance organizer dibina adalah untuk menghubungkan apa yang diketahui dengan apa yang tidak. Ianya merupakan cara untuk menggunakan pengetahuan sedia ada murid dan melihat bagaimana mereka menyusun maklumat tersebut di dalam skema mereka. Proses menggunakan advance organizer membolehkan pelajar untuk membuat refleksi tentang apa yang mereka tahu seterusnya membantu pelajar memahami ilmu baru.

Strategi penggunaan advance organizer ialah mengorganisasikan bahan baru untuk pengajaran dengan menyenaraikan, menyusun dan memastikan idea utama pengajaran baru adalah mengikut sekuen, berdasarkan apa yang pelajar sudah tahu.

Advance organizer adalah direka oleh guru untuk membantu pelajar belajar, bukannya dibuat oleh murid. Antara ciri advance organizer ialah :

1. Ianya merupakan prosa ringkas, abstrak.

2. Ianya merupakan penghubung antara persamaan-persamaan antara perkara yang diketahui dan tidak diketahui.

3. Digunakan sebagai pengenalan bahan/ ilmu baru.

4. Merupaakan senarai ringkas ilmu baru dan pernyataan semula ilmu lama.

5. Membantu penstrukturan maklumat baru

6. Menggalakkan pelajar memindahkan serta mengaplikasikan ilmu lama.

7. Mengandungi maklumat intelek yang konkrit.

Rujukan

http://www.auburn.edu/academic/education/eflt/ao.html