TEORI MAKNA (3.07)

12
BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU TEORI MAKNA Teori adalah pendapat atau pandangan yang dikemukakan untuk menerangkan sesuatu perkara. Ia merupakan prinsip atau dasar pembentukan sesuatu ilmu. Teori linguistik merupakan prinsip dan dasar untuk menganalisis dan menghuraikan data bahasa. Manakala teori semantik adalah teori yang dapat meletakkan makna pada setiap perkataan dan ayat yang berkaitan dengannya dalam sesuatu bahasa. Kempson (1991:2) telah membicarakan tentang teori semantik yang merupakan sebahagian daripada teori linguistik am. Teori-teori tersebut termasuklah seperti Teori Imejan, Teori Behaviorisme, Teori Analisis Komponen dan Teori Logik Simbolik. Bagaimanapun, untuk memenuhi tuntutan kepada, satu-satu teori semantik itu mestilah memenuhi sekurang-kurangnya tiga syarat, iaitu : i) Mesti mencerap bagi mana-mana bahasa sifat makna perkataan dan makna ayat, dan menjelaskan sifat hubungan antara unsur tersebut. ii) Mesti berupaya meramalkan ketaksaan dalam bentuk-bentuk unsur bahasa, sama ada perkataan atau ayat. iii) Mesti mencirikan dan menjelaskan hubungan sistematik antara perkataan dan antara ayat sesuatu bahasa, iaitu teori tersebut

Transcript of TEORI MAKNA (3.07)

Page 1: TEORI MAKNA (3.07)

BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

TEORI MAKNA

Teori adalah pendapat atau pandangan yang dikemukakan untuk menerangkan

sesuatu perkara. Ia merupakan prinsip atau dasar pembentukan sesuatu ilmu.

Teori linguistik merupakan prinsip dan dasar untuk menganalisis dan

menghuraikan data bahasa. Manakala teori semantik adalah teori yang dapat

meletakkan makna pada setiap perkataan dan ayat yang berkaitan dengannya

dalam sesuatu bahasa.

Kempson (1991:2) telah membicarakan tentang teori semantik yang merupakan

sebahagian daripada teori linguistik am. Teori-teori tersebut termasuklah seperti

Teori Imejan, Teori Behaviorisme, Teori Analisis Komponen dan Teori Logik

Simbolik.

Bagaimanapun, untuk memenuhi tuntutan kepada, satu-satu teori semantik itu

mestilah memenuhi sekurang-kurangnya tiga syarat, iaitu :

i) Mesti mencerap bagi mana-mana bahasa sifat makna perkataan dan makna ayat,

dan menjelaskan sifat hubungan antara unsur tersebut.

ii) Mesti berupaya meramalkan ketaksaan dalam bentuk-bentuk unsur bahasa, sama

ada perkataan atau ayat.

iii) Mesti mencirikan dan menjelaskan hubungan sistematik antara perkataan dan antara

ayat sesuatu bahasa, iaitu teori tersebut mesti member huraian yang agak jelas

hubungan sinonim, perangkuman logik, pentadbiran, pertentangan dan sebagainya.

Mana-mana teori yang gagal menepati ketiga-tiga syarat di atas, sama ada

antaranya atau semuanya sekali, pastilah tidak memadai sama ada dari segi

prinsipnya atau pada bahagian tertentu teori itu (Kempson 1991:3-5).

Page 2: TEORI MAKNA (3.07)

BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

a) Teori Imejan

Teori ini merupakan pendekatan saintifik dalam penghuraian makna yang

digunakan secara meluas oleh pengkaji-pengkaji linguistik tradisional.

Mereka bersetuju bahawa setiap perkataan yang disebut, didengar dan dibaca

akan dapat ditafsirkan secara automatik oleh fikiran masing-masing.

Teori yang juga dikenali sebagai Teori Imej Makna ini didefinisikan sebagai imej

makna yang tergambar dalam minda penutur atau pendengar apabila sesuatu

benda atau perkara disebut.

Dalam erti kata lain, makna kata dihuraikan berdasarkan gambaran yang ada

dalam fikiran seseorang. Sesuatu perkataan yang dibaca, didengar dan disebut

tergambar dalam fikiran dan ditafsir sehingga memberi makna yang abstrak.

Imej yang dimaksudkan ini bagaimanapun tidak bersifat visual kerana ia tidak

menepati gambaran sebenar yang dimaksudkan secara tepat. Hal ini bergantung

kepada keluasan pengalaman dan ilmu yang dimiliki oleh individu itu sendiri.

Justeru, kekurangan teori ini adalah imej yang tergambar dalam fikiran

seseorang itu betul atau salah.

Individu itu mungkin mempunyai beberapa imej bagi satu ungkapan atau pun

dalam situasi yang lain mungkin wujud pula beberapa ungkapan yang berkongsi

imej yang sama.

Pada hakikatnya, satu nama boleh mempunyai lebih daripada satu pengertian

dan juga sebaliknya.

Misalnya frasa ‘bunga di jambangan’. Farid yang kurang membaca dan tinggal di

kawasan pedalaman mungkin hanya memahami frasa ini sebagai beberapa

kuntum bunga di dalam pasu yang dijadikan sebagai hiasan di atas meja.

Sebaliknya bagi Asiah yang rajin menelaah buku dan majalah mungkin

memahami bahawa frasa itu mempunyai dua maksud, iaitu bunga hiasan dan

anak gadis yang diibaratkan seperti bunga dalam masyarakat Melayu.

Contoh kedua ialah ‘tok mudim’. Bagi golongan orang dewasa khususnya pada

zaman dahulu, tok mudim ini dihormati kerana jasanya mengkhatankan anak-

anak kecil di kampung. Khidmat yang diberikan kepada masyarakat setempat ini

amat dihargai kerana kemudahan pada zaman itu adalah sukar didapati dan

Page 3: TEORI MAKNA (3.07)

BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

bayaran yang dikenakan untuk berkhatan di klinik kebanyakannya di luar

kemampuan masyarakat.

Situasi yang berbeza berlaku jika panggilan ‘tok mudim’ ini disebut kepada

kanak-kanak lelaki. Semerta, akan terbayanglah dalam fikiran mereka imej lelaki

tua yang mempunyai raut wajah yang garang, dihiasi misai lebat dan melingkung

di hujungnya sambil memegang pisau yang tajam berkilat. Oleh yang demikian,

tidak hairanlah apabila terjadi kes kanak-kanak yang bakal berkhatan

menghilangkan diri apabila masa untuk upacara itu sudah tiba.

b)Teori Behaviorisme

Mazhab behavioris yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh

Thorndike dan Skinner ini berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan

dengan perubahan tingkah laku.

Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara ‘rangsangan’ dan

‘gerakbalas’ yang menghasilkan perubahan tingkahlaku.

Bahasa dianggap wujud hasil daripada operasi rangsangan (R) dan gerak

balas/stimulus (S) ini.

Secara umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan

pembelajaran akan mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar

sama ada baik atau sebaliknya.

Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan,

dikawal dan diramal.

Dalam bidang semantik pula, Leonard Bloomfield (1933) menggunakan teori ini

dengan cara menganalisis makna berdasarkan tingkah laku yang dapat

diperhatikan dan jika tidak ia hanya akan dianggap sebagai andaian sahaja.

Dalam erti kata lain, individu akan dapat menggunakan dan membezakan

perkataan yang digunakannya dengan betul hasil daripada tindak balas yang

diberi oleh orang lain kepadanya.

Empat ciri umum teori behaviorisme ialah menolak konsep mentalisme yang

mengkaji pemikiran dan konsep abstrak data yang dapat disahkan, mempercayai

Page 4: TEORI MAKNA (3.07)

BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

bahawa tingkah laku manusia dan haiwan mempunyai persamaan, tingkah laku

manusia dalam berbahasa disebabkan keperluan untuk bersosialisasi dan

perlakuan manusia ada hubungan dengan rangsangan (stimulus) dan gerak

balas.

Menurut teori ini, makna merupakan bentuk tindak balas yang terhasil daripada

rangsangan yang diperoleh oleh penutur dan pendengar dalam komunikasi yang

berlangsung antara mereka.

Rangsangan tersebut berlaku sama ada melalui proses perkaitan antara proses

mendengar dengan bertutur atau hasil pembelajaran.

Osgood (1980) telah menjalankan kajian semantik yang lebih menekankan

proses penutur menghasilkan ujaran dan tindak balas pendengar untuk

memahami ujaran tersebut.

Hal ini bermaksud perlu wujudnya situasi saling memahami makna yang sama

bagi kata-kata yang digunakan.

Contohnya seseorang itu akan marah jika dikatakan ‘Engkau lambat seperti

siput” kerana dia mampu mengaitkan makna kata ‘lambat seperti siput’ itu

dengan ciri haiwan ‘siput’ yang dimaksudkan. Sebaliknya, kita tidak

menggunakan ujaran ‘Engkau lambat seperti kumbang’ kerana makna kata

‘lambat seperti kumbang’ itu tidak dapat dikaitkan dengan ciri atau sifat haiwan

yang dimaksudkan.

Contoh mudah lain adalah “Emak, saya lapar. Nak makan’’ kata Hafiz. Hafiz

yang berasa lapar meminta makanan daripada emaknya. Lapar ialah

rangsangan, manakala perbuatan meminta makanan daripada emak ialah gerak

balasnya. Kedua-dua unsur ini didapati berturutan. Justeru, adalah dapat

disimpulkan di sini bahawa hubungan operasi R-------------S ini adalah mampu

menghuraikan makna ujaran dalam aspek semantik.

Page 5: TEORI MAKNA (3.07)

BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

c) Teori Analisis Komponen

Teori ini menghuraikan kata-kata yang mempunyai hubungan makna antara satu

dengan yang lain. Hubungan ini dikenali sebagai struktur leksikal.

Makna bagi sesuatu perkataan bukan dianalisis sebagai satu unit, tetapi secara

terperinci sebagai satu komponen-komponen yang kompleks.

Komponen tersebut dinamakan sebagai komponen semantik yang terdiri dari

perbendaharaan kata sesuatu bahasa.

Secara ringkasnya teori ini digunakan untuk menentukan istilah berdasarkan

hubungan kekeluargaan sesuatu perkataan/ujaran.

Di samping itu teori ini turut menghuraikan makna perkataan dengan

memasukkan unsur pertentangan. Misalnya teruna – dara dan suami – isteri.

Antara perkara yang diperhatikan dalam mengkaji makna melalui teori ini ialah

melihat sejumlah ciri rujukan bagi sesuatu perkataan, melihat kemungkinan

adanya hubungan rujukan antara sesuatu kata dengan kata yang lain dan

melihat ciri khusus bagi kata yang mempunyai hubungan rujukan, iaitu yang

membezakan fitur semantik kata itu dengan kata yang lain.

Terdapat dua cara yang boleh digunakan untuk memperlihatkan elemen

semantik dalam ayat, iaitu yang pertama ialah dengan menganalisis komponen

kata yang diberikan, misalnya ‘bunga’. Huraian boleh dilihat dalam rajah di

bawah:

Analisis komponen bagi kata ‘bunga’

Kata ‘bunga’ telah dianalisis komponennya sehingga boleh dibahagikan kepada

dua jenis, iaitu berduri dan tidak berduri.

Bunga berduri mempunyai ciri-ciri seperti berbatang keras dan daunnya lebar.

Bunga mawar adalah contoh bunga jenis ini.

Manakala untuk jenis bunga tidak berduri, antara ciri-cirinya termasuklah

berbatang kecil dan lembut, misalnya bunga kekwa dan bunga orkid.

Cara kedua untuk mengenal pasti kewujudan elemen semantik ialah dengan

melakukan analisis fitur atau ciri semantik.

Page 6: TEORI MAKNA (3.07)

BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

Fitur atau ciri semantik merupakan hubungan makna bagi sejumlah kata yang

masing-masing mempunyai ciri-ciri tersendiri.

Tanda (+) dan (-) digunakan dalam analisis ini.

Tanda (+) bermaksud ciri tersebut hadir atau wujud pada perkataan yang hendak

dianalisis maknanya, manakala tanda (-) pula membawa makna kata itu tidak

mempunyai ciri itu.

Contoh perkataan seperti ‘makanan’ boleh dianalisis fiturnya seperti berikut :

Nasi Aiskrim Buah-buahan Sayur-sayuran

+ berkhasiat - berkhasiat + berkhasiat + berkhasiat

- lemak + lemak - lemak - lemak

+ tenaga - tenaga + tenaga + tenaga

Analisis fitur semantik bagi kata ‘makanan’.

Huraiannya ialah nasi, buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai khasiat dan

memberi tenaga, tetapi tidak mengandungi lemak.

Sebaliknya aiskrim merupakan hidangan yang tidak mempunyai khasiat atau pun

tenaga, bahkan mengandungi lemak yang boleh menjejaskan kesihatan badan.

Analisis terperinci sedemikian memberikan faedah kepada pengguna bahasa

kerana dapat membantu memahami makna semantik sesuatu perkataan yang

berhubung dengan makna rujukan.

Setelah mengetahui ciri semantik sesuatu perkataan itu juga dapat membantu

kita memilih perkataan yang tepat dalam ayat atau sesuatu ujaran, di samping

memahami pelbagai kemungkinan makna bagi sesuatu perkataan.

Bagaimanapun antara kekurangan teori ini termasuklah memerlukan proses

yang panjang untuk menghuraikan sesuatu makna, makna dianalisis pada

peringkat perkataan, bukannya ayat, sukar menentukan komponen-komponen

Page 7: TEORI MAKNA (3.07)

BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

semantik yang khusus untuk menghuraikan makna sesuatu perkataan dan sering

terikat dengan hiponim.

d) Teori Logik Simbolik

Teori yang juga dikenali sebagai Analisis Logik atau Analisis Linguistik ini adalah

lebih lengkap dan menyeluruh jika dibandingkan dengan ketiga-tiga teori

sebelumnya.

Hal ini adalah kerana teori ini cuba mengkaji makna bukan sahaja dari peringkat

perkataan, malahan juga pada peringkat ayat dan perlakuan manusia, sebagai

reaksi kepada tanggapan yang mereka terima mengenai sesuatu perkataan.

Bahasa menurut definisi teori ini ialah sejenis sistem lambang.

Menurut teori ini, ciri-ciri situasi dan tingkah laku yang mengiringi bahasa adalah

sebahagian makna perkataan itu.

Takrif makna seperti ini adalah takrif fungsional. Ia adalah pendekatan yang

lebih berkesan untuk mengkaji makna kerana ia mengambil kira proses

bagaimana sesuatu perkara itu mendapat maknanya.

Teori logik simbolik mengatakan sesuatu perkataan memperoleh maknanya

melalui apa yang disebut dengan istilah keperihalan keadaan atau konteks

situasi yang wujud semasa perkataan itu digunakan.

Kajian makna yang mengutamakan tingkah laku melihat bahasa sebagai sejenis

tingkah laku.

Oleh itu, bagi teori ini, bahasa bukan setakat petunjuk apa yang ada dalam

fikiran manusia semata-mata.

Terdapat tiga sub bahagian dalam kajian yang diteliti oleh teori ini, iaitu semantik,

sintaktik dan pragmatik.

Semantik dalam teori ini didefinisikan sebagai kajian tentang hubungan di antara

simbol dengan rujukan atau boleh juga dikatakan sebagai hubungan antara

perkataan dengan benda.

Page 8: TEORI MAKNA (3.07)

BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

Rujukan atau benda tidak terhad bilangannya di dalam sesuatu bahasa kerana

sesuatu lambang itu mewakili sekumpulan benda atau pun peristiwa yang

mempunyai persamaan antara satu dengan lain.

Manakala simbol pula biasanya dirujuk kepada kumpulan benda yang

mempunyai persamaan.

Sintaktik pula merupakan bidang kajian yang mengkaji hubungan di antara

perkataan dengan perkataan lain untuk menentukan makna.

Makna sesuatu ayat bukan hanya diperoleh dengan mencampurkan makna satu

perkataan dengan perkataan lain dalam ayat itu.

Sebaliknya, makna ayat juga bergantung kepada susunan perkataan dalam

ayat.

Contohnya istilah ‘orang kecil’ boleh membawa maksud orang yang saiz

badannya kecil atau juga orang yang berpangkat rendah atau biasa sahaja.

Selain itu misalan seperti rantai tangan dengan tangan rantai, itik telur dengan

telur itik dan Korea Selatan dengan Selatan Korea mempunyai tafsiran yang

berbeza.

Manakala pragmatik pula ialah bidang kajian yang mengkaji hubungan antara

lambang dengan tingkah laku.

Jika dibandingkan dengan kedua-dua sub bahagian teori Logik Simbolik di atas,

pragmatik didapati lebih menarik kerana dalam proses komunikasi, makna dalam

sesuatu perkataan itu dinilai daripada sudut adakah makna itu sampai kepada

penerimanya atau tidak.

Justeru, kajian makna jenis ini bergantung kepada bagaimana perkataan

menyebabkan manusia bertindak balas melalui tingkah laku.

Contohnya seperti panggilan perempuan, wanita dan betina. Wanita ialah

perkataan paling manis untuk seorang perempuan, manakala betina ialah

panggilan untuk seorang perempuan yang rendah akhlaknya.

Ketiga-tiga panggilan ini merujuk kepada makna yang sama, iaitu seseorang

yang mempunyai jantina perempuan.

Bagaimanapun, konteks keadaan individu itu mempengaruhi cara ia dipanggil.

Page 9: TEORI MAKNA (3.07)

BMM3111 SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

Reaksi yang diberi tentulah berbeza-beza apabila dipanggil sebagai wanita,

perempuan atau betina.

Tamsilan seterusnya ialah perkataan yang mempunyai unsur keagamaan seperti

babi.

Bagi masyarakat bukan Islam, haiwan ini tidak diharamkan dalam agama

mereka.

Bagaimanapun hal yang sebaliknya berlaku dalam masyarakat Islam kerana

haiwan itu adalah dilarang sama sekali untuk disentuh, apatah lagi dijadikan

makanan.

Oleh yang demikian, adalah lebih elok dan sopan jika ia disebut sebagai khinzir

sahaja.

Selain itu perkataan ‘jamban’ yang merujuk kepada tempat membuang air adalah

lebih sopan disebut sebagai tandas atau bilik air.