Teori pembelajaran behaviorisme

14
(a) i. TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME Menurut Ee Ah Meng (2001), pendekatan behaviourisme dipelopori oleh John B. Watson Ahli-ahli psikologi behavioral menyatakan pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku dalam diri seseorang individu yang disebabkan oleh pengalaman. Ini bermaksud segala pengalaman yang di lalui oleh seseorang akan mempengaruhi tingkah laku dia pada masa akan datang. Mereka menyatakan setiap insan telah melalui proses pembelajaran sejak dilahirkan maka adalah sukar untuk membezakan antara tumbesaran dan pembelajaran kerana mereka adalah saling berkaitan. Teori pembelajaran behaviourisme adalah tertumpu kepada tingkah laku dan persekitaran dimana mereka menumpukan perhatian kepada tingkah laku manusia yang boleh dilihat dan diukur. Menurut Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Puan Mahani Razali, Puan Ramlah Jantan (2006), ahli-ahli psikologi behavioris berpendapat kita tidak dapat melihat pemikiran tetapi dapat membuat pemerhatian terhadap perlakuan manusia untuk membuat kesimpulan mengenai apa yang sedang difikirkannya. Teori behaviourisme terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu teori pelaziman klasik dan teori pelaziman operan. Dalam teori pelaziman klasik terdapat dua pengasas utama iaitu John B. Watson yang mengasaskan Teori Pelaziman Klasik Watson dan Ivan Petrovich Pavlov yang mengasaskan Teori Pelaziman Klasik Pavlov. Dalam teori pelaziman operan juga mempunyai dua pengasas utama iaitu Edward Lee Thorndike yang mengasaskan Teori Pelaziman Operan Thorndike dan Burhrus Frederic Skinner yang mengasaskan Teori Pelaziman Operan Skinner. Menurut Perspektif Behaviorisme dan Pembelajaran (Teori Pelaziman Cuba Jaya Thorndike) (tiada tarikh), John B. Watson digelar sebagai bapa behaviorisme. Beliau menjalankan kajian ke atas seekor tikus putih dan seorang kanak-kanak iaitu Albert yang berumur 11 bulan. Pada mulanya kanak-kanak tidak berasa takut pada tikus tetapi apabila bunyi kuat dikeluarkan bersama kemunculan tikus, Albert menjadi takut dan menangis. Keadaan ini diulang beberapa kali dan menyebabkan Albert menjadi takut kepada tikus walaupun tiada bunyi 1

Transcript of Teori pembelajaran behaviorisme

Page 1: Teori pembelajaran behaviorisme

(a) i. TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME

Menurut Ee Ah Meng (2001), pendekatan behaviourisme dipelopori oleh

John B. Watson Ahli-ahli psikologi behavioral menyatakan pembelajaran

merupakan perubahan tingkah laku dalam diri seseorang individu yang

disebabkan oleh pengalaman. Ini bermaksud segala pengalaman yang di lalui

oleh seseorang akan mempengaruhi tingkah laku dia pada masa akan datang.

Mereka menyatakan setiap insan telah melalui proses pembelajaran sejak

dilahirkan maka adalah sukar untuk membezakan antara tumbesaran dan

pembelajaran kerana mereka adalah saling berkaitan. Teori pembelajaran

behaviourisme adalah tertumpu kepada tingkah laku dan persekitaran dimana

mereka menumpukan perhatian kepada tingkah laku manusia yang boleh dilihat

dan diukur. Menurut Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Puan Mahani

Razali, Puan Ramlah Jantan (2006), ahli-ahli psikologi behavioris berpendapat

kita tidak dapat melihat pemikiran tetapi dapat membuat pemerhatian terhadap

perlakuan manusia untuk membuat kesimpulan mengenai apa yang sedang

difikirkannya. Teori behaviourisme terbahagi kepada dua kumpulan utama iaitu

teori pelaziman klasik dan teori pelaziman operan. Dalam teori pelaziman klasik

terdapat dua pengasas utama iaitu John B. Watson yang mengasaskan Teori

Pelaziman Klasik Watson dan Ivan Petrovich Pavlov yang mengasaskan Teori

Pelaziman Klasik Pavlov. Dalam teori pelaziman operan juga mempunyai dua

pengasas utama iaitu Edward Lee Thorndike yang mengasaskan Teori

Pelaziman Operan Thorndike dan Burhrus Frederic Skinner yang mengasaskan

Teori Pelaziman Operan Skinner.

Menurut Perspektif Behaviorisme dan Pembelajaran (Teori Pelaziman

Cuba Jaya Thorndike) (tiada tarikh), John B. Watson digelar sebagai bapa

behaviorisme. Beliau menjalankan kajian ke atas seekor tikus putih dan seorang

kanak-kanak iaitu Albert yang berumur 11 bulan. Pada mulanya kanak-kanak

tidak berasa takut pada tikus tetapi apabila bunyi kuat dikeluarkan bersama

kemunculan tikus, Albert menjadi takut dan menangis. Keadaan ini diulang

beberapa kali dan menyebabkan Albert menjadi takut kepada tikus walaupun

1

Page 2: Teori pembelajaran behaviorisme

tiada bunyi di keluarkan semasa menunjukkan tikus kepadanya. Menurut Prof.

Dr. Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Puan Mahani Razali, Puan Ramlah Jantan

(2006), dalam eksperimen ini, beliau telah membuktikan bahawa emosi manusia

boleh dilazimkan secara klasik. Beliau menerangkan perubahan tingkah laku

dalam proses pembelajaran dimana guru boleh mempengaruhi pengalaman

pembelajaran pelajar dengan menentukan rangsangan yang diberi serta gerak

balas yang dihasilkan. Oleh itu guru harus memilih rangsangan yang

menyeronokkan pelajar untuk belajar.

Menurut Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Puan Mahani Razali,

Puan Ramlah Jantan (2006), Pavlov menyatakan setiap rangsangan akan

menimbulkan gerak balas. Rangsangan adalah apa-apa bentuk tenaga yang

menimbulkan gerak balas manakala gerak balas adalah apa-apa tingkah laku

yang timbul akibat rangsangan. Beliau menyatakan bahawa pembelajaran boleh

berlaku akibat kaitan antara rangsangan dan gerak balas. Pembelajaran yang

berlaku ini dinamakan pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat

rangsangan dikenali sebagai pelaziman klasik. Menurut Perspektif Behaviorisme

dan Pembelajaran (Pelaziman Klasik) (tiada tarikh), Pavlov cuba membuktikan

teori pembelajaran ini dengan menjalankan kajian ke atas anjing. Dia dapati

bahawa apabila anjing melihat bekas dengan makanan, air liur haiwan itu keluar.

Dia membuat kesimpulan bahawa anjing tersebut telah 'belajar' mengaitkan

bekas makanan yang dilihat dengan makanan yang akan diberikan kelak. Pavlov

melanjutkan kajiannya dengan menguji hipotesis bahawa sesuatu organisme

boleh diajar bertindak dengan pemberian sesuatu rangsangan. Melalui

eksperimen ini, Pavlov menghasilkan tiga peringkat pelaziman iaitu sebelum

pelaziman, semasa pelaziman dan selepas pelaziman. Menurut Prof. Dr.

Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Puan Mahani Razali, Puan Ramlah Jantan

(2006), Pavlov telah menghasilkan tiga konsep penting dalam proses pengajaran

dan pembelajaran iaitu generalisasi, diskriminasi dan penghapusan melalui

prinsip pelaziman klasiknya.

Menurut Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Puan Mahani Razali,

Puan Ramlah Jantan (2006), E. L. Thorndike adalah ahli behavioris yang

2

Page 3: Teori pembelajaran behaviorisme

pertama mengemukakan konsep pelaziman operan. Menurut Perspektif

Behaviorisme dan Pembelajaran (Teori Pelaziman Cuba Jaya Thorndike) (tiada

tarikh), Thorndike menjalankan eskperimen dengan menggunakan suatu alat

yang diciptanya dan dipanggil “puzzle box”. Beliau memasukkan kucing kedalam

sangkar (“puzzle box”) dan meletakkan makanan di luar. Beliau mendapati

kucing tersebut akan melakukan pelbagai percubaan untuk keluar dari sangkar

dan pembelajaran ini dinamakan sebagai pembelajaran cuba jaya. Bila

dimasukkan semula, kucing tersebut akan mengulangi percubaan untuk keluar

dan ini menunjukkan kucing tersebut belajar keluar secara cuba jaya. Melalui

eksperimennya, beliau menyatakan pembelajaran adalah hasil daripada

gabungan rangsangan dan gerak balas. Beliau menyatakan pembelajaran

manusia boleh dikawal oleh hukum pembelajaran iaitu Hukum Kesediaan,

Hukum Latihan dan Hukum Kesan.

Menurut TEORI PELAZIMAN OPERAN (tiada tarikh), Teori Pelaziman

Operan Skinner diasaskan oleh Burhrus Frederic Skinner. Menurut Prof. Dr.

Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Puan Mahani Razali, Puan Ramlah Jantan

(2006), Skinner bersependapat dengan Ivan Petrovich Pavlov tetapi menyatakan

bahawa perlakuan manusia seharusnya diperhatikan dalam satu jangka masa

yang panjang serta membentuk perlakuan yang kompleks daripada perlakuan

yang mudah. Pada tahun 1938, beliau telah menulis sebuah buku yang bertajuk

The Behavior of Organism yang menghuraikan prinsip-prinsip utama pelaziman

operan yang seterusnya menjadi suatu teori pembelajaran. Menurut Perspektif

Behaviorisme dan Pembelajaran (Teori Pelaziman Operan Skinner) (tiada

tarikh), perkataan 'operan' dicipta oleh Skinner yang membawa maksud

bertindak ke atas sesuatu perkara. Pelaziman operan pula ialah suatu keadaan

dimana organisme menghasilkan sesuatu gerak balas kerana organisme itu

beroperasi ke atas persekitarannya. Tingkah laku operan merupakan tingkahlaku

bukan otomatik atau boleh dijangkakan serta tidak ada kaitan dengan

rangsangan yang telah dikenalpasti. Beliau menjalankan kajian keatas haiwan

dengan menggunakan “Skinner Box” yang diciptanya dimana tingkah laku

binatang dalam kotak tersebut boleh dikawal dan gerak balas mereka boleh

3

Page 4: Teori pembelajaran behaviorisme

diperhatikan dan direkodkan lalu membawa beliau menggunakannya dalam

aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Beliau menyatakan gerak balas boleh di

perkuat jika diulang dan dihapuskan jika tidak diulang sebaik sahaja gerak balas

ditunjukkan. Lima proses utama beliau adalah peneguhan positif, peneguhan

negatif, dendaan, prinsip Premack dan pelupusan.

4

Page 5: Teori pembelajaran behaviorisme

(b) i. TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIOURISME

TEORI PELAZIMAN OPERAN THORNDIKE

Hukum Pembelajaran Thorndike

Menurut Mok Soon Sang (2006), kesimpulan yang dibuat oleh Thorndike

daripada hasil kajiannya adalah pembelajaran merupakan proses cuba-ralat atau

memilih dan menghubungkait. Latihan akan diberi berulang-ulang dan gerak

balas yang salah pada mulanya akan semakin berkurangan maka perhubungan

diantara rangsangan dengan gerak balas akan bertambah kukuh. Maka

perhubungan di antara gerak balas dengan rangsangan sebenarnya mewakili

proses pembelajaran. Perhubungan ini berlaku berdasarkan bilangan kali latihan,

keadaan kesediaan individu dan keberkesanan latihan. Menurut Prof. Dr.

Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Puan Mahani Razali, Puan Ramlah Jantan

(2006), Thorndike menghasilkan Hukum Pembelajaran Thondike yang terdiri

daripada Hukum Kesediaan, Hukum Latihan dan Hukum Kesan hasil daripada

eksperimennya .

1. Hukum Kesediaan

Menurut Ee Ah Meng (2002), Thorndike merujuk kesediaan sebagai

persiapan yang perlu ada pada individu sebelum dapat bertindak. Menurut Dr.

Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005), pelajar yang berada dalam keadaan

sedia akan berasa puas apabila bertindak. Jika mereka belum bersedia dan guru

mengarahkan mereka untuk bertindak maka mereka akan berasa kecewa. Ini

menunjukkan kesediaan perlu ada dalam diri seseorang sebelum dia dapat

bertindak. Menurut Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Puan Mahani

Razali, Puan Ramlah Jantan (2006), Hukum Kesediaan terbahagi kepada tiga

aspek utama iaitu kesediaan kognitif, kesediaan afektif dan kesediaan

psikomotor.

Menurut Ee Ah Meng (2000), kognitif adalah aktiviti mental seperti berfikir,

menaakul, menganalisis, membentuk konsep dan sebagainya. Kesediaan

5

Page 6: Teori pembelajaran behaviorisme

kognitif adalah kesediaan mental untuk mempelajari sesuatu. Menurut Mok Soon

Sang (2001), perkembangan intelek adalah berkadar terus dengan umur kerana

pelajar sekolah rendah belajar benda yang konkrit dan selepas masuk sekolah

menengah mereka mula sanggup belajar benda yang kompleks. Semasa

seseorang telah mencapai kesediaan mental, pencapaian akademiknya adalah

selaras dengan usaha dan latihan yang dilaluinya seperti John yang berumur

tujuh tahun dapat mengira 1 hingga 50 kerana dia telah mencapai kesediaan

kognitif yang diperlukan untuk menjalani ilmiah Tahun 1. jika John tidak bersedia

dari segi mentalnya untuk belajar mengira 1 hingga 50 sudah tentu John tidak

akan berjaya mengira 1 hingga 50.

Menurut Mok Soon Sang (2001), kesediaan afektif adalah merujuk kepada

sikap, keinginan, semangat, perasaan dan minat seseorang untuk melaksanakan

sesuatu aktiviti pembelajaran. Ini menunjukkan pembelajaran yang berkesan

adalah dipengaruhi oleh sikap pelajar dan bukan bilangan kali pelajar mengulang

kaji. Oleh itu pelajar yang mempunyai kesediaan afektif yang tinggi mempunyai

sikap positif , motivasi diri yang tinggi dan keinginan untuk mencapai

kecemerlangan akan memudahkan proses pembelajarannya dan mencapai

kesemerlangan. Tetapi pelajar yang kesediaan afektif rendah seperti mempunyai

sikap negatif belajar iaitu tiada minat belajar akan menyebabkan pelajar itu sukar

mencapai kejayaan dalam pelajaran walaupun telah melakukan banyak aktiviti

pembelajaran yang sama.

Menurut Ee Ah Meng (2000), kesediaan psikomotor adalah merujuk

kepada kesediaan seseorang individu untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang

memerlukan koordinasi pergerakan otot seperti semasa kanak-kanak cuba

memegang pensel untuk menulis atau menyebut perkataan. Menurut Mok Soon

Sang (2001), kesediaan psikomotor adalah seseorang yang mempunyai potensi

atau kematangan fizikal dan bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan fizikal

dalam proses pembelajaran yang baru. Kedua-dua penulis ini telah membuktikan

bahawa seseorang individu mempunyai kesediaan psikomotor jika tubuhnya

telah matang selaras dengan latihan fizikal yang diperlukan seperti

perkembangan otot, anggota, pengawalan dan penyelarasan badan untuk

6

Page 7: Teori pembelajaran behaviorisme

melakukan aktiviti memegang pensel untuk menulis. Tetapi kanak-kanak yang

sama umur tidak semestinya mempunyai perkembangan fizikal yang sama

kerana individu adalah berbeza dan kesediaan psikomotor yang tinggi

membolehkan mereka melakukan latihan dalam pembelajaran dengan cekap

seperti melukis dalam pendidikan seni atau bersukan.

Menurut Mok Soon Sang (2003), Hukum Kesediaan menekankan

ganjaran hanya berkesan jika pelajar mempunyai kesanggupan untuk

menerimanya dari segi psikologi. Jika pelajar menerima ganjaran dan mendapat

kepuasan maka hubungan diantara gerak balas dengan ganjaran pelajar akan

bertambah kukuh. Ini bermaksud pemberian ganjaran yang sesuai dengan

kehendak pelajar akan mendorong pelajar lebih bersedia bagi mengikuti proses

pembelajaran pada masa depan. Kesimpulannya adalah pelajar yang bersedia

untuk belajar akan memastikan pembelajaran berkesan dan memuaskan kerana

wujudnya rangsangan motivasi, manakala pelajar yang belum bersedia belajar

atau dipaksa akan menyebabkan pembelajaran tidak berkesan kerana tiada

rangsangan.

2. Hukum Latihan

Menurut Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Puan Mahani Razali,

Puan Ramlah Jantan (2006), Thorndike menyatakan rangsangan dan gerak

balas akan bertambah kukuh melalui latihan yang diulang-ulang. Seseorang

akan menguasai kemahiran jika dia membuat latihan berulang kali kerana

melalui pengulangan dia akan dapat mengingatinya dengan lebih mudah. Contoh

hukum latihan yang biasanya digunakan adalah guru memberi latihan untuk

dibuat oleh pelajar selepas guru mengajar benda baru kepada pelajar. Ini adalah

penting supaya pelajar dapat memahaminya dengan lebih jelas selepas

membuat latihan. Jika latihan tidak diberi oleh guru selepas mengajar benda

baru, besar kemungkinan pelajar akan lupa akan apa yang telah mereka pelajari.

Ini menunjukkan tingkah laku dapat diteguhkan apabila diulang atau diaplikasi

dan dilemahkan tanpa pengulangan atau tanpa pengukuhan. Keadaan ini

menunjukkan hukum latihan sesuai untuk pembelajaran yang perlukan teknik

7

Page 8: Teori pembelajaran behaviorisme

menghafal kerana teknik yang digunakan adalah mengulangi latihan. Kesimpulan

bagi hukum latihan adalah, latihan yang diulang akan meningkatkan kemahiran

pelajar iaitu pertalian diantara rangsangan dengan gerak balas bertambah

kukuh, manakala pelajar akan menjadi lemah jika latihan tidak dijalankan kerana

pertalian antara rangsangan dan gerak balas akan bertambah lemah jika tidak

diulang.

3. Hukum Kesan

Menurut Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005), pertalian antara

rangsangan dan gerak balas akan bertambah kukuh apabila terdapat kesan yang

memuaskan atau menyeronokkan selepas sesuatu gerak balas dihasilkan

seperti guru memberi pujian kepada pelajar selepas pelajar menjawab soalan

yang diberikan dengan betul. Ini akan menyebabkan pelajar tersebut berasa

seronok dan menyebabkan pelajar tersebut mahu menjawab soalan guru lagi

pada masa depan. Terdapat dua jenis peneguhan yang boleh diberikan oleh

guru iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Peneguhan positif adalah

rangsangan yang diberikan oleh guru untuk menyebabkan pelajar mengulangi

tingkah laku yang diingini. Peneguhan negatif pula merupakan rangsangan yang

tidak positif yang diberikan oleh guru untuk mengelakkan pelajar pengulangan

tingkah laku yang tidak diingini. Peneguhan positif yang biasa digunakan oleh

guru adalah memberi senyuman dan membalas salam kepada pelajar selepas

pelajar memberi salam kepada guru. Keadaan ini akan memberi pelajar

pengalaman yang menyenangkan lalu akan mengulangi amalan bersopan

mereka semasa melihat guru iaitu memberi salam. Peneguhan negatif yang

biasanya diberi oleh guru kepada pelajar adalah memarahi pelajar yang tidak

menyiapkan kerja dalam masa yang ditetapkan. Ini akan menyebabkan pelajar

menyiapkan kerja pada masa yang ditetapkan untuk mengelakkan mereka

daripada dimarahi. Selain itu, terdapat juga konsep diskriminasi dimana pelajar

dapat membezakan rangsangan yang hampir sama dan memberi gerak balas

kepada rangsangan tersebut seperti, pelajar tahu membuat persediaan untuk

mengikuti mata pelajaran yang berbeza iaitu selepas pelajar bermain di padang

8

Page 9: Teori pembelajaran behaviorisme

bagi pendidikan jasmani, pelajar tahu menukar pakaian sukan mereka kepada

pakaian uniform untuk belajar dalam kelas untuk mengelak daripada di marahi

oleh guru. Kesimpulan bagi hukum kesan adalah pertalian antara rangsangan

dan gerak balas akan bertambah kukuh jika individu mendapat kesan

pengalaman yang menyeronokkan dan gerak balas ini akan diulang. Manakala

jika kesan pengalaman itu menyakitkan individu tersebut, gerak balas tersebut

akan di perhentikan.

9

Page 10: Teori pembelajaran behaviorisme

(b) ii. CONTOH APLIKASI HUKUM PEMBELAJARAN

THORNDIKE DALAM BILIK DARJAH

1. Hukum Kesediaan

Sebelum guru memulakan sesi pengajarannya, guru perlulah

menganalisis pelajarnya secara umum iaitu dari segi kesediaan kognitif,

kesediaan psikomotor dan kesediaan afektif pelajarnya. Contoh, jika guru

mengajar mata pelajaran Bahasa Malayu yang bertajuk Buluh Pelbagai Guna

kepada pelajar Tahun 2, guru perlu membuat pendekatan mengajar yang sesuai

untuk pelajar tahap Tahun 2. Ini bermakna guru perlu menganalisis kesediaan

pelajarnya terlebih dahulu. Pada permulaan pengajaran, guru perlu

memulakannya dengan menggunakkan set induksi yang menarik seperti

membaca teka-teki buluh supaya dapat merangsang minda pelajar untuk

mengikuti proses pembelajaran kerana pelajar Tahun 2 biasanya suka bermain

teka-teki. Di sinilah guru akan memastikan pelajarnya bersedia dari segi

kesediaan kognitif mereka kerana mereka mula menggunakan minda mereka

untuk meneka apakah jawapan teka-teki tersebut. Pada masa yang sama

kesediaan afektif pelajar juga bersedia kerana emosi mereka pada mulanya tidak

berminat untuk belajar telah menjadi berminat kerana dapat bermain meneka

teka-teki. Teka-teki yang di berikan kepada pelajar perlulah menggunakan saiz

perkataan yang besar, perkataan yang mudah dibaca dan difahami supaya

pelajar dapat menekanya. Pada masa yang sama guru juga telah memastikan

kesediaan psikomotor pelajar diambil kira dengan memaparkan perkataan dalam

teka-teki buluh dalam slaid Power Point yang mengandungi warna yang sesuai

iaitu warna kontras supaya pelajar dapat melihat dengan jelas akibat perbezaan

warna seperti tulisan putih dan latar adalah biru gelap. Tulisan yang dipaparkan

perlulah besar dan jelas kerana kesediaan psikomotor pelajar pada masa itu

adalah sukar untuk membaca tulisan yang kecil. Guru perlu memaparkan

10

Page 11: Teori pembelajaran behaviorisme

gambar-gambar yang menarik dalam pengajaran seperti memaparkan gambar

buluh pada slaid Power Point dan namanya di bawah supaya dapat menarik

minat pelajar untuk membacanya. Selain itu guru perlu menyediakan pelbagai

sumber pengajaran dan aktiviti yang menarik supaya dapat menarik minat

pelajar untuk belajar dan pada masa yang sama menyediakan mereka dari segi

kesediaan afektif untuk belajar dengan emosi yang gembira dan berminat untuk

meneruskan pembelajaran. Apabila selesai set induksi tersebut barulah guru

memulakan pengajaran yang sebenar kerana pelajarnya telah menerima

rangsangan motivasi daripada set induksi terlebih dahulu dan telah bersedia dari

segi kesediaan afektif, kesediaan psikomotor dan kesediaan kognitif untuk mula

belajar.

2. Hukum Latihan

Guru memberi pelajar latihan untuk dibuat sebagai pengukuhan dengan

mengulangi apa yang telah diajar. Pada mulanya guru akan memberi latihan

berbentuk soal jawab dimana pelajar akan di beri soalan sejurus selepas guru

mengajar satu benda. Soalan tersebut adalah ulangan kepada apa yang baru di

ajar. Selepas itu guru akan memberi pelajar latihan bertulis dimana pelajar perlu

menulis dalam kertas kerja yang diedarkan. Di sini pelajar akan melakukan

latihan yang di berikan dalam masa yang ditetapkan. Latihan pengukuhan diberi

terus kepada pelajar selepas mereka berjaya mempelajari sesuatu yang baru

supaya mereka tidak lupa apa yang baru dipelajari dengan mudah kerana latihan

ulangan akan mengukuhkan daya ingatan mereka. Mereka perlu menulis nama

benda yang dibuat daripada buluh dengan melihat gambar dan mencari jawapan

yang dibekalkan di atas gambar. Ruang untuk pelajar menulis adalah besar

supaya sesuai dengan kesediaan psikomotor mereka kerana tulisan pelajar

Tahun 2 biasanya adalah besar. Pada masa yang sama guru akan membimbing

pelajar yang kurang cekap untuk menjawab soalan latihan yang diberi. Melalui

latihan yang diberikan sudah tentu pelajar akan dapat mengingati apa yang telah

11

Page 12: Teori pembelajaran behaviorisme

diajar oleh guru. Pengulangan melalui latihan ini sudah tentu dapat membantu

pelajar mengingati apa yang telah mereka pelajari.

3. Hukum Kesan

Guru akan memberi peneguhan positif sebagai rangsangan untuk

memotivasikan pelajar supaya mengulangi tingkah laku yang diingini oleh guru.

Contohnya seperti selepas pelajar menyiapkan latihan yang diberikan, guru akan

memberi pujian kepada mereka yang berjaya menyiapkannya dengan

menyatakan “bagus”, “baik”, “hebatnya” , “syabas” dan banyak lagi. Ini secara

tidak langsung telah memotivasikan pelajar untuk menyiapkan kerja yang

diberikan dalam masa yang diberi supaya mereka boleh mendapat pujian

daripada guru. Selain itu pujian sebegini akan memberi pelajar rasa bangga

kerana mendapat pujian maka mereka akan belajar dengan lebih bersungguh-

sungguh lagi. Guru juga memberi ganjaran kepada pelajar yang berjaya

menjawab soalan yang diketengahkan seperti gula-gula, pembaris, pensel dan

lain-lain. Pemberian ganjaran ini akan memotivasikan pelajar untuk belajar

dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan mereka boleh mendapat

ganjaran yang diberikan oleh guru semasa sesi menjawab soalan kerana hanya

pelajar yang menjawab dengan betul sahaja diberi ganjaran. Kesemua

peneguhan positif ini akan memberi pelajar pengalaman belajar yang seronok

dan mengembirakan lalu pelajar akan suka belajar dan akan belajar dengan

bersungguh-sungguh. Guru juga perlu mempelbagaikan kaedah pembelajaran

supaya pelajar lebih seronok untuk belajar. Sebagai contoh guru akan mengubah

kaedah pengajaran yang biasanya berpuastkan pelajar kepada belajar melalui

kerja berkumpulan. Ini akan mewujudkan satu kesan dimana pelajar berasa

kaedah guru mengajar adalah baru dan tidak membosankan lalu menyebabkan

mereka bersemangat untuk belajar. Selain itu, suasana persekitaran

pembelajaran juga perlu dipelbagaikan. Pembelajaran yang efeftik tidak

semestinya berlansung di dalam kelas semata-mata. Pembelajaran boleh

dilakukan di dalam suasana yang berbeza sperti di luar bilik darjah, di taman,

dan di padang. Contohnya, guru akan membawa pelajar keluar dari kelas seperti

12

Page 13: Teori pembelajaran behaviorisme

di kawasan padang untuk membuat kuiz unutk mengelakkan pelajar membuat

bising dalam kelas yang boleh mengganggu pelajar lain semasa sesi kiuz di

jalankan. Pelajar pada masa ini akan berasa seronok untuk belajar dalam

suasana baru dan akan memberi komitmen yang sepenuhnya kepada guru untuk

menjayakan sesi kuiz.

13

Page 14: Teori pembelajaran behaviorisme

RUJUKAN

1. Dr. Ragbir Kaur a/p Joginder Singh (2005). Panduan Ulangkaji Ilmu

Pendidikan Untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Sekolah

Rendah Dan Menengah. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

2. Ee Ah Meng (2000). PSIKOLOGI PENDIDIKAN II (Semester II).

Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

3. Ee Ah Meng (2002). PSIKOLOGI PENDIDIKAN III Edisi Ketiga (Semester

III). Selangor : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

4. Mok Soon Sang (2001). PSIKOLOGI PENDIDIKAN UNTUK Kursus

Diploma Perguruan Semester 2. Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

5. Mok Soon Sang (2003). PSIKOLOGI PENDIDIKAN UNTUK Kursus

Diploma Perguruan Semester 3. Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

6. Mok Soon Sang (2006). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Sekolah Rendah :

Komponen 1 & 2) Psikologi Pendidikan & Pedagogi. Selangor : Kumpulan

Budiman Sdn. Bhd.

7. Perspektif Behaviorisme dan Pembelajaran (Pelaziman Klasik). (tiada

tarikh). Didapati pada 4 April 2006 daripada

http://www.homestead.com/peoplelearn/psychlearncontent2a.html

8. Perspektif Behaviorisme dan Pembelajaran (Teori Pelaziman Cuba Jaya

Thorndike). (tiada tarikh). Didapati pada 4 April 2006 daripada

http://www.learningdomain.com/psychlearncontent2b.html

9. Perspektif Behaviorisme dan Pembelajaran (Teori Pelaziman Operan

Skinner). (tiada tarikh). Didapati pada 4 April 2006 daripada

http://www.homestead.com/peoplelearn/psychlearncontent2c.html

10.Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd. Yunus, Puan Mahani Razali, Puan

Ramlah Jantan (2006). HBET2103 Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur :

Open Universiti Malaysia.

14

Page 15: Teori pembelajaran behaviorisme

11.TEORI PELAZIMAN OPERAN. (tiada tarikh). Didapati pada 4 April 2006

daripada

http://planet.time.net.my/KLCC/azm01/teori/Teori_Pelaziman_Operan.htm

15