Teori Peribad1. Token

download Teori Peribad1. Token

of 6

Transcript of Teori Peribad1. Token

  • 7/31/2019 Teori Peribad1. Token

    1/6

    TEORI PERIBADI

    NAMA TEORI : Teori Token Zoo Berkumpulan

    MASALAH

    Semasa saya menjalankan aktiviti secara individu dan kelas, saya mendapati

    bahawa murid saya tidak dapat menjalankan aktiviti dengan baik dan berkesan

    kerana saya gagal menerapkan sikap kerjasama dan bertolak ansur setiap kali murid

    menjalani aktiviti, ini menimbulkan masalah yang sangat besar kepada kawalan

    kelas saya kerana murid mula bergaduh untuk menjalankan aktiviti yang disediakan

    guru. Murid yang menang akan berasa bangga manakala murid yang kalah akan

    berasa sedih dan kedua - duanya mula bertindak untuk meraih perhatian guru dan

    seterusnya menyebabkan kawalan kelas menjadi kucar - kacir.

    PUNCA/LATARBELAKANG MASALAH

    Punca murid-murid saya berbual semasa saya mengajar adalah kerana mereka

    tidak fokus kepada pembelajaran yang dijalankan. Selain itu,mereka juga cepat

    berasa bosan terhadap sesuatu perkara yang dilakukan. Murid - murid juga

    terpengaruh dengan rakan yang duduk di sebelah. Mereka akan turut bermainsekiranya rakan disebelah bermain. Jadi saya perlulah mengambil langkah yang

    sesuai untuk memastikan murid - murid dapat menumpukan semula perhatian

    mereka kepada saya.

    KEMAHIRAN SEDIA ADA DAN PENGUBAHSUAIAN

    Kemahiran sedia ada ialah murid-murid prasekolah sering diberikan peneguhan

    positif berbentuk pujian atau perlakuan yang biasanya tidak dapat dilihat. Dengan

    adanya token ini, murid - murid dapat melihat dan mengira sendiri bilangan token

    yang mereka kumpulkan secara berkumpulan tersebut. Murid juga sudah selalu

    bermain secara berkumpulan, maka tidak susah untuk membentuk murid

    menjalankan aktiviti secara berkumpulan.

  • 7/31/2019 Teori Peribad1. Token

    2/6

    STRATEGI/TINDAKAN

    Strategi atau tindakan yang akan dilakukan bagi memastikan teori ini terbukti ialah

    saya akan menggunakan teori token zoo berkumpulan ketika saya mengajar dan

    menjalankan aktiviti secara berkumpulan. Saya akan memilih satu jenis haiwan

    sebagai token setiap minggu. Kumpulan yang berjaya menyiapkan aktiviti kumpulan

    dengan baik dan sempurna akan diberikan token dan dimasukkan ke dalam bekas

    token zoo berkumpulan masing - masing. Pada akhir setiap minggu, kumpulan yang

    Berjaya mengumpul token haiwan paling banyak akan diberikan hadiah. Murid yang

    membuat masalah dan tidak mendengr kata guru akan ditarik token haiwan

    kumpulannya setiap 1 kesalahan yang dibuat.

    TEMPOH MASA

    1 OGOS 2011 26 OGOS 2011

    PENILAIAN HASIL TEORI

    Hasil daripada teori yang dikemukakan saya mendapati murid prasekolah perlulah

    diberikan peneguhan samada peneguhan positif atau negatif. Peneguhan yang

    negatif seperti penarikan semula token juga perlu bagi memastikan setiap murid

    dapat menanam nilai bekerjasama dan hormat - menghormati dalam diri mereka..

    Hasil dari teori yang dikemukakan saya mendapati bahawa murid-murid dapat

    menjalankan aktiviti kumpulan dengan baik,hasil kerja yang memuaskan dan

    mengamalkan nilai - nilai murni apabila tingkah laku mereka yang postif diberikan

    peneguhan positif oleh guru.

    Semasa saya menggunakan bahan tersebut, saya mendapati bahawa murid-murid

    lebih berusaha dan lebih tekun menyiapkan aktiviti - aktiviti secara berkumpulan

    beserta mengamalkan nilai - nilai murni dengan harapan untuk mengumpulkan token

    zoo yang paling banyak untuk kumpulan masing - masing.

  • 7/31/2019 Teori Peribad1. Token

    3/6

    INOVASI PEDAGOGI

    NAMA INOVASI

    Token Zoo Berkumpulan

    OBJEKTIF

    Objektif utama guru membuat aktiviti kumpulan ini adalan ingin menerapkan nilai-

    nilai murni semasa membuat aktiviti dalam kumpulan seperti tolong-menolong,

    kerjasama, bertolak ansur, dan sedia menerima pendapat orang lain. Selain itu,

    paling utama guru ingin menerapkan sikap bersaing secara sihat antara kumpulan.

    KEPENTINGAN / KELEBIHAN

    Token Zoo Berkumpulan ini disediakan untuk menaikkan semangat murid untuk

    melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan dan menunjukkan hasil kerja terbaik untuk

    mengumpul token bintang berkumpulan. Inovasi ini juga dapat.membantu menanam

    nilai bekerjasama dalam diri murid - murid semasa menjalani aktiviti kumpulan yang

    dijalankan oleh guru.Selain itu, inovasi ini juga dapat membantu guru untuk menilai

    tahap pencapaian murid - murid secara berkumpulan melalui hasil kerja yang

    dihasilkan oleh mereka. Bukan itu sahaja, inovasi token zoo berkumpulan ni jugadapat membantu meringankan tugas guru untuk menilai tahap pencapaian

    murid, kerana guru tidak perlu menilai murid secara individu, tetapi guru menilai

    murid secara berkumpulan.

    CARA PENGGUNAAN

    Setiap kumpulan akan diberikan satu bekas yang diberi nama Zoo. Bekas itu akan

    diisi dengan token haiwan yang diberikan selepas guru menilai hasil kerja murid

    secara berkumpulan. Guru akan memberikan 3 token haiwan kepada kumpulan

    yang hasil kerja paling memuaskan dan akan memberikan 1 token haiwan kepada

    kumpulan yang paling kurang memuaskan dalam membuat aktiviti dalam kumpulan.

    CADANGAN AKTIVITI

    Aktiviti berkumpulan yang dilakukan ialah membuat kolaj, cantum dan warna gambar

    dan aktiviti main peranan serta sebagainya.

  • 7/31/2019 Teori Peribad1. Token

    4/6

    KOS / BAHAN

    Bahan Kos

    Kad manila - 5 Rm 3.00

    Bekas Token - 4 Rm 6.70

    Kertas A4 Rm 6.00Jumlah Rm 15.70

    PENERANGAN TENTANG TEORI SENDIRI

    Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan. Guru akan memberikan tugasan

    seperti membuat kolaj, cantum dan warna dan main peranan. Guru akan

    memberikan token zoo berdasarkan kepada aspek kekemasan, kerjasama ahli

    kumpulan dan dapat menyiapkan tugasan dalam masa yang ditetapkan. Guru akan

    menyediakan bekas token bagi setiap kumpulan iaitu kumpulan Zoo Ceria, Zoo

    Bahagia, Zoo Indah, dan Zoo Gembira. Guru akan memberikan 3 token zoo kepada

    kumpulan yang paling memuaskan dan akan memberikan 1 token zoo kepada

    kumpulan yang paling kurang memuaskan dalam membuat aktiviti dalam kumpulan.

    Hal ini bermakna setiap kumpulan akan dapat mengumpul token 1 3 token zoo

    bagi setiap aktiviti yang dijalankan selama 4 minggu. Kumpulan yang dapat

    mengumpul hasil token bintang tertinggi akan mendapat hadiah misteri daripadaguru untuk mingguan dan keseluruhan.

    PENILAIAN KEBERKESANAN INOVASI

    Guru membuat sistem token zoo berkumpulan dan menyediakan hadiah untuk

    menaikkan semangat murid-murid untuk menyiapkan tugasan dalam aktiviti

    kumpulan seterusnya merebut hadiah yang disediakan oleh guru. Sistem token ini

    amat berjaya kerana dapat dilihat selepas guru memperkenalkan sistem ini, murid-

    murid memberikan kerjasama dalam menyiapkan kerja kumpulan kerana begitu

    bersemangat untuk memberikan hasil kerja yang terbaik dan dapat mengumpul

    token yang paling banyak.

    Objektif utama guru membuat aktiviti kumpulan ini adalan ingin menerapkan

    nilai-nilai murni semasa membuat aktiviti dalam kumpulan seperti tolong-menolong,

    kerjasama, bertolak ansur, dan sedia menerima pendapat orang lain.Selain itu,

  • 7/31/2019 Teori Peribad1. Token

    5/6

    paling utama guru ingin menerapkan sikap bersaing secara sihat antara kumpulan.

    Setelah membuat sistem token ini, terbukti objektifnya tercapai dan dapat dilihat

    setelah guru memberikan galakan dan menyediakan ganjaran, murid-murid berminat

    melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan

    REFLEKSI

    Melalui inovasi yang dihasilkan sendiri, saya telah memilih inovasi Token Zoo

    Berkumpulan. Pada minggu ke empat praktikum, saya telah memberikan aktiviti

    dalam kumpulan. Saya dapat melihat murid-murid tidak dapat memberikan

    kerjasama dan membuat tugasan yang diberikan bersama-sama. Oleh itu, saya

    telah memikirkan satu langkah untuk meningkatkan tahap kerjasama dan sikap

    saling membantu bagi membuat hasil kerja terbaik. Saya telah mendapat satu idea

    iaitu untuk memberi sesuatu ganjaran bagi memberi galakan kepada murid-murid

    bagi bekerjasama menyiapkan tugasan yang diberi. Saya telah menyediakan satu

    bekas bagi setiap kumpulan iaitu kumpulan kumpulan Zoo Ceria, Zoo Bahagia, Zoo

    Indah, dan Zoo Gembira.

    Guru akan memberikan token zoo berdasarkan kepada aspek kekemasan,

    kerjasama ahli kumpulan dan dapat menyiapkan tugasan dalam masa yang

    ditetapkan. Guru akan memberikan 3 token zoo kepada kumpulan yang paling

    memuaskan dan akan memberikan 1 token zoo kepada kumpulan yang paling

    kurang memuaskan dalam membuat aktiviti dalam kumpulan. Hal ini bermakna

    setiap kumpulan akan dapat mengumpul token 1 3 token zoo bagi setiap aktiviti

    yang dijalankan selama 4 minggu. Kumpulan yang dapat mengumpul hasil token

    bintang tertinggi akan mendapat hadiah misteri daripada guru untuk mingguan dan

    keseluruhan.

    . Melalui sistem token zoo ini, saya dapat melihat murid-murid bekerjasama

    dan cuba untuk bersaing menunjukkan hasil kerja terbaik bagi mengumpul token

    binatang. Objektif tercapai iaitu dapat menerapkan nilai-nilai murni semasa membuat

    aktiviti dalam kumpulan seperti tolong-menolong, kerjasama, bertolak ansur, dan

  • 7/31/2019 Teori Peribad1. Token

    6/6

    sedia menerima pendapat orang lain. Selain itu, paling utama guru ingin

    menerapkan sikap bersaing secara sihat antara kumpulan.