Teori Psikoanalisis.pptx

25
TEORI PSIKOANALISIS SSKC 1013 –

Transcript of Teori Psikoanalisis.pptx

PowerPoint Presentation

TEORI PSIKOANALISISSskc 1013

Wujud sejak 1880-anSigmund Freud (1856-1939)Dilahirkan di Freiberg, Moravia (Czechoslovakia)Pada 06 Mei 1856Anak Pertama daripada 8 orang adik beradik (5 perempuan, 3 lelaki)Hubungan yang rapat dengan adik beradik

Latar belakang sigmund FreudBapa freud saudagar bulu kambingPernah berkahwin sebanyak 2 kaliIbu Frued meninggal dunia ketika berusia 95 tahun4 tahun (1860) berpindah ke Vienna zaman pemerintahan Nazi.1938 berpindah ke London9 tahun belajar di Sperl Gymnasium High School17 tahun (1873) Sekolah Perubatan di Universiti Vienna.Latar belakang sigmund FreudAntara tokoh-tokoh lain yang terlibat dalam mengembangkan pendekatan ini ialah :(Ibrahim Ahmad, 2002)Latar belakang sigmund FreudManusia dilahirkan dengan naluri kebinatangan yang bersifat jahat.

Satu sistem tenaga yang merangkumi naluri/tenaga hidup dikenali sebagai libido atau Eros berusaha melanjutkan zuriat manusia, dan mendorong ke arah kreativiti. Juga di anggap sebagai tenaga motivasi yang mendorong manusia ke arah mencari keseronokan dan mengelakkan kesakitan. Tenaga mati atau Thanatos terjelma dalam bentuk dorongan agresif ; manusia cuba menyakiti diri sendiri atau orangn lain.

Pembentukan asas personaliti terjadi pada usia 5 thn.

Tiada yang berlaku secara sengaja.

Pandangan tentang manusiaPersonaliti manusia terdiri daripada id, ego, dan superego. Id adalah nafsu terendah sekali, dan paling tidak matang

Manusia mempunyai banyak helah beladiri (alasan-alasan). Contohnya helah beladiri ialah menafikan kenyataan, mengganti alih (displacement), rasionalisasi, sublimasi, dan represi

Pandangan tentang manusia

Rawatan kaedah psikoanalitikBagi melancarkan proses kaunseling maka pendekatan psikoanalitik telah menggariskan lima kaedah seperti berikut;

Rawatan kaedah psikoanalitikTeknik ini dilakukan dengan meminta klien berbaring di atas kerusi manakala kaunselor berada di belakang atau di hujung kepala klien. Kaunselor akan cuba menenangkan fikiran klien. Klien digalakkan meluahkan segala isi hati dan perasaannya yang tidak logik dan tidak rasional. Kaedah perkaitan bebas ini digunakan untuk mengingat dan meluahkan emosi yang berkaitan dengan keadaan-keadaan traumatik masa lalu. Proses ini di kenali sebagai katarsis. Semasa proses ini dilakukan, kaunselor berperanan mengenalpasti bahan represi yang masih terkunci di alam tidak sedar. Dalam hal ini, pendekatam hipnosis juga boleh di gunakan.Rawatan kaedah psikoanalitik :PERKAITAN BEBASPenafsiran ialah prosedur asas yang digunakan untuk menganalisis perkaitan bebas, mimipi, penahanan, dan pemindahan. Prosedurnya, kaunselor perlu memberikan petunjuk, penjelasan dan nasihat kepada klien tentang makna-makna tingkah laku yang dimanifestasikan daripada perkaitan bebas, mimpi, penahanan, dan hubungan teraputik itu sendiri. Fungsinya ialah memberi peluang kepada ego mengasimilasikan bahan-bahan baru dan mempercepatkan pendedahan lanjut bahan-bahan alam tidak sedar. Penafsiran kaunselor membantu klien kepada celik akal dan sedar segala yang terpendam di dalam dunia tidak sedar klien.

Rawatan kaedah psikoanalitik :PENAFSIRANAnalisis mimpi digunakan untuk mendedahkan bahan-bahan tidak sedar klien dan memberi celik akal klien untuk menyelesaikan masalah yang tidak dapat di selesaikan. Freud beranggapan bahawa mimpi adalah jalan diraja ke alam tidak sedar. Kerana dalam mimpi terdapat manifestasi perkara atau peristiwa yang tidak biasa muncul dalam alam sedar. Dalam mimpi, alam tidak sedar akan melahikan impian, keperluan, kebimbangan dan sebagainya.Rawatan kaedah psikoanalitik :ANALISIS MIMPISemasa perkaitan bebas atau perkaitan mimpi dijalankan, klien mungkin tidak bersedia untuk menceritakan beberapa fikiran, perasaan dan pengalamnya. Keadaan tidak mahu atau tidak berupaya melahirkan perasaan seperti ini disebut sebagai penahanan. Freud melihat bahawa penahanan sebagai dinamika alam tidak sedar yang cuba melindungi daripada menjai sedar akan dorongan dan perasaannya yang tertindas. Selagi penahanan ini tidak diatasi maka selama itulah klien akan mengalami kerisauan dan permasalahan. Dengan itu, kaunselor perlu menjelaskan perkara ini dan klien pula mesti menghadapinya sekiranya ingin menyelesaikan konflik yang dihadapinya secara realistik.

Rawatan kaedah psikoanalitik :ANALISA PENAHANANKebanyakan terapi analitik percaya bahawa klien akan membentuk pemindahan neurosis kerana neurosis klien berasal dari zaman kehidupan lima tahun yang pertamanya. Tapi sekarang klien tidak seharusnya membawa unsur-unsur tersebut kedalam zaman dewasanya sebagai kerangka kehidupanya. Dalam pemindahan ini, klien akan memindahkan perasaan dan pengalaman yang di alaminya semasa zaman kanak-kanak dahulu kepada kaunselor. Kaunselor pula akan menggalakkan pemindahan neurosis dengan bersikap neutral, objektif, anonymity, dan pasif. Kaunselor akan cuba memahami dan mentafsirkan curahan perasaan dan pengalaman ini supaya klien sedar akan sebab-sebab berlakunya tindakan yang tidak rasional didalam dirinya selama ini.

Rawatan kaedah psikoanalitik :ANALISA PEMINDAHANMenyedarkan klien perihal alam tidak sedarMengenalpasti konflik masa silamMembantu klien menyelesaikan tahap perkembangan yang tidak sempurna jika adaMembantu klien menyesuaikan diri (coping) dengan tuntutan masyarakat setempatMengorganisasi semula personaliti (reconstruction of personality)Membantu membawa memori di bawah sedar ke peringkat sedar dengan mengenal pasti dan mengatasi resistan yang mungkin wujudMengembalikan kebolehan dan semangat individu menikmati semula kehidupan

Matlamat kaunseling dalam teori psikoanalisis(Suradi, 1996)Personaliti manusia mengandungi dan dipengaruhi oleh pemikiran yang tidak sedar yang banyak berlegar kepada ingatan dahulu yang secara tidak langsung akan menentukan pemikiran sedar dan tingkah laku. Contohnya paras ketiga kesedaran iaitu pra-sedar mengandungi pemikiran-pemikiran yang mungkin tidak disedari pada sesuatu masa tetapi boleh diingat balik jika dikehendaki.Manusia lahir dengan beberapa dorongan-dorongan naluri yang meregulasi dan memotivasikan tingkah laku. Sumber dorongan ini adalah tenaga psikik dan yang paling kuat adalah libido.Pengalaman-pengalaman yang diperoleh semasa zaman kanak-kanak awal merupakan pengaruh penting ke atas perkembangan emosi dan personaliti.Aspek-aspek utama 4. Personaliti mengandungi tiga struktur utama : i) id ditentukan secara biologi dan mewakili semua dorongan naluri yang diwarisi.

ii) ego berkembang untuk menolong memenuhi keperluan id dengan cara yang diterima oleh masyarakat.

iii) superego merupakan pemikiran dalaman individu (rasa bersalah dan ideal ego) mengenai nilai-nilai moral yang wujud dalam masyarakat.

Aspek-aspek utama Teori Psikonalisis Jung berbeza daripada freud dari dua aspek utama iaitu :

Konsep pemikiran tidak sedar Freud telah dikembangkan lagi oleh Jung menjadi pemikiran tidak sedar kolektif. Jung percaya pemikiran tidak sedar kolektif ini tidak diperoleh secara terus tetapi ditunjukkan dalam mitos dan simbol-simbol seni yang dihasilkan oleh berbagai-bagai budaya. Pemikiran ini mengandungi simbol-simbol yang universal yang berulang kali wujud dalam seni, penulisan dan budaya.

Pada pendapat Jung, libido adalah berbentuk spiritual bukannya seksual seperti yang dicadangkan oleh Freud.kritikanAlfred Adler pula menganggap keperluan untuk mendapat kuasa dan keunggulan (keutamaan) sebagai desakan utama dalam manusia. Pada pendapatnya motivasi manusia sebahagian besarnya adalah sedar walaupun terdapat juga yang tidak sedar. Beliau berjaya mengubati kecelaruan mental terutama pada golongan muda yang menghadapi masalah-masalah penyesuaian yang minor. Metod-metodnya lebih cepat dan mudah berbanding Freud.(Asmawati Desa, 2001)kritikanDalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, kefahaman spiritualiti yang dianuti oleh ahli masyarakat begitu ketara. Di kalangan masyarakat orang Islam, sebagai contoh, konsep yang dikemukakan oleh Sigmund Freud agak begitu abstrak. Wujud kepincangan kerana Islam pasti dengan pengertian bahawa manusia itu dilahirkan dalam keadaan yang bersih. Teori Psikoanalisis tidak melihat fitrah manusia itu sebagai bersih daripada hakikat minda dan desakan nalurinya. Pertikaian dan kepincangan yang berlaku antara pendapat teori ini dengan konsep asas spiritualliti dan keagamaan agung dunia seperti Islam membuat ahli psikologi dan kaunselor yang mengamalkan kaunseling dalam masyarakat Muslim merasa kurang senang. (Othman Mohamed, 2005)kritikanTeori Psikoanalisis freud menekankan unsur-unsur dalaman manusia telah mendapat kritikan kerana freud begitu taksub menjadikan seks (dorongan libido) sebagai bahan untuk menerangkan tingkahlaku manusia. Andaian frued yang menyatakan manusia dilahirkan hanya semata-mata untuk memenuhi desakan seksual dan rangsangan juga tidak tepat apatah lagi jika dibandingkan dengan pandangan-pandangan dari sudut Islam yang lebih jauh meneroka tentang kejadian manusia. Ini kerana ajaran Islam berpandukan al-Quran dan al-Hadis yang menjadikan segala hukumnya (Ibrahim Ahmad, 2002).kritikanSecara ringkasnya kita mengetahui bahawa teori ini sebenarnya sukar diterjemahkan ke dalam dunia nyata namun kita seharusnya menghargai sumbangan yang besar diberikan oleh Freud dari segi kefahaman, kaedah-kaedah, peringkat-peringkat perkembangan personaliti dan masalah manusia dan bagaimana sifat semulajadi manusia. Kita tidak dapat lari daripada kenyataan bahawa teori yang diperkenalkan oleh Freud telah menjadi asas dan menjadi pelopor kepada teori-teori psikoterapi yang lain. Terdapat banyak perkara yang seharusnya kita pelajari daripada teori psikoanalisis ini, kerana teorinya yang sangat kompleks maka kita tidak dapat mengetahui maksud-maksud yang dinyatakan sama ada secara tersurat atau pun secara tersirat.

rumusanIbrahim Ahmad (2002). Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah Rendah. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Sapora Sipon dan Ruhaya Hussin (2012). Teori Kaunseling dan Psikoterapi, Edisi Kedua. Universiti Sains Islam Malaysia, Negeri Sembilan.

Othman Mohamed (2005). Prinsip Psikoterapi dan Pengurusan dalam Kaunseling Edisi Kedua. Universiti Putra Malaysia, Selangor.

Mahmood Nazar Mohamed (2014). Pengantar Psikologi. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Mok Soon Sang (2008). Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Selangor.

Asmawati Desa (2001). Psikologi untuk Golongan Profesional. Univesriti Kebangsaan Malaysia, Selangor.

rujukan