TEORI STRUKTURAL

9
TEORI STRUKTURAL Aliran linguistik struktural ini muncul pada kurun ke-20. Mereka yang menganuti aliran ini termasuklah Ferdinand de Saussure, Leornand Bloomfield, Otto Jespherson, dan Edward Sapir. Fokus pengkajian mereka ialah aspek penghuraian struktur bahasa. Mereka menganggap bahawa struktur bahasa merupakan perkaitan antara fonem, sebagai unit bunyi, dengan fonem sebagai unit tatabahasa. Asas pengkajian ahli bahasa struktural ialah tiap- tiap bahasa terdiri daripada satu pertalian struktur yang tersendiri, dan tugas utama ahli-ahli bahasa adalah untuk mengkaji unsur-unsur bahasa bukan sebagai unsur berasingan tetapi sebagai bahagian daripada satu keseluruhan sistem. Walau bagaimanapun, ahli-ahli bahasa struktural berpendapat bahawa bahasa ialah satu sistem bunyi pertuturan yang arbitrari, iaitu untuk menyatakan sesuatu objektif, keadaan atau konsep yang digunakan dalam perhubungan manusia. Tegasnya, bahasa mempunyai ciri-ciri yang berikut: 1. Bahasa ialah pertuturan 2. Bahasa ialah satu sistem 3. Sistem bahasa ialah arbitrari 4. Bahasa adalah untuk perhubungan

description

teori struktural

Transcript of TEORI STRUKTURAL

Page 1: TEORI STRUKTURAL

TEORI STRUKTURAL

Aliran linguistik struktural ini muncul pada kurun ke-20. Mereka yang menganuti aliran ini

termasuklah Ferdinand de Saussure, Leornand Bloomfield, Otto Jespherson, dan Edward Sapir.

Fokus pengkajian mereka ialah aspek penghuraian struktur bahasa. Mereka menganggap bahawa

struktur bahasa merupakan perkaitan antara fonem, sebagai unit bunyi, dengan fonem sebagai

unit tatabahasa. Asas pengkajian ahli bahasa struktural ialah tiap-tiap bahasa terdiri daripada satu

pertalian struktur yang tersendiri, dan tugas utama ahli-ahli bahasa adalah untuk mengkaji unsur-

unsur bahasa bukan sebagai unsur berasingan tetapi sebagai bahagian daripada satu keseluruhan

sistem.

Walau bagaimanapun, ahli-ahli bahasa struktural berpendapat bahawa bahasa ialah satu

sistem bunyi pertuturan yang arbitrari, iaitu untuk menyatakan sesuatu objektif, keadaan atau

konsep yang digunakan dalam perhubungan manusia. Tegasnya, bahasa mempunyai ciri-ciri

yang berikut:

1. Bahasa ialah pertuturan

2. Bahasa ialah satu sistem

3. Sistem bahasa ialah arbitrari

4. Bahasa adalah untuk perhubungan

Huraian-huraian bahasa yang dibuat oleh ahli-ahli struktural ialah yang berasaskan kajian-

kajian yang dibuat secara empiris ataupun saintifik. Tiap-tiap huraian yang dibuat berdasarkan

contoh-contoh pertuturan telah dikumpulkan dalam sesuatu pemerhatian. Tegasnya, huraian

bahasa ialah semata-mata berdasarkan fakta-fakta bahasa yang dapat diperhatikan; penerangan

tidak dibuat terhadap fakta-fakta yang tidak dapat dilihat. Jadi pendekatan yang digunakan oleh

ahli-ahli struktural bahasa ialah pendekatan induktif. Oleh sebab ahli- ang tersendiri, maka kajian

bahasa dijalankan dalam pelbagai peringkat morfologi dan sintaks is ahli struktural berpendapat

bahawa tiap-tiap bahasa terdiri daripada satu pertalian struktur yis. Pada peringkat morfologi,

Page 2: TEORI STRUKTURAL

sesuatu kata itu digolongkan dalam kelas tertentu berdasarkan taburan kata-kata itu dalam

struktur ayat.

Ahli-ahli struktural menggantikan istilah-istilah kata nama, kata kerja, kata ganti dan yang

lain dengan istilah kolas Fries (1957) dan Asmah dan Subbiah (1968). Pada peringkat sintaksis,

ahli-ahli bahasa struktural memberi tumpuan kepada perkembangan antara elemen dalam ayat

ataupun konstituen-konstituen dalam ayat. Hal ini merupakan analisis ayat yang memecahkan

bahagian-bahagian dalam sesuatu ayat kepada konstituen dan selanjutnya mengaitkan tiap-tiap

konstituen kepada konstituen yang lebih besar. Konstituen yang lebih besar dikaitkan pula

dengan yang lain. Cara pembahagian ini digelar analisis konstituen terdekat (lihat Fries: 1957).

Analisis Tatabahasa Struktural

Sejarah pertumbuhan tatabahasa struktur sering dikaitkan dengan tumbuhnya linguistik

empiris yang dianggap sebagai linguistik ilmiah di Amerika pada tahun 1930-an yang kemudian

berkembang luas di antara tahun 1940-an hingga pertengahan tahun 1950-an. Pelopor utamanya

ialah Leonard Bloomfield yang terkenal dengan bukunya berjudul Language (1933). Pada zaman

itu, buku ini didapati paling baik dalam menghuraikan ilmu linguistik. Justeru itu, buku ini

dianggap sebagai 'Bible of the American Linguistics'.

Teori linguistik yang telah dikemukakan oleh Bloomfield kemudiannya merebak ke Eropah.

Pengaruh Bloomfield ke atas linguistik di Amerika dan Eropah amat kuat sehinggakan dalam

tempoh beberapa tahun setelah terbitnya buku Language itu, Bloomfield telah menjadi pakar

rujuk dalam kajian bahasa untuk Amerika dan Eropah. Hasil karya beliau merupakan asas

kemajuan yang paling berjaya dalam menghurai bahasa yang pernah dibuat pada zaman itu.

Aliran struktur ini juga dikenali dengan nama 'taxonomic' atau 'Bloomfieldian'. Ia muncul

sebagai tentangan kepada cara-cara penyelidikan yang dijalankan oleh aliran tradisional. Perkara

yang ditentang kuat oleh mereka ialah dasar nasional yang digunakan oleh aliran tradisional

untuk membentuk kategori-kategori tatabahasa dan pegangan bahawa semua bahasa mempunyai

kategori universal.

Page 3: TEORI STRUKTURAL

Aliran struktur mengkaji bahasa sebagai sistem lambang-lambang pertuturan. Data-datanya

terdiri daripada bunyi-bunyi bahasa yang dikeluarkan oleh penutur asli daripada bahasa yang

hendak diselidiki. Tujuannya ialah untuk membuat kenyataan am yang berkaitan dengan

struktur-struktur pada data ini dan ia akan mengkaji kenyataan-kenyataan am ini berasaskan data

itu sahaja. Mereka menggunakan istilah bahasa bagi merujuk kepada sistem yang diandaikan dan

ujaran (speech) untuk merujuk kepada ucapan yang dikeluarkan oleh penutur asli.

Daripada kenyataan di atas jelas bahawa aliran struktur mengkaji bahasa secara deskriptif

dan kajiannya bersifat saintifik dan empirikal. Bahasa yang dianalisisnya ialah bahasa

lisan.Analisis tatabahasa struktur bersifat structure-centred. Tiap-tiap bunyi, perkataan atau

bahagian sesuatu secara bersendirian tidak mempunyai kepentingan linguistik; ia hanya penting

apabila bertentangan dan bergabung dengan unsur-unsur lain dalam pola sesuatu sistem

linguistik. Kategori-kategori tatabahasa tidak didefinisikan mengikut makna, tetapi mengikut

distribusi masing-masing dan struktur tiap-tiap bahasa dihuraikan tanpa kaitan dengan aspek-

aspek universal bahasa. Huraian tatabahasanya bersifat formal dengan tidak mengambil kira

kategori-kategori psikologi, logik dan metafizik.

Peringkat-peringkat tatabahasa yang dianalisis oleh aliran struktur bermula daripada bunyi

yang diikuti oleh morfem, frasa, klausa dan ayat serta unsur-unsur supra-segmental.

Penggolongan kata-kata yang dibuat oleh aliran struktural berasaskan distribusi dan fungsi tiap-

tiap unit linguistik. Istilah-istilah noun, verb dan sebagainya disingkirkan. Kata-kata dibahagikan

mengikut kelas, iaitu kelas 1, kelas 2 dan sebagainya.

Ayat dipecahkan mengikut konstituen-konstituennya. Konstituen yang paling kecil ialah

perkataan, kemudian diikuti pula oleh frasa, klausa, subjek dan predikat. Konstituen dalam

sesuatu ayat terdiri daripada perkataan, frasa, klausa, subjek dan predikat. Bagi perkataan-

perkataan yang mempunyai morfem terikat, misalnya dalam perkataan 'falls', ia boleh

dipecahkan lagi kepada 'fall + s' dan tiap-tiap satunya itu boleh berdiri sebagai satu konstituen.

Ada beberapa cara bagaimana gambaran perhubungan konstituen-konstituen dalam sesuatu

konstruksi boleh dibuat. Antaranya ialah:

Page 4: TEORI STRUKTURAL

1. Fries telah menggunakan 'hierachical bracketing' seperti berikut:

Ali membeli buku adik saya

membeli buku adik saya

buku adik saya

adik saya

Cara yang biasa digunakan oleh aliran struktur untuk menganalisa struktur ayat atau sintaksis

adalah dengan menggunakan konstituen terdekat. Aliran struktur menggunakan konstituen

terdekat dalam menganalisis ayat kerana ia menganggap ayat atau binaan sintaksis merupakan

satu konstruksi. Perhubungan antara unit-unit bahasa dinamakan konstruksi. Konstruksi ini boleh

dibahagikan kepada dua jenis iaitu konstruksi endosentrik dan konstruksi eksosentrik. Konstruksi

endosentrik ialah konstruksi yang satu daripada unsurnya boleh mewakili keseluruhan konstruksi

itu. Konstruksi eksosentrik ialah konstruksi yang tidak ada satu pun unsurnya yang boleh

mewakili keseluruhan konstruksi itu. Konsep konstituen terdekat dan konsep konstruksi

endosentrik dan eksosentrik dapat dilihat seperti dalam rajah berikut:

Page 5: TEORI STRUKTURAL

2. Nida menggunakan lambang-lambang anak panah dan pangkah untuk menandakan hubungan-

hubungan tertentu antara bahagian-bahagian dalam ayat. Contohnya seperti berikut;

3. Nelson Francis telah menggunakan /Chinese box' seperti berikut:

(Dipetik daripada Nik Safiah, Ceramah Sintaksis)

Berdasarkan penjelasan yang telah dibuat dalam sejarah perkembangan tatabahasa struktur

dan cara ia menghuraikan bahasa, maka dapatlah dibuat kesimpulan tentang ciri-ciri tatabahasa

struktur seperti berikut:

(a) Tatabahasa struktur membuat kajian bahasa secara objektif yang padanya penggolongan

kata dan peraturan-peraturan kajiannya berasaskan analisis struktur yang terdapat pada

fonologi, morfologi dan sintaksis. Dalam hal ini, ia telah menunjukkan bagaimana fitur-

fitur bahasa yang penting berkait di antara satu sama lain.

(b) Ia hanya menyatakan fakta-fakta bahasa yang dapat dilihat sahaja dan tidak melibatkan

faktor-faktor yang bukan linguistik serta perkara-perkara yang tidak dapat diamati.

(c) Ia menghindarkan faktor-faktor yang berkaitan dengan psikologi, logik dan metafizik.

(d) Tatabahasa struktur membezakan berbagai-bagai peringkat analisis seperti peringkat

morfologi dan sintaksis. Pada peringkat morfologi, sesuatu kata itu dapat digolongkan

dalam kelas kata tertentu tetapi pada peringkat sintaksis penentuan kelas itu harus dibuat

dengan berdasarkan pada kedudukannya dalam ayat.

Page 6: TEORI STRUKTURAL

(e) Ia mengkaji kesemua ujaran dengan maksud untuk menghuraikan ciri-ciri bentuk lain

yang berbeza.

(f) Teori penguasaan dan pembelajaran bahasanya berdasarkan teori psikologi aliran

behaviorisme.

(g) Tidak mementingkan makna dalam analisis bahasa. Dengan kata lain kajiannya bersifat

formal.

(h) Tumpuan aliran ini adalah semata-mata kepada struktur permukaan (surface structure),

iaitu penganalisisan yang memecahkan bahagian-bahagian dalam sesuatu ayat kepada

konstituen-konstituen iaitu sintaksis dihurai berasaskan konstituen terdekat.