Teori Tranformasi Generatif

3
Teori Tranformasi Generatif Tatabahasa Transformasi Generatif wujud akibat daripada ketidakpuasan rasa hati dalam kalangan ahli psikolinguistik terhadap kelemahan terhadap tatabahasa tradisional dan struktral. Teori ini dipelopori oleh Chomsky. Ada beberapa istilah yang mendukung konsep asas dalam tatabahasa Transformasi Generatif ini iaitu generatif, kreatif, eksplisit,gramatisan dan transformasi. Generatif bermaksud menerbitkan. Generatif bermula daripada unsur-unsur yang terhad dan akan bertambah iaitu daripadanya dapat diterbikan unsur-unsur yang lebih besar melalui beberapa proses menurut rumus-rumus tertentu. Kreatif adalah sesuatu yang bersifat mencipta. Manusia mampu menghasilkan jumlah ayat-ayat yang tidak terhigga banyaknya daripada rumus-rumus yang terhad jumlahnya Eksplisit memang kerap dipakai dalam banyak pengertian. Eksplisit mewakili sesuatu rumus secara formal, ringkas tepat dan mencakupi semua syarat yang terlibat. Ini bermakna tatabahasa itu menerangkan semua fenomena bahasa itu dalam rumus-rumus formal. Kegramatisan adalah ayat-ayat yang mempunyai satu sistem tertentu yang memenuhi syarat-syarat rentetan unsur- unsur secara linear (sejajar) dan bermakna. Ayat-ayat yang mempunyai rentetan unsur-usur yang sempurna sahaja tetapi tidak bermakna tidak boleh dianggap gramatis. Transformasi bermaksud mengubah yang bererti menukar atau menuliskan semula bentuk struktur ayat asas kepada bentuk struktur yang lain tanpa menghilangkan makna asalnya. Dalam bahasa Melayu misalnya, struktur asas adalah terhad bilangannya, kemudian transformasi dilakukan kepada struktur-struktur asas tadi untuk menambah bilagan struktur itu sehingga tidak terhad banyaknya

description

generatif

Transcript of Teori Tranformasi Generatif

Page 1: Teori Tranformasi Generatif

Teori Tranformasi Generatif

Tatabahasa Transformasi Generatif wujud akibat daripada ketidakpuasan rasa hati dalam kalangan ahli psikolinguistik terhadap kelemahan terhadap tatabahasa tradisional dan struktral. Teori ini dipelopori oleh Chomsky.

Ada beberapa istilah yang mendukung konsep asas dalam tatabahasa Transformasi Generatif ini iaitu generatif, kreatif, eksplisit,gramatisan dan transformasi.

Generatif bermaksud menerbitkan. Generatif bermula daripada unsur-unsur yang terhad dan akan bertambah iaitu daripadanya dapat diterbikan unsur-unsur yang lebih besar melalui beberapa proses menurut rumus-rumus tertentu.

Kreatif adalah sesuatu yang bersifat mencipta. Manusia mampu menghasilkan jumlah ayat-ayat yang tidak terhigga banyaknya daripada rumus-rumus yang terhad jumlahnya

Eksplisit memang kerap dipakai dalam banyak pengertian. Eksplisit mewakili sesuatu rumus secara formal, ringkas tepat dan mencakupi semua syarat yang terlibat. Ini bermakna tatabahasa itu menerangkan semua fenomena bahasa itu dalam rumus-rumus formal.

Kegramatisan adalah ayat-ayat yang mempunyai satu sistem tertentu yang memenuhi syarat-syarat rentetan unsur-unsur secara linear (sejajar) dan bermakna. Ayat-ayat yang mempunyai rentetan unsur-usur yang sempurna sahaja tetapi tidak bermakna tidak boleh dianggap gramatis.

Transformasi bermaksud mengubah yang bererti menukar atau menuliskan semula bentuk struktur ayat asas kepada bentuk struktur yang lain tanpa menghilangkan makna asalnya. Dalam bahasa Melayu misalnya, struktur asas adalah terhad bilangannya, kemudian transformasi dilakukan kepada struktur-struktur asas tadi untuk menambah bilagan struktur itu sehingga tidak terhad banyaknya

Teori pengkajian tatabahasa ini sebenarnya terbina daipada teori kod kognetif yang memandang pengajaran dan pembelajaran bahasa sebagai satu proses pemikiran. Teori ini menyatakan bahawa seseorang penutur asli sesuatu bahasa mempunyai kecekapan berbahasa yang dikenali sebagai competence. Kecekapan ini pula ditafsirkan sebagai mengandungi satu set rumus yang sifatnya eksplisit. Dengan adanya set rumus ini penutur asli berkemampuan membentuk serta memahami berbagai-bagai ayat dalam bahasanya.

Penutur asli boleh membezakan berbagai-bagai jenis struktur ayat, boleh mengenal sama ada ayat itu gramatis atau tidak dan boleh membentuk, mengenali, dan memahami ayat yang tidak terkira jumlahnya. Kebolehan ini

Page 2: Teori Tranformasi Generatif

boleh dikaitkan dengan persepsi intuitif seorang penutur terhadap sesuatu yang disebut struktur dalaman. Melalui struktur dalaman ini penutur asli itu boleh mengenali ayat-ayat yang berparafrasa dan ayat yang mempunyai unsur ketaksaan.

Ayat-ayat yang berparafrasa terdiri daripada dua ayat yang berlainan struktur permukaannya tetapi mempunyai struktur dalaman yang sama. Contohnya :

a). Kucing mengejar tikus.

b). Tikus dikejar oleh kucing.

Kedua-dua ayat di atas mempunyai pengertian yang sama. Oleh itu, ayat ini dinamakan ayat yang berparafrasa.

Ayat yang mempunyai unsur ketaksaan ialah ayat yang mempunyai satu struktur permukaan tetapi ada dua atau lebih struktur dalaman. Contohnya :

Ibu bapa Ali telah meninggal dunia.

Struktur dalaman ayat di atas boleh ditafsirkan seperti berikut:

a). Ibu kepada bapa Ali, iaitu nenek Ali telah meninggal dunia.

b). Kedua-dua ibu dan bapa Ali telah meninggal dunia.

Teori ini mengandaikan adanya dua peringkat struktur ayat iaitu, peringkat struktur dalaman dan peringkat struktur permukaan. Kedua-dua peringkat struktur ini diterbitkan oleh dua jenis hukum atau rumus tatabahasa, iaitu rumus struktur frasa yang menerbitkan ayat pada peringkat struktur dalaman dan rumus transformasi yang berfungsi menukarkan pola atau struktur ayat-ayat hingga membawa kepada peringkat struktur permukaan. Teori ini juga mengandaikan juga bahawa kedua-dua jenis rumus tatabahasa ini menjadi sebahagian daripada unsur kecekapan berbahasa seseorang individu.

Tatabahasa ini mengemukakan beberapa ciri penting :

a). Merupakan suatu urutan yang teratur daripada rumus-rumus

b). Bertujuan menghasilkan satu huraian bahasa yang dapat mengemukakan asas bagi menerangkan bagaimana ayat-ayat boleh dihasilkan dan difahami.

c). Menganalisis fonologi, morfologi dan sintaksis menggunakan simbol-simbol dan rumus-rumus.

Page 3: Teori Tranformasi Generatif

Tatabahasa ini sebenarnya lebih mirip kepada Tatabahasa Tradisional dan mempunyai penegasan yang sama khususnya dalam mementingkan keupayaan mental, kemahiran penulisan,dan pengajaran tatabahasa. Tatabahasa Transformasi Generatif ini memperlihatkan analisis struktur-struktur rangkai kata yang mungkin terlalu rumit dan abstrak sehingga sukar difahami oleh para guru dan pelajar.