Tepati Pembelajaran Abad Ke21

4
Tepati pembelajaran abad ke-21 Tumpuan kandungan akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor yang menekankan kepada soalan latih tubi membantu para pelajar menguasai pembelajaran dengan lebih baik selain mengandungi pelbagai bentuk bahan mengajar terbaik untuk guru yang menepati kaedah Kemahiran Abad Ke-21. Pakar motivasi dan juga bekas Pensyarah Cemerlang Gred Khas JUSA B, Dr. Ismail Zain berkata, bentuk pembelajaran seperti latihan latih tubi masih relevan dan terbukti berkesan meningkatkan penguasaan pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran berdasarkan kajian pendidikan yang dijalankan sebelum ini. "Ramai menganggap konsep latih tubi ini cara lama dan agak biasa namun berdasarkan kajian yang dilakukan menunjukkan konsep latihan latih tubi memenuhi kemahiran pembelajaran kerana menghasilkan kemahiran dengan melakukan latihan yang berulang- ulang. Malah, latih tubi adalah gabungan konsep konvensional 3M iaitu membaca, menulis, mengira. "Konsep belajar latih tubi ini juga membantu pelajar menguasai bahan-bahan melalui self paced dan self directed atau pembelajaran terarah kendiri yang merupakan salah satu ciri-ciri pembelajaran bestari," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini. Beliau yang bertindak sebagai fasilitator Seminar Motivasi dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi anjuran Utusan Malaysia berkata, kandungan Tutor memenuhi keperluan psikologi pelajar dan memenuhi fitur atau ciri-ciri kaedah strategi pembelajaran abad ke-21. "Dalam konteks ini, guru harus kreatif untuk mempelbagaikan teknik pengajaran mereka dalam bilik darjah seperti menggunakan flip classroom atau ujian pra bagi menilai penguasaan pelajar terhadap peringkat pembelajaran mereka," katanya. Tambahnya, inisiatif Tutor menyediakan jawapan kepada soalan latih tubi yang disediakan juga dianggap sebagai motivasi kepada pelajar untuk memulakan usaha menjawab soalan yang terdapat pada bahan pendidikan itu namun pelajar harus mendisiplinkan diri mereka untuk menjadikan amalan tersebut sebagai rutin pembelajaran. "Ini kerana, kalau bahan soalan itu tidak disediakan jawapan, pelajar akan malas menggunakannya kerana pada mereka, tiada unsur-unsur ganjaran kepada usaha yang diambil selepas menjawab soalan tersebut. "Mengikut kajian juga, bentuk bahan pembelajaran latih tubi sesuai untuk beginning learner atau pelajar yang baharu mempelajari sesuatu topik pelajaran, termasuk kepada pelajar yang menghadapi masalah menguasai sesuatu pelajaran, dan bagi mengatasi masalah itu, pelajar perlu banyak buat latihan untuk menguasai topik pelajaran tertentu," ujarnya. Menurut beliau, kajian juga menunjukkan terdapat peratusan pelajar dalam sesuatu bilik darjah yang memerlukan pengkhususan tertentu dalam mata pelajaran iaitu perlu membuat latihan soalan latih tubi berulang kali. Pada masa yang sama, ujarnya, Tutor juga mengandungi ciri pembelajaran kendiri yang memupuk inisiatif pelajar untuk membaiki pencapaian pembelajaran mereka dengan mencuba soalan latih tubi yang diberi sekali gus membentuk self improvement dalam diri pelajar.

description

Pembelajaran Abad Ke21

Transcript of Tepati Pembelajaran Abad Ke21

Page 1: Tepati Pembelajaran Abad Ke21

Tepati pembelajaran abad ke-21Tumpuan kandungan akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor yang menekankan kepada soalan latih tubi membantu para pelajar menguasai pembelajaran dengan lebih baik selain mengandungi pelbagai bentuk bahan mengajar terbaik untuk guru yang menepati kaedah Kemahiran Abad Ke-21.

Pakar motivasi dan juga bekas Pensyarah Cemerlang Gred Khas JUSA B, Dr. Ismail Zain berkata, bentuk pembelajaran seperti latihan latih tubi masih relevan dan terbukti berkesan meningkatkan penguasaan pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran berdasarkan kajian pendidikan yang dijalankan sebelum ini.

"Ramai menganggap konsep latih tubi ini cara lama dan agak biasa namun berdasarkan kajian yang dilakukan menunjukkan konsep latihan latih tubi memenuhi kemahiran pembelajaran kerana menghasilkan kemahiran dengan melakukan latihan yang berulang-ulang. Malah, latih tubi adalah gabungan konsep konvensional 3M iaitu membaca, menulis, mengira.

"Konsep belajar latih tubi ini juga membantu pelajar menguasai bahan-bahan melalui self paced dan self directed atau pembelajaran terarah kendiri yang merupakan salah satu ciri-ciri pembelajaran bestari," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beliau yang bertindak sebagai fasilitator Seminar Motivasi dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi anjuran Utusan Malaysia berkata, kandungan Tutor memenuhi keperluan psikologi pelajar dan memenuhi fitur atau ciri-ciri kaedah strategi pembelajaran abad ke-21.

"Dalam konteks ini, guru harus kreatif untuk mempelbagaikan teknik pengajaran mereka dalam bilik darjah seperti menggunakan flip classroom atau ujian pra bagi menilai penguasaan pelajar terhadap peringkat pembelajaran mereka," katanya.

Tambahnya, inisiatif Tutor menyediakan jawapan kepada soalan latih tubi yang disediakan juga dianggap sebagai motivasi kepada pelajar untuk memulakan usaha menjawab soalan yang terdapat pada bahan pendidikan itu namun pelajar harus mendisiplinkan diri mereka untuk menjadikan amalan tersebut sebagai rutin pembelajaran.

"Ini kerana, kalau bahan soalan itu tidak disediakan jawapan, pelajar akan malas menggunakannya kerana pada mereka, tiada unsur-unsur ganjaran kepada usaha yang diambil selepas menjawab soalan tersebut.

"Mengikut kajian juga, bentuk bahan pembelajaran latih tubi sesuai untuk beginning learner atau pelajar yang baharu mempelajari sesuatu topik pelajaran, termasuk kepada pelajar yang menghadapi masalah menguasai sesuatu pelajaran, dan bagi mengatasi masalah itu, pelajar perlu banyak buat latihan untuk menguasai topik pelajaran tertentu," ujarnya.

Menurut beliau, kajian juga menunjukkan terdapat peratusan pelajar dalam sesuatu bilik darjah yang memerlukan pengkhususan tertentu dalam mata pelajaran iaitu perlu membuat latihan soalan latih tubi berulang kali.

Pada masa yang sama, ujarnya, Tutor juga mengandungi ciri pembelajaran kendiri yang memupuk inisiatif pelajar untuk membaiki pencapaian pembelajaran mereka dengan mencuba soalan latih tubi yang diberi sekali gus membentuk self improvement dalam diri pelajar.

"Konsep ini termasuk dalam strategi pembelajaran secara langsung iaitu dalam bilik darjah dan tidak secara langsung iaitu memerlukan pelajar membuat latihan di rumah, dan hanya menjadikan guru sebagai rujukan jika mereka mengalami masalah untuk memahami sesuati topik atau soalan.

"Cara ini mendidik pelajar menjadi berdikari, kreatif dalam membaiki kualiti pembelajaran dan pemahaman mereka terhadap sesuatu mata pelajaran. Secara amnya, ia memenuhi konsep pembelajaran abad ke-21 yang diharap-harapkan ketika ini," katanya.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20140623/pe_01/Tepati-pembelajaran-abad-ke-21#ixzz3Pko0Fwq2 © Utusan Melayu (M) Bhd 

Page 2: Tepati Pembelajaran Abad Ke21

 

1. Apakah kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran yang ada dalam Kemahiran Abad ke-21? 

• Kemahiran pembelajaran dan inovasi (Learning and innovation skills)

• Kemahiran maklumat, media dan teknologi (Information, media and technology skills)

• Kemahiran hidup dan kerjaya (Life and career skills)

 

2.  Apakah elemen-elemen yang terkandung dalam Kemahiran Abad Ke- 21? 

• Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation)

• Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving)

• Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration)

• Literasi Maklumat (Information Literacy)

• Literasi Media (Media Literacy)

• Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information, Communications

and Technology) Literacy)

• Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and Adaptability)

• Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction)

• Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills)

• Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)

• Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)

 

3.  Apakah ciri-ciri guru abad ke-21? 

• menguasai subjek (kandungan kurikulum)

• mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)

• memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka

• memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)

• memiliki kemahiran kaunseling

• menggunakan teknologi terkini

 

Page 3: Tepati Pembelajaran Abad Ke21

4.  Apakah ciri-ciri murid abad ke-21? 

• Berupaya membuat hubung-kait

• Bijak menyoal

• Yakin berkomunikasi

• Mengambil risiko

• Dahagakan ilmu

• Ingin tahu

• Menjana idea

• Fleksibel

• Tidak berputus asa

• Mendengar dan membuat refleksi

• Berkemahiran kritis

• Menguasai kemahiran literasi

• Berani mencuba

• Mampu berfikir sendiri

• Membuat inisiatif

• Mampu bekerja dengan orang lain

• Membuat perubahan

• Berintegriti

• Berkeperibadian tinggi