TERAPI BIMBINGAN PEMULIHAN

3
TERAPI BIMBINGAN PEMULIHAN Terapi bimbingan pemulihan ialah satu integrasi strategi bimbingan dan kaunseling dengan aktiviti bilik darjah. Tujuan utama terapi pemulihan ialah untuk menggunakan teknik – teknik bimbingan dan kaunseling untuk membantu murid – murid yang mempunyai masalah dalam proses pendidikan dan akan memberi fokus kepada kekurangan atau masalah yang dapat dikenal pasti dari semasa ke semasa. Langkah mengatasi dijalankan dengan harapan murid mengubah perlakuan untuk mengelakkan berlaku peristiwa krisis. Misalnya murid ponteng sekolah, merokok, melawan guru atau berkelahi. Mereka dikumpulkan untuk mengikuti sesi kaunseling kelompok atau menghadiri kaunseling individu. Tujuan sampingannya ialah untuk mengurangkan masalah pendidikan antara murid – murid dan sekolah. Pemulihan adalah satu proses yang diapplikasikan selepas penemuan masalah yang bertujuan untuk mendorong modifikasikan tingkah laku yang bermasalah. Terapi ini bergantung kepada diagnosis lengkap dan kajian terhadap individu dan masalahnya, diikuti dengan membuat keputusan apakah bentuk kejadian yang dapat memperkukuhkan tingkah laku yang dikehendaki dan memansuhkan tingkah laku yang tidak dikehendaki. Murid-murid yang tidak boleh berfungsi semasa berada dalam keadaan sekolah yang normal boleh dibantu untuk memodifikasikan tingkah lakunya melalui penggunaan teknik-teknik tertentu supaya dapat kembali ke bilik darjah normal. Pemulihan adalah menyediakan perkhidmatan kepada murid-murid yang menghadapi masalah yang spesifik. Rekabentuk program pemulihan memfokuskan cara menggalakkan murid-murid membuat pilihan yang sihat dan bersesuaian serta berkebolehan untuk menggunakan strategi yang berkesan. Guru pembimbing menggunakan pendekatan pendidikan

description

teori

Transcript of TERAPI BIMBINGAN PEMULIHAN

TERAPI BIMBINGAN PEMULIHANTerapi bimbingan pemulihan ialah satu integrasi strategi bimbingan dan kaunseling dengan aktiviti bilik darjah. Tujuan utama terapi pemulihan ialah untuk menggunakan teknik teknik bimbingan dan kaunseling untuk membantu murid murid yang mempunyai masalah dalam proses pendidikan dan akan memberi fokus kepada kekurangan atau masalah yang dapat dikenal pasti dari semasa ke semasa. Langkah mengatasi dijalankan dengan harapan murid mengubah perlakuan untuk mengelakkan berlaku peristiwa krisis. Misalnya murid ponteng sekolah, merokok, melawan guru atau berkelahi. Mereka dikumpulkan untuk mengikuti sesi kaunseling kelompok atau menghadiri kaunseling individu. Tujuan sampingannya ialah untuk mengurangkan masalah pendidikan antara murid murid dan sekolah. Pemulihan adalah satu proses yang diapplikasikan selepas penemuan masalah yang bertujuan untuk mendorong modifikasikan tingkah laku yang bermasalah. Terapi ini bergantung kepada diagnosis lengkap dan kajian terhadap individu dan masalahnya, diikuti dengan membuat keputusan apakah bentuk kejadian yang dapat memperkukuhkan tingkah laku yang dikehendaki dan memansuhkan tingkah laku yang tidak dikehendaki. Murid-murid yang tidak boleh berfungsi semasa berada dalam keadaan sekolah yang normal boleh dibantu untuk memodifikasikan tingkah lakunya melalui penggunaan teknik-teknik tertentu supaya dapat kembali ke bilik darjah normal. Pemulihan adalah menyediakan perkhidmatan kepada murid-murid yang menghadapi masalah yang spesifik. Rekabentuk program pemulihan memfokuskan cara menggalakkan murid-murid membuat pilihan yang sihat dan bersesuaian serta berkebolehan untuk menggunakan strategi yang berkesan. Guru pembimbing menggunakan pendekatan pendidikan pemulihan terhadap murid-murid yang belum berkembang atau mendemonstrasikan kemahiran membuat pilihan yang sihat dan untuk mereka yang memerlukan bantuan dalam menangani situasi yang sukar. Terdapat beberapa sokongan pendidikan oleh ahli ahlu kaunselor dalam proses terapi pemulihan di antaranya ialah merancang aktiviti aktiviti kelab, menstrukturkan trancangan pengajaran untuk meningkatkan pencapaian murid dan pengajaran pemulihan. Pengajaran pemulihan biasa digunakan dalam bimbingan ini dan ia merupakan satu jenis pengajaran yang berbeza daripada pengajaran biasa dari perspektif perspektif seperti tugasan tugasan kendiri, penggunaan masa individu dan sesi sesi bimbingan dan kaunseling dan juga sebelum seorang murid dinilai sebagai mempunyai pencapaian akademik yang rendah, dia mesti dibberikan peluang untuk melibatkan diri dalam pengajran pemulihan. Pengajran pemulihan boleh dijalankan sama ada dalam masa sisitem persekolahn ataupun di luar masa persekolahan. Aspek aspek penting yang lain yang diliputi dalam proses terapi [pemulihan ialah membekalkan kemahiran belajar, menyiasat dan menyemak kehadiran murid murid ke sekolah, meningkatkan ilmu kendiri, membincang kemungkinan untuk pendidikan masa depan dan membincangkan profesion, kerjaya dan kehidupan bekerja. Dalam membimbing murid murid yang lemah dalam bidang akademik, kaunselor mesti mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan doktor, ibi bapa atau pakar pakar pendidikan yang dapat menyumbang kepada penyelesaian spesifik yang dihadapi oleh murid murid sekolah.