TERAPI pertuturan pendidikan pemulihan

9
DEFINISI TERAPI Sebenarnya terapi merupakan rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghadapi sebarang penyakit atau kecederaan ( Kamus Perubatan Mosby, 2001). Ini bermaksud terapi sangat berkait rapat dengan rawatan yang membantu seseorang pulih semula dari kecederaan atau masalah yang dialami. Bagaimanapun, di dalam konteks pendidikan pula, terapi adalah kaedah untuk membantu seseorang murid untuk bergerakbalas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Hal ini meliputi pelbagai kaedah yang digunakan oleh guru bagi membantu murid memberi tindak balas terhadap proses pembelajaran. DEFINISI PERTUTURAN Pertuturan adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat pertuturan (artikulasi). Menurut Kamarudin Hj. Husin (1987), pertuturan juga merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana bahasa manusia. Pertuturan juga boleh bermaksud bercakap , hasil daripada percakapan , apa yang dituturkan , bahasa sesuatu negara atau bangsa ataupun dialek tersendiri sesebuah wilayah atau tempat. DEFINiSI TERAPI PERTUTURAN Terapi pertuturan adalah masalah dan gangguan pertuturan yang dihadapi oleh seseorang individu. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor fizikal atau mental. Contohnya, masalah fizikal kanak-kanak seperti sumbing. Selain itu, ia juga melibatkan aktiviti yang dijalankan untuk membantu individu yang bermasalah. Latihan atau intevensi yang dilaksanakan untuk meningkatkan semua aspek komunikasi seperti pengunaan bahasa isyarat dan simbol-simbol bergambar. Terapi pertuturan juga merupakan kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi. Ia bertujuan untuk membantu murid menghasilkan bunyi bunyi bahasa dan melatih murid-murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui latihan asas tertentu. Sekiranya murid gagal membunyikan perkataan, guru boleh memulakan pengajaran dengan melakukan terapi terlebih dahulu. Kebiasaanya, guru akan memulakan latihan atau intevensi awal supaya dapat membantu murid. Antara contoh aktiviti terapi pertuturan yang boleh dilakukan oleh guru ialah latihan lisan, meniup belon, meniup kertas di atas air dan mengetap bibir. Kepentingan Terapi Pertuturan melatih murid menguasai kemahiran tertentu membantu murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa

description

pkp1044

Transcript of TERAPI pertuturan pendidikan pemulihan

Page 1: TERAPI pertuturan pendidikan pemulihan

DEFINISI TERAPI

Sebenarnya terapi merupakan rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghadapi sebarang penyakit atau kecederaan ( Kamus Perubatan Mosby, 2001). Ini bermaksud terapi sangat berkait rapat dengan rawatan yang membantu seseorang pulih semula dari kecederaan atau masalah yang dialami.Bagaimanapun, di dalam konteks pendidikan pula, terapi adalah kaedah untuk membantu seseorang murid untuk bergerakbalas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Hal ini meliputi pelbagai kaedah yang digunakan oleh guru bagi membantu murid memberi tindak balas terhadap proses pembelajaran.

DEFINISI PERTUTURAN

Pertuturan adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat pertuturan (artikulasi). Menurut Kamarudin Hj. Husin (1987), pertuturan juga merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana bahasa manusia.Pertuturan juga boleh bermaksud bercakap , hasil daripada percakapan , apa yang dituturkan , bahasa sesuatu negara atau bangsa ataupun dialek tersendiri sesebuah wilayah atau tempat.

DEFINiSI TERAPI PERTUTURAN

Terapi pertuturan adalah masalah dan gangguan pertuturan yang dihadapi oleh seseorang individu. Hal ini mungkin disebabkan oleh faktor fizikal atau mental. Contohnya, masalah fizikal kanak-kanak seperti sumbing. Selain itu, ia juga melibatkan aktiviti yang dijalankan untuk membantu individu yang bermasalah. Latihan atau intevensi yang dilaksanakan untuk meningkatkan semua aspek komunikasi seperti pengunaan bahasa isyarat dan simbol-simbol bergambar.

Terapi pertuturan juga merupakan kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi. Ia bertujuan untuk membantu murid menghasilkan bunyi bunyi bahasa dan melatih murid-murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui latihan asas tertentu. Sekiranya murid gagal membunyikan perkataan, guru boleh memulakan pengajaran dengan melakukan terapi terlebih dahulu. Kebiasaanya, guru akan memulakan latihan atau intevensi awal supaya dapat membantu murid. Antara contoh aktiviti terapi pertuturan yang boleh dilakukan oleh guru ialah latihan lisan, meniup belon, meniup kertas di atas air dan mengetap bibir.

Page 2: TERAPI pertuturan pendidikan pemulihan

Kepentingan Terapi Pertuturan     melatih murid menguasai kemahiran tertentu     membantu murid menghasilkan bunyi-bunyi bahasa     meningkatkan kefungsian kognitif, emosi dan sosial individu     meningkatkan tahap keupayaan murid.

Dilakukan kepada

-          Kanak-kanak lewat pertuturan-          Bibir atau lelangit sumbing-          Kanak-kanak dengan masalah pertuturan khusus-          Gagap atau sengau-          Pesakit stroke

 Punca masalah

-          Masalah pendengaran-          Lewat perkembangan-          Otot lisan lemah-          Kecacatan masa lahir-          Masalah pernafasan-          Kecederaan otak-          Masalah dalam proses penelan makanan

·      Strategi pemulihan-          Aktiviti intervensi bahasa-          Terapi artikulasi-          Terapi motor lisan

Page 3: TERAPI pertuturan pendidikan pemulihan

Antara alat-alat terapi yang biasanya digunakan sebagai terapi pertuturan ini ialah:

§  Wisel

§  Bola ping pong

§  Straw

§  Peniup hari jadi

§  Lilin

§  Kertas

 Wisel

 Straw

Page 5: TERAPI pertuturan pendidikan pemulihan

Lilin

 

Alat-alat berikut digunakan dengan cara murid membuat aktiviti meniup alat-alat menggunakan mulut bagi melatih pergerakan dan keupayaan mulut mereka. Antara aktiviti terapi yang boleh dilakukan menggunakan alat-alat berikut ialah:

§  Meniup belon  dan wisel serta peniup hari jadi

§  Meniup lilin yang dinyalakan api

§  Meniup bola ping pong dalam bekas berisi air

§  Meniup straw di dalam cawan yang berisi air

Page 6: TERAPI pertuturan pendidikan pemulihan

§  Meniup kertas di dalam air.

§  Meniup kertas untuk mengeluarkan bunyi seperti wisel.

§  Menyedut air menggunakan straw.

Selain itu, banyak alternatif moden yang boleh digunakan untuk mengurangkan atau merawat masalah pertuturan kanak-kanak. Alat-alat bantuan pertuturan ini kebiasaannya disediakan oleh pakar pertuturan di hospital tertentu. Antaranya alat terapi dan kaedah yang digunakan ialah:

1.    Penilaian awal bahasa dan pertuturan.

Penilaian ini merupakan penilaian asas bagi kanak-kanak yang bermasalah pertuturan dan bahasa.

2.    Set kemahiran mendengar dan bertutur.

Set ini menggunakan alat permainan dan bahan bantu mengajar yang mengandungi langkah-langkah untuk membantu kanak-kanak bermasalah dalam mendengar dan bertutur.

3.    Buku membaca dengan kaedah S.I (dengan latihan).

Teknik membaca dengan latihan yang sesuai digunakan oleh kanak-kanak yang mempunyai perkembangan bahasa yang lewat.

4.    Kad imbas berlamina.

Kad imbas berlamina yang menggunakan gambar-gambar objek di sekeliling kanak-kanak bagi merangsang keupayaan bertutur mereka.

5.    CD clipart.

Gambar objek dan kata kerja yang disedikan dalam bentuk JPEG boleh digunakan untuk menarik minat kanak-kanak dalam pertuturan.

6.    Kad imbas kaedah S.I.

Merupakan kad imbas yang bersaiz kecil dan dilaminakan supaya tidak mudah rosak dan mudah dibawa ke mana sahaja bertujuan sebagai latihan sebutan dan bacaan kanak-kanak pada bila-bila masa dan tempat.

Page 7: TERAPI pertuturan pendidikan pemulihan

7.    Sticker pelbagai warna dan karektor.

Digunakan sebagai ganjaran dalam pembelajaran.

8.    Aktiviti kraf.

Menggunakan pelbagai alatan seperti kain, kertas warna, butang, manik, tali manik, mata, dawai bunga, gunting pelbagai corak, gam, jarum dan benang bertujuan menggalakkan kanak-kanak sebut dan sentuh.

9.    Hand puppet.

Puppet yang mulut dan tangannya boleh digerakkan untuk merangsang keinginan kanak-kanak untuk bertutur.

10. Finger puppet.

Menggunakan puppet jari dengan watak haiwan untuk membantu merangsang pertuturan.

11. Perisian Dr Speech.

Merupakan latihan dalam perisian komputer yang berbentuk interaktif, tersusun dan mudah digunakan bagi membantu pengeluaran dan pengawalan suara.

12. Perisian nasal view.

Latihan yang digunakan untuk penilaian dan terapi kanak-kanak yang mengalami masalah sengau dalam pertuturan.

13. Five.

Alat pengurut berbateri dengan tekstur berbeza digunakan di kawasan sekitar luar mulut bagi kanak-kanak hiposensitif.

14. Echo Microphone.

Mikrofon yang menghasilkan gema apabila bercakap melaluinya. Alat ini dapat menggalakkan kanak-kanak mengeluarkan suara.

Cara pelaksanaan terapi pertuturan

Melakukan Latihan Senaman Muka1. Lidaha. Gerakkan lidah ke atas

Page 8: TERAPI pertuturan pendidikan pemulihan

b. Gerakkan lidah ke bawahc. Gerakkan lidah ke kanand. Gerakkan lidah ke kiri

2. Muluta. Buka mulut seluas mungkinb. Tutup mulutc. Buka dan tutup dengan pelahan-pelahand. Buka dan tutup mulut dari pelahan semakin laju.

3. Mukaa. Meniru riak muka berdasarkan gambar atau arahan.

4. Kunyah

Kawalan pernafasan· Cara pernafasan menggunakan perut· Tarik nafas kemudian tahan dan hembus· Tarik nafas ikut hidung atau mulut dan hembus melalui hidung atau mulut.· Latihan hembus kertas· Hembus bola kertas ke arah gol· Minum,sedut dan buat buih air menggunakan straw· Tiup buih-buih· Meniup peralatan muzik atau peralatan yang mengeluarkan bunyi· Tiup wisel mengikut rentak· Tiup belon mengikut tahap kesukaranKawalan suara· Letak tangan di hadapan mulut· Letak belakang tangan di bahagian leher· Sebut fonem /a/i/u/ dalam masa 5 saat/10 saat/ 15 saat/ 20 saat.

Cara pelaksanaan pada tahap pra-pertuturanPandang mata· Letakkan permainan berdekatan dengan mata klien. Ia bertujuan agar klien melihat ke arah guru. Jika klien tidak memberikan perhatian, berhenti dan panggil namanya sebelum memulakan aktiviti.· Hentikan aktiviti sebelum klien kepenatan dan berikan ganjaran jika berjaya.Vokalisasi· Bermain dengan bunyi vokal untuk melatih pergerakan otot mulut yang berkaitan dengan pertuturan.· Apabila klien mengeluarkan bunyi , ulang semula penghasilan bunyi tersebut atau memanjangkan bunyi tersebut sehingga menjadi satu perkataan.· Pengendali terapi harus menggunakan nada yang berbeza supaya dapat menarik minat klien untuk meniru.

Page 9: TERAPI pertuturan pendidikan pemulihan

Kekangan atau halangan dalam menjalankan terapi pertuturanHalangan tersebut boleh dibahagikan kepada beberapa faktor.1. Gurua. Guru pendidikan mempunyai pengetahuan yang cetek mengenai terapi pertuturan dan tidak biasa melakukan terapi pertuturan semasa masa terapi untuk murid pendidikan khas.b. Guru malas untuk menjalankan terapi pertuturan sebaliknya menyerahkan tugas tersebut kepada ibu bapa untuk dirujuk kepada pakar terapi.c. Guru tidak berminat untuk menjalankan aktiviti terapi pertuturan dan menjalankan terapi lain sewaktu masa terapi.2. Bahana. Ketiadaan bahan yang sesuai dengan murid boleh menganggu proses terapi pertuturan.b. Penggunaan bahan bantu untuk terapi tidak mencukupi dengan bilangan murid atau bahan yang mudah rosak.3. Peruntukkan masaa. Peruntukkan masa untuk proses terapi pertuturan yang tidak mencukupi.b. Terdapat pelbagai murid yang memerlukan peruntukkan masa yang berbeza untuk sesuatu aktiviti terapi pertuturan menyukarkan guru untuk mengendalikan proses terapi pertuturan. (terdapat murid yang berasa bosan menunggu giliran atau menunggu untuk ke tahap seterusnya kerana terdapat murid yang masih memerlukan masa yang lama untuk sesuatu melaksanakan sesuatu aktiviti terapi pertuturan).4. Sokongan ibu bapaa. Ibu bapa tidak mahu memberikan kerjasama untuk meneruskan terapi pertuturan dirumah sebaliknyan menyerahkan sepenuhnya kepada guru untuk menjalankan terapi pertuturan.b. Ibu bapa tiada masa untuk melaksanakan terapi pertuturan yang diajarkan oleh guru supaya dijalankan kepada anak-anak mereka semasa berada dirumah.5. Tingkah lakua. Terdapat murid yang tidak mahu mengikuti aktiviti dalam terapi pertuturan.b. Murid mempunyai tingkah laku yang disruptif dan disruktif semasa proses terapi pertuturan.c. Tidak mahu mengikuti arahan daripada guru atau ahli terapi.