TERAS GEMUNGGAL

14
TERAS GEMUNGGAL Pengenalan Setiap ciptaan Allah SWT mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan yang tersirat. Sinaran matahari dan titisan hujan menyuburkan bumi yang tersimpan padanya pelbagai rahsia unik. Kemudian dari pelbagai ciptaanNya itu disertakan khasiat yang tersendiri. Tiada suatu pun makhluk yang Allah ciptakan di alam ini melainkan bersamanya turut tersimpan seribu satu rahsia. Allah SWT memerintahkan manusia mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat yang terkandung di dalamnya. Dengan taufik dan hidayahNya, manusia mampu berfikir dan mendapat petunjuk dalam usaha menerokai khazanah Allah SWT lalu menemui pelbagai hasilgalian dan tumbuhan semulajadi yang bermanfaat. Kesemua ciptaan Allah SWT hanyalah merupakan perantaraan semata.Allah SWT jualah yang berkuasa mutlaq atas segalanya. YAKIN dan berserah hanya kepada Allah SWT selayaknya. PERCAYA dan terokailah akan ciptaanNya yang mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan . Teras Gemunggal wajar dimiliki oleh setiap individu sepertimana perlunya kotak ‘First Aid' sebagai persediaan di saat kecemasan atau darurat.. Teras Gemunggal / Galih Kelor Anugerah Agung Gred 'A' Teras Gemunggal merupakan Teras Kayu BerEnergi adalah terdiri dari sejenis kayu yang secara kudrati mengandungi 'DAYA KEKUATAN ENERGI" atau Potensi Supernatural dan bukan hasil dari pengisian oleh manusia. Semata-mata ciptaan Allah SWT. Kekuatan, daya, potensi dan energi kayu-kayu tersebut perlu diketahui, dicermati untuk dapat dipergunakan sebagai kelengkapan manusia dalam kehidupan sehari-hari agar manusia rahayu dalam melaksanakan kehidupan serta mengembangkan kehidupan.

Transcript of TERAS GEMUNGGAL

Page 1: TERAS GEMUNGGAL

TERAS GEMUNGGAL

Pengenalan

Setiap ciptaan Allah SWT mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan yang tersirat.

Sinaran matahari dan titisan hujan menyuburkan bumi yang tersimpan padanya

pelbagai rahsia unik. Kemudian dari pelbagai ciptaanNya itu disertakan khasiat yang

tersendiri. Tiada suatu pun makhluk yang Allah ciptakan di alam ini melainkan

bersamanya turut tersimpan seribu satu rahsia. Allah SWT memerintahkan manusia

mencari dan mengkaji bagi mengetahui hikmah dan khasiat yang terkandung di

dalamnya. Dengan taufik dan hidayahNya, manusia mampu berfikir dan mendapat

petunjuk dalam usaha menerokai khazanah Allah SWT lalu menemui pelbagai

hasilgalian dan tumbuhan semulajadi yang bermanfaat.

Kesemua ciptaan Allah SWT hanyalah merupakan perantaraan semata.Allah

SWT jualah yang berkuasa mutlaq atas segalanya. YAKIN dan berserah hanya

kepada Allah SWT selayaknya. PERCAYA dan terokailah akan ciptaanNya yang

mempunyai pelbagai rahsia dan kelebihan .

Teras Gemunggal wajar dimiliki oleh setiap individu sepertimana perlunya

kotak ‘First Aid' sebagai persediaan di saat kecemasan atau darurat..

Teras Gemunggal / Galih Kelor 

Anugerah Agung Gred 'A'

                        Teras Gemunggal merupakan Teras Kayu BerEnergi adalah terdiri dari

sejenis kayu yang secara kudrati mengandungi 'DAYA KEKUATAN ENERGI" atau Potensi

Supernatural dan bukan hasil dari pengisian oleh manusia. Semata-mata ciptaan Allah

SWT.

Kekuatan, daya, potensi dan energi kayu-kayu tersebut perlu diketahui, dicermati untuk

dapat dipergunakan sebagai kelengkapan manusia dalam kehidupan sehari-hari agar

manusia rahayu dalam melaksanakan kehidupan serta mengembangkan kehidupan.

Pancaran energi kayu tersebut dapat dipelajari dan diketahui dengan berbagai cara.

Pengetahuan tentang kayu berenergi ini sudah terkenal sejak zaman dahulu lagi. Ianya

Page 2: TERAS GEMUNGGAL

boleh digunakan untuk membuat rawatan bagi pelbagai penyembuhan, pemagaran,

benteng diri, pelarisan, pengasihan dan banyak lagi kelebihan.  

Fahami Hakikat Pemakaian Batu Cincin dan Permata

Sebagai seorang muslim kita mesti meletakkan 100% pergantungan kita kepada Allah

SWT. Tidak ada sesuatu pun yang dapat mendatangkan kebaikan kecuali dengan izin

Allah dan tiada suatupun yang dapat membawa mudharat melainkan dengan izin Allah

jua. Pemakaian dan penggunaan batu ataupun apa saja benda-benda yang mempunyai

kelebihan padanya (dengan izin Allah) adalah tidak salah, akan tetapi mestilah benar-

benar/ sungguh difahami dan yakin akan hakikat penggunaan / pemakaiannya.

Pemakaian dan penggunaan batu hanyalah salah satu cara/ usaha untuk mencapai

tujuan masing-masing. Sama juga dengan penggunaan ubat (ubat dari hospital atau

ubat tradisional dari akar-akar kayu) apabila kita mengalami sakit kepala atau sakit-

sakit lain. Kita hanya berusaha dengan kelebihan/ sifat yang ada pada ubat tersebut

untuk menghilangkan sakit tetapi kuasa untuk meyembuhkan adalah dalam kekuasaan

Allah, jika Allah mahu nescaya sembuhlah kita dari sakit dan begitulah juga sebaliknya.

Batu atau kayu atau apa-apa saja benda yang istimewa adalah anugerah Allah yang

sememangnya tidak sia-sia penciptaannya. Seperti garam yang bersifat masin,

begitulah juga batu-batu yang istimewa ini bersifat dengan sifat yang wujud padanya

masing-masing.  Hanya orang yang tahu (berilmu) sahaja yang dapat mengambil

manafaat daripadanya. Silalah fahami bahawa Batu-batu tersebut tidak mempunyai

kuasa. Batu-batu tersebut hanyalah mempunyai kelebihan/ keistimewaan dengan sifat

yang ada padanya tetapi kuasa mutlak adalah ditangan Allah. Jadi janganlah lari

daripada penggantungan kita sepenuhnya kepada Allah jua. Semoga anda semua

mendapat kefahaman yang sungguh tentang hakikat pemakaian batu permata dan

beroleh kejayaan dalam cita-cita serta tujuan anda selagi anda tetap diatas jalan Allah.

Amin

Teras Gemunggal / Gemunggar / Ramunggar / Ramunggai / Munggai / Kelor /

Kelo / Kilo (Moringa Oleifera)

Nama sains bagi merunggai ialah Moringa Oleifera dan sinonim denganMoringa

Ptergyosperma. Merunggai juga dikenali dengan nama gemunggal,ramunggai,

rembugai, lembugai, pemanggai dan kacang kelur. Pokok ini berasal dari India dan

Page 3: TERAS GEMUNGGAL

sekarang banyak ditanam di pelbagai kawasan tropika dan subtropika, terutama di Asia

disamping benua Amerika seperti Florida di Amerika Syarikat, Mexico, Peru, Paraguay,

Brazil, Venezuela, Hindi Barat, Kepulauan Turki dan Caicos.

Merunggai mempunyai pelbagai kegunaan sebagai ubat tradisional. Daun merunggai

dikatakan boleh mengubati buah dada yang bengkak, terutama dikalangan ibu yang

baru bersalin. Ia diubati dengan cara menyapu daun yang ditumbuk lumat pada

bahagian yang bengkak. Bagi memulihkan badan ibu, akarnya ditumbuk dan disapu

pada perut ibu yang baru bersalin sebagai bebat. Makanan daripada daun merunggai

dan buah merunggai boleh bertindak sebagai pelawas sembelit. Daun dan akar juga

boleh digunakan untuk mengubati penyakit sifilis dan busung darah. Manakala daunnya

dimakan untuk mengubati penyakit gonorea.

Dalam perubatan India, akar merunggai digunakan sebagai ubat sapu pada bengkak

atau bisul yang dalam. Daunnya pula dijadikan penawar gigitan anjing, muntah-muntah,

dan mengurangkan aliran susu ibu. Di Jawa, akar merunggai digunakan untuk

mengubati rasa kebas, penyakit beri-beri, dan pelbagai penyakit kulit. Batang pokok

yang luka mengeluarkan sejenis gam yang berguna sebagai ubat di India dan

Jawa. Orang India menggunakan gam ini untuk mengubati kelenjar yang

bengkak. Orang Jawa pula menggunakan gam ini bagi mengubati sakit usus.

Di kawasan Amerika Tengah, terutamanya di Curacao, akar merunggai sepanjang 15

cm diambil, dicuci bersih dan cecair di dalam akarnya itu dihisap; cecair ini didapati

boleh menjadi penawar selesema. Di Guetamala, kulit dan akar yang dihancurkan

dijadikan ubat sapu, bijinya dibancuh seperti teh dan diminum untuk melegakan

demam panas dan juga pelawas buang air besar. Di Nicaragua dan El Salvador , akar

yang kering digunakan sebagai penawar untuk mengubati penyakit malaria dan

masalah buah pinggang. Orang Puerto Rico memakan daun merunggai sebagai

pelawas buang air besar. Di Pulau Caicos, air rebusan bunga diminum sebagai

penawar batuk.

Di Bahamas, air rebusan bunga merunggai ini dicampur dengan limau nipis sebelum

diminum untuk tujuan yang sama. Orang Aruba menghancurkan biji merunggai dan

menyapunya pada bahagian badan yang ada ketuat untuk mernghilangkan ketuat

itu. Di Venezuela, air rebusan biji dan daun merunggai diminum sebagai julap dan

untuk mengeluarkan cacing yang ada di dalam perut dan usus. Orang

Page 4: TERAS GEMUNGGAL

Bahamas dan Jamaica merendam kulit merunggai di dalam alkohol dan

menggunakannya sebagai ubat sapu bagi melegakan sakit kepala dan sakit-sakit

badan. Orang Curacao merendam akar yang telah dihancurkan di dalam rum dan

digunakan sebagai ubat sapu bagi menyembuhkan sakit otot jenis reumatisme.

Pokok Gemunggar/Gemunggal ( istilah Pantai Timur; asal perkataan India ) atau

Kilo/Kelo/Kelor ( istilah yang lebih dominan di alam Melayu ) merupakan sejenis pokok

yang tidak asing lagi bagi masyarakat di nusantara ( Pattani, Malaysia & Indonesia ).

Dikenali juga dengan nama Moltong, Keloro, Kawano, Ongge dan Hau Fo. Ianya banyak

di tanam di tepi-tepi rumah atau pondok pengajian dan boleh dijumpai di tepi-tepi jalan

terutamanya di kawasan kampung. Daunnya berbentuk bujur telur dengan ukuran kecil-

kecil tersusun majmuk dalam satu tangkai. Kelor berbunga sepanjang tahun dengan

aroma semerbak, berwarna putih kekuningan dengan tudung pelepah bunganya

berwarna hijau. Pucuknya yang masih muda digoreng bersama telur, manakala

buahnya (i.e., berbentuk tiga/empat segi panjang) biasa dimasak kari. Batang kayunya

getas (mudah patah). Ia asalnya sejenis pokok yang lembut dan tidak berteras.

Teras Gemunggar / Gemunggal atau Teras Kilo / Kelo / Kelor merupakan salah satu

daripada jenis teras terpilih yang amat masyhur dengan keberhajatan masyarakat

nusantara terhadapnya. Di Indonesia, Teras Gemunggal juga di kenali sebagai Gheli

Maronggi ( Madura ) dan Galih Kelor ( Jawa ). Umumnya, terdapat 3 jenis Teras

Gemunggal/Kelor berdasarkan asal tempat pokok Gemunggal / Kelor di tanam atau

dijumpai, iaitu:

Gemunggar / Kelor Kampung : Urat-uratnya yang sangat indah seakan urat tangan

manusia. Keratan rentas gelang uratnya bersambungan tidak putus dan halus seratnya.

Ianya berwarna koko-coklat jika yang masih muda, dan kehitaman jika sudah tua.

Warnanya juga akan berubah daripada koko-coklat kepada warna coklat-kemerahan

dan seterusnya menjadi kehitaman sekiranya sentiasa digunapakai seperti dalam

bentuk cincin, gelang tangan dan tasbih untuk berzikir. Jika direndam dalam air, herba

daripada terasnya akan menyebabkan warna air berubah menjadi seperti warna air teh.

Sekiranya direndam dalam tempoh yang lebih lama lagi, maka air tersebut akan

berubah menjadi lebih pekat serta kelihatan seperti kebiru-hijauan. Air asahan akar

pokoknya sedikit pedas dan hawa-hawa panas. Umumnya, jenis ini timbul jika direndam

dalam air .

Page 5: TERAS GEMUNGGAL

Gemunggar / Kelor Bukit : Susunan lapisan uratnya sederhana halus (warna

koko/coklat) dan terdapat urat bercecuruk kasar (warna kelabu/putih). Kayunya hampir

sama dengan Kayu Kokka yang tua. Air rendamannya tidak berwarna. Daun pokoknya

lebih besar daripada jenis yang kampung. Umumnya jenis ini tenggelam jika direndam

dalam air. Kayunya sangat keras dan liat. Terdapat juga Teras Gemunggar/Kelor Bukit

yang uratnya seperti jenis yang kampung.

Gemunggar / Kelor Pulau : Keratan rentas gelang uratnya terdapat putus-putus,

halus serat dan uratnya serta berwarna putih / cerah dan kemerahan muda/tua.

Terasnya lebih ringan. Air rendamannya tidak berwarna. Umumnya, timbul jika

direndam dalam air. Petua orang tua-tua menyebut “ Pokok ubat yang tumbuh di pulau

kecil dikelilingi air laut adalah lebih berkhasiat daripada yang tumbuh di daratan luas ”

Jika dibelah dengan parang/kapak, biasanya Teras Gemunggar / Kilo akan pecah dan

serpih dengan tidak menentu, kerana uratnya yang berselirat dan berpusar tanpa ada

satu pola yang tetap, walaupun hanya sepotong terasnya yang kecil. Gergaji paling

sesuai digunakan jika ingin memotong Teras Gemunggar / Kilo . Ianya juga tidak sesuai

dibentuk dengan mengisit menggunakan parang. Ketiga-tiga jenis Teras Gemunggar /

Kelor berbeza dari segi urat, serat, berat, warna dan kekerasannya; secara umumnya.

Kelebihan Teras Gemunggal Menurut Kitab Ensiklopedia Herba-Herba

Dalam Kitab Ensiklopedia Herba-Herba Sekeliling Kita susunan ‘AQ HA.S, pada

mukasurat 100 dinukilkan:

Gemunggai: Remunggai, Kelor

Sejenis pokok besar berdaun kembar halus, dimana pucuknya enak disayur, berkhasiat:

    

Menawarkan racun dalam makanan: sebelum makan atau   minum, lalukan terasnya ke

atas makanan atau minuman.

    

Page 6: TERAS GEMUNGGAL

Menjauhkan dari terkena hikmat sihir: terasnya   dipakai menjadi permata cincin yang

bersentuh dengan kulit.

    

Menjauhkan rumah dari gangguan hantu yang membawa   penyakit, dan sihir: dengan

menanamkan pokok ini di empat penjuru rumah.

    

Menakutkan ular-ular dan binatang-binatang bisa:   dengan memakai terasnya sebagai

cincin.

    

Mengeluarkan raksa daripada tubuh: bila memakai   terasnya.

    

Sakit mata:daunnya 3 ranting kecil dilumat   diandunkan dengan 1 gelas air dan

heningkan; ditapis dan dititikkan ke dalam mata.

    

Rabun ayam: daunnya 3 ranting kecil dilumat,   dituangkan 1 mangkuk air masak dan

ditapis; kemudian diandunkan dengan madu 3   sudu, diminum sebelum tidur.

    

Sakit kuning: daunnya 7 ranting kecil dilumat dan   dimasukkan 1 gelas air kelapa;

ditapis dan diadunkan dengan 7 sudu madu,   diminum 3 kali sehari.

    

Sengal tulang: daunnya 3 ranting kecil dilumatkan   bersama ½ sudu kapur makan,

dibuat gosok.

    

Page 7: TERAS GEMUNGGAL

Alergi (alahan): daunnya 3 ranting kecil, bawang   merah 1 ulas, biji adas dan akar

mempelas direbus dengan 2 gelas air sehingga   tinggal lagi separuh dan ditapis,

diminum 2 kali sehari 1 mangkuk kecil.

    

Memusnah cacing: daunnya 3 ranting kecil, daun   lada 1 ranting kecil dan 3 batang

Dukung Anak direbus dengan 2 gelas sehingga   tinggal lagi separuh dan ditapis,

diminum sebelum tidur.

    

Luka bernanah: daunnya 7 ranting kecil dilumatkan   ditempel.

    

Sukar membuang air kecil: daunnya 3 ranting kecil   dilumat dan diperah dicampur

dengan perahan air mentimun atau lobak Merah,   sama banyak antara ketiga; diadun

dan dicampur 1 gelas air dan ditapis;   diminum 3 kali sehari.

    

Menjauhkan dari kecurian: bila meletakkan terasnya   dalam rumah atau dalam

kenderaan, insya Allah.

    

Sengal tulang: daun mudanya diremuk dicampur kapur   makan, digosokkan.

    

Bengkak: daun mudanya diremuk dan ditempelkan   ditempat sakit.

    

Mengurangi rasa sakit: Untuk keduanya- daun   mudanya diremuk dan ditempelkan di

tempat sakit. Juga kulitnya diremuk dan   dicampur sedikit kapur makan, ditempelkan.

Page 8: TERAS GEMUNGGAL

    

Pitam, pengsan (Epilepsi): akarnya diasah dibuat   basuh kepala.

    

Busung (Odeem): akarnya dan kulit serta akar   pepaya dilumat dicomor.

    

Beri-beri:akarnya direbusdan diminum.

    

Kencing Bernanah (Gonorrhoea): akar dan daunnya   direbusdan diminum setiap 3 jam

sekali.

    

Kurap: daunnya digosokkan dengan kapur.

Dan pada mukasurat 135…

Kelor: Gemunggai, Remunggai, Merunggai

Sejenis pokok yang mempunyai khasiat yang agak ganjil:

    

Lekat uri (sak: tembuni): Terasnya direndam   kira-kira 2 minit, maka diminum.

    

Budak menangis-nangis: Terasnya diasah dan diberi   minum.

    

Memudah lepas susu anak: Terasnya diasah dengan   sedikit garam, dibubuh pada tetek

ibu.

Page 9: TERAS GEMUNGGAL

    

Bisul: Terasnya diasah, dicomor pada mata bisul.

    

Ditakuti hantu: Terasnya dijadikan cincin dipakai   pada jari manis.

    

Kena santau, racun dan bisa dalam tubuh: Terasnya   direndam dalam air kelapa kira-

kira 3 minit, diminum.

    

Digigit ular,lipan: Terasnya diasah dan dicomor   pada tempat yang kena gigit.

Khasiat / Kelebihan Teras Gemunggal / Galih Kelor Anugerah Agung Gred 'A'

Menurut Pemilik Teras Gemunggal Anugerah Agung, Dr.Mohamad Rizal Bin Rosdi

Ph.D menyatakan tentang Teras Gemunggal ini sukar sekali untuk diperolehi apatah

lagi untuk dimiliki. Saya bersyukur kepada Allah apabila memiliki teras kayu yang saya

sifatkan begitu berguna sekali dan menyimpan seribu satu misteri.Pelbagai gelaran

yang diberikan oleh orang ramai yang mengetahui tentang keistimewaan teras ini

antaranya Batu Cincin Kebal dll.Khazanah Alam kurniaan Allah ini dikatakan amat

berguna dalam pelbagai keadaan. 

Dalam Kidung Sunan Kalijaga & Penelitian Ilmiah

Dalam sebuah kidungnya, Sunan Kalijaga menyebut “kayu bertuah” dengan

istilah kayu aeng . Sakèhing wisa tawa/Sato galak tutut/Kayu aèng lemah sangar……

Yang ertinya : Segenap racun menjadi tawar/Binatang buas menjadi jinak/Pohon ajaib,

tanah angker …. dst.. Ertinya, keberadaan energi (positif / negatif) pada kayu-kayu

tertentu juga diyakini berdasarkan pandangan mata batin orang-orang yang memiliki

indera keenam.

HASIL PENELITIAN tahun 1987-1989 di Fakulti MIPA UGM (Universiti Gajah Mada) oleh

drh. Oentoro dkk, dengan Chronometer menunjukkan energi yang terdapat pada “Kayu

Page 10: TERAS GEMUNGGAL

Bertuah”, besarnya dua kali ganda dibanding energi Tosan Aji atau

Pusaka. Jika energi pusaka pada level 50, energi kayu “bertuah” mencapai level 100.

Ketika masih hidup, kayu “bertuah” mengandung zat netrogenium sangat tinggi dan

memiliki kekuatan pemancar. Misalnya, Anda ingin selamat dari kejahatan, maka kayu

tersebut menjadi pemancar dari niat Anda.

Kayu memancarkan energi (nur / cahaya). Cahaya memiliki frekuensi sangat tinggi dan

gelombang molekul ion yang jika dipicu dengan doa, frekuensinya menjadi lebih kuat

dan menimbulkan aura. Cahaya rumusnya 328 tahun suara sehingga logik manusia

tidak dapat menjangkau.

Kerana itu, walau secara alami kayu “bertuah” sudah memiliki energi, seseorang yang

menggunakannya sebagai sarana penyembuhan, jaga diri, membangkitkan energi

batin, disarankan tetap memperkuat keyakinannya.

Antara khasiat Teras Gemunggal Anugerah Agung :

    

Kelebihan Teras Gemunggal memiliki khasiat   semulajadi diantaranya kebal

senjata,asid,benteng diri,penawar racun, penawar   bagi gigitan serangga berbisa

seperti ular, lipan, dan lain-lain. Selain ini   teras gemunggal ini dikatakan mempunyai

kuasa spiritual atau Aura yang mampu   menghalang pemiliknya terkena sihir atau niat

jahat seseorang kepada si   pemakai dengan keizinan Allah

    

Teras Gemunggal boleh disimpan di dalam rumah   sebagai pendinding daripada

dimasuki pencuri, perompak, penyamun atau sesiapa   sahaja bertujuan datang ke

rumah dengan niat jahat.

    

Kehebatan Teras Gemunggal ini dikatakan menjadi   rebutan para datin-datin yang

bimbang suami akan bermain kayu tiga. Ianya   didakwa selain boleh menghalang ilmu

Page 11: TERAS GEMUNGGAL

hitam atau sihir terkena pada kita,   malah ianya dapat menambahkan kasih sayang

suami terhadap isteri.

    

Kehebatan kayu gemunggal ini bukan sahaja menjadi   buruan kaum lelaki tetapi kaum

wanita pun turut mencarinya. Ini disebabkan   oleh kelebihan semulajadi kayu tersebut

yang dapat membantu wanita bagi   melembutkan hati lelaki. Khasiat kayu gemunggal

ini baik untuk anak dara dan   yang belum kahwin.

    

Bagi kalangan isteri pula, ianya amat berguna   sekali bagi menyejukkan hati suami.

Lebih-lebih lagi sekiranya anda merupakan   isteri kedua, ketiga, keempat.

    

Teras Gemunggal itu apabila dipakai pada tubuh   badan seseorang mampu menjadi

kebal dalam sekelip mata dan boleh mengelak   daripada dikesan pihak musuh (sesuai

untuk polis, tentera, pengawal   keselamatan dan sesiapa sahaja yang memerlukan)

    

Teras Gemunggal sekiranya dipakai ketika orang   hendak menyusahkan kita, insya

Allah mereka tidak akan terdaya.

    

Teras Gemunggal sememangnya telah menjadi rebutan   kalangan pengamal

perubatan, bomoh-bomoh serta guru silat,ahli korporat dll   sejak dahulu lagi

disebabkan ianya memiliki berbagai-bagai keistimewaan   tersendiri.

    

Diguna oleh ramai kalangan VIP terutama Dato-Dato   yang mementingkan keselamatan

diri.Ini kerana Kayu Gemunggal yang dibuat   dalam bentuk permata cincin mempunyai

ciri-ciri semulajadi kekebalan bagi sesiapa   yang memakainya.

Page 12: TERAS GEMUNGGAL

    

Menawarkan racun dalam makanan: sebelum makan atau   minum, lalukan terasnya ke

atas makanan atau minuman.

    

Menjauhkan dari terkena hikmat sihir: terasnya   dipakai menjadi permata cincin yang

bersentuh dengan kulit.

    

Menjauhkan rumah dari gangguan hantu yang membawa   penyakit, dan sihir: dengan

menanamkan pokok ini di empat penjuru rumah.

    

Menakutkan ular-ular dan binatang-binatang bisa:   dengan memakai terasnya sebagai

cincin.

    

Mengeluarkan raksa daripada tubuh: bila memakai   terasnya.

    

Lekat uri (sak: tembuni): Terasnya direndam   kira-kira 2 minit, maka diminum.

    

Budak menangis-nangis: Terasnya diasah dan diberi   minum.

    

Memudah lepas susu anak: Terasnya diasah dengan   sedikit garam, dibubuh pada tetek

ibu

    

Page 13: TERAS GEMUNGGAL

Bisul: Terasnya diasah, dicomor pada mata bisul.

    

Ditakuti hantu: Terasnya dijadikan cincin dipakai   pada jari manis.

    

Kena santau, racun dan bisa dalam tubuh: Terasnya   direndam dalam air kelapa kira-

kira 3 minit, diminum.

    

Digigit ular, lipan: Terasnya diasah dan dicomor   pada tempat yang kena gigit.

    

Khasiat lain teras gemunggal ialah mengaktifkan ketajaman   gerak hati(Indera Ke-

enam), kewibawaan dll.

    

Kemuncak kelebihan teras Gemunggal ini ialah   sipemakainya akan dikurniakan

ketahanan kulit dari ancaman asid dan perkara   yang sewaktu dengannya.

    

Perkara ini boleh diuji sendiri oleh sesiapa juga   dengan mengambil sebotol asid dan

cuba mencelupkan jari anda ke dalam asid   tersebut. Tetapi mestilah memakai Teras

Gemunggal tersebut terlebih dahulu. Awas,   jika anda tidak memakai Teras Gemunggal

tersebut, jari anda mungkin akan   hancur!

Sesungguhnya Allah SWT jualah yang Maha Berkuasa atas segalanya.

Menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya serta sentiasa

mengingati Allah SWT dan mohon kepadaNya adalah penting dalam memperoleh

keselamatan serta kesejahteraan di dunia dan akhirat.Yang baik itu datangnya dari

Allah SWT dan yang buruk itu adalah dari kelemahan kita

Page 14: TERAS GEMUNGGAL