Terima Kasih, Cikgu!

12
Terima kasih, Cikgu! Di suatu subuh yang hening, dia meraung kesakitan. Susuk tubuhnya yang kurus kering dipenuhi dengan kesan calar-balar hampir pada seluruh tubuhnya. Kehidupan Syafikah bertambah kusam setelah pemergian ibunya yang tercinta. Penderitaan ini menjadi lebih parah apabila bapanya telah mengahwini seorang janda beranak satu yang lebih mementingkan anaknya berbanding dirinya. Tidak lama selepas itu, bapanya pula meninggalkannya akibat kemalangan jalanraya. Sudah jatuh ditimpa tangga begitulah kehidupan Syafikah kini. “Aduh, sakitnya….Apalah malangnya nasibku ini….Sudahlah ibu pergi meninggalkanku, ibu tiriku pula memperlakukan aku seperti haiwan…..Kenapa?” rintih Syafikah dalam kesedihan. Bunyi kokokan ayam jantan bergegar gempita memecah kesunyian subuh yang jernih itu. Syafikah mengesot-ngesot dalam kesakitan untuk bangun daripada tilam usang tempat perbaringannya. Dia perlu menyelesaikan tugasnya dengan segeranya sebelum ke sekolah. Jika tidak, dia pasti tidak dapat hadir ke sekolah sebelum deringan loceng berbunyi. “Syafikah, Syafikah…. mana sarapan ni…..cepat sikit…nanti aku lambat ke tempat kerja! Kalau kau lambat, jangan harap kau ke sekolah lagi…..Apa yang kau buat ni…lambat….terhegeh-hegeh…Nah, rasakan kau!” Tanpa disedarinya sebuah rotan yang hampir pecah hinggap ditangannya. Syafikah menahan kesakitan tersebut dengan hanya air matanya. Mira, adik tiri Syafikah yang berusia dua tahun sedang menghabiskan sisa botol susu yang masih berbaki. Dalam keadaan tubuhnya yang lemah dan kakinya yang terketar-ketar Syafikah memulakan langkahnya agar tidak lambat ke sekolah. Jam di 1

description

GBM

Transcript of Terima Kasih, Cikgu!

Page 1: Terima Kasih, Cikgu!

Terima kasih, Cikgu!Di suatu subuh yang hening, dia meraung kesakitan. Susuk tubuhnya yang kurus kering

dipenuhi dengan kesan calar-balar hampir pada seluruh tubuhnya. Kehidupan Syafikah

bertambah kusam setelah pemergian ibunya yang tercinta. Penderitaan ini menjadi lebih

parah apabila bapanya telah mengahwini seorang janda beranak satu yang lebih

mementingkan anaknya berbanding dirinya. Tidak lama selepas itu, bapanya pula

meninggalkannya akibat kemalangan jalanraya. Sudah jatuh ditimpa tangga begitulah

kehidupan Syafikah kini.

“Aduh, sakitnya….Apalah malangnya nasibku ini….Sudahlah ibu pergi meninggalkanku, ibu

tiriku pula memperlakukan aku seperti haiwan…..Kenapa?” rintih Syafikah dalam kesedihan.

Bunyi kokokan ayam jantan bergegar gempita memecah kesunyian subuh yang jernih itu.

Syafikah mengesot-ngesot dalam kesakitan untuk bangun daripada tilam usang tempat

perbaringannya. Dia perlu menyelesaikan tugasnya dengan segeranya sebelum ke sekolah.

Jika tidak, dia pasti tidak dapat hadir ke sekolah sebelum deringan loceng berbunyi.

“Syafikah, Syafikah…. mana sarapan ni…..cepat sikit…nanti aku lambat ke tempat kerja!

Kalau kau lambat, jangan harap kau ke sekolah lagi…..Apa yang kau buat ni…

lambat….terhegeh-hegeh…Nah, rasakan kau!” Tanpa disedarinya sebuah rotan yang

hampir pecah hinggap ditangannya. Syafikah menahan kesakitan tersebut dengan hanya air

matanya. Mira, adik tiri Syafikah yang berusia dua tahun sedang menghabiskan sisa botol

susu yang masih berbaki. 

Dalam keadaan tubuhnya yang lemah dan kakinya yang terketar-ketar Syafikah memulakan

langkahnya agar tidak lambat ke sekolah. Jam di tangannya menunjukkan pukul 7.45 pagi.

Semakin lambat terasa ayunan kakinya melangkah ditambah pula dengan kesakitan yang

membelenggung jiwa. Akhirnya Syafikah tiba di pintu kelasnya. Akibat kesakitan yang tidak

terperi, akhirnya Syafikah tersungkur di hadapan pintu kelasnya. Semua murid di kelas 6

Anggerik berlari ke arahnya. Cikgu Anita yang sedang menulis di papan hitam tergamam

apabila terdengar bunyi dentuman di muka pintu kelasnya.

Cikgu Anita segera mendapatkan Syafikah. Tubuh Syafikah yang bermaya itu segera

diangkat. Kawan karib Syafikah iaitu Nadia segera berlari menuju ke bilik air untuk

mendapatkan sedikit air. Kelopak mata Syafikah yang lebam itu mula menguak lebar sedikit

demi sedikit setelah direnjis dengan beberapa titik air. Nadia segera mendapatkan air

1

Page 2: Terima Kasih, Cikgu!

minuman di dalam beg sekolah Syafikah lalu menghulurkannya kepada Cikgu Anita. Bibir

Syafikah yang pucat lesi cuba meneguk beberapa teguk air minuman yang diberikan oleh

Cikgu Anita.“Terima kasih cikgu, terima kasih Nadia…..” Syafikah mula bersuara lemah

sambil memandang ke arah Cikgu Anita dan Nadia. Mereka hanya mengangguk-anggukkan

kepala di atas kata-kata Syafikah itu.  “Syafikah, kamu berehatlah dulu. Badan kamu terlalu

lemah. Nanti cikgu hantar kamu pulang ke rumah ye…” 

Cikgu Anita memandang Syafikah dengan penuh kesayuan. Dia tidak mahu menambahkan

lagi bebanan fikiran Syafikah yang jelas terpancar di wajahnya. Biarlah Syafikah berehat

dahulu sebelum dia mengajukan beberapa persoalan yang membelenggunya semenjak

beberapa bulan kebelakangan ini. Syafikah yang merupakan murid harapan sekolah mula

menunjukkan kemerosotannya setelah kematian ibu dan disusuli pula pemergian ayahnya

yang tersayang. Cikgu Anita tahu betapa berat mata yang memandang pastinya lebih berat

lagi bahu yang memikul.

Cikgu Anita membawa Syafikah pulang ke rumah dengan menaiki kereta yang dipandunya.

Sebelum itu, dia mengajak Syafikah singgah di sebuah warung untuk menikmati hidangan

makan tengah hari. Tentunya Syafikah tidak memperolehi zat makanan yang seimbang

memandangkan wajahnya yang pucat dan tubuhnya yang tidak bermaya. Sambil itu, mereka

berbual-bual Cikgu Anita mula bersuara, “Cikgu lihat sejak kebelakangan ini, kamu

seringkali lewat ke sekolah. Kamu mesti ingat Syafikah yang kamu akan menghadapi

peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Kamu adalah murid harapan sekolah ini. Cikgu tidak

mahu kamu menghancurkan harapan pihak sekolah yang telah tergalas di bahu kamu.

Wajah kamu juga pucat lesi tidak seceria dulu. Cikgu tahu kamu telah kehilangan kedua-dua

insan yang kamu sayangi. Tapi kamu mestilah merelakan pemergian mereka.”

Kata-kata yang tulus ikhlas yang lahir daripada hati nurani Cikgu Anita benar-benar

merentap hati Syafikah. Titisan manik-manik halus mula menyimbahi pipinya yang cengkung

itu. Bibirnya yang merekah mula memuntahkan kata-kata. “Cikgu, saya memang berhasrat

untuk memenuhi impian arwah kedua-dua ibu bapa saya. Saya juga berazam untuk

mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR ini. Tapi itu hanyalah tinggal

impian yang tidak mungkin terlaksana umpama mimpi di malam hari. Apabila saya bangun,

mimpi itu hanyalah tinggal mimpi sahaja. Apalah maknanya sebuah kejayaan andainya tidak

dapat dikecapi bersama orang-orang yang saya sayang, cikgu.”

Cikgu Anita segera memintas kata-kata Syafikah yang semakin kecewa dan patah harapan.

Dia tidak mahu anak didiknya terus hanyut dalam kekecewaan. Syafikah masih terlalu

2

Page 3: Terima Kasih, Cikgu!

mentah dan muda untuk mengharungi kehidupan. Perjalanan hidupnya masih terlalu

panjang. Dia perlu berubah demi mencapai kejayaan yang diimpikan agar kejayaan itu

berada di dalam genggamannya. Hanya melalui kejayaan seseorang itu boleh mengubah

nasib mereka suatu hari nanti. “Syafikah, kamu perlu ingat yang kamu tidak berseorangan.

Kamu masih dikelilingi dengan insan-insan yang menyayangi kamu. Kamu masih ada guru-

guru dan rakan-rakan yang mengharapkan kejayaan kamu.”

Syafikah terdiam. Dia termenung sambil memikirkan kata-kata Cikgu Anita itu. Tiba-tiba

Syafikah teringatkan wajah ibu tirinya yang garang. Dia segera melihat jam di tangannya.

Wajahnya bertukar menjadi pucat lesi…..

“Alamak dah dekat pukul 3 petang ni! Makan tengah hari belum disediakan lagi. Kain baju

belum dibasuh, rumah perlu dikemas. Matilah aku jika mak cik balik sekejap lagi. Abis aku

digulainya…..” Syafikah bersuara gusar di dalam hatinya. Kegusaran itu jelas terpancar di

wajah Syafikah.

Cikgu Anita yang menyedarinya perubahan di wajah Syafikah mula bersuara,“Kenapa

Syafikah? Kamu tak suka keluar makan dengan saya atau kata-kata saya tadi menyinggung

perasaan kamu?”

“Tidak, cikgu. Cikgu telah banyak memberikan kata-kata nasihat kepada saya. Saya amat

menghargai niat ikhlas cikgu ini. Tapi cikgu, saya perlu segera pulang ke rumah. Masih

banyak lagi perkara yang perlu diselesaikan. Maafkan saya, cikgu”.

Kereta Honda Sivic berwarna hitam itu dipecut laju oleh Cikgu Anita. Malangnya apabila tiba

di pintu rumah Syafikah, ibu tirinya sudah terpancul di muka pintu dengan muka yang bengis

sambil mencekakkan pinggangnya. Tanpa menghiraukan kehadiran Cikgu Anita, ibu tiri

Syafikah terus memekik bagai singa lapar ke arahnya. “Syafikah, kamu ni memang anak

yang tak kenang diuntung…..ke mana kamu pergi ha? Dah pukul berapa sekarang? Makan

tengah hari belum dimasak, baju belum dibasuh…rumah berselerak…..kamu nak jadi apa

hah? Kamu mesti ingat yang aku yang tanggung makan minum kamu selama ini. Kalau tak

kerana aku kau mati kebuluran!”

Cikgu Anita mula naik berang apabila mendengar kata-kata Puan Marini iaitu ibu tiri

Syafikah. Dia mula bersuara. “ Puan, saya bukan bertujuan untuk masuk campur dalam

urusan keluarga puan. Tapi anak-anak bukanlah hamba untuk kita lakukan sesuka hati.

Mereka juga mempunyai hak untuk hidup dengan ceria dan bahagia. Tambahan pula,

3

Page 4: Terima Kasih, Cikgu!

Syafikah akan menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Puan perlulah menjaga hati

dan perasaan dia.”

“Syafikah, kamu dah pandai ye sekarang. Mengadu domba keluarga kita kepada orang lain.

Kamu memang tak kenang budi. Kalau bukan aku yang bela kamu pasti kamu merempat di

tepi jalan. Kamu ingat dengan belajar bersungguh-sungguh aku akan hantar kamu ke

sekolah yang lebih baik. Jangan mimpi la. Tahun depan kamu duduk saja di rumah. Uruskan

rumah ni!.”

“ Puan tak boleh bersikap kejam kepada Syafikah begitu. Dia mempunyai potensi yang

besar di sekolah. Jika dia diberi peluang dia pasti akan berjaya kelak.” 

Puan Marini segera menarik tangan Syafikah ke dalam rumah. Dia tidak mahu mendengar

sebarang kata-kata yang banyak membela Syafikah daripada Cikgu Anita lagi. Melihatkan

keadaan yang sedemikian, Cikgu Anita mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah

itu. Tidak ada gunanya bertelingkah dengan orang yang mempunyai sikap egoistik yang

tinggi kerana ia hanyalah sia-sia umpama mencurah air di daun keladi. Cikgu Anita

memandu keluar keretanya meninggalkan perkarangan rumah Syafikah. Dia bernekad untuk

menjadikan Syafikah pelajar terbaik meskipun dibelenggu kesengsaraan hidup dan

ditentang sepenuhnya oleh ibu tiri Syafikah.

Hari berganti hari. Kehidupan syafikah bertambah ceria di atas dorongan dan kekuatan

semangat berbunga-bunga yang diberikan oleh Cikgu Anita. Syafikah dan Nadia seringkali

kelihatan bersama-sama dengan Cikgu Anita. Cikgu Anita telah banyak membantu mereka

mengulangkaji pelajaran dan memberikan tunjuk ajar tanpa jemu. Tambahan pula, mereka

akan menghadapi peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Syafikah menggunakan segala

peluang yang ada dengan baik di waktu persekolahan. Dia akan pulang ke rumah seperti

biasa sebaik sahaja habis sesi persekolahan untuk menguruskan kerja-kerja rumah yang

masih terbengkalai. Dia tidak mahu lagi ibu tirinya mengalahkan Cikgu Anita lagi. Tambahan

pula, Cikgu Anita telah banyak membantunya serta menjadi sumber kekuatannya kini.

Hidup Syafikah kini berubah kerana dia telah mendapati arahnya dalam kehidupan. Dia ingin

menjadi murid yang cemerlang dan selalu berdoa agar pintu hati ibu tirinya terbuka untuk

menerimanya. Di kala suria memanahkan cahayanya menyimbah bumi, murid-murid sedang

berada di kantin sekolah untuk menikmati juadah di waktu rehat mereka. Tiba-tiba kelihatan

Nadia berlari-lari ke arah Syafikah. Dengan penuh tanda tanya, Syafikah cuma

mententeramkan jiwanya yang kacau itu. Apakah perkhabaran yang ingin disampaikan oleh

4

Page 5: Terima Kasih, Cikgu!

Nadia? “Adakah ini suatu petanda buruk yang akan menjelma lagi……Aduh, apakah berita

itu…..?”, wajah Syafikah bertukar serta-merta. Jantung hatinya bergetar kencang secara

tiba-tiba.

“ Kenapa Nadia? Apa yang berlaku? Kenapa kamu berlari-lari? “, soalan yang bertubi-tubi

keluar daripada mulut Syafikah tanpa henti-hentinya menggambarkan yang Syafikah sangat

khuatir dengan berita yang akan didengarinya.

“ Syafikah, kamu jangan terkejut dengan berita ini….tadi pihak hospital menelefon ke

pejabat sekolah….ibu tiri kamu berada dalam keadaan kritikal. Dia mengalami kemalangan

jalanraya. Sekarang dia masih di unit kecemasan hospital. Adik tiri kamu pula meninggal

akibat pendarahan di bahagian kepalanya……Syafikah……”

Tubuh Syafikah yang lemah itu jatuh terjelepok di lantai. Bayangan ibu tirinya yang bengis

dan seringkali meruntunkan jiwa Syafikah bertukar menjadi penuh simpati. Betapa jiwanya

tidak pernah menyimpan sedikit dendam meskipun tubuhnya menjadi mangsa habuan ibu

tirinya saban hari. Syafikah menganggap yang itu semua dugaan hidup yang harus

ditempuhinya. Tambahan pula, kata-kata semangat daripada Cikgu Anita telah banyak

mengubah persepsi dan tanggapan buruk terhadap ibu tirinya. Bayangan Cikgu Anita

segera terlintas di benaknya. Dia perlu segera mendapatkan Cikgu Anita untuk memohon

bantuan.

Pintu bilik guru diketuk kencang. Syafikah yang masih tidak bermaya ditemani oleh Nadia

untuk menemui Cikgu Anita. Dengan wajah yang terpinga-pinga, Cikgu Anita segera

bertanya,“ Kamu berdua ni kelihatan seolah-olah dirundung satu masalah yang besar. Apa

yang berlaku? Sekiranya cikgu boleh membantu, cikgu akan cuba membantu dengan

sedaya upaya cikgu.”

Dengan nada suara yang bergetar-getar dan sebak, Syafikah mula mengaturkan bicaranya.

Nadia yang berada di sisi Syafikah hanya diam membisu seribu kata.

“ Cikgu, saya tidak tahu apa yang harus saya lakukan…..ibu tiri saya sekarang berada

dalam keadaan kritikal akibat kemalangan jalan raya. Adik tiri saya pula meninggal dunia.

Saya sedih cikgu….merekalah dunia saya kini. Saya tidak ada siapa-siapa lagi. Tolonglah

saya cikgu….saya mohon, cikgu……..”

“Saya berasa sungguh terharu dengan sikap kamu Syafikah. Saya berbangga dengan

kamu. Kamu bukan sahaja seorang murid yang baik tetapi kamu juga merupakan seorang

5

Page 6: Terima Kasih, Cikgu!

anak yang patuh. Meskipun ibu tiri kamu tidak pernah melayan kamu seperti anaknya tapi

kamu tetap menganggapnya sebagai keluarga kamu sendiri. Kamu memang anak yang

baik. Cikgu doakan agar kamu memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat. Kamu tak perlu

bimbang. Mari cikgu hantarkan kamu ke hospital. Cikgu juga akan melancarkan dermaan

bagi memperoleh sedikit bantuan kewangan dalam membantu meringankan beban keluarga

kamu.”

“Terima kasih, cikgu….cikgu telah banyak membantu saya dalam meringankan segala

bebanan dan masalah yang menimpa saya. Terima kasih, cikgu.” Nada suara Syafikah

bertambah sebak lalu ditenangkan oleh Cikgu Anita.

“Sudah menjadi tanggungjawab cikgu untuk membantu kamu Syafikah. Anggaplah segala

pertolongan cikgu adalah hadiah untuk setiap kesabaran dan kebaikan kamu, Syafikah. Mari

kita ke hospital sekarang….” Syafikah ditemani oleh Nadia mengikut Cikgu Anita ke

keretanya.

Laungan kereta Cikgu Anita yang menyusur jalan raya memecah kesunyian pagi itu.

Syafikah yang masih dalam kesedihan dipeluk erat oleh Nadia. Nadia sangat mengerti

segala kesedihan yang menyelubungi diri Syafikah. Pada saat ini, Syafikah sangat

memerlukan teman bagi menenangkan dirinya yang kacau-bilau itu. Mujurlah dia seringkali

ditemani oleh sahabat karibnya, Nadia dalam mengharungi hidupnya sama ada ketika dia

gembira mahupun berduka.

Setibanya di sana, kelihatan sekujur tubuh terbaring kaku di atas katil di Unit Kecemasan

Rapi itu. Tubuh yang dulunya bengis dan menggegarkan nyawa, kini hanya terbaring lesu

tanpa suara. Ditubuhnya kelihatan wayar-wayar yang berselirat menggerunkan mata yang

memandang. Nyawanya banyak bergantung dengan setiap alat pernafasan dan sumber

makanannya pula dialirkan menerusi saluran tersedia ada. Sungguh terseksa Syafikah

melihat penderitaan ibu tirinya di ruang yang sepi itu. Titisan-titisan mutiara berkaca mula

berlinang membasahi pipinya itu. Tubuh ibu tirinya yang tidak pernah dipeluknya itu kini

dipeluk erat. Cikgu Anita yang berada di situ segera menenangkan Syafikah. Dia tidak mahu

Syafikah terus bersedih lagi. Biarlah segala kesedihan berarak pergi daripada kehidupan

Syafikah yang suram. 

Sepanjang ibu tiri Syafikah iaitu Puan Marini dirawat di hospital, Cikgu Anita dengan

ikhlasnya menumpangkan Syafikah buat sementara waktu di rumahnya. Setiap hari selepas

waktu persekolahan, Syafikah akan ditemani oleh Cikgu Anita untuk melawat ibu tirinya.

6

Page 7: Terima Kasih, Cikgu!

Cikgu Anita juga akan membantu Syafikah mengulangkaji pelajaran kerana UPSR akan tiba

tidak berapa lama lagi. Syafikah juga perlu menstabilkan emosinya kerana dia berada di

persimpangan antara memenuhi tuntutan sebagai seorang murid dan tanggungjawab

sebagai seorang anak kepada ibunya. Berkat kesabaran dan bimbingan yang berterusan

daripada Cikgu Anita, Syafikah menjadi seteguh karang di lautan biru. Jiwanya kini

bertambah kental. Syafikah mampu menempuh hari-hari yang mendatang dengan

memperbanyak doa dan memohon agar ibu tirinya beroleh kesihatan seperti sediakala serta

mendapat kejayaan yang cemerlang di dalam UPSR tidak lama lagi.

Kokokan ayam yang mengejutkan Syafikah daripada tidur yang lena itu. Kesegaran

tubuhnya terasa apabila desiran bayu pagi itu menjamah pipinya. Dia segera membersihkan

dirinya. Walaupun hari ini merupakan hari minggu, Syafikah tidak perlu ke sekolah tetapi dia

perlu ke hospital untuk menjenguk ibu tirinya yang masih belum sedarkan diri.

Hari ini sudah genap seminggu peristiwa ngeri itu menimpa ibu dan adik tirinya. Segala doa

dan hasrat Syafikah akhirnya termakbul. Tubuh kaku Puan Marini mula menunjukkan reaksi

yang memberangsangkan. Kaki dan tangannya mula bergerak-gerak dengan perlahan-

lahan. Syafikah amat bersyukur di atas reaksi itu. Dia segera mendapatkan doktor untuk

memberitahu tentang perkara tersebut. 

“Pesakit nampaknya semakin menunjukkan perkembangan yang positif. Sekiranya pesakit

terus menunjukkan perkembangan ini berkemungkinan pesakit akan boleh sembuh dengan

cepat. Walau bagaimanapun, Puan Marini memerlukan sokongan emosi dan mental yang

kuat terutama daripada ahli keluarganya kerana dia baru sahaja kehilangan anaknya dalam

kemalangan ngeri itu.” Dengan lantasnya Syafikah bersuara, “ Doktor, saya akan lakukan

yang terbaik untuk ibu saya.” Cikgu Anita mengusap lembut bahu syafikah dan turut

menambah, “ Syafikah tidak perlu risau, selagi cikgu mampu, cikgu akan sama-sama

membantu Syafikah”. Syafikah memeluk erat Cikgu Anita.

Hari berganti hari. Terasa begitu pantas jarum jam berputar di atas paksinya. Syafikah kini

menunggu keputusan UPSR yang akan diumumkan tidak lama lagi. Kesihatan Puan Marini

juga beransur pulih. Dia juga sudah mula menerima kehidupan baru hidupnya kini. Puan

Marini bukan lagi Puan Marini yang dulu. Dia kini hidup sebagai Puan Marini yang baru. Dia

sudah boleh menerima kehilangan anaknya.

Saat yang dinanti-nanti tiba kini. Keputusan UPSR kini mula diumumkan dan murid-murid

tahun 6 berhimpun di perkarangan sekolah untuk mendapatkan keputusan masing-masing.

7

Page 8: Terima Kasih, Cikgu!

Syafikah tiba di perkarangan sekolah bersama ibu tirinya yang turut menemaninya. Kini

keputusan di dalam genggaman Syafikah. Alangkah gembiranya hati apabila impiannya

menjadi nyata. Syafikah memperoleh 5A dalam ujian penilaian tersebut. Sahabat baiknya

Nadia turut memperolehi keputusan yang sama. Berkat segala usaha dan titik peluh mereka

bersengkang mata belajar bersama-sama dengan bimbingan Cikgu Anita. Puan Marini yang

sangat gembira dengan keputusan tersebut melonjak kegirangan. Jelas di wajahnya

keriangan dan kesyukuran yang tidak terhingga. Lantas Syafikah memeluk ibu tirinya, “Ibu,

saya memperoleh 5A…..syukurlah!”

“Tahniah, Syafikah! Ibu sangat berbangga dengan kamu. Kamu seharusnya berkongsi

kegembiraan ini bersama Cikgu Anita. Dia yang banyak membantu kamu…..”

Syafikah berlari menuju ke bilik guru untuk mendapatkan Cikgu Anita. Malangnya, Cikgu

Anita tidak ditemui. Jiwa Syafikah meronta-ronta ingin menunjukkan keputusan yang

diperolehnya itu kepada Cikgu Anita yang merupakan insan yang paling bermakna dalam

hidupnya. Alangkah sedihnya apabila Syafikah mendapat tahu yang Cikgu Anita telah

ditukarkan ke sekolah lain. Cikgu Anita meninggalkan sepucuk surat buat Syafikah yang

berbunyi….

Buat Syafikah,

Cikgu tahu yang Syafikah pasti memperoleh kejayaan yang cemerlang seperti yang diingini.

Maafkan cikg. Cikgu terpaksa meninggalkan sekolah ini tanpa memberitahu Syafikah. Cikgu

tidak mahu Syafikah sedih dan mengiringi pemergian cikgu dengan air mata. Cikgu gembira

melihat kegembiraan Syafikah kini. Syafikah sudah memperoleh ibu yang Syafikah ingini.

Teruskan hidup Syafikah untuk mengecapi kejayaan demi kejayaan. Andainya ada rezeki di

lain masa pasti kita akan bertemu lagi. Sampaikan salam cikgu buat ibu Syafikah dan tidak

lupa juga buat Nadia.

Walaupun surat itu ringkas tetapi membawa makna yang sungguh mendalam di jiwa

Syafikah. Surat yang berada digenggaman Syafikah jatuh menyimbah bumi bersama

deraian air matanya, “Cikgu, cikgu tau betapa besarnya pengorbanan cikgu kepada saya.

Saya tidak akan melupakan setiap jasa dan budi baik cikgu. Terima kasih, cikgu…..”

8