TEROMBA.docx

download TEROMBA.docx

of 7

Transcript of TEROMBA.docx

  • 8/14/2019 TEROMBA.docx

    1/7

    TEROMBA: WADAH MANIFESTASI

    SASTERA MELAYU

    Teromba merupakan salah satu genre puisi tradisional yang lahir dalam komuniti

    masyarakat Melayu keturunan Minang dan mengamalkan budaya hidup yang berteraskan

    Adat Pepatih. Selain teromba, puisi tradisional ini turut dikenali sebagai terasul, tambo dan

    salasilah. Bagi masyarakat Minang, teromba dimaksudkan sebagai peraturan

    memperlihatkan peri penting peraturan dalam kehidupan manusia. Dalam hal ini,

    masyarakat Minang melihat kehidupan yang dijalani tanpa peraturan sama seperti menjalani

    kehidupan yang tidak beradat. Sebagai genre puisi, teromba yang masih diikuti dan

    diamalkan di Minangkabau, Sumatera dan di Negeri Sembilan, Malaysia, tergolong dalam

    puisi yang tidak terikat; iaitu tidak mempunyai bentuk dan struktur tertentu, berangkap atau

    tidak. Dalam adat Minangkabau, teromba digunakan dalam istiadat perkahwinan dan

    sebagai sumber utama masyarakat Minang untuk berbicara mengenai adat. Teromba wujud

    dan dihasilkan oleh masyarakat dahulu secara kolektif yang diwarisi secara lisan dan

    hafalan.

    Sebagai sebuah masyarakat yang hidup bersendikan pepatah alam takambang

    menjadi guru, masyarakat Minang yang terbiasa dengan kehijauan alam telah mencetuskan

    falsafah, pemikiran, peraturan dan hukum kehidupan melalui susunan ayat yang

    mengandungi inti makna mendalam melalui teromba. Teromba yang disusun dan

    disampaikan dalam bentuk puisi memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada khalayak

    masyarakatnya. Dalam masa yang sama, masyarakat Melayu yang kukuh akar budi

    berupaya membentuk masyarakat yang halus jiwa dan pemikirannya melalui penciptaan

    teromba.

    Selain sebagai medium penyampaian fikiran dan perasaan, teromba juga menjadi

    wadah komunikasi dalam kalangan masyarakat. Proses enkod dan dekod khalayak yang

    menggunakan teromba dapat disalurkan dengan baik sehingga memberi kesan kepada

    pemikiran dan renungan mereka terhadap kehidupan. Komunikasi secara perbilangan,

    terasul, pepatah, gurindam, syair dan teromba membolehkan khalayak mencerna mesej

    yang ingin disampaikan melalui ragam penyampaian yang menarik. Hal ini merupakan

    kejayaan masyarakat pengamal puisi yang menemui jati diri dan rohani melalui renungan

    terhadap fenomena alam yang diterjemahkan dalam bentuk kreatif tersebut.

    Dalam mendepani arus modenisasi yang memperlihatkan kelonggaran struktur jati

    diri manusia, adalah wajar untuk masyarakat kembali mengenang semula akan keunggulan

    puisi seperti teromba yang mampu memberi keutuhan terhadap jati diri seseorang individu.

    Masyarakat moden yang sudah terbiasa dengan tulisan-tulisan popular bersifat harfiah

  • 8/14/2019 TEROMBA.docx

    2/7

    seharusnya diperkenalkan semula dengan bentuk teromba yang mampu mendidik jiwa

    manusia untuk lebih kenal diri dan pencipta, sekali gus melahirkan insan kamil yang menjadi

    modal insan berguna kepada pembangunan negara bangsa. Hal ini boleh dilakukan dengan

    melakukan pemupukan awal dengan konsep peribahasa melentur buluh biar dari

    rebungnya.

    Kepesatan pembangunan teknologi moden dalam membantu manusia memahami

    dunia boleh diseimbangkan dengan melihat unsur alam dalam teromba yang kaya dengan

    nilai falsafah. Renungan masyarakat terutamanya generasi muda terhadap nilai dalam

    teromba berupaya membentuk masyarakat yang tinggi akal budi dengan bersandarkan

    renungan terhadap alam tanpa meminggirkan modenisasi. Hal ini kerana, teromba yang

    semakin terpinggir dalam arus sastera perdana mampu membantu manusia untuk

    melahirkan satu kehidupan yang lebih sejahtera. Nilai yang wujud dalam teromba

    melangkaui ruang masa dan zaman.

    Sebagai contohnya, teromba yang telah lahir sejak zaman dahulu telah pun

    membicarakan persoalan ekonomi secara telus dan dibincangkan dalam khalayak

    masyarakatnya. Perkara ini dapat dihubung kait dengan struktur adat Minang itu sendiri

    yang memperlihatkan tanggungjawab Buapak dalam merangsang kegigihan anak buahnya

    untuk berusaha membaiki ekonomi diri dan keluarga. Sawah padi yang dimiliki perlu

    diusahakan dengan baik bagi menjamin masa depan diri dan keluarga. Secara halus, hal ini

    mencitrakan kepentingan masyarakat Minang untuk mengeksploitasi sawah padi dan unsur

    alam secara optimum agar kehidupan menjadi lebih stabil serta harmoni. Dalam masa yangsama, saranan agar berusaha gigih ini juga merupakan satu pesanan melalui teromba yang

    mempunyai keterikatan kuat dengan saranan agama Islam yang dipegang oleh Adat

    Pepatih iaitu saranan agar manusia berusaha untuk berjaya dan mengubah nasib manusia

    itu sendiri agar menjadi lebih baik. Hal ini dapat diperhalusi melalui teromba berikut:

    Hendak seribu daya

    Tak hendak seribu bicara

    Biar berputih tulang

    Jangan berputih mata

    Bulat tak datang menggolek

    Pipih tak datang melayang

    Kalau tak pecahkan ruyung

    Di manakah dapat sagunya(Kia Wahab, Kampung Peraku, Negeri Sembilan, 11 April 2001)

    Secara tidak langsung, teromba yang dihasilkan memberi makna tersembunyi untuk

    difikirkan oleh khalayak yang bijak menilai bahawa kesenangan hidup tidak datang tanpa

    usaha dan kegigihan. Hal ini nyata menyentuh perihal ekonomi masyarakat bahawa satu

    sistem ekonomi yang teratur dan jelas perlu dijana dalam usaha mendapatkan hasilnya.

  • 8/14/2019 TEROMBA.docx

    3/7

    Melalui teromba, pemimpin melaksanakan tanggungjawab dengan memberikan kesedaran

    kepada anak buahnya.

    Keutuhan falsafah Melayu yang tersembunyi dalam teromba tetap tidak lapuk dek

    hujan dan tidak lekang dek panas. Lapisan makna yang terdapat di dalam sesebuahteromba merupakan satu pandangan terhadap masa kemudian. Sekiranya gagasan

    1Malaysia muncul atas dasar pemikiran Perdana Menteri Malaysia Ke-6 pada tahun 2009,

    teromba yang dipetik daripada Alif Mokhtar pada tahun 2001 telah mencerminkan

    kepentingan perpaduan dan muafakat bagi memupuk sebuah negara harmonis yang

    berbilang kaum dan selaras dengan gagasan 1Malaysia yang baru dilahirkan. Malahan,

    teromba-teromba dengan landasan idea seperti yang diketengahkan Alif Mokhtar tidak

    mustahil telah wujud sejak berabad lama. Melalui teromba, perpaduan dijelmakan sebagai

    satu perkara asas yang perlu dipelihara sebaik mungkin. Nasihat di dalam teromba Alif

    Mokhtar mengajar manusia agar menepati janji, berkerjasama dan saling bertoleransi antarasatu sama lain. Hal ini jelas dapat dikaitkan dengan situasi sosial masyarakat kini yang

    berusaha mencapai kedamaian negara melalui gagasan 1Malaysia yang mementingkan

    kesatuan dan perpaduan.

    Dalam hal ini, teromba yang dihasilkan tersebut menggunakan kiasan, alegori dan

    perbandingan terhadap alam sama ada flora mahupun fauna dalam menyampaikan

    fikirannya. Atas dasar keupayaan akal manusia untuk berfikir lanjut, teromba berselindung di

    sebalik bahasa-bahasa figuratif yang menjelma secara semula jadi melalui fikiran pengarang

    untuk ditelaah dan direnung oleh khalayak masyarakat penerima. Penelitian masyarakatpenerima terhadap unsur alam dengan bahasa figuratif tersebut bukan hanya membuka

    minda khalayak sebaliknya memperkaya pengalaman manusia terhadap alam di

    persekitaran. Sekiranya khalayak menghayati dan memanfaatkan idea dan falsafah yang

    ada di dalam teromba ini, maka satu kehidupan masyarakat yang saling menghormati dan

    taat setia kepada negara mampu direalisasikan :

    Sekata tak berdalih

    Janji dibuat dimuliakan

    Buruk jangan dicari

    Musuh sama dihadang

    Berlunak sama berlumpur

    Bak kerbau sekandang

    Tanduk sama diasah

    Bak burung sesangkar

    Mengepal sekirai

    Bak ayam sereban

    Kecil besar sama sedayung

    Sakit sayu semua berduka

    Bak labu nan menjalar

  • 8/14/2019 TEROMBA.docx

    4/7

    Pucuk sama digetus

    Wakaf sama dipetik

    Ada sama mendapat

    Cicir sama dicari

    Untung laba sama dirasa

    Dalam masyarakat Minang di Negeri Sembilan, teromba menjadi alat untuk memupuk

    perpaduan, keselesaan dan jalinan kasih sayang yang berpanjangan. Melalui teromba,

    komunikasi antara masyarakat Melayu yang mengamalkan Adat Pepatih disalurkan dengan

    bentuk yang begitu halus. Kehalusan susunan, pemilihan dan unsur alam digunakan untuk

    menyemarakkan sifat berbudi dalam kalangan masyarakatnya. Aspek budi ditekankan agar

    masyarakat Melayu mampu hidup secara aman dengan rasa saling menghormati dan

    memahami antara satu sama lain. Masyarakat Melayu yang dikenali dengan kesantunan

    dan keperibadian yang tinggi begitu mementingkan nilai budi dalam aspek hidup seharian.

    Keanjalan struktur teromba menjadikan puisi ini berupaya memanfaatkan variasi

    peribahasa yang disatukan bagi memberi satu pengukuhan terhadap nilai yang ingin

    disampaikan. Melalui teromba berikut, aspek ini ditekankan dengan unsur nasihat serta

    pengajaran sebagai panduan untuk masyarakat menjalani kehidupan dengan sejahtera

    bersandarkan budi yang dijunjung semulia adat:

    Hati gajah sama dilapah

    Hati kuman sama dicecahBerat sama dipikul

    Ringan sama dijinjing

    Yang tua dimuliakan

    Yang muda dikasihi

    Sama besar hormat-menghormati

    Yang merah itu saga

    Yang kurik itu kundi

    Yang indah itu bahasa

    Yang baik itu budi

    (Mansor Gampam, Gunung Pasir, Negeri Sembilan, 5 Jun 2001)

    Sejajar dengan pegangan Islam bermazhab Shafie yang diamalkan masyarakat

    Minang, Adat Pepatih, nilai syumul falsafah dalam teromba tidak ketinggalan mengangkat

    martabat kaum wanita seperti yang pernah diperjuangkan oleh Nabi Muhammad S.A.W

    pada awal penurunan al-Quran. Dalam hal ini, teromba yang menjadi medium penyampaian

    fikiran dan perasaan telah dimanfaatkan oleh masyarakat Minang dengan peluahan

    penghargaan dan keutamaan untuk menghormati kaum wanita. Secara tidak langsung,

    mesej yang disampaikan melalui teromba mampu menimbulkan rasa kagum dan hormat

    akan wanita daripada kalangan kanak-kanak mahupun dewasa. Kesedaran yang dipupuk

  • 8/14/2019 TEROMBA.docx

    5/7

    melalui alternatif kreatif tradisional ini berupaya membuang rasa klise masyarakat yang

    memandang enteng tentang isu hak dan keutamaan kaum wanita.

    Dalam masyarakat ini, kaum wanita yang mampu memberikan pandangan secara

    bebas haruslah mempunyai sifat kewanitaan yang ideal dan anggun. Menariknya,keanggunan yang dimaksudkan bukan tertakluk kepada kecantikan luaran semata-mata

    sebaliknya merangkumi kebijaksanaan, kecerdasan dan berpengalaman yang luas. Walau

    bagaimanapun, segala dasar keanggunan tersebut tetap dibatasi hukum adat dan

    kebijaksanaan wanita berfikir dalam banyak segi kehidupan. Perincian tersebut disalurkan

    melalui pemanfaatan unsur alam seperti di bawah :

    Tahu mudarah jaga manfaat

    Mengenal laba juga rugi

    Tahu di onak yang menyangkutTahu di ranting yang mencucuk

    Ingat di dahan yang menghempap

    Tahu di angin yang berseru

    Tahu di arus ombak yang bersabung

    Tahu di alamat kata sampai

    (Mohd Shah Mazlan, Kampung Dioh, Negeri Sembilan, 22 Mac 2001)

    Keupayaan teromba dalam mengungkap nilai kehidupan dan falsafah hidup manusia

    merupakan satu perkara penting yang perlu diberi perhatian. Sekiranya masyarakat Baratberbangga dengan inti falsafah mereka yang dibukukan, maka masyarakat Melayu

    sewajarnya memberi penekanan dan berbangga dengan kewujudan puisi tradisional seperti

    teromba yang menyembunyi falsafah kehidupan di sebalik susunan kata bersumberkan nilai

    alam dan kemanusiaan. Falsafah bangsa Melayu yang lahir secara semula jadi terakam

    dalam puisi tradisional seperti ini. Ketohoran pengetahuan masyarakat dan generasi kini

    terhadap teromba seharusnya diperdalamkan agar keunggulan memanifestasikan falsafah

    Melayu dapat terus disuburkan.

    Generasi kini mempunyai keterbukaan minda yang lebih mudah untuk dilentur

    melalui pengaplikasian medium teromba yang sarat dengan bahasa figuratif dan renungan

    pengarang terhadap alam. Sekiranya masyarakat dahulu mewujudkan teromba secara

    kolektif, penulis atau pemikir kini mampu menjadikan teromba sebagai satu saluran

    pemikiran yang berkesan dalam memantapkan sesebuah institusi baik dari yang kecil

    sehingga menjangkau lapisan institusi yang lebih besar seperti negara.

    Pendedahan serius mengenai teromba terhadap generasi kini merupakan satu

    tindakan yang wajar bagi memastikan pelestarian teromba dalam sejarah sastera Melayu

    tidak terpadam. Fungsi teromba dalam mendidik masyarakat, memberi panduan serta

    pengajaran mengenai kehidupan dan falsafah bangsa Melayu yang halus budi pekerti

  • 8/14/2019 TEROMBA.docx

    6/7

    mampu dikembangkan melalui warisan terhadap generasi kini yang semakin tandus

    pengetahuan mengenai seni puisi teromba. Dalam mendepani arus kemodenan, nilai seni

    teromba sentiasa relevan untuk segenap lapisan masyarakat. Kepadatan nilai moral, akhlak,

    agama, kekeluargaan dan mencakupi keseluruhan isu dalam aspek kehidupan manusia

    membolehkan nilai seni dan tradisi Melayu dalam teromba terus terpelihara meskipunberhadapan dengan unsur globalisasi.

    Keupayaan teromba dalam mengungkapkan falsafah Melayu secara halus

    merupakan satu kebanggaan yang wajar dilestarikan untuk warisan generasi akan datang.

    Pelestarian dan kerelevanan teromba dalam kehidupan masyarakat Melayu juga wajar diberi

    perhatian serius agar genre puisi tradisional yang menyimpan khazanah ilmu alam, budaya

    dan pemikiran manusia ini mampu diteliti generasi akan datang untuk mengenali susur galur

    adat dan budaya Melayu yang kaya dengan kiasan dan perlambangan kata dalam

    mencerminkan pemikiran, jati diri dan keperibadian bangsa.

    Esei ini telah tersiar dalam majalah Dewan Sastera, Mei 2010

    ADAT PEPATIH

    Adat Perpatihberasal dari tanahMinangkabau,Sumatera, diasaskan oleh seorang pemimpin

    Minang bernama Sutan Balun yang bergelarDato' Perpatih Nan Sebatang.Adat ini adalah

    amalan dan peraturan hidup yang ditentukan bagi masyarakat Minangkabau yang rata-ratanyaadalah petani ketika itu. Tidak ada tarikh yang tepat dicatatkan bila adat ini diwujudkan. Tetapi

    Adat Perpatih telah dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) oleh

    perantau-perantau Minangkabau pada abad ke 14 Masehi.

    Di Malaysia, Adat Perpatih ini masih lagi wujud dan diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri

    Sembilandan sebahagian dariMelakaterutamanyaMasjid Tanah.Majoriti mereka adalah

    keturunan Melayu Minangkabau.

    Masyarakat Adat Perpatihterbahagi kepada tiga kumpulan utama

    iaituPerutSukudanLuak.Perut adalah unit sosio-politik yang terkecil di mana anggota sesuatu

    perut itu adalah berasal daripada moyang (keturunan perempuan) yang sama. Mereka ini sangatrapat dan lazimnya tinggal di sesuatu perkampungan atau kawasan yang sama. Setiap perut

    mempunyai seorang ketua yang digelar Buapak.Buapak ini dipilih oleh anak-anak buah di dalam

    sesuatu perut berkenaan.

    Kumpulan yang kedua ialahsuku. Suku dibentuk oleh beberapa perut yang menjadikan keluarga

    berkenaan semakin besar. Suku diketuai oleh seorang ketua yang digelarDato' Lembaga.

    Kumpulan ketiga ialahLuak.Luak adalah unit kawasan pentadbiran dari segi adat di mana ada

    empat luak utama iaituRembau,Sungai Ujung,JoholdanJelebu.Setiap luak diketuai oleh

    seorangUndang.Selain daripada empat luak utama ini ada satu lagi luak yang kelima

    dipanggilLuak Tanah Mengandung.Luak Tanah Mengandung ini adalah terdiri daripada limaluak kecil di Seri Menanti iaituLuak Inas,Luak Ulu Muar,Luak Gunung Pasir,Luak

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Minangkabauhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Minangkabauhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Minangkabauhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Dato%27_Perpatih_Nan_Sebatang&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Dato%27_Perpatih_Nan_Sebatang&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Dato%27_Perpatih_Nan_Sebatang&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri_Sembilanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri_Sembilanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri_Sembilanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri_Sembilanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melakahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melakahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melakahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Tanahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Tanahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Tanahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Peruthttp://ms.wikipedia.org/wiki/Peruthttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sukuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sukuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sukuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Luakhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Luakhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Luakhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Dato%27_Lembagahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Dato%27_Lembagahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Dato%27_Lembagahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Luakhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Luakhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Luakhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Rembauhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Rembauhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sungai_Ujunghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sungai_Ujunghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sungai_Ujunghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Joholhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Joholhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Joholhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Jelebuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Jelebuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Jelebuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Undanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Undanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Undanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Luak_Tanah_Mengandunghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Luak_Tanah_Mengandunghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Luak_Tanah_Mengandunghttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Luak_Inas&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Luak_Inas&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Luak_Inas&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Luak_Ulu_Muar&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Luak_Ulu_Muar&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Luak_Ulu_Muar&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Luak_Gunung_Pasir&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Luak_Gunung_Pasir&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Luak_Gunung_Pasir&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Luak_Terachi&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Luak_Terachi&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Luak_Terachi&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Luak_Gunung_Pasir&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Luak_Ulu_Muar&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Luak_Inas&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Luak_Tanah_Mengandunghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Undanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Jelebuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Joholhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sungai_Ujunghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Rembauhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Luakhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Dato%27_Lembagahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Luakhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sukuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Peruthttp://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Tanahhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Melakahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri_Sembilanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Negeri_Sembilanhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Dato%27_Perpatih_Nan_Sebatang&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Minangkabau
  • 8/14/2019 TEROMBA.docx

    7/7

    TerachidanLuak Jempol.Setiap luak kecil ini ditadbirkan oleh seorang ketua yang

    bergelarPenghulu Luak.

    Adat Perpatih ini diwariskan dari generasi ke generasi melalui kata-kata perbilangan. Ia

    merangkumi pelbagai aspek kehidupan masyarakat termasuk soal harta pusaka, perlantikan

    pemimpin, hukum nikah kahwin, amalan bermasyarakat, sistem menghukum mereka yangmelanggar adat atau melakukan kesalahan dan pelbagai aspek lagi. Setiap peraturan atau adat

    itu ada perbilangannya dan setiap peraturan itu ada rasional atau sebab-sebab terjadinya hukum

    atau adat itu.

    Perlantikan pemimpin, misalnya, banyak yang menyamakan sistem Adat Perpatih dengan

    amalan demokrasi. Contohnya ialah perlantikanYang DiPertuan BesarNegeri Sembilan di mana

    bukannya melalui keturunan dari bapa ke anak tetapi adalah melalui pemilihan oleh Undang

    Luak yang empat iaituUndang Rembau,Undang Sungai Ujung,Undang JoholdanUndang

    Jelebu.Empat undang ini akan bermesyuarat untuk melantik salah seorang keturunan dari

    rajaPagar Ruyunguntuk menjadi Yang DiPertuan. Undang Luak pula dilantik oleh Dato'-Dato'

    Lembaga di luak (daerah) masing-masing.Dato' Lembagaini pula adalah pemimpin-pemimpin

    yang dilantik secara muafakat oleh pemimpin-pemimpin keluarga yang digelarBuapak.Oleh itu

    secara keseluruhannya kuasa melantik pemimpin itu sebenarnya berada di tangan rakyat

    biasa.Inilah satu sistem Adat Perpatih yang ada persamaan dengan demokrasi.

    Adat Perpatih mempunyai lima prinsip utama.

    1. Keturunan dikira melalui nasab ibu: Adat Perpatih memberi keistimewaan kepada

    perempuan yang dianggapbonda kandungiaitu ibu yang melahirkan anggota-anggota

    masyarakat. Seseorang individu itu adalah anggota suku ibunya dan bukan anggota

    suku bapanya.

    2. Tempat Kediaman adalah di kawasan ibu isteri: Apabila berlangsungnya sesuatu

    perkahwinan, si lelaki akan meninggalkan kampung halamannya dan menetap di

    kawasan ibu isterinya sebagai orangsemenda.Pada zaman dahulu si lelaki akan

    mengusahakan tanah keluarga isterinya.

    3. Perempuan mewarisi pusaka, lelaki menyandang saka: Hanya lelaki sahaja yang

    berhak menyandangsaka(jawatan-jawatan dalam adat) manakala perempuan adalah

    mewarisi harta pusaka keluarga ibunya.

    4. Perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang: Dalam sesuatu perut dan suku,

    hubungan adalah rapat dan si lelaki menganggap perempuan dalam perut atau sukunya

    adalah saudara perempuannya. Begitu juga sebaliknya. Oleh itulah perkawinan sesama

    suku ini adalah terlarang. Perempuan yang berkahwin sesama suku akan hilang haknya

    untuk mewarisi harta pusaka ibunya manakala lelaki pula akan hilang hak untuk

    menyandang sebarang jawatan dalam adat.

    5. Orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku: Untuk tujuan perkahwinan atau waris

    mewarisi, dibenarkan orang luar untuk menjadi ahli sesuatu suku dengan cara melalui

    upacaraberkedim.Dalam upacara ini seseorang itu akan bersumpah taat setia dan

    bersaudara dengan ahli-ahli suku yang akan disertainya.

    http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Luak_Terachi&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Luak_Terachi&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Luak_Jempol&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Luak_Jempol&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Luak_Jempol&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Penghulu_Luak&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Penghulu_Luak&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Penghulu_Luak&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Yang_DiPertuan_Besar&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Yang_DiPertuan_Besar&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Yang_DiPertuan_Besar&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Undang_Rembauhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Undang_Rembauhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Undang_Rembauhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Undang_Sungai_Ujung&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Undang_Sungai_Ujung&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Undang_Sungai_Ujung&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Undang_Johol&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Undang_Johol&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Undang_Johol&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Undang_Jelebu&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Undang_Jelebu&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Undang_Jelebu&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Undang_Jelebu&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Pagar_Ruyunghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pagar_Ruyunghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pagar_Ruyunghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Dato%27_Lembagahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Dato%27_Lembagahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Dato%27_Lembagahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Buapakhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Buapakhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Buapakhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Bonda_kandung&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Bonda_kandung&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Bonda_kandung&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Semenda&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Semenda&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Semenda&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Sakahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sakahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sakahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Berkedimhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Berkedimhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Berkedimhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sakahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Semenda&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Bonda_kandung&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Buapakhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Dato%27_Lembagahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pagar_Ruyunghttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Undang_Jelebu&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Undang_Jelebu&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Undang_Johol&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Undang_Sungai_Ujung&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Undang_Rembauhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Yang_DiPertuan_Besar&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Penghulu_Luak&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Luak_Jempol&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Luak_Terachi&action=edit&redlink=1