terpendam di hati, mereka benar-benar membuktikan ‘esok ...

1
PROGRAM Biasiswa Majlis Seni Kebangsaan (NAC) bertujuan memupuk indi- vidu berbakat agar membangun dan memper- ku- kuh ekosistem se- ni di Singapura. Lantaran itu, melihat anak mu- da dengan impian besar meraih bia- siswa tersebut dengan usaha menjunjung seni dan budaya se- tempat sebagai landasan me- menuhi cita-cita mereka merupakan perkara yang cukup menggembirakan. Demikian jelas Timbalan Ketua Pe- gawai Eksekutif (CEO) NAC, Encik Paul Tan, dalam e-melnya kepada Gah! Mengulas pencapaian Cik Nur Aqilah Hassan, 21 tahun, satu-satunya anak Me- layu yang meraih Biasiswa Seni NAC tahun ini, beliau berkata: “Cik Nur Aqilah diberikan biasiswa ini kerana beliau memaparkan potensi dalam membangun sektor seni Singapura selanjutnya, khususnya dengan kecen- derungan mendalam dan komitmennya terhadap seni yang didorong oleh keper- luan masyarakat. “Kami berharap dengan biasiswa yang diterima, Cik Nur Aqilah akan terus menyumbang dan mempertingkat ke- canggihan dan kekayaan landskap bu- daya di sini.” BUKAN sekali tetapi dua kali Cik Nur Aqilah Hassan dikecewakan dengan pengajiannya di Sekolah Seni Singapura (Sota) tertunda kerana perlu mengulangi tahun keempat di institusi itu sebanyak dua kali. Justeru, jika pelajar lain menghabiskan masa enam tahun memburu ilmu di Sota bagi meraih Diploma International Bac- calaureate berkaitan kerjaya (IBCC), beliau melalui perjalan- an panjang selama lapan tahun sebelum menutup tirai per- sekolahan. Bagaimanapun, perjalanan jauh itu tidak membuat Cik Nur Aqilah, 21 tahun, patah semangat dalam meneruskan im- piannya menggenggam ijazah seni halus di luar negara. Berbekalkan semangat kental dan sokongan seisi keluar- ganya, anak sulung dalam keluarga tiga beradik perempuan itu akhirnya bergelar penerima Biasiswa Seni Majlis Seni Ke- bangsaan (NAC) peringkat mahasiswa Sarjana Muda. Tahun lalu, beliau lulus dalam peperiksaan IBCC dengan kepujian bagi kemasyarakatan dan perkhidmatan hasil usa- hanya memimpin dan menjadi kurator beberapa pameran se- ni di Sota sejak 2014. Biasiswa Seni NAC pula disampaikan kepadanya dan enam belia lain dengan kecenderungan seni mendalam dan ke- inginan membangun kerjaya sebagai penggiat atau karyawan seni. Selepas tamat pengajian masing-masing, mereka akan kembali menyumbang kepada sektor seni setempat mengikut tempoh yang ditetapkan. Biasiswa seni sejumlah $110,000 itu akan digunakannya bagi pengajian empat tahun Sarjana Muda (Kepujian) dalam Seni Halus di Sekolah Seni Glasgow di Scotland. Anggaran kos pengajian luar negaranya itu ialah £13,600 ($23,952) setahun. Ketika dihubungi Gah!, Cik Nur Aqilah melahirkan rasa syukur seraya berkata: “Pengiktirafan dan peluang yang diberi NAC ini amat bermakna bagi saya sebab ia menggalak- kan seniman muda seperti saya agar terus berkarya, me- ngasah kemahiran, menimba ilmu seni daripada golongan yang mahir serta menyumbang kembali kepada masyarakat. “Saya rasa banyak lagi ruang buat seniman dan kurator selongkar di Singapura dalam menarik minat orang ramai agar menghayati seni dan melibatkan diri dalam memeriah- kan dan meraikannya. “Oleh sebab itu saya tidak pernah berputus asa dalam mengatasi kegagalan saya, mengetahui kelemahan saya dan memperbaiki diri agar suatu hari nanti saya dapat menggembi- rakan hati ibu bapa saya dan menjadi teladan buat adik-adik saya.” Meskipun layak diterima di beberapa institusi seni ter- ulung di dunia, Cik Nur Aqilah memilih Sekolah Seni Glas- gow sebagai tempat meneruskan pengajian kerana yakin di situlah beliau mampu memanfaatkan kreativiti sepenuhnya. “Saya tahu di sana, dunia seninya begitu pesat ber- kembang dan orang awam lebih tertarik menghayati seni. Inilah pengalaman yang ingin saya cedok dan bawa pulang ke Singapura kelak,” katanya. Bapanya, Encik Hassan Ali, 58 tahun, seorang teknisyen kejuruteraan; dan ibunya, Cik Hamidah Abdul Karim, 40-an tahun, penggubah bunga profesional, merupakan sumber do- rongan terkuat. “Mereka selalu terapkan dalam diri saya semangat mencu- ba dan tidak mudah putus asa. Selebihnya, mereka sudi berbincang secara terbuka dan berusaha memahami seni yang saya ceburi meskipun ia berbentuk eksperimental,” jelasnya lagi. Selain tidak sabar meraikan seni, Cik Nur Aqilah juga ber- debar-debar mempersiap dirinya bagi kehidupan berdikari di rantauan. “Ini kali pertama saya berada jauh daripada keluarga. Ba- nyak perkara yang harus saya kendalikan sendiri. Mudah-mudahan, saya akan tabah mengharungi cabaran ba- ru belajar di rantauan,” katanya lagi. Sementara menunggu keberangkatannya bulan depan, be- liau juga sibuk mengendalikan pameran dan proses pengarkiban khazanah seni di Pusat Seni Goodman. “Tumpuan saya ialah pada penggiat seni wanita di Singapu- ra. Perlu ada kesedaran tentang apa yang mereka bangunkan dan sumbangkan kepada masyarakat,” katanya. Seniman muda mampu perkukuh ekosistem seni Lalui dua kegagalan sebelum raih Biasiswa Majlis Seni Kebangsaan ENCIK PAUL TAN: Yakini potensi anak muda dalam membangun landskap seni setempat. – Foto fail KEGAGALAN JADI RUANG MEMPERBAIKI DIRI: Cik Nur Aqilah Hassan masih merasakan peluang meraih Biasiswa Seni Majlis Seni Kebangsaan (NAC) ibarat mimpi setelah mengulangi pengajian di Sekolah Seni Singapura (Sota) sebanyak dua kali. – Foto TAUFIK A. KADER Sekali mencuba tetapi tidak berjaya bukanlah penghalang bagi dua belia ini mengejar cita-cita. Apabila diberi peluang kedua mahupun ketiga dalam melaksanakan misi yang terpendam di hati, mereka benar-benar membuktikan ‘esok masih ada’ bagi memperbaiki diri. HARYANI ISMAIL ([email protected]) melaporkan kisah inspirasi Cik Nur Aqilah Hassan dan Encik Muhammad Rozaidi Jumadi di halaman ini dan halaman sebelah. 18 Berita Harian | Sabtu, 6 Ogos 2016 Gah!

Transcript of terpendam di hati, mereka benar-benar membuktikan ‘esok ...

Page 1: terpendam di hati, mereka benar-benar membuktikan ‘esok ...

PROGRAMBiasiswa MajlisSeni Kebangsaan(NAC) bertujuanmemupuk indi-vidu berbakatagar membangundan memper- ku-kuh ekosistem se-ni di Singapura.

Lantaran itu,melihat anak mu-da dengan impianbesar meraih bia-siswa tersebutdengan usahamenjunjung senidan budaya se-tempat sebagailandasan me-menuhi cita-cita mereka merupakanperkara yang cukup menggembirakan.

Demikian jelas Timbalan Ketua Pe-gawai Eksekutif (CEO) NAC, Encik PaulTan, dalam e-melnya kepada Gah!

Mengulas pencapaian Cik Nur AqilahHassan, 21 tahun, satu-satunya anak Me-layu yang meraih Biasiswa Seni NACtahun ini, beliau berkata:

“Cik Nur Aqilah diberikan biasiswaini kerana beliau memaparkan potensidalam membangun sektor seni Singapuraselanjutnya, khususnya dengan kecen-derungan mendalam dan komitmennyaterhadap seni yang didorong oleh keper-luan masyarakat.

“Kami berharap dengan biasiswayang diterima, Cik Nur Aqilah akan terusmenyumbang dan mempertingkat ke-canggihan dan kekayaan landskap bu-daya di sini.”

BUKAN sekali tetapi dua kali Cik Nur Aqilah Hassandikecewakan dengan pengajiannya di Sekolah Seni Singapura(Sota) tertunda kerana perlu mengulangi tahun keempat diinstitusi itu sebanyak dua kali.

Justeru, jika pelajar lain menghabiskan masa enam tahunmemburu ilmu di Sota bagi meraih Diploma International Bac-calaureate berkaitan kerjaya (IBCC), beliau melalui perjalan-an panjang selama lapan tahun sebelum menutup tirai per-sekolahan.

Bagaimanapun, perjalanan jauh itu tidak membuat CikNur Aqilah, 21 tahun, patah semangat dalam meneruskan im-piannya menggenggam ijazah seni halus di luar negara.

Berbekalkan semangat kental dan sokongan seisi keluar-ganya, anak sulung dalam keluarga tiga beradik perempuanitu akhirnya bergelar penerima Biasiswa Seni Majlis Seni Ke-bangsaan (NAC) peringkat mahasiswa Sarjana Muda.

Tahun lalu, beliau lulus dalam peperiksaan IBCC dengankepujian bagi kemasyarakatan dan perkhidmatan hasil usa-hanya memimpin dan menjadi kurator beberapa pameran se-ni di Sota sejak 2014.

Biasiswa Seni NAC pula disampaikan kepadanya danenam belia lain dengan kecenderungan seni mendalam dan ke-inginan membangun kerjaya sebagai penggiat atau karyawanseni. Selepas tamat pengajian masing-masing, mereka akankembali menyumbang kepada sektor seni setempat mengikuttempoh yang ditetapkan.

Biasiswa seni sejumlah $110,000 itu akan digunakannyabagi pengajian empat tahun Sarjana Muda (Kepujian) dalamSeni Halus di Sekolah Seni Glasgow di Scotland.

Anggaran kos pengajian luar negaranya itu ialah £13,600($23,952) setahun.

Ketika dihubungi Gah!, Cik Nur Aqilah melahirkan rasasyukur seraya berkata: “Pengiktirafan dan peluang yangdiberi NAC ini amat bermakna bagi saya sebab ia menggalak-kan seniman muda seperti saya agar terus berkarya, me-ngasah kemahiran, menimba ilmu seni daripada golonganyang mahir serta menyumbang kembali kepada masyarakat.

“Saya rasa banyak lagi ruang buat seniman dan kuratorselongkar di Singapura dalam menarik minat orang ramaiagar menghayati seni dan melibatkan diri dalam memeriah-kan dan meraikannya.

“Oleh sebab itu saya tidak pernah berputus asa dalammengatasi kegagalan saya, mengetahui kelemahan saya danmemperbaiki diri agar suatu hari nanti saya dapat menggembi-rakan hati ibu bapa saya dan menjadi teladan buat adik-adiksaya.”

Meskipun layak diterima di beberapa institusi seni ter-ulung di dunia, Cik Nur Aqilah memilih Sekolah Seni Glas-gow sebagai tempat meneruskan pengajian kerana yakin disitulah beliau mampu memanfaatkan kreativiti sepenuhnya.

“Saya tahu di sana, dunia seninya begitu pesat ber-kembang dan orang awam lebih tertarik menghayati seni.

Inilah pengalaman yang ingin saya cedok dan bawa pulang keSingapura kelak,” katanya.

Bapanya, Encik Hassan Ali, 58 tahun, seorang teknisyenkejuruteraan; dan ibunya, Cik Hamidah Abdul Karim, 40-antahun, penggubah bunga profesional, merupakan sumber do-rongan terkuat.

“Mereka selalu terapkan dalam diri saya semangat mencu-ba dan tidak mudah putus asa. Selebihnya, mereka sudiberbincang secara terbuka dan berusaha memahami seni yangsaya ceburi meskipun ia berbentuk eksperimental,” jelasnyalagi.

Selain tidak sabar meraikan seni, Cik Nur Aqilah juga ber-

debar-debar mempersiap dirinya bagi kehidupan berdikari dirantauan.

“Ini kali pertama saya berada jauh daripada keluarga. Ba-nyak perkara yang harus saya kendalikan sendiri.Mudah-mudahan, saya akan tabah mengharungi cabaran ba-ru belajar di rantauan,” katanya lagi.

Sementara menunggu keberangkatannya bulan depan, be-liau juga sibuk mengendalikan pameran dan prosespengarkiban khazanah seni di Pusat Seni Goodman.

“Tumpuan saya ialah pada penggiat seni wanita di Singapu-ra. Perlu ada kesedaran tentang apa yang mereka bangunkandan sumbangkan kepada masyarakat,” katanya.

Seniman mudamampu

perkukuhekosistem seni

Lalui dua kegagalan sebelumraih Biasiswa Majlis Seni Kebangsaan

ENCIK PAUL TAN:Yakini potensi anakmuda dalammembangun landskapseni setempat. – Fotofail

KEGAGALAN JADI RUANGMEMPERBAIKI DIRI: Cik NurAqilah Hassan masihmerasakan peluang meraihBiasiswa Seni Majlis SeniKebangsaan (NAC) ibaratmimpi setelah mengulangipengajian di Sekolah SeniSingapura (Sota) sebanyakdua kali. – Foto TAUFIK A.KADER

Sekali mencuba tetapi tidak berjaya bukanlah penghalang bagi dua belia ini mengejar cita-cita. Apabila diberi peluang kedua mahupun ketiga dalam melaksanakan misi yangterpendam di hati, mereka benar-benar membuktikan ‘esok masih ada’ bagi memperbaiki diri. HARYANI ISMAIL ([email protected]) melaporkan kisah inspirasi

Cik Nur Aqilah Hassan dan Encik Muhammad Rozaidi Jumadi di halaman ini dan halaman sebelah.

18 Berita Harian | Sabtu, 6 Ogos 2016

Gah!