Tugasan o.t Dusseck Benar

12
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU HBML 4103 1.0 PENGENALAN Bahasa Melayu adalah pengantar utama di Tanah Melayu sejak sebelum merdeka sehingga masa kini. Tokoh-tokoh bahasa menyatakan bahawa Bahasa Melayu yang digunakan oleh pelbagai bangsa adat dari pelbagai rumpun yang tergolong dari kumpulan rumpun Melayu. Pada tahun 1935, O.T Dusseck yang mana merupakan seorang bekas pegawai berbangsa Inggeris yang bertugas di Tanah Melayu sebelum merdeka lagi. Beliau telah menyampaikan ilmu kepada penuntut-penuntutnya bahawa ada tiga tenaga yang menjadi pendorong dalam hidup iaitu agama, adat resam dan bahasa. Tegas beliau, bahasa kamu, saya percaya, diucapkan oleh lebih dari 70 juta manusia. Ini merupakan satu daripada rumpun-rumpun bahasa terbesar didunia, Jangan lupakan hakikat itu. Pelihara bahasa kamu itu, berusahalah meninggikannya ke taraf yang layak dikalangan bahasa-bahasa dunia. Bila taraf bahasa kamu tinggi, akan tinggilah juga taraf bahasa kamu”.(The Straits Times, 1935) O.T Dusseck, 1935. Kata-kata yang dipetik dari akhbar itu menunjukkan bahawa betapa Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu yang sama tarafnya dengan bahasa- 1

description

Sejarah Bahasa Melayu

Transcript of Tugasan o.t Dusseck Benar

Page 1: Tugasan o.t Dusseck Benar

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUHBML 4103

1.0 PENGENALAN

Bahasa Melayu adalah pengantar utama di Tanah Melayu sejak sebelum merdeka

sehingga masa kini. Tokoh-tokoh bahasa menyatakan bahawa Bahasa Melayu yang digunakan

oleh pelbagai bangsa adat dari pelbagai rumpun yang tergolong dari kumpulan rumpun Melayu.

Pada tahun 1935, O.T Dusseck yang mana merupakan seorang bekas pegawai berbangsa Inggeris

yang bertugas di Tanah Melayu sebelum merdeka lagi. Beliau telah menyampaikan ilmu kepada

penuntut-penuntutnya bahawa ada tiga tenaga yang menjadi pendorong dalam hidup iaitu agama,

adat resam dan bahasa. Tegas beliau, “bahasa kamu, saya percaya, diucapkan oleh lebih dari 70

juta manusia. Ini merupakan satu daripada rumpun-rumpun bahasa terbesar didunia, Jangan

lupakan hakikat itu. Pelihara bahasa kamu itu, berusahalah meninggikannya ke taraf yang layak

dikalangan bahasa-bahasa dunia. Bila taraf bahasa kamu tinggi, akan tinggilah juga taraf

bahasa kamu”.(The Straits Times, 1935)

O.T Dusseck, 1935.

Kata-kata yang dipetik dari akhbar itu menunjukkan bahawa betapa Bahasa Melayu mampu

menjadi bahasa ilmu yang sama tarafnya dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain sekiranya

kita berusaha untuk mempertahankan keluhuran dan kedaulatannya. Selain itu, seperti kata

pepatah, “bahasa jiwa bangsa” Bermaksud bahasa itu adalah cermin kepada bangsa yang

1

Page 2: Tugasan o.t Dusseck Benar

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUHBML 4103

menuturkannya. Pelbagai langkah yang telah diambil untuk memartabatkan Bahasa Melayu agar

bersaing dengan bahasa-bahasa antarabangsa yang lain.

Bagi menyokong hujahan O.T Dusseck, menurut Amat Juhari Moain, terdapat 5 zaman

perkembangan bahasa Melayu. Ini membuktikan bahawa bahasa Melayu tersebar dan

berkembang secara bertahap-tahap iaitu dari zaman ke zaman. Lima zaman tersebut ialah zaman

bahasa Melayu Purba, Melayu Kuno, Melayu Klasik, Melayu Pramoden dan Melayu Moden.

Secara ringkasnya, berdasarkan pengklasifikasian zaman-zaman perkembangan telah

membuktikan bahawa bahasa Melayu berkembang dan mempunyai sejarah penyebarannya

secara langsung menyokong hujahan O.T Dusseck bahawa 70 juta orang yang menuturkan

Bahasa Melayu.

Sejarah mengatakan bahawa asal usul Bahasa Melayu adalah ditutur orang orang Melayu

yang dipercayai berasal daripada kelompok Austronesia. Bangsa ini iaitu kelompok manusia

yang berasal dari daerah Yunan di China. Kelompok ini dipercayai berhijrah dalam bentuk

beberapa gelombang pergerakan manusia iaitu gelombang Melayu-Proto dan Melayu-Deutro

yang mana mereka ini menuturkan bahasa Melayu daripada rumpun bahasa Austronesia. Namun,

bahasa melayu itu sendiri mengalami evolusi dengan kehadiran pengaruh-pengaruh bahasa luar

yang lain. Kronologi evolusi bahasa ini dapat dilihat dari perkembangan Bahasa Melayu itu

sendiri dari zaman sebelum perang dan zaman selepas perang.

Perkembangan yang begitu pesat dalam pengkajian sejarah Bahasa Melayu ini adalah

bukti akan rumpun Bahasa Melayu adalah salah satu rumpun bahasa yang terbesar di dunia. Pada

zaman sebelum perang, perubahan positif Bahasa Melayu terbahagi kepada kepada zaman

Bahasa Melayu Purba, Zaman Bahasa Melayu Kuno dan zaman Bahasa Melayu Klasik.

Manakala perkembangan Bahasa Melayu selepas perang pula terbahagi kepada dua iaitu zaman

Bahasa Melayu Pramoden dan Bahasa Melayu Moden. Bahasa Melayu adalah bahasa yang amat

fleksibel dan mudah untuk menerima pengaruh luar. Atas sebab itulah Bahasa Melayu mudah

diterima oleh masyarakat.

2

Page 3: Tugasan o.t Dusseck Benar

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUHBML 4103

Bahagian 1

2.0 Bahasa Melayu Sebelum Perang

Apa yang dimaksudkan dengan Bahasa Melayu sebelum perang? Perkembangan Bahasa Melayu

sebelum perang adalah perkembangan yang dilihat sebelum tercetusnya Perang Dunia ke 2.

Perkembangan ini dapat dilihat sejak zaman sebelum kedatangan penjajah Inggeris di Tanah

Melayu, terutamanya perkembangan yang amat ketara adalah pada zaman kegemilangan

kesultanan Melayu Melaka.

2.1 Zaman Bahasa Melayu Purba

Bahasa Melayu Purba ialah bahasa Melayu yang wujud pada zaman prasejarah. Mengikut

kepercayaan, Bahasa Melayu yang dituturkan pada zaman ini adalah amat primitif. Namun ianya

tidak dapat dibuktikan kerana tidak ada bukti yang kukuh. Bahasa ini juga dikatakan sedemikian

kerana tidak ada sejarah bertulis pada masa itu. Manakala menurut Asmah Haji Omar,

Bahasa Melayu Purba dipercayai dituturkan oleh kelompok Melayu Deutro. Mereka

menggunakan bahasa ini dalam bentuk lisan. Oleh itu Bahasa Melayu Purba tidak wujud dalam

bentuk tulisan.

2.2 Zaman Bahasa Melayu Kuno

Menurut Abdul Rashid dan Amat Juhari Moain, bahasa Melayu Kuno bermula pada abad

ke-4 Masihi kerana terdapat bukti yang telah ditemui di Dong Yen Chau di Teluk Tourane

Vietnam yang mana menurut kajian berasal dari abad ke-4 Masihi. Bahan bukti yang ditemui

ialah sebuah prasasti.

Menurut laman sesawang wikipedia bahasa Melayu, bahasa Melayu Kuno wujud setelah

menerima pengaruh daripada India dan kegemilangannya adalah dari abad ke-7 hingga abad ke-

13 pada zaman kerajaan Sriwijaya sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran. Mereka yang

bertutur bahasa Melayu Kuno merangkumi Semenanjung Tanah Melayu , Kepulauan Riau dan

Sumatera.

3

Page 4: Tugasan o.t Dusseck Benar

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUHBML 4103

Bahasa Melayu Kuno ialah bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.

Selain juga dikatakan tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat. Sehubungan itu,

bahasa Melayu Kuno juga mempunyai sistem yang lebih mudah berbanding bahasa Jawa.

Terdapat juga teori yang mengkatakan bahawa berlakunya perkembangan bahasa Melayu

iaitu bahasa Melayu Purba menjadi bahasa Melayu Kuno adalah melalui aktiviti

perdagangan.Buktinya ialah pada abad pertama, barulah pedagang dari India belayar ke timur

menuju Tiongkok dan pedagang Tiongkok pula belayar ke barat menuju India. Pelayaran dua

hala ini mengharuskan mereka melalui Selat Melaka. Lama-kelamaan pelabuhan yang ada di

Kepulauan Melayu ini bukan sahaja sebagai tempat persinggahan tetapi menjadi tempat

perdagangan pedagang India dan Tiongkok seperti yang telah dirintis lebih awal oleh pedagang

Arab.

2.2.1 Pengaruh Bahasa Sanskrit dan Agama Hindu dalam Bahasa Melayu Kuno.

Bahasa Melayu Kuno banyak dipengaruhi oleh sistem bahasa Sanskrit. Ini adalah kerana

kebanyakan masyarakat Melayu ketika itu beragama Hindu dan Bahasa Sanskrit telah menjadi

bahasa bangsawan dan mempunyai hierarki yang tinggi. Selain itu, sifat bahasa Melayu yang

mudah dilentur mengikut keadaan juga antara penyebab bahasa asing seperti sanskrit diterima.

Ini boleh dibuktikan daripada pengaruh tulisan atau aksara Pallava dan Devanagari yang datang

dari India, kata-kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit, rangkai-rangkai kata pinjaman daripada

bahasa Sanskrit, dan fonem-fonem Sanskrit.

2.2.2 Penggunaan Bahasa Melayu Kuno

Berdasarkan bahan bukti sejarah yang ditemui, terdapat beberapa batu bersurat yang

menggunakan bahasa Melayu Kuno. Batu bersurat telah ditemui di sekitar Sumatera dan Jawa

yang memperlihatkan penggunaan Bahasa Melayu kuno pada abad ke-7. Tulisan yang digunakan

ialah aksara (alphabet) Pallawa iaitu sejenis tulisan yang berasal dari selatan India. Antara batu

bersurat tersebut ialah batu bersurat Kedukan Bukit di Palembang, bertarikh 605 Tahun Saka,

bersamaan dengan 683 Masihi. Tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat ini menggunakan

huruf Palava.

4

Page 5: Tugasan o.t Dusseck Benar

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUHBML 4103

Batu Bersurat Talang Tuwo , bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan 684 M dan

batu, Jawa Tengah yang bertarikh 832 Masihi ditulis dalam huruf Nagiri.Ringkasnya, penemuan

batu bersurat ini membuktikan bahawa bahasa Melayu Kuno wujud dan digunakan oleh

masyarakat.

Inskripsi yang terdapat pada Batu Bersurat Talang Tuwo yang menggunakan

tulisan Bahasa Melayu Kuno.

2.3 Definisi Bahasa Melayu Klasik

Terdapat beberapa definisi yang telah diutarakan oleh pengkaji bahasa .Antaranya

ialah Asmah Hj.Omar (1985:33), “ bahasa abad ketiga belas dan ketujuh belas itu dinamakan

bahasa Melayu Klasik”.

Menurut Ismail Hussein (1984:24), “pembahagian yang dibuat oleh adalah atas pertimbangan

sejarah perkembangan bahasa Melayu. Hal ini dapat dibahagikan mengikut zaman politik

Srivijaya, Majapahit, Melaka, dan sebagainya, pengaruh kebudayaan seperti Hindu, Islam, dan

Barat atau mengikut zaman tulisan yang digunakan seperti tulisan Melayu Kuno yang diambil

dari India, tulisan Arab, dan akhir sekali tulisan Latin. Contohnya pada zaman politik Srivijaya,

masyarakatnya yang beragama Hindu dan Buddha, menggunakan tulisan yang dibawa dari India,

5

Page 6: Tugasan o.t Dusseck Benar

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUHBML 4103

sasteranya dipenuhi oleh cerita-cerita sastera India dan bahasa Melayunya, dengan pinjaman

kata-kata Sanskrit.

2.2.4 Zaman Bahasa Melayu Pramoden

Menurut Amat Juhari dan Abdul Rashid Melebek ( 2006 : 32 ), bahasa Melayu Pramoden

bermula pada abad ke -19. Buktinya ialah kedatangan pendatang luar ke Asia Tenggara untuk

menguasai Asia Tenggara.Pendatang bangsa barat ini bukan sahaja menguasai ekonomi, tetapi

politik. Bagi mengukuhkan kedudukan di tanah Melayu, mereka telah mengkaji bahasa dan

budaya pribumi. Hasil kajian ini telah mewujudkan pusat-pusat pengajian tentang bahasa, sastera

dan budaya pribumi terutama Melayu. Manuskrip-manuskrip Melayu dan bahan-bahan tinggalan

sejarah,budaya dan sastera Melayu telah dikumpulkan di perpustakaan- perpustakaan barat ini.

Dalam masa yang sama,perkataan-perkataan daripada bahasa barat seperti Inggeris dan Belanda

mula meresap ke dalam bahasa Melayu. Proses ini berlaku secara sedikit demi sedikit. Kesan

penyerapan bahasa ini telah mengakibatkan kegiatan penulisan Melayu mula menggusur dari

istana-istana raja seperti dalam zaman bahasa melayu Klasik ke dalam masyarakat

umum.Dengan kata lain, kegiatan penulisan dalam bahasa Melayu sudah mula memasyarakat

dan merakyat.

Zaman bahasa Melayu Pramoden ini juga, terdapat banyak hasil penulisan seperti buku

“Sejarah Melayu, Taj al- Salatin, Hikayat Abdullah dan lain-lain.Selain itu, zaman ini turut

mencetak banyak kitab –kitab agama di Asia Tenggara. Abdul Rashid Melebek (2006 : 33 ) juga

mengatakan bahawa berlakunya beberapa peristiwa pada abad ke -19. Antaranya

ialah pertembungan budaya Melayu dengan Barat, perkembangan teknologi cetak ,serta

perkembangan perhubungan yang lebih mudah telah menjadikan bahasa Melayu terdedah kepada

pengaruh Barat.Oleh yang demikian,perkembangan ini bagaikan wahana yang menyebabkan

bahasa Melayu diresapi oleh unsur-unsur Barat sehingga berlaku beberapa perubahan pada

bahasa Melayu.

2.2.5 Zaman Bahasa Melayu Moden

6

Page 7: Tugasan o.t Dusseck Benar

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUHBML 4103

Berdasarkan laman web wikipedia dan tutor, telah menyatakan bahawa zaman bahasa

Melayu Moden telah mula pada abad ke-19 iaitu setelah kedatangan penjajah Eropah seperti

Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi Abdullah dianggap sebagai permulaan

zaman bahasa Melayu moden.Sebelum penjajahan British, bahasa Melayu mencapai kedudukan

yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa

pengantar di pusat pendidikan Islam. Selepas Perang Dunia Kedua, British merubah dasar

menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Namunsemasa

Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 telah menetapkan

bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Buktinya ialah dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu

sebagai bahasa rasmi negara. Selain itu, dalam Laporan Razak 1956 juga telah mencadangkan

bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara.

Manakala menurut Amat Juhari (2006 : 34 ) bahasa Melayu berubah sedikit demi sedikit untuk

menuju ke bentuk yang baharu iaitu bahasa Melayu Moden.Peluang ini cerah apabila mencecah

ke abad ke-20. Buktinya ialah negeri-negeri dan kesultanan melayu tetap menggunakan bahasa

Melayu dalam urusan pemerintahan negerinya terutamanya yang berkaitan dengan adat istiadat

Melayu dan agama Islam. Ketika itu juga sekolah-sekolah Melayu juga dibuka dengan lebih

banyak lagi sama ada dalam pemerintahan Inggeris mahupun yang dalam pemerintahan Belanda.

Sehubungan itu, dari aspek media perkembangan bahasa Melayu pula, seperti syarikat

percetakan telah banyak didirikan. Maka banyak buku,majalah, jurnal dan akhbar berbahasa

Melayu yang dicetak di tanah jajahan Inggeris dan Belanda di Asia Tenggara. Situasi ini telah

menyebabkan bahasa Melayu secara langsung menjadi bahasa perantaraan di Asia Tenggara.

Pada tahun 1957, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan dan salah satu bahasa

rasmi negara Malaya Merdeka. Manakala pada tahun 1967, bahasa Melayu telah menjadi bahasa

rasmi tunggal bagi negara Malaysia.Bagi meningkatkan penggunaan bahasa Melayu banyak

akhbar, buku, majalah dan jurnal berbahasa Melayu diterbitkan sama ada di Malaysia, Indonesia

dan Singapura terutamanya selepas Perang Dunai Kedua.

Lantaran itu, pelbagai usaha telah dijalankan bagi memajukan bahasa serta menigkatkan

kemampuannya dalam menghadapi zaman moden. Antara langkah yang dijalankan untuk

memodenkan bahasa Melayu ialah perancangan korpus bahasa Melayu.Perancangan korpus ini

7

Page 8: Tugasan o.t Dusseck Benar

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUHBML 4103

telah diterajui oleh Pakatan Belajar –Mengajar Pengetahuan Bahasa. Mereka memulakan

perancangan korpus bahasa iaitu dengan menyusun panduan ejaan,kamus,tatabahasa ,tanda-tanda

bacaan,surat kiriman,dan peristilahan.

Sejurus selepas itu muncullah badan perancangan daripada persatuan dan lembaga yang

dikelolakan oleh kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan adanya usaha-usaha ini

maka dapat diatur dan dibakukan sistem ejaan,peristilahan ,tatabahasa,perkamusan,sebutan ,laras

dan lain –lain yang berkaitan dengan bahasa Melayu.Bagi mengukuhkan usaha-usaha ini maka

berbagai-bagai kongres dan seminar tentang bahasa dan sastera Melayu telah

diadakan.Contohnya ialah Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu dimulai pada tahun 1952

hingga 1984 iaitu Kongres yang keempat.

Kesimpulannya,dengan adanya kegiatan-kegiatan seumpama di atas ini, maka bahasa

Melayu terus melonjak naik kemampuannya sehingga menjadi bahasa moden yang digunakan

sebagai bahasa pengantar di institusi pengajian tinggi, dan tulisan ilmiah.

Bahagian 2

2.3 Perkembangan Bahasa Melayu Klasik

2.3.1 Sejarah Bahasa Melayu Klasik

Perkembangan bahasa Melayu Klasik mempunyai perkaitan dengan perkembangan karya

sastera. Perkembangan kesusasteraan memberikan gambaran tentang sejarah silam sesuatu

bangsa dari segi kebudayaan,dan keperibadian bangsa .

Dalam masa yang sama bahasa Melayu Klasik digunakan oleh pengarang untuk tujuan

menghasilkan sesebuah karya dalam bidang kesusasteraan, ketatanegaraan, kebudayaan,

kemasyarakatan dan keagamaan. Seiring dengan kemunculan bahasa Melayu Klasik, pengaruh

Hindu dilihat mula hilang sedikit demi sedikit sehinggalah ke abad ke-15.

Bahasa Melayu Klasik mula berkembang pada abad ke -13 dan ke -14. Buktinya ialah

penemuan beberapa buah prasasti. Ketika itu juga bahasa Melayu Klasik telah digunakan sebagai

lingua –franca iaitu zaman kerajaan Melayu Melaka. Penggunaan bahasa Melayu Klasik ini jelas

dalam aktiviit perdagangan dan penyebaran agama Islam.

8

Page 9: Tugasan o.t Dusseck Benar

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUHBML 4103

Bukti tentang penyebaran agama islam menggunakan bahasa Melayu Klasik adalah

penghasilan kitab-kitab agama. Antara kitab yang dihasilkan ialah Furu’ Al-Masa’il oleh Syed

Muhammad Daud Al-Fatani,dan Sabil Al-Muhtadin oleh Syed Muhammad Arsyad Al-

Banjari .Kandungan kitab-kitab ini adalah mengenai agama seperti al- Hadith, feqah, tafsir al-

quran, tasawuf, di samping sejarah, hikayat, hal ehwal haiwan, perdukunan, perubatan Melayu,

bintang dua belas, pentadbiran dan pemerintahan, falsafah dan pengembaraan.

Secara ringkasnya bahasa Melayu Klasik meluas dalam kalangan orang bukan Melayu dari

kelompok Asia, juga dalam kelompok orang Eropah dan Asia Barat yang datang ke Asia

Tenggara.

2.3.2 Permulaan Zaman Bahasa Melayu Klasik

Mengikut Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah, pada abad ke -13 pengaruh agama Islam

menjadi makin dominan di Nusantara. Perkembangan agama Islam membawa bersama-samanya

bahasa Arab. Zaman ini memperlihatkan kemasukan perkataan Arab dan tulisan Jawi yang

menggunakan huruf-huruf Arab. Secara ringkasnya evolusi tahap kedua berlaku kepada bahasa

Melayu. Bahasa Melayu berkembang dengan pesat melalui peminjaman perkataan Arab dan

Parsi. Di samping itu, bahasa Melayu juga mula berkembang dengan bahasa-bahasa dari Barat

seperti Portugis, Inggeris, dan Belanda.

Menurut Ismail Hussein (1984:25), bahasa Melayu Klasik bermula sekitar abad ke-13

dan ke-14. Tetapi beliau menyebutnya sebagai zaman peralihan di seluruh kepulauan Melayu

dengan kedatangan agama Islam. Bukti konkrit tentang bertapaknya Islam di Nusantara dari

sudut sejarah diperoleh pada tahun 1292 M sewaktu Marco Polo melawat Sumatera Utara dan

catatannya tentang pengislaman Pasai.

Pada zaman peralihan dalam abad ke-13 dan ke-14 telah dijumpai beberapa prasasti

dalam bahasa Melayu yang ditulis menggunakan huruf India tetapi bahasanya sudah terdapat

pengaruh bahasa Arab. Di sini bermulanya bahasa Melayu klasik. Dalam masa yang sama bahasa

Melayu Klasik boleh ditandai dengan kemunculan dan keagungan kerajaan Melayu Melaka.

Bahasa Melayu menjadi medium dalam pemerintahan, perhubungan, perdagangan,

dan penyebaran agama Islam.

9

Page 10: Tugasan o.t Dusseck Benar

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUHBML 4103

Ketika itu juga bahasa Melayu mendapat tulisan baru, iaitu tulisan Jawi, iaitu dengan

meminjam dan menyesuaikan abjad bahasa Arab. Sebelumnya, pada tahap bahasa Melayu Kuno,

bahasa Melayu menggunakan dua jenis tulisan, iaitutulisan rencong dan lampung yang tidak

terpengaruh oleh tulisan dari India walaupun bahasa Sanskrit sudah bertapak di

Nusantara.Tulisan yang disesuaikan dengan tulisan Pallava dan Nagiri seperti yang terdapat pada

batu-batu bersurat antara abad ke-7 hingga abad ke-14.

2.3.3 Perkembangan Bahasa Melayu Klasik

Kedatangan pengaruh agama Islam dan bahasa Arab,telah menyebabkan bahasa Melayu

melangkah setapak lagi dengan satu lagi tulisan, iaitu tulisan Jawi. Bahasa Melayu Klasik mula

pada abad ke-16 sampai pula pengaruh dari Barat dengan kedatangan penjajah dari Eropah

seperti Portugis, Belanda, dan Inggeris. Sekali lagi bahasa Melayu bertembung dengan bahasa

dan kebudayaan yang baru yang turut mempengaruhi bahasa Melayu.

Amat Juhari Moain ( 1992:1062) tulisan rumi mula digunakan dengan penggunaan yang

pertama dalam bahasa Melayu oleh David Barbosa pada tahun 1516 Masihi setelah Melaka

ditawan oleh Portugis, kemudian pada tahun 1521 Masihi seorang pengembara Itali, Antonio

Pigfafetta membuat catatan perkataan Melayu dalam tulisan rumi dengan padanannya dalam

bahasa Itali.

Dengan senario itu, bahasa Melayu Klasik mencakup zaman antara abad ke-14 hingga

abad ke-19, dengan abad ke-12 dan ke-13 sebagai zaman peralihan antara tahap bahasa Melayu

Kuno dengan tahap bahasa Melayu klasik. Bahasa Melayu klasik dapat disimpulkan sebagai

bahasa yang digunakan dalam kesusasteraan, pemerintahan dan undang-undang, agama, sejarah,

perdagangan, dan perhubungan iaitu budaya dan kemasyarakatan.

Ringkasnya kosa kata daripada bahasa Arab banyak digunakan. Penggunaan bahasa

Melayu dapat dilihat dalam beberapa buah karya seperti Hikayat Raja-raja Pasai, Misa Melayu,

Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Negeri Johor dan banyak lagi karya yang ditulis

dalam tulisan Jawi.

10

Page 11: Tugasan o.t Dusseck Benar

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUHBML 4103

Rujukan

Kamarudin Hj.Husin, Siti Hajar Hj.Abdul Aziz, Arb'ie Sujud (1997) Pengajian Melayu 1: (Ilmu

Bahasa dan Kecekapan Berbahasa). Selangor: L.C.Marketing.

Abdullah Hassan (1987) Isu-isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan Bahas Malaysia.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Siti Hajar Hj.Abd.Aziz (1996) Tatabahasa Bahasa Melayu (Perkataan).Kuala Lumpur. Kumpulan

Budiman Sdn, Bhd

Asmah Haji Omar (1993) Susur Galur Bahasa Melayu.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan

Pustaka

Khalid M.Hussain Kamus Dwibahasa Bahasa Inggeris-Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur, Dewan

Bahas dan Pustaka

Prof.Dr.Asmah Haji Omar (1985) Perancangan Bahasa Dengan Rujukan Khusus Kepada

Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

11