Test

2
"Sejak beberapa tahun ini, pengguna Facebook sering bertanya tentang butang 'dislike' ", kata Mark Zuckerberg. "Akhirnya kami mendengar pendapat ramai tentang perkara ini dan sekarang ini kami sedang berusaha ke arah itu. Kami akan melakukan sesuatu supaya penggunaanya dapat mencapai keperluan seperti yang diingini oleh kebanyakan pengguna" Facebook Inc. kini sedang berusaha mengkaji pilihan lain selain daripada butang 'like' untuk membolehkan pengguna Facebook mengekspresikan emosi contohnya perasaan simpati, kata CEO Facebook Inc, Mark Zuckerberg dalam sesi soal jawab bersama wartawan di ibu pejabat Facebook di Menlo Park, California. Ia akan mengambil sedikit masa lagi. Kami tidak akan mewujudkan butang Dislike kerana ia hanya akan mengubah Facebook seperti satu forum undian terhadap pos yang dilakukan pengguna. Kami tidak mahu mencipta komuniti seperti ini yang mengundi sesuatu pos pengguna itu tidak bagus untuk perkongsian.

description

Majalh Percubaan

Transcript of Test

"Sejak beberapa tahun ini, pengguna Facebook sering bertanya tentang butang 'dislike' ", kata Mark Zuckerberg. "Akhirnya kami mendengar pendapat ramai tentang perkara ini dan sekarang ini kami sedang berusaha ke arah itu. Kami akan melakukan sesuatu supaya penggunaanya dapat mencapai keperluan seperti yang diingini oleh kebanyakan pengguna"

Facebook Inc. kini sedang berusaha mengkaji pilihan lain selain daripada butang 'like' untuk membolehkan pengguna Facebook mengekspresikan emosi contohnya perasaan simpati, kata CEO Facebook Inc, Mark Zuckerberg dalam sesi soal jawab bersama wartawan di ibu pejabat Facebook di Menlo Park, California.

Ia akan mengambil sedikit masa lagi. Kami tidak akan mewujudkan butang Dislike kerana ia hanya akan mengubah Facebook seperti satu forum undian terhadap pos yang dilakukan pengguna. Kami tidak mahu mencipta komuniti seperti ini yang mengundi sesuatu pos pengguna itu tidak bagus untuk perkongsian.

Facebook telah memperkenalkan butang Awesome pada tahun 2007. Kemudian pada tahun 2009, butang Like diperkenalkan di ruangan pos. Fungsi butang ini dimasukkan diruangan komen pada tahun 2010. Ia dilancarkan sebagai salah satu cara pengguna menyatakan perasaan suka terhadap apa yang dikongsi oleh rakan mereka di Facebook dengan hanya satu klik yang mudah.

Namun sehingga kini, pengguna butang Like dilihat masih belum sesuai bagi perkongsian yang beremosi sedih seperti pos tentang kematian ahli keluarga, kata

Zuckerberg. Beliau tidak menyatakan apakah opsyen yang akan dibangunkan selain daripada butang 'Like' dan menyatakan pasukan mereka masih berusaha tentang itu.

Pada bulan lepas, buat pertama kalinya Facebook telah mengumumkan bahawa 1 bilion pengguna telah menggunakannya dalam satu hari. Pengguna aktif bulanan telah meningkat kepada 13% iaitu sebanyak 1.49 bilion berbanding tahun 2014.