TH-Mimos

2
Ghazali, Mohamed didenda RM200,000 KUALA LUMPUR 7 April - Dua pengarah Metrowangsa Asset Management Sdn. Bhd. (Metrowangsa) masing-masing didenda RM200,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas disabitkan atas kesalahan bersubahat mengeluarkan wang RM50 juta daripada akaun amanah Lembaga Tabung Haji (TH), lapan tahun lalu. Hakim Rosenani Abd. Rahman juga memerintahkan Pengarah Urusan Metrowangsa, Dr. Ghazali Atan dan Pengarah Eksekutif, Mohamed Abdul Wahab, kedua-duanya berusia 58 tahun, dipenjara setahun sekiranya gagal membayar denda tersebut. Atas permohonan Ghazali dan Mohamed, Rosenani membenarkan setiap tertuduh membayar denda RM100,000 pada hari ini dan bakinya dibayar secara ansuran sebanyak dua kali pada Mei dan Jun ini. Rosenani menjatuhkan hukuman tersebut setelah mengambil kira hujahan pihak pembela dan pendakwa, sabitan tersebut merupakan kesalahan pertama mereka serta keadaan mereka pada masa kini. Selain itu, katanya, mahkamah perlu menseimbangkan kepentingan awam dengan kepentingan kedua-dua tertuduh terbabit. Pada 1 April lalu, Rosenani memutuskan bahawa Ghazali dan Mohamed bersalah atas tuduhan tersebut selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah. Beliau bagaimanapun melepas dan membebaskan Mohamed daripada dua tuduhan lain iaitu mengemukakan pernyataan tentang aset bersih korporat Metrowangsa yang mengelirukan kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC). Mengikut pertuduhan, Ghazali dan Mohamed didakwa bersubahat mengeluarkan RM50 juta daripada akaun amanah TH yang diselenggarakan oleh Metrowangsa di Malayan Banking Bhd. bagi membuat pembayaran kepada Mimos Bhd. yang mana ia bukan pihak yang berhak ke atas wang itu. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di C12A-1&2, Jalan Selaman 1, Palm Square, Ampang, Selangor antara 18 April dan 24 Mei 2001. Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 47C(5) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 yang dibaca bersama Seksyen 122C(c) akta sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 47C(9)(a) akta tersebut yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 jika sabit kesalahan. Ghazali Atan (kiri) bersama Mohamed Abdul Wahab tersenyum walaupun didenda RM200,000 seorang oleh Mahkamah Sesyen, Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.

description

Lesson Learned

Transcript of TH-Mimos

Page 1: TH-Mimos

Ghazali, Mohamed didenda RM200,000

KUALA LUMPUR 7 April - Dua pengarah Metrowangsa Asset Management Sdn. Bhd. (Metrowangsa) masing-masing didenda RM200,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas disabitkan atas kesalahan bersubahat mengeluarkan wang RM50 juta daripada akaun amanah Lembaga Tabung Haji (TH), lapan tahun lalu.

Hakim Rosenani Abd. Rahman juga memerintahkan Pengarah Urusan Metrowangsa, Dr. Ghazali Atan dan Pengarah Eksekutif, Mohamed Abdul Wahab, kedua-duanya berusia 58 tahun, dipenjara setahun sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Atas permohonan Ghazali dan Mohamed, Rosenani membenarkan setiap tertuduh membayar denda RM100,000 pada hari ini dan bakinya dibayar secara ansuran sebanyak dua kali pada Mei dan Jun ini.

Rosenani menjatuhkan hukuman tersebut setelah mengambil kira hujahan pihak pembela dan pendakwa, sabitan tersebut merupakan kesalahan pertama mereka serta keadaan mereka pada masa kini.

Selain itu, katanya, mahkamah perlu menseimbangkan kepentingan awam dengan kepentingan kedua-dua tertuduh terbabit.

Pada 1 April lalu, Rosenani memutuskan bahawa Ghazali dan Mohamed bersalah atas tuduhan tersebut selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah.

Beliau bagaimanapun melepas dan membebaskan Mohamed daripada dua tuduhan lain iaitu mengemukakan pernyataan tentang aset bersih korporat Metrowangsa yang mengelirukan kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC).

Mengikut pertuduhan, Ghazali dan Mohamed didakwa bersubahat mengeluarkan RM50 juta daripada akaun amanah TH yang diselenggarakan oleh Metrowangsa di Malayan Banking Bhd. bagi membuat pembayaran kepada Mimos Bhd. yang mana ia bukan pihak yang berhak ke atas wang itu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di C12A-1&2, Jalan Selaman 1, Palm Square, Ampang, Selangor antara 18 April dan 24 Mei 2001.

Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 47C(5) Akta Perindustrian Sekuriti 1983 yang dibaca bersama Seksyen 122C(c) akta sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 47C(9)(a) akta tersebut yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM500,000 jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Sekuriti (SC), G. Shanti berkata, Ghazali dan Mohamed sebagai pegawai yang berpengalaman dan berlesen tidak sepatutnya menyalahgunakan wang TH untuk membayar pihak lain.

Malahan katanya, arahan Ghazali dan Mohamed untuk mengeluarkan wang tersebut tanpa pengetahuan dan mandat TH adalah sama seperti melakukan kesalahan pecah amanah.

Seorang lagi pegawai pendakwa, Jeremy Phang menegaskan, ekoran kejadian itu, Mimos mengalami kerugian RM54.5 juta manakala TH rugi sebanyak RM80 juta yang turut melibatkan kehilangan wang pelabur-pelabur TH.

Ghazali Atan (kiri) bersama Mohamed Abdul Wahab tersenyum walaupun didenda RM200,000 seorang oleh Mahkamah Sesyen,

Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam.

Page 2: TH-Mimos

Sebaliknya, peguam Md. Yunos Sharip yang mewakili Ghazali menjelaskan, Metrowangsa telah mengembalikan sepenuhnya wang TH dan baki RM80 juta dituntut oleh TH daripada pihak ketiga yang tiada kaitan dengan kedua-dua tertuduh mahupun syarikat itu.

''Kerugian RM54.5 juta oleh Mimos pula tidak relevan kerana pertuduhan hanya melibatkan wang RM50 juta milik Tabung Haji,'' ujarnya semasa memohon hukuman denda yang minimum kepada anak guamnya.

Di samping itu, menurutnya, anak guamnya pernah memberi sumbangan kepada perkembangan ekonomi negara dan pernah menjadi perintis dalam sektor perbankan Islam serta pengurusan dana islamik.

Peguam P. Subramaniam yang mewakili Mohamed pula menyatakan anak guamnya tidak mendapat sebarang keuntungan daripada transaksi tersebut.

Tambah beliau lagi, anak guamnya yang juga seorang pensyarah sebelum ini kini telah insaf dan telah mengambil segala langkah untuk mengembalikan wang terbabit.