Assalamualaikum.pitas.com.my/images/stories/halatujupelajarmaahadhafiz.pdf · Maka tiada masalah...
Transcript of Assalamualaikum.pitas.com.my/images/stories/halatujupelajarmaahadhafiz.pdf · Maka tiada masalah...
Assalamualaikum.
Kawan-kawan semua,
Pagi ni saya membaca sedikit perkongsian tentang HALA TUJU PELAJAR MAAHAD TAHFIZ DI MALAYSIA
Mungkin info ini boleh membantu ibu bapa dan anak-anak yang belajar di tahfiz membuat keputusan tentang
hala tuju mereka selepas memasuki Mahaad Tahfiz. Maklumat ini saya ambil dari beberapa sumber hanya
sebagai pembacaan dan perkongsian info. Harap ibu bapa dapat juga buat semakan. Semoga
bermanfaat.Insya Allah.
1. Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) – Terengganu
Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) Terengganu menawarkan kepada Pelajar Tahfiz yang TIDAK
mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Di sana mereka dapat meneruskan pelajaran ke peringkat
Diploma hingga ke Ijazah terutama dalam bidang ‘Syariah Dan Hukum’.
2. KOLEJ HAFIZ KLANG:
Menawarkan Program Diploma dalam Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al- Qiraat, 3 Tahun Pengajian. Terbuka
kepada pelajar lepasan SPM dan tidak melebihi 25 tahun. Bagi mereka yang tidak mempunyai asas Bahasa
Arab dan tidak pernah menghafaz Al-Quran juga boleh memohon kerana Kolej Hafiz sedia membantu anda
menjadi Hafiz Al-Quran. Berpeluang menyambung pelajaran Peringkat Ijazah ke luar Negara di Universiti
Madinah dan Universiti Al-Azhar, Mesir. PERCUMA bagi yang LAYAK. Daftar Online di
http://www.hafiz.edu.my .
3. Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS) dengan kerjasama Universiti Selangor (UNISEL)
Untuk Pelajar Tahfiz yang TIDAKmempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), suatu Program Peralihan Pelajar
untuk menduduki kelas intensif Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anjuran YAPIS-UNISEL yang dinamakan
Program Fast-Track SPM ataulebih dikenali sebagai Unismart akan ditawarkan kepada Pelajar Tahfiz yang
berkelayakan.
4. Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) melalui program APEL
Pelajar Tahfiz juga boleh menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)untuk peringkat Sijil /
Diploma / Ijazahmelalui APEL - Accreditation Of Prior Experiential Learning. Mereka menawarkan pengajian di
bidang Perniagaan, Pendidikan, Teknologi Maklumat dan Seni Persembahan
Boleh lihat http://www.mqa.gov.my/APEL/
5. Kolej-Kolej Swasta
Mereka menawarkan kursus-kursus tertentu peringkat Sijil & Diploma.
Contoh :
i) Kolej Komuniti Bermodular,INPENS International College, Institut Kerajaan atau Swasta yang
menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau Kursus-Kursus Jangka Pendek.
6. Menyambung ke Tingkatan 1
Bagi Pelajar Tahfiz yang memasuki Tahfiz seawal umur 8 tahun mereka akan berjaya menghafaz 30 Juzuk Al
Quran setelah umur 12 tahun. Maka tiada masalah untuk mereka memasuki melanjutkan Persekolahan arus
perdana (SPM – DEGREE – MASTER – PHD), ataumengambil aliran Agama [SPM dan STAM (Sijil Tinggi
Agama)]. Jika cemerlang boleh sambung belajar ke Universiti Timur Tengah (Mesir, Jordan, Yaman, Kuwait,
juga di Indonesia atau Thailand)
7. Mengambil Peperiksaan SPM
Kebiasaan Pelajar Tahfiz yang memasuki Tahfiz pada umur 13 tahun mereka akan berjaya menghafaz 30
Juzuk Al Quran setelah umur 16 tahun. Maka tiada masalah untuk mereka masuk semula Sekolah Menengah
untuk mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
8. Kolej Universiti Insaniah (KUIN)
Juga menawarkan lepasan Pelajar Tahfiz untuk mengambil Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
9. Menyambung Aliran Agama
Pelajar Tahfiz berpeluang menyambungPengajian Kitab ke Madrasah Sri Petaling, Madrasah Kubang Bujuk,
Pondok-Pondok Pesantren di Indonesia, Darul Ulum di India, Pakistan, Afrika Selatan atau menyambung
pengajian di Timur Tengah seperti di Mesir, Jordan, Arab Saudi, Yaman dan Maghribi.
Boleh lihat http:// www.mauizahrc.com
10. Pusat Giat Mara
Pusat Giat Mara juga menawarkan lebih 35Kursus-Kursus Kemahiran untuk Pelajar Tahfiz berumur 15 tahun
ke atas.
Boleh lihat http://eputra.com/permohonan-kemasukan-program-latihan-kemahiran-giatmara-2011/
11. Sijil Tahfiz Malaysia (JAKIM)
Pemohon hanya perlu hadir sesi Ujian Syafawi & Ujian Tahriri untuk layak mendapat Sijil Tahfiz Malayasia
(STM) dan boleh dimanfaatkan bagi menyambung pelajaran dan peluang pekerjaan seterusnya. Mereka yang
mempunyai STM ini boleh memohon biasiswa Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) bagi melanjutkan pengajian ke
Universiti di dalam dan luar negara
Sila semak di internat atau lihathttp://www.darulquran.gov.my/
12. Pengiktirafan Lepasan Tahfiz dari Jabatan Agama Negeri
Pelajar Tahfiz juga berpeluang menjadiGuru Bertauliah Mengajar dengan mohon Kebenaran Mengajar dari
Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing. Juga boleh mendapatkan pengesahan Al-Hafiz melalui
temuduga khas sebagai Pelajar Tahfiz dari Jabatan berkenaan.
13. Lain-lain Peluang bagi lepasan Pelajar Tahfiz
Sila semak di internat atau lihathttp://www.mohe.gov.my/…/Hala_Tuju_Pengajian_Islam_di_Malay…
Syarat Kelayakan Umum :-
a) Pelajar Tahfiz dengan hafalan minimum 10 Juzuk
b) Mempunyai kemahiran 5M (Membaca, Menulis, Mengira, Menghafal dan Memikir)
c) Berumur 17 tahun ke atas
d) Keutamaan kepada pelajar Hafiz 30 Juzuk dengan Sijil Syahadah / Khatam
CARA PENGAMBILAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) OLEH PELAJAR TAHFIZ
Pelajar Tahfiz yang ingin menduduki SPM tanpa ada PT3/PMR, mereka perlu mohon kebenaran dari Pengarah
Lembaga Peperiksaan Malaysia. Ibu bapa atau Penjaga perlu menulis surat kebenaran dan menyatakan
sebab-sebab tidak menduduki PT3/PMR. Setelah meneliti dan mempertimbangkan sebab-sebab itu, Lembaga
Peperiksaan Malaysia akan mengeluarkan Surat Kebenaran menduduki SPM sebelum usia 19 tahun.
Jika usia telah mencapai 19 tahun, kebenaran dari Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia TIDAK
diperlukan lagi. Boleh terus ambil SPM, tetapi pastikan anda ambil subjek teras dan subjek syarat
wajib kemasukkan ke university, kerana jika anda tidak mengambil subjek syarat kemasukkan ke universiti,
maka anda tidak boleh menyambung kemana-mana universiti. Pilihan subjek untuk mengambil SPM, terpulang
kepada anda asalkan 6 subjek teras di ambil. Calon SPM hanya dibenarkan buat pilihan subjek elektif sahaja
Jakim Sediakan Pengiktirafan SIJIL TAHFIZ MALAYSIA (STM)
Darul Quran JAKIM memperkenalkan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) untuk memberi pengiktirafan kepada para
penghafaz Al-Quran di Malaysia yang tidak berpeluang mendapat pendidikan tahfiz Al-Quran secara formal
Syarat Menduduki Peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia (STM)
Antara syarat kelayakan untuk menduduki peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) ini ialah
Warganegara Malaysia Menghafaz 30 juzuk Al-Quran (disokong oleh dokumen-dokumen seperti sijil atau surat
pengesahan daripada mudir atau pengetua sekolah)Berumur 15 Tahun Ke Atas
Pemohon hanya perlu hadir sesi Ujian Syafawi & Ujian Tahriri untuk layak mendapat sijil tersebut dan boleh
dimanfaatkan bagi menyambung pelajaran dan peluang pekerjaan seterusnya. Mohon segera sebelum 15 Mei
2015 – Sijil Tahfiz Malaysia (STM) Tahun 2015
Mereka yang mempunyai STM ini boleh memohon biasiswa Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) bagi melanjutkan
pengajian ke Universiti di dalam dan luar negara
PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN
PENGAJIANPelajar diwajibkan menghafaz al-Quran 30 juzu’ dalam tempoh 6 semester (3 tahun) di samping
mempelajari subjek-subjek yang lain mengikut syukbah:Syukbah QiraatSyukbah DakwahSyukbah
SyariahSyukbah Hadith Syukbah Muamalat Syukbah Pengurusan Halal
SYARAT KELAYAKAN
Beragama Islam Warganegara Malaysia Berumur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh pendaftaran Belum
berkahwin Lulus Peperiksaan SPM atau kelulusan yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan
Malaysia dengan mendapat minimum gred:
1. Bahasa Melayu
= C
2. Bahasa Inggeris
= E
3. Bahasa Arab
= C
4. Pendidikan Islam/Pendidikan Syariah Islamiyah / Pendidikan Al-Quran & Sunnah / Tasawwur Islam
= C
Lulus temuduga
NOTA : Iklan temuduga akan disiarkan dalam laman web Darul Quran Jakim (www.darulquran.gov.my) dan
FB Darul Quran Jakim pada bulan Februari setiap tahun
SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA
PENGAJIAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM )
BIDANG PENGURUSAN MASJID TAHAP 3
Program ini merupakan kerjasama antara Darul Quran dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).Perantis
(pelajar) diwajibkan menghafaz al-Quran Juzu’ 30, 1-9 dalam masa 16 bulan di samping belajar kompetensi
unit yang lain seperti Pengimarahan Masjid & Tarannum, Pengajaran Asas Fardhu Ain, Khidmat Masyarakat,
Aplikasi ICT dan Penyelenggaraan Infrastruktur & Prasarana.
SYARAT KELAYAKAN
Beragama Islam.Warganegara Malaysia (Bumiputera)Berumur 16 tahun ke atas.Boleh bertutur dalam Bahasa
Melayu atau Bahasa Inggeris.Telah menghafaz sekurang-kurangnya 6 juzu’.Lulus temuduga.Nota : Iklan SKM
akan disiarkan dalam laman web Darul Quran Jakim (www.darulquran.gov.my) dan FB Darul Quran JAKIM
pada bulan Januari setiap tahun.
PROGRAM PERSIJILAN TAHFIZ AL-QURAN PENGAJIAN
Pelajar diwajibkan menghafaz al-Quran 30 juzu’ dalam tempoh 3 semester (18 bulan) di samping mempelajari
subjek-subjek yang lain seperti Tajwid Ilmi, Tajwid Amali, Adab Hamalah al-Quran, Aqidah, Fiqh Al-Ibadah dan
Bahasa Inggeris.SYARAT KELAYAKAN
Beragama IslamWarganegara (Bumiputera)Belum berkahwinLulus Peperiksaan Percubaan SPM Semasa
dengan mendapat minimum gred:
=A1. Matematik = A2. Bahasa Melayu = A3. Bahasa Inggeris
=B4. Bahasa Arab = B5. Pendidikan Islam / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Al Quran &
Sunnah /Tasawwur Islam = B6. Biologi = B7. Fizik
= B8. Kimia = B9. Matematik Tambahan = B10. Lulus Temuduga
Nota : Iklan temuduga akan disiarkan dalam laman web Darul Quran Jakim (www.darulquran.gov.my) dan FB
Darul Quran Jakim pada bulan Ogos setiap tahun