ting5.doc
-
Upload
syikhin-osman -
Category
Documents
-
view
226 -
download
6
Transcript of ting5.doc
Bidang : Akademik
Tajuk : Kemahiran Mencatat Nota ( Isi Penting )
Objektif : 1. Murid dapat mengetahui cara untuk mencatat nota yang berbentuk isi penting.1. Murid dapat mengetahui cara dan
kaedah mencatat nota dengan baik dan berkesan.
Masa : 40 minit
Sasaran : Murid tingkatan lima
Bahan : Kertas A4, pen marker, alat tulis, kertas sebak, alat multimedia, teks (bebas - mengikut keperluan tajuk) Langkah-langkah :
1. Set induksi - Guru Kaunseling membaca petikan teks sepintas lalu dan meminta murid mencatat nota tanpa panduan. Murid di minta menceritakan semula pengalaman semasa mendengar dan mencatat nota.
2. Guru Kaunseling memberi pengstrukturan kepada murid berkaitan masa, peranan peserta dan kerjasama serta objektif yang ingin dicapai.
3. Guru Kaunseling menerangkan kaedah mencari isi penting.
4. Guru Kaunseling memberi petikan kepada murid dan meminta murid mencatat nota berbentuk isi penting.
5. Murid membuat tugasan yang diarahkan.
6. Murid membentangkan tugasan.
7. Guru Kaunseling meminta murid memberi komen.
8. Guru Kaunseling membuat rumusan dan kesimpulan. (rujuk Lampiran 5C)
Penilaian : Guru Kaunseling mempamerkan pembentangan terbaik dan diedarkan kepada semua murid .
1
Rumusan : Murid boleh menggunakan kemahiran mencatat isi penting untuk membuat nota.
Falsafah : Kemahiran mencatat nota akan membantu pembelajaran yang berkesan.
2
LAMPIRAN 5C
3
Bidang : Akademik
Tajuk : Kemahiran Membaca ( Teknik SQ3R )
Objektif : Murid dapat:1. Mencari kata kunci dalam proses
pembacaan yang berkesan.2. Gambaran awal tentang
bahan yang hendak dibaca.
Masa : 40 minit
Sasaran : Murid tingkatan lima
Bahan : Alat multimedia, teks (bebas - mengikut keperluan tajuk)
Langkah-langkah :
1. Set Induksi - Guru Kaunseling memulakan perbincangan tentang amalan murid semasa membaca.
2. Guru Kaunseling menerangkan teknik bacaan SQ3R.
3. Murid menggunakan teknik SQ3R untuk membaca bahan petikan yang diberi.
4. Guru bersoal jawab tentang fakta yang dibaca untuk memastikan kefahaman yang maksimum diperolehi oleh murid apabila menggunakan teknik SQ3R.
Penilaian : Guru Kaunseling membuat pemerhatian semasa murid membuat latihan membaca.
Rumusan : Teknik membaca dengan menggunakan kaedah SQ3R sangatberkesan membantu murid memahami kandungan bahan pembelajaran.
Falsafah 1. Membaca jambatan ilmu.
2. Penguasaan kemahiran membaca memudahkan murid memahami apa yang dibaca.
4
Bidang : Akademik
Tajuk : Kemahiran Membuat Rujukan
Objektif : Murid dapat:1. Membuat rujukan di perpustakaan.2. Membuat rujukan dengan cepat.3. Mengenalpasti sumber rujukan.
Masa : 80 minit
Sasaran : Murid tingkatan lima
Bahan : Buku rujukan, ensiklopedia, kamus, atlas, majalah, buletin, laporan, filem, slaid, video, kaset, cakera padat, internet, direktori telefon.
Langkah-langkah :
1. Set induksi - Guru Kaunseling membuka perbincangan tentang kekerapan murid membuat rujukan menggunakan bahan bacaan yang ada di perpustakaan.
2. Murid diperjelaskan betapa pentingnya menguasai kemahiran membuat rujukan.
3. Murid diperkenalkan sumber rujukan :-i. Bahan bercetak – ensiklopedia, kamus, atlas, majalah,
buletin, laporan, direktori telefon.ii. Bahan bukan bercetak – papan kenyataan, batu
bersurat, filem, slaid, video, kaset dan cakera padat.iii. Bahan ICT – internet, portal pendidikan.
4. Guru mengedarkan helaian soalan (Lampiran 5E) untuk mencari maklumat.
5. Guru Kaunseling membuat semakan.
Penilaian : Guru Kaunseling membuat pemerhatian dan memastikan murid bekerjasama semasa mencari maklumat.
Rumusan : Murid memperoleh maklumat yang tepat, jelas dan terperinci dengan membuat rujukan.
5
Falsafah : “Malas bertanya sesat jalan.”
LAMPIRAN 5E
Helaian Soalan
1. Tuliskan nombor telefon Jabatan Pendidikan Perlis ? – telefon direktori.
2. Apakah maksud keterampilan ? – Kamus Bahasa
3. Tentukan kedudukan Kuala Lumpur. – Peta dan internet.
4. Tuliskan alamat sekolah.
5. Nyatakan proses pembikinan roti.
6. Gua Kelam adalah destinasi pelancongan. Nyatakan kedudukannya?
7. Jawatan tertinggi bagi Angkatan Tentera Laut DiRaja Malaysia.
8. Apakah laman web bagi Kementerian Pelajaran Malaysia ?
6
Bidang : Akademik
Tajuk : Pemikiran Kreatif
Objektif : Murid dapat:1. Mengamalkan satu kaedah bagaimana untuk mencetuskan
idea yang kreatif.2. Mencipta sesuatu yang baru atau mengambil idea yang
telah sedia ada, dengan mengubah dan mengembangkannya.
Masa : 40 minit
Sasaran : Murid tingkatan lima
Bahan : Kertas sebak, kertas A4, alat tulis
Langkah-langkah :
1. Set Induksi - Guru Kaunseling menerangkan maksud pemikiran atau idea kreatif.
2. Guru mengedarkan kertas A4 kepada murid .
3. Murid melukis gambar mengikut kreativiti sendiri berdasarkan tajuk yang diberikan oleh guru. Contohnya “Pesawat Pada Masa Akan Datang”
4. Guru memberi markah 1 hingga 10 berdasarkan kreativiti.
5. Guru menerangkan langkah-langkah untuk menjadi kreatif.
Penilaian : Penilaian tugasan hasil pelajar.
Rumusan : 1. Setiap murid berupaya membentuk kreativiti apabila diberi bimbingan.2. Setiap murid berupaya mencetuskan idea kreatif
apabila murid diberi peluang untuk mencanai minda mereka.
Falsafah : Kurang pintar dapat diatasi dengan belajar. Kurang cekap diasah melalui pengalaman. Tetapi kurang jujur sukar untuk dibetulkan.
7
Bidang : Kerjaya
Tajuk : Kombinasi Subjek Dan Kerjaya
Objektif : Murid dapat:
1. Kefahaman tentang perkaitan dan kepentingan antara kombinasi subjek yang dipilih dengan kerjaya masa depan.
2. Memahami konsep, pengiraan dan pelaksanaan meritokrasi untuk kemasukan ke IPTA.
3. Membuat pilihan kursus yang tepat di peringkat pengajian tinggi.
Masa : 40 minit
Sasaran : Murid tingkatan lima
Bahan : Buku Panduan Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam, kertas A4, alat tulis
Rujukan :laman web - http://www.mohe.com.my/ (maklumat terkini)
(dicadangkan dilaksanakan di makmal komputer sekolah)
Langkah-
langkah : 1. Set Induksi - Guru Kaunseling bertanya murid tentang cita-cita dan bidang pengajian yang ingin dipilih di universiti.
2. Guru Kaunseling meminta murid menulis cita-cita mereka di dalam kertas A4.
3. Murid diminta mencari kombinasi mata pelajaran yang diperlukan di dalam Buku Panduan Kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam berdasarkan bidang kerjaya mereka atau melayari laman web.
4. Setiap murid akan berbincang dengan rakan sekelas tentang kombinasi mata pelajaran yang diambil dengan bidang kerjaya yang diminati.
5. Guru Kaunseling membuat rumusan dan peneguhan positif.
Penilaian : 1. Pemerhatian terhadap aktiviti murid .
8
2. Berdasarkan rekod yang dicatatkan oleh pelajar.
Rumusan : 1. Perlu mengetahui perkaitan antara subjek yang dipilih dalam SPM dengan jurusan yang akan diambil di peringkat IPTA.
2. Membuat persediaan dan perancangan yang lebih awal untuk meneruskan pengajian ke IPTA.
Falsafah : 1. Berusaha mengembangkan potensi yang ada dalam diri sendiri untuk mencapai sesuatu kejayaan dalam hidup.
2. Dedikasi – berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga dalam melakukan sesuatu perkara.
3. Rasional – boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya tanpa dipengaruhi oleh perasaan.
9
Bidang : Kerjaya
Tajuk : Ujian-Ujian Yang Berkaitan Dengan Kerjaya.
Objektif : Murid dapat:
1. Mengenal pasti bidang kerjaya yang diminati.
2. Menyediakan diri secara terancang ke arah jurusan/bidang yang tepat.
3. Sensitif terhadap bidang kerjaya yang diminati bersesuaian dengan personaliti diri.
Masa : 40 minit
Sasaran : Murid tingkatan lima
Bahan : Inventori-iventori yang berkaitan.
Langkah-
langkah : 1. Set induksi - Guru Kaunseling memberi penerangan kepada murid berhubung dengan personaliti diri / minat kerjaya.
2. Guru Kaunseling mengedar soal selidik.
3. Guru Kaunseling memberi arahan mentadbir ujian.
4. Murid menjawab soalan dalam edaran soal selidik.
5. Guru Kaunseling membuat interpretasi terhadap dapatan ujian.
6. Kaunselor membuat peneguhan positif rumusan secara keseluruhan.
Penilaian : 1. Murid dapat menjawab soal selidik.
2. Ujian, merekod dan pemerhatian.
Rumusan Murid dapat mengenali minat kerjaya secara lebih dekat.
Falsafah : 1. Murid menyanyangi diri dan mengetahui bidang yang diminati.
2. Melahirkan rasa syukur dengan anugerah bakat, potensi dan kemahiran yang dianugerahkan oleh Tuhan.
3. Murid dapat menjawab soalan secara jujur dan telus .
10
Bidang : Kerjaya
Tajuk : Pengiktirafan, Biasiswa,Pinjaman Serta Hala Tuju Selepas SPM.
Objektif : Murid dapat:
1. Membuat pemilihan kemasukan ke IPTA selepas SPM.
2. Mengenalpasti sumber bagi mendapatkan bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat IPT.
3. Mengetahui jenis-jenis kursus dan IPTA / IPTS yang menawarkan kursus di peringkat pengajian tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan.
Masa : 40 minit
Sasaran : Murid tingkatan lima
Bahan : Persembahan power point, alat multimedia
Langkah-
langkah
:
1. Set Induksi - Guru Kaunseling menayangkan klip video kepayahan, kesusahan murid di pedalaman melanjutkan pelajaran.
2. Guru Kaunseling bertanya murid tentang jurusan dan universiti yang ingin dimasuki selepas tamat pengajian sekolah menengah.
3. Guru memulakan penerangan atau ceramah berkaitan dengan tajuk.
4. Guru Kaunseling mengadakan sesi soal jawab dengan murid berkaitan tajuk yang disampaikan.
5. Guru Kaunseling membuat rumusan dan peneguhan positif.
Penilaian : 1. Pemerhatian semasa murid mendengar ceramah.
2. Bersoal jawab secara lisan.
Rumusan : 1. Perlu mengetahui cara-cara untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi melanjutkan pelajaran.
2. Sebelum memohon sesuatu jurusan yang ditawarkan di 11
peringkat IPT,kajian secara terperinci mengenai bidang dan universiti yang menawarkan kursus mestilah dibuat.
Falsafah : 1. Peka dan perihatin terhadap perkembangan pendidikan di peringkat IPT.
2. Jujur dan dapat membuat keputusan yang terbaik untuk kecemerlangan masa hadapan.
12
Bidang : Kerjaya
Tajuk : Panduan Temuduga
Objektif : Murid dapat:
1. Mempersiapkan diri ke arah persediaan menghadiri temuduga.
2. Mengetahui keperluan dalam menghadiri temuduga supaya proses temuduga berjalan dengan lancar dan cemerlang.
Masa : 80 minit
Sasaran : Murid tingkatan lima
Bahan : Persembahan power point, alat multimedia
Langkah-
langkah : 1. Set Induksi - Pelajar melihat persembahan power point berkaitan dengan tajuk “Persiapan Menghadiri Temuduga.”
2. Guru Kaunseling meminta murid memberi respon terhadap apa yang telah mereka lihat dalam persembahan power point tadi.
3. Guru memilih beberapa murid untuk simulasi sesi temuduga.
4. Murid-murid diminta membuat ulasan berkaitan dengan simulasi tadi.
5. Guru Kaunseling membuat rumusan dan peneguhan berdasarkan simulasi yang telah dilaksanakan.
Penilaian : 1. Penglibatan murid dalam simulasi sesi temuduga.
2. Penglibatan murid dalam sesi soaljawab berkaitan dengan simulasi yang dijalankan. (rujuk Lampiran 5G)
3.
Rumusan : 1. Dalam proses menghadiri sesi temuduga individu memerlukan persiapan yang rapi.
2. Persiapan diri sama ada mental dan fizikal sangat
13
perlu bagi menjamin kejayaan dalam temuduga.
Falsafah : 1. Peka dan perihatin terhadap kerjaya yang dipohon.
2. Semasa temuduga yang penting ialah bagaimana individu dapat menunjukan sikap yang positif dalam sesuatu bidang yang akan diceburi.
LAMPIRAN 5G
Nota Guru
1. Satu daripada tiga langkah untuk mendapatkan pekerjaan selain daripada temuduga dan tawaran kerja.
1. Merupakan tanggapan pertama yang mendorong bakal majikan manjalankan temuduga terhadap anda.
2. Hampir semua pekerjaan yang dipohon memerlukan resume walaupun pada asasnya resume perlu untuk kerja-kerja pengurusan dan professional sahaja.
3. Keutamaan diberi kepada pemohon yang menyertakan resume kepada majikan.
4. Resume mengutarakan butir-buitr asas diri pemohon pekerjaan iaitu – Nama, alamat lengkap, nombor telefon Butir – butir peribadi Objektif Rekod pekerjaan dengan majikan terdahulu Latar belakang pendidikan Pengetahuan bahasa Keahlian profesional Karya-karya yang pernah di terbitkan
5. Resume akan dihantar kepada bakal majikan sama ada melalui pos, sistem penghantaran lain atau e-mail.
6. Bakal majikan akan meneliti resume itu dan meminta maklumat lanjut pemohon atau memanggil untuk sesi temuduga sekiranya pemohon itu diberi pertimbangan.
7. Jangan memberi maklumat yang terlalu mendalam kerana perkara ini boleh dilakukan semasa temuduga.
14
8. Resume hanyalah sebagai pengenalan untuk menarik bakal majikan sahaja dan harus dibuat sebaik mungkin supaya bakal majikan mendapat tanggapan awal yang baik.
9. Resume asas mesti mengandungi perkara berikut : Data Personal Objektif Kelayakan Pendidikan Aktiviti Kokurikulum Pengalaman bekerja Kemahiran komputer Hobi
10.Dua jenis resume yang ditekankan ialah :– Resume asas – untuk mereka yang pertama kali memohon jawatan. Resume kronologi – untuk memohon jawatan lain daripada sedia ada.
15
Bidang : Psikososial Dan Kesejahteraan Mental
Tajuk : Kemahiran Pengurusan Stres
Objektif : Murid dapat:
1. Memahami maksud stres
2. Mengenal pasti tanda-tanda stres
3. Meningkatkan kemahiran mengurus stres
Masa : 60 minit
Sasaran : Murid tingkatan lima
Bahan : Kertas A4, gambar-gambar, Inventori Stres (disediakan oleh guru yang berkenaan)
Langkah-
langkah : 1. Menayangkan gambar individu ketika stres.
2. Guru Kaunseling menerangkan definisi stres.
3. Guru Kaunseling membincangkan tanda-tanda stres dan tahap-tahap stres.
4. Murid membuat catatan isi-isi penting yang disampaikan.
5. Guru Kaunseling mengedarkan inventori stres kepada murid.
6. Guru Kaunseling menginterpretasikan inventori secara umum untuk membantu murid menilai hasil inventori masing-masing.
7. Guru Kaunseling mengajar langkah-langkah yang boleh dilakukan ketika mengalami stres:
16
Contoh: Aturan pernafasan ketika stres.
Penilaian : Pemerhatian kepada perubahan tingkahlaku positif murid.
Rumusan : Guru Kaunseling menekankan bahawa setiap orang mempunyai stres yang berbeza.
Falsafah : ”Mencegah Lebih Baik Daripada Merawat”
Bidang : Pembangunan Diri Murid
Tajuk : Penilaian Diri Dan Masyarakat
Objektif : Murid dapat:1. Mengetahui nilai kehidupan dalam masyarakat2. Menyedarkan peranan mereka dalam masyarakat.3. Menyenaraikan sumbangan mereka dalam masyarakat
Masa : 40 minit
Sasaran : Murid Tingkatan Lima
Bahan : Lampiran 5H
Langkah-langkah :
1. Set induksi - Guru Kaunseling bersoal jawab dengan murid mengenai masyarakat persekitaran murid.
2. Guru Kaunseling mengedarkan lampiran 5H kepada murid.
3. Guru Kaunseling menerangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh murid.
4. Murid diminta memenuhi lampiran yang diedarkan oleh Guru Kaunseling.
5. Murid diminta membentangkan hasil yang telah mereka dapat.
6. Guru Kaunseling membuat rumusan akhir tentang nilai pembelajaran yang diperolehi dari perbincangan tersebut.
Penilaian : Murid dapat menyenaraikan peranan mereka di dalam 17
pembangunan masyarakat.
Rumusan : Meningkatkan nilai kehidupan murid ke arah kehidupan berkualiti.
Falsafah : ”Masyarakat Cemerlang Negara Gemilang”
LAMPIRAN 5H
Anda adalah seorang ahli masyarakat. Apakah peranan anda untuk membangunkan masyarakat.
GotongRoyong
Diri Anda
Tidak terlibatDengan dadah
18
Bidang : Pembangunan Diri Murid
Tajuk : Nilai Diri Dan Masyarakat -Membentuk Masyarakat Penyayang
Objektif : Murid dapat:1. Mengetahui pentingnya kehidupan dalam masyarakat.2. Mengetahui peranan mereka dalam
membentuk masyarakat penyayang.3. Menyenaraikan ahli keluarga dan jiran
mereka.
Masa : 40 minit
Sasaran : Murid tingkatan lima
Bahan : Lampiran 5I
Langkah-langkah :
1. Set induksi - Guru Kaunseling meminta murid memberi pendapat tentang jiran mereka.
2. Guru Kaunseling mengedarkan lampiran 5 I kepada murid.
3. Guru Kaunseling menerangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh murid.
4. Murid diminta memenuhi lampiran yang diedarkan oleh Guru Kaunseling.
5. Murid diminta membentangkan hasil yang telah mereka dapat.
19
6. Guru Kaunseling membuat rumusan akhir tentang nilai pembelajaran yang diperoleh dari perbincangan tersebut.
Penilaian : Murid dapat menyenaraikan nama jiran mereka dengan lengkap.
Rumusan : Meningkatkan nilai kehidupan murid ke arah kehidupan yangberkualiti.
Falsafah : Orang yang tidak penyayang, tidak pula akan disayangi.
Lampiran 5I
Senaraikan Ahli Keluarga Jiran Anda
BIL NAMA PENUH UMUR PERTALIAN PANGGILAN MESRA
PEKERJAAN
123456789101112131415
20
1617181920212223
Bidang : Pembangunan Diri Murid
Tajuk : Nilai Diri Dan Masyarakat-Kemudahan Awam
Objektif : Murid dapat:1. Mengetahui pentingnya kemudahan awam yang disediakan.2. Mengetahui peranan mereka dalam menjaga kemudahan
awam yang disediakan.3. Menyenaraikan langkah-langkah yang perlu diambil oleh
mereka dalam menjaga kemudahan awam.
Masa : 40 minit
Sasaran : Murid tingkatan lima
Bahan : Lampiran 5J
Langkah-langkah :
1. Set induksi – Guru Kaunseling meminta murid menyatakan kemudahan awam yang ada di tempat tinggal mereka.
2. Guru Kaunseling mengedarkan lampiran 5J kepada murid.3. Guru Kaunseling menerangkan langkah-langkah yang perlu
dilakukan oleh murid.
21
4. Murid diminta memenuhi lampiran yang diedarkan oleh Guru Kaunseling.
5. Murid diminta membentangkan hasil yang telah mereka buat.
6. Guru Kaunseling membuat rumusan akhir tentang nilai pembelajaran yang diperoleh dari perbincangan tersebut.
Penilaian : Murid dapat menyenaraikan kemudahan awam dan langkah langkah penjagaan yang perlu dilakukan.
Rumusan : Meningkatkan nilai kehidupan murid dalam menjaga kemudahan awam di persekitaran mereka.
Falsafah : Orang yang tidak mementingkan kemudahan awam bagaikan pengemis yang mengejar kekayaan.
Lampiran 5J
Masyarakat : Kumpulan manusia yang hidup bersama (dalam sesuatu tempat dengan aturan-aturan dan cara tertentu, pergaulan hidup-Kamus Dewan)
Manusia : Individu hidup bersosial. Kita tidak boleh hidup bersendirian.
1. Senaraikan kemudahan awam di tempat anda?..........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
2. Langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjaga kemudahan awam?...................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
22
.................................................................................................................................
.................................................................................................................................
.................................................................................................................................
.................................................................................................................................
.................................................................................................................................
.................................................................................................................................
.................................................................................................................................
................................................................................................................................
Bidang : Pendidikan Pencegahan
Tajuk : Kesihatan dan Keselamatan (Pidato Unggul)
Objektif : Murid dapat:1. Mengamalkan gaya hidup sihat dan
menjadi ‘role’ model kepada murid-murid lain.2. Menjelaskan aspek, kaedah,
penjagaan kesihatan dan keselamatan kendiri.
Masa : 80 minit
Sasaran : Murid tingkatan lima.
Bahan : Gambar penagih dadah, buku di dalam bidang Farmakologi / Pediatrik / Neurologi / Genekologi / Forensik Patologi dan Ortopedik, alat tulis, buku catatan
Langkah-langkah :
1. Set Induksi – Guru menunjukkan gambar penagih dadah kepada murid.
2. Murid diminta memberi pendapat tentang gambar yang ditunjukkan.
23
3. Murid dipecahkan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan diberi tajuk tugasan.Tajuk tugasan adalah seperti berikut:
i. Farmakologiii. Pediatrikiii. Neurologiiv. Genekologiv. Forensik Patologivi. Ortopedik
4. Berdasarkan tajuk yang diberikan, murid diminta mengaitkannya dengan kesan penagihan dadah terhadap kehidupan manusia.
5. Guru memberikan masa selama 40 minit untuk penyediaan bahan pidato.
6. Murid diminta membuat pengucapan di ‘Pidato Unggul’. Tempoh masa selama 5 minit bagi setiap kumpulan.
7. Guru Kaunseling membuat rumusan dan falsafah terhadap aktiviti tersebut.
Penilaian : 1. Respon murid-murid 2. Catatan murid-murid mengenai bidang perubatan dan kaitan dengan penyalahgunaan dadah.
Rumusan : Guru Kaunseling merumuskan gaya hidup sihat dan ciri-ciri murid sebagai ‘role model’ kepada murid-murid lain.
Falsafah : 1. Sebagai murid, mereka perlu tahu dan peka mengenai perkembangan diri dan kesan dadah terhadap kesihatan.2. Murid menghargai kesihatan diri yang dianugerahkan oleh Tuhan.3. Murid-murid dapat maklumat baru dalam bidang-bidang
kesihatan dan perubatan.
24