tingkah laku

10
PENGHARGAAN Saya bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya, saya ingin mengucapkan ribuaan terima kasih kepada Dr.Ng iaitu pensyarah kami bagi kursus Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi sokongan moral dan segala kemudahan semasa saya untuk menyiapkan tugasan ini. Malahan, rakan saya juga memberi komitmen yang sepenuhnya dan sedia menghulurkan bantuan apabila diperlukan.Mereka tidak jemu menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan kepada mereka. Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak langsung untuk membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.Sekian,terima kasih.

description

edu sem 3

Transcript of tingkah laku

Page 1: tingkah laku

PENGHARGAAN

Saya bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa

dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan

jayanya.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan ribuaan terima kasih kepada Dr.Ng iaitu pensyarah

kami bagi kursus Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku kerana dengan tunjuk ajar serta

bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang

memberi sokongan moral dan segala kemudahan semasa saya untuk menyiapkan tugasan ini.

Malahan, rakan saya juga memberi komitmen yang sepenuhnya dan sedia menghulurkan

bantuan apabila diperlukan.Mereka tidak jemu menjawab setiap pertanyaan yang saya uterakan

kepada mereka.

Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung

dan tidak langsung untuk membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.Sekian,terima kasih.

Page 2: tingkah laku

ISI KANDUNGAN

Page 3: tingkah laku

1.0 PENGENALAN

Tingkah laku adalah apa yang dilakukan oleh seseorang individu. Tingkah laku juga

merangkumi semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur dan dinilai dan sebarang

perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.

Menurut Lewis M.Beaker (2001), tingkah laku adalah sebarang perbuatan yang dilakukan sama

ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Manakala, Carl Rogers (1999),

menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi diri sendiri dan

keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep kendiri yang positif maka dia berupaya

berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin.

Masalah tingkah laku atau tingkah laku bermasalah pula merupakan tingkah laku yang

tidak normal di mana bercanggah dengan pegangan nilai dan norma masyarakat setempat

termasuk sekolah.  Akibatnya, ia mengganggu kehidupan individu yang terlibat dari segi emosi

dan fizikal serta keharmonian alam persekitaran semasa proses interaksi berlaku. Menurut,

Mohd. Nazar Mohamad (1990) mentakrifkan tingkah laku bermasalah seseorang individu

sebagai tingkah laku yang mengganggu perjalanan kehidupannya.Secara tuntasnya, pengertian

tingkahlaku bermasalah ialah kelakuan atau perbuatan yang menimbulkan kesukaran kepada

orang lain, komuniti mahupun masyarakat setempat.

Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah

tingkah laku murid yang boleh menjejaskan kelicinan ataupun keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran, khasnya di dalam bilik darjah. Oleh itu, di sekolah disiplin menjadi satu daya

kawalan sosial bagi mewujudkan suasana yang tenteram dan keadaan yang teratur agar proses

pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan licin. Kini, masalah disiplin merupakan

satu isu yang menjadi topik hangat sama ada diperkatakan secara lisan atau dibincangkan

melalui pelbagai saluran media. Bermacam-macam jenis salahlaku dilakukan oleh para murid,

dari jenis yang ringan sehinggalah kesalahan-kesalahan yang berat seperti ponteng kelas,

mencuri, kekemasan diri, buli (memukul dan mengugut rakan), vandalisme dan sebagainya.

Dilaporkan sebanyak 108,650 daripada 5.3 juta pelajar sekolah menengah dan rendah

seluruh negara terlibat dalam masalah disiplin pada tahun 2011. Daripada jumlah itu, Tan Sri

Muhyiddin Yassin  berkata, isu buli merupakan penyumbang terbesar masalah salah laku

Page 4: tingkah laku

dengan jumlah 18,550 pelajar dalam majlis perasmian Program Pemantapan dan Jati Diri

Sahsiah Remaja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2012 di Institut Latihan Dewan Bandaraya

Kuala Lumpur. Jelasnya, masalah disiplin dalam kalangan pelajar semakin meruncing. Justeru,

tugasan ini, saya akan meneliti satu kes yang berkaitan dengan tingkah laku bermasalah

distruktif iaitu buli. Tingkah laku distruktif merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan

diri, sekolah dan masyarakat. Kejadian ini berlaku di Seberang Jaya, Pulau Pinang tetapi nama

sekolah tidak dinyatakan dalam artikelnya. Selain itu, saya juga turut membincangkan punca

masalah dan cara mengatasinya dalam tugasan ini.

Page 5: tingkah laku

2.0 RINGKASAN ARTIKEL

Kes buli ini berlaku di sebuah sekolah menengah di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada

awal Mac. Pihak polis mengesan kejadian ini apabila klip rakaman yang ditunjukkan dalam

Rajah 1 tersebar secara luas di laman sosial YouTube. Tempoh klip video tersebut adalah

selama 1 minit 32 saat. Di mana, rakaman itu memaparkan seorang remaja berpakaian

seragam sekolah telah dibelasah sekumpulan remaja lain dipercayai rakan sekolahnya di dalam

sebuah bilik. Mangsa dilihat tidak melawan walaupun dia diserang secara bertubi-tubi oleh

seorang remaja. Turut kelihatan di dalam klip itu ialah dua lagi remaja lain yang turut sama

membelasah mangsa tanpa rasa belas kasihan dan menggunakan objek keras. Mangsa

tersebut menangis disebabkan kesakitan dan merayu kepada mereka untuk menghentikan

tingkahlaku mereka yang tidak senonoh. Secara kesimpulannya, ketiga-tiga pelajar memukul

seorang pelajar serta merakamkan semua kejadian tersebut untuk memaparkan dalam

YouTube. Dari sini, saya boleh menyimpulkan bahawa pelajar zaman sekarang tidak

mempunyai nilai kemanusiaan serta menyalahgunakan teknologi yang sedia ada kearah

musnah.

Dipercayai pergaduhan itu disaksikan oleh lebih daripada lima orang dan kebanyakan

mereka hanya tertawa dan tidak membantu meleraikan pergaduhan tersebut walaupun mangsa

dipukul bertubi-tubi. Jelasnya, pelajar lain, hanya mengambil isu ini sebagai keseronakkan

Sumber : Utusan Online

Rajah 1 : Sedutan klip video YouTube yang menunjukkan seorang pelajar diterajang (gambar kiri), ditendang (gambar tengah) dan disiku (gambar kanan) oleh pelajar lain dalam kejadian di Seberang Jaya, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Page 6: tingkah laku

tetapi tidak terfikir mengenai natijahnya. Jika salah seorang daripada mereka melaporkan

kejadian ini kepada guru disipilin atau guru bertugas maka isu ini dapat diatasi dengan sebaik

mungkin. Menurut kenyataan laman Facebook rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM), kes itu

yang berlaku di Seberang Jaya disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana

merusuh. Sehubungan itu, Polis Pulau Pinang telah membuka kertas siasatan berhubung kes

buli pelajar. Bagaimanapun, melalui maklumat diterima oleh polis, ketiga-tiga pelajar yang

membuli itu telah dibuang sekolah selepas diputuskan oleh pihak sekolah dengan kerjasama

Pejabat Pendidikan Daerah. Natijahnya, ketiga-tiga pelajar tersebut tidak dapat menyambung

pelajaran serta nama mereka tercemar akibat daripada hasil kelakuan mereka yang agresif.

Manakala, mangsa pula mengalami tekanan emosi daripada kejadian tersebut dan senantiasa

berada dalam ketakutan.

Kesimpulannya selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin

melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai

khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal

sebagai angan-angan semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara

yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan. Oleh itu, semua pihak haruslah

berganding bahu untuk menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi

liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga kita dapat melahirkan generasi muda yang

dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa dipersada dunia.

Page 7: tingkah laku

3.0 DEFINISI BULI

Buli pada asasnya adalah penyalahgunaan kuasa. Ia adalah operasi psikologikal atau

fizikal yang berulang-ulang terhadap individu yang lemah oleh individu atau kumpulan yang

lebih berkuasa. Ia adalah kehendak atau keinginan untuk mencederakan seseorang dan

meletakkan mangsa tersebut dalam situasi yang tertekan (Tattum, 1988). Menurut Smith dan

Thompson (1991), buli didefinisikan sebagai satu set tingkah laku yang mana dilakukan secara

sengaja dan menyebabkan kemudaratan secara fizikal serta psikologi penerimanya. Perlakuan

buli telah dikenal pasti sebagai salah satu saluran dalam rantaian perlakuan ganas daripada

zaman kanak-kanak kepada alam kedewasaan. Gejala buli juga merangkumi kegiatan seperti

memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh

seseorang terhadap pemangsanya. Buli boleh didefinisikan sebagai keinginan untuk

mencederakan atau meletakkan seseorang kepada situasi dalam tekanan. Banks(2000),

menghuraikanperlakuan buli sebagai mempersendakan, menghina, mengancam, memukul,

mencuridan serangan-serangan langsung yang dimulakan oleh seorang atau lebih

terhadapmangsa.

Perlakuan buli adalah tingkah laku agresif yang dikategorikan sebagai ketidak

seimbangan kuasa antara pembuli dengan mangsa. Menurut Kementerian Pelajaran

mendefinisikan buli sebagai perbuatan mendera atau mempermainkan murid atau kumpulan

murid supaya menyesuaikan dengan suasana yang baru atau perlakuan mendera atau

mempermain-mainkan seseorang murid atau kumpulan murid yang lemah atau perlakuan

menggertak atau menakutkan murid atau kumpulan murid (Panduan Pengurusan Menangani

Buli di Sekolah,2005). Buli dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu dari segi fizikal dan mental.

Buli fizikal ialah pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut,

menolak, mencubit atau sepak terajang hingga menyebabkan kecederaan dan kematian.

Manakala, buli mental pula merangkumi mengejek, memberi panggilan/ gelaran yang

mengaibkan. menghina, mencarut, memfitnah dan sebagainya.

Daripada ulasan-ulasan tadi, dapat dirumuskan bahawa buli ialah sejenis tingkah laku

keganasan dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan oleh seorang atau sekumpulan

individu ke atas individu lain yang tidak berupaya untuk mempertahankan dirinya dengan niat

untuk menyakiti, mengancam, menakutkan atau meletakkannya dalam keadaan yang tertekan

secara sengaja.

Page 8: tingkah laku

4.0 PUNCA MASALAH

PUNCA MASALAH BULI