TINJAUAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN DALAM MATA€¦ · Elektronik (PKEE) di kalangan pelajar...
Transcript of TINJAUAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN DALAM MATA€¦ · Elektronik (PKEE) di kalangan pelajar...
TINJAUAN KEBERKESANAN PEMBELAJARAN DALAM MATA
PELAJARAN PENGAJIAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK DAN
ELEKTRONIK DI DUA BUAH SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
DI NEGERI SEMBILAN
PARVEEN GAYESTHIRE A/P RAMANUJALOO NAIDU
Tesis ini dikemukakan
sebagai memenuhi syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Pendidikan
( Kejuruteraan Elektrik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2006
iii
DEDIKASI
ingatan khas untuk
ibubapaku, R.V.Ramanujaloo Naidu dan A.Lethumy
dan bapa mertuaku, N.Ratana Singaram
berkat dan jasa pengorbanan kalian amat kuhargai
Untuk Suamiku yang tersayang, R.Sundara Raju
Pengorbananmu untuk bersama menerima dugaan
hidup ini dan sokongan Mu itu amat besar ertinya
adik beradik yang ku sayangi
R.Firuz Giry Naidu, R.Raul Imberaju, R.Prasath
Dan adik-beradik iparku
teruskan usaha-usaha mu dalam mencapai cita-cita.
semoga usaha-usaha aku dan kalian diberkati Tuhan
rakan-rakan seperjuangan yang dikasihi
L.Krishna Kumari, V.Vijayashamila,
S.Thibagaran , A.Manjula
serta
saudara mara yang disayangi
dan rakan-rakan yang lain.
iv
PENGHARGAAN
Segala kesyukuran diucapkan kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana
keberkatanNya sahajalah saya diberi kekuatan bagi menyempurnakan penulisan kajian
ini.
Jutaan terimakasih kepada penyelia dan pembimbing saya iaitu Tuan Hj. Mohsin
Uzir yang telah memberikan saya ilmu, tunjuk ajar serta kekuatan dalam
menyempurnakan kajian sebaik yang mungkin. Penghargaan juga diucapkan kepada
Bahagian Penyelidikan dan Pendidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan
Malaysia kerana memberikan kebenaran untuk menjalankan kajian in, serta kakitangan
dan pelajar Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, Seremban dan Sekolah Menengah
Teknik Ampangan, Seremban dalam memberikan kerjasama disepanjang kajian.
Penghargaan turut ditujukan kepada semua rakan-rakan seperjuangan dan sesiapa
sahaja yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung. Mudah-mudahan
Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa mereka. .
Sekian, terima kasih
R.Parveen Gayesthire
No. 28, Unitata Bhd,
36009 Teluk Intan,
Perak.
v
ABSTRAK
Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang bertujuan untuk mengkaji
keberkesanan pembelajaran dalam mata pelajaran Pengajian kejuruteraan Elektrik dan
Elektronik (PKEE) di kalangan pelajar tingkatan lima. Dalam konteks kajian ini, hanya
lima masalah pembelajaraan sahaja yang dikaji iaitu faktor sikap pelajar, faktor minat
pelajar, faktor pengurusan masa, keberkesanan kaedah pengajaran guru dan dorongan
ibu bapa dalam mata pelajaran PKEE. Seramai seratus enam puluh lapan orang pelajar
tingkatan lima lelaki dan perempuan di dua buah Sekolah Menengah Teknik di Negeri
Sembilan. Alat kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik. Ia
mengandungi 32 item soalan. Dapatan daripada kajian in menunjukkan pekali
kebolehpercayaan alpha cronbach adalah 0.87. Data-data dianalisis menggunakan
perisian SPSS bagi mendapatkan nilai frekuensi dan nilai min. Seterusnya berdasarkan
nilai frekuensi dan peratus akan ditentukan nilai purata peratusan keseluruhan secara
manual. Secara keseluruhan empat masalah pembelajaran iaitu faktor sikap pelajar,
faktor minat pelajar, faktor pengurusan dan keberkesanan kaedah pengajaran guru
berada pada tahap positif. Manakala aspek dorongan ibu bapa dalam mata pelajaran
PKEE berada pada tahap neutral
vi
vi
ABSTRACT
This research is a survey to identify the various learning difficulties among
From 5 students in the Electric and Electronic Engineering (PKEE) subject. Only 5
learning difficulties are studied in the context of this research, which are student’s
attitude factor, student’s interest factor, time management factor, effectiveness of the
teacher’s teaching technique and parental support in the PKEE subject. About hundred
and sixty eight from 5 male and female students of two Sekolah Menengah Teknik in
Negeri Sembilan were surveyed. Questionnaires were used as research instrument. It
contained 32 items surveyed and testing indicated that the reliability of questionnaire
was 0.87. Data were analyzed using the SPSS software, to obtain the frequency and
mean values. Subsequently the overall average percentage was determined manually
based on the frequency and percentage values. On the whole, four of learning
difficulties that is student’s attitude factor , student’s interest factor, time management
factor and effectiveness of the teacher’s teaching technique in positive level. Mean
while parental support aspect is in neutral level.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKASURAT
JUDUL i
PENGAKUAN PENULIS ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.2 Pernyataan Masalah 9
1.3 Objektif Kajian 9
1.4 Persoalan Kajian 10
1.5 Skop Kajian 11
1.6 Batasan Kajian 11
viii
1.7 Kepentingan Kajian 11
1.8 Definasi istilah 12
BAB II SOROTAN PENULIS
2.0 Pengenalan 15
2.1 Sikap Pelajar 15
2.2 Minat Pelajar 17
2.3 Faktor Pengurusnan Masa 18
2.4 Keberkesanan Keadah Pengajaran Guru 19
2.5 Dorongan Ibubapa 21
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 23
3.1 Reka Bentuk Kajian 23
3.2 Lokasi Kajian 24
3.3 Populasi Kajian 24
3.4 Pemilihan Sampel 25
3.5 Instrumen Kajian 25
3.6 Kajian Rintis 27
3.7 Prosedur Kajian 28
3.8 Penganalisisan Data 29
3.9 Rumusan 30
ix
BAB IV ANALISIS DATA
4.0 Pengenalan 31
4.1 Kaedah Analisis 32
4.2 Keputusan dan Analisis Data Bahagian A 32
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 33
4.2.2 Taburan Responden mengikut Bangsa 33
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Agama 34
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Tempat
Tinggal 34
4.3 Dapatan Persoalan Kajian 1 35
4.4 Dapatan Persoalan Kajian 2 37
4.5 Dapatan Persoalan Kajian 3 39
4.6 Dapatan Persoalan Kajian 4 41
4.7 Dapatan Persoalan Kajian 5 44
4.8 Kesimpulan 46
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 49
5.1 Perbincangan
5.1.1 Persoalan Kajian 1 50
5.1.2 Persoalan Kajian 2 52
5.1.3 Persoalan Kajian 3 54
5.1.4 Persoalan Kajian 4 55
5.1.5 Persoalan Kajian 5 57
5.2 Rumusan 59
5.3 Cadangan 61
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 64
5.5 Penutup 65
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL PERKARA MUKA SURAT
1.1 Analisis Peperiksaan SPM Tahun 2000 & 2001
Prestasi Pencapaian Matapelajaran Teknik
Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik 5
3.1 Taburan populasi Pelajar Tingkatan V yang mengambil
Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
di Dua Buah Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Sembilan 25
3.2 Kandungan Instrumen Kajian 27
3.3 Skala Likert (Jawapan Menaik ) 27
3.4 Skala Likert (Jawapan Menurun) 27
3.5 Klasifikasi Kekuatan Kolerasi 28
3.6 Jadual Pengkelasan Tiga Kategori (Jawapam Menaik) 30
3.7 Jadual Pengkelasan Tiga Kategori (Jawapam Menurun) 30
4.1 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 32
4.2 Bilangan dan Peratus responden Mengikut Jantina 33
4.3 Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Bangsa. 33
4.4 Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Agama 34
4.5 Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut Tempat
Tinggal. 34
4.6 Taburan Responden Mengikut Kekerapan dan Peratusan
Faktor Sikap Mempengaruhi Pencapaian Pelajar PKEE. 35
4.7 Taburan Responden Mengikut Kekerapan dan Peratusan
Faktor Minat Pelajar Mempengaruhi Pencapaian PKEE. 37
xii
4.8 Taburan Responden Mengikut Kekerapan dan Peratusan
Faktor Pengurusan Masa Mempengaruhi Tumpuan pelajar
dalam Pembelajaran mata pelajaran PKEE 39
4.9 Taburan Responden Mengikut Kekerapan dan Peratusan
Keberkesanan Kaedah pengajaran Guru dalam Penyampaian
Isi Pengajaran Mempengaruhi mempengaruhi pencapaian
mata pelajaran PKEE 41
4.10 Taburan Responden Mengikut Kekerapan dan Peratusan
Pengaruh Ibu Bapa Terhadap Pelajar 44
4.11 Analisi keseluruhan keberkesanan pembelajaran pengaruhi
pencapaian akademik para pelajar dalam mata pelajaran
Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di dua buah
Sekolah Menengah Teknik di Negeri Sembilan 46
xiii
SENARAI SINGKATAN
BPTV : Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
EPRD : Bahagian Perancangan dan Penyelidikan
Pendidikan
KBSM : Kurikukum Bersepadu Sekolah Menengah
KPM : Kementerian Pendidikan Malaysia
PKEE : Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
SPM : Sijil Pendidikan Malaysia
SPSS : Statistical Packages for Social Sciences
SMV : Sekolah Menengah Vokasional
SMT : Sekolah Menengah Teknik
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA
A Soal Selidik
B Surat Kebenaran Menjalankan Tesis dari
Fakulti Pendidikan, UTM.
C Jadual Penentuan Saiz Sampel
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Pendidikan merupakan aspek penting di negara kita khususnya untuk
pembangunan negara. Pelbagai langkah telah di ambil untuk meninggikan mutu
pendidikan. Pada masa ini masyarakat bukan sahaja berusaha untuk mendapatkan
peluang pendidikan, tetapi juga pendidikan yang bermutu tinggi. Kemajuan teknologi
pendidikan, menyebabkan pelbagai aktiviti masyarakat berkait terus dengan
pengetahuan serta kebolehan mendapatkan ilmu pengetahuan.
Menurut Hadzri Harun (1999), pendidikan diertikan seperti berikut, “Pendidikan
itu adalah mempersiapkan seseorang supaya ia dapat hidup dengan sempurna, bahagia,
cinta kepada tanah airnya, kuat jasmaninya, sempurna budi pekertinya, sistematik
pemikiranya, halus perasaannya, cekap dalam karyanya dan bekerjasama dengan orang
lain.” Ini bermaksud tujuan pendidikan ialah untuk memupuk dan membentuk sahsiah
yang bersifat lengkap dan menyeluruh. Sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara yang
bertujuan melahirkan individu yang berilmu pengetahuan,bertrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara.
2
Oleh itu bagi merealisasikan wawasan 2020 sistem pendidikan negara
mempunyai peranan penting bagi memenuhi dan menentukan kejayaan. Untuk
mencapai matlamat tersebut, Laporan Rahman Talib telah memperkenalkan pendidikan
teknik dan vokasional untuk mewujudkan pelajar yang berpengetahuan, berkemahiran,
dan berketrampilan sebagai penyumbang perkembangan ekonomi dan pendidikan negara
(Mok Soon Sang, 2000).
Di Malaysia, pendidikan teknik dan vokasional bermula semenjak tahun 1930
yang diberi nama sebagai Technical Trade School. Berasaskan daripada Technical Trade
School inilah Sekolah Menengah Vokasional (kini dikenali sebagai Sekolah Menengah
Teknik) mula ditubuhkan selepas Sistem Pendidikan Aneka Jurusan diperkenalkan pada
tahun 1965 (Mok Soon Sang, 2000). Perubahan kurikulum yang berlaku dari masa ke
semasa telah memperkenalkan Sistem Baru Pendidikan Teknik dan Vokasional pada
tahun 1989 melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Sekolah
Menengah Vokasional (SMV) dinaikkan taraf ke Sekolah Menengah Teknik (SMT)
pada tahun 1996 di bawah rang Undang-Undang Pendidikan 1995 / 1996 (Akta 55).
Pada dekad ini Pendidikan Vokasional dan Teknik diperingkat sekolah menengah
merupakan titik tolak untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan yang kukuh
dalam asas kejuruteraan.
Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PKEE) adalah salah satu dari
mata pelajaran elektif baru dalam kumpulan II ( Vokasional Dan Teknik ) dalam
program Kurikukum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) di peringkat menengah
atas. Mata pelajaran ini adalah mata pelajaran yang menyentuh asas-asas elektrik dan
elektronik, kuasa, teori litar, elektronik perhubungan, elektronik berdigit,
penyelenggaraan dan baik pulih peralatan elektrik serta elektronik. Namun begitu mata
pelajaran ini tidak lagi dikelompak mengikut kumpulan elektif selepas peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) dijustifikasikan kepada pensijilan terbuka bermula pada tahun
2000. Mata pelajaran ini digubal dengan mengambil kira kesinambungan daripada mata
pelajaran Kemahiran Hidup terutama dalam elektif Kemahiran Manipulatif di Tingkatan
3
tiga. Selain itu mata pelajaran PKEE juga berhubungkait dengan mata pelajaran
Matematik dan Sains di peringkat menengah rendah.(BPTV, 2000)
Mata pelajaran PKEE juga menumpukan kepada pembinaan asas yang kukuh
dalam pelajaran sains dan teknologi. Mata pelajaran ini dapat meningkatkan daya
intelek, membantu pelajar membuat keputusan sendiri, mengenal faham perkembangan
teknologi semasa dan menyesuaikan diri untuk berfungsi secara berkesan dalam
kehidupan harian dan juga sebagai asas untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
Memandangkan mata pelajaran PKEE ini merupakan salah satu subjek yang
penting untuk meningkatkan perkembangan negara, langkah-langkah yang berkesan
harus diambil untuk menentukan tahap pencapaian pelajar dalam mata pelajaran ini
adalah baik supaya dapat menghasilkan jurutera dan juruteknik yang berkualiti.
1.1 Latar belakang masalah
Ahamad Sipon (New Strait Times, Sabtu, 30hb Jun 2001) menyatakan
bahawa:
“ The country needs sufficient skilled manpower, especially in this new era, to
help propel it toward a developed nation status. Malaysian, for instance
requires 137,200 engineers and 331,700 assistant engineer by 2010 in the
chemical, mechanical, electrical and electronic and other high technology areas
like photonic and nano-technology.” (m.s.23)
Kenyataan beliau, menjelaskan dalam memfokuskan ke arah sebuah negara
maju, maka pendidikan yang bercorak teknik dan vokasional merupakan satu cabang
aliran pendidikan yang mampu untuk menampung kehendak tersebut.
4
Pembelajaran ialah satu proses cergas yang perlu dirangsang dan dibimbing ke
arah matlamat yang ingin diperolehi. Walaupun terdapat rangsangan-rangsangan luaran
(ekstrinsik) seperti kaedah pengajaran, soalan, bahan bantuan mengajar dan model bagi
merangsang pembelajaran, tetapi gerakbalas dan rangsangan dalaman pelajar adalah asas
kepada jenis pembelajaran yang berlaku. Pembelajaran perlu dibuat oleh individu itu
sendiri, dengan teknik dan gaya pembelajaran yang efektif. Oleh kerana pembelajaran
melibatkan cara belajar maka satu kerangka perlu dibuat bertepatan dengan permintaan
yang diperlukan ( Crow & Crow, 1983 ).
Proses pengajaran dan pembelajaran sesebuah sekolah itu dapat diukur dengan
pencapaian pelajar dalam peperiksaan. Pencapaian pelajar inilah yang akan
mencerminkan sistem pentadbiran, sistem pengajaran dan lain-lain kepada masyarakat
luar. Sekiranya pelajar-pelajar daripada sesebuah sekolah itu berjaya mendapat
keputusan yang cemerlang, pujian daripada pelbagai pihak akan diberikan kepada semua
lapisan penghuni sekolah itu. Tetapi keadaan akan menjadi sebaliknya apabila
keputusan yang diperolehi tidak seperti yang dijangka.
Jadual 1 dan Jadual 2 menunjukkan analisis keputusan peperiksaan SPM tahun
2000 dan Peperiksaan SPM tahun 2001 untuk mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan
Elektrik dan Elektronik menunjukkan peratusan kelulusan pelajar bagi mata pelajaran
Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di seluruh negara adalah tinggi, iaitu
96.41% pada tahun 2000 dan 97.21% pada tahun 2001. Tetapi dari segi kualitinya tidak
boleh dibanggakan iaitu peratusan yang mendapat kelulusan cemerlang iaitu Gred 1A
dan 2A bagi Peperiksaan SPM tahun 2000 sebanyak 6.47 % dan Peperiksaan SPM
tahun 2001 sebanyak 6.71 %. Oleh itu , pengkaji ingin membuat satu tinjauan kepada
masalah pembelajaran yang pengaruhi pencapaian akademik para pelajar.
5
Jadual 1.1 : Analisis Peperiksaan SPM Tahun 2000 Prestasi Pencapaian Matapelajaran Teknik Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Mata
Pelajaran
Bil Calon Bil Pencapaian Calon Mengikut Gred
1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G TH
Lulus % Lulus
Gr. Purata
Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
4264 81 195 422 597 800 783 830 403 145 21 4111 96.412 -
Jumlah Pelajar 276 1019 1583 1233 145 21 - - -
Peratus Mengikut Gred (%) 6.47 23.90 37.12 28.92 3.4 0.49 - - -
( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2001)
6
Jadual 1.2 : Analisis Peperiksaan SPM Tahun 2001 Prestasi Pencapaian Matapelajaran Teknik Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
Mata
Pelajaran
Bil Calon Bil Pencapaian Calon Mengikut Gred
1A 2A 3B 4B 5C 6C 7D 8E 9G TH
Lulus % Lulus
Gr. Purata
Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
5555 101 272 534 799 1037 1046 1054 557 155 28 5400 97.21 5.42
Jumlah Pelajar 373 1333 2083 1631 155 28 - - -
Peratus Mengikut Gred (%) 6.71 24.00 37.48 29.36 2.79 0.50 - - -
( Kementerian Pelajaran Malaysia, 2002)
7
Dalam memastikan matlamat pembelajaran diatas dicapai terdapat perkara-
perkara yang perlu diselesaikan iaitu “masalah-masalah dalam pembelajaran” itu sendiri.
Masalah dalam pembelajaran mempunyai pro dan kontra samada berpihak kepada pihak
pelajar atau faktor lain. Masalah pembelajaran banyak berkait dengan persembahan dan
pencapaian pelajar dalam bidang yang diceburi. Tidak dinafikan, para guru sering
memikirkan konsep yang jelas, bahan yang penting, topik yang sesuai, apakah bahan
yang sesuai dan bagaimanakah kesannya terhadap pelajar bergantung kepada cara
pelajar itu belajar ( Tyler, R.W;1991 ). Antaranya yang berkaitan dengan masalah-
masalah pembelajaran ialah minat, motivasi, galakkan, faktor pengurusan masa,
pengaruh media massa dan rakan sebaya, disamping itu tidak kurang pentingnya ialah
faktor kekeluargaan dan persekitaran.
Sikap murid-murid yang sihat adalah menggemari mata pelajaran (Ee Ah Meng,
1988). Pelajar yang menggemari matapelajaran yang dipelajari akan memberi lebih
tumpuan terhadap apa yang dipelajarinya. Selain dari itu menggemari mata
pelajarannya pelajar-pelajar dapat melakukan tugasan tanpa membuang masa,
bersemangat dalam melakukan tugasan sekolah dan pandai melakukan tugasan sekolah
dan pandai menggunakan masa lapang dan aktiviti-aktiviti yang lebih berfaedah.
Minat memainkan peranan yang penting dalam kejayaan sesuatu pembelajaran
dan minat dapat mempengaruhi pencapaian seseorang pelajar itu sendiri. Seseorang
yang berminat dalam perkara yang dipelajari lazimnya akan menunjukkan pencapaian
yang tinggi (Abu Zahari ,1987). Ini menunjukkan minat merupakan antara komponen
yang berperanan penting dalam mempengaruhi pencapaian pembelajaran seseorang.
Kesan keluarga ke atas pencapaian menunjukkan betapa pentingnya pengaruh
dan penglibatan ibu bapa dalam memberikan rangsangan dan motivasi ke arah
kecemerlangan pendidikan. Satu kajian telah dilakukan, mendapati persekitaran
keluarga mempunyai pengaruh yang kuat terhadap kepintaran pelajar-pelajar dimana
pelajar-pelajar yang pintar ini mempunyai ibu bapa yang penyayang dan reponsif,
membeli alat permainan yang sesuai dan kerap bermain dengan mereka (Haini, 2000).
8
Ini bermakna peranan keluarga terutama ibu bapa adalah merupakan agen sosiologi yang
utama bagi pelajar-pelajar membina kepercayaan, sikap dan nilai.
Faktor penyumbang yang besar terhadap pencapaian sesuatu mata pelajaran
adalah kaedah pengajaran guru. Kaedah pengajaran yang berkesan mampu untuk
membangkitkan pelbagai rangsangan dalam diri pelajar dan seterusnya meminati sesuatu
mata pelajaran. Menurut Esah Sulaiman (2002), pengajaran yang efektif atau
pengajaran yang berkesan bolehlah dirumuskan sebagai pengajaran yang menyedia dan
mewujudkan suasana yang sihat lagi menggalakkan pelajar untuk terus belajar dan
pengajaran yang berkualiti dengan mengaplikasikan pelbagai kaedah pengajaran, bahan
bantu mengajar, kemahiran melaksanakan aktiviti dan lain-lain yang boleh membawa
perubahan dan meningkatkan pembelajaran pelajar aras kognitif tinggi.
Mengikut Casey (1985), jika satu perancangan dilakukan dengan teratur dan
berterusan, kerja dapat dilakukan secara maksimum dan masa dapat digunakan
sepenuhnya untuk tujuan lain. Perancangan yang baik akan menjamin pelajar
menghadapi peperiksaan dengan tenang, penuh persediaan dan rapi. Merancang untuk
belajar secara sistematik sebenarnya anda merancang untuk lulus dengan cemerlang
(Hassan Mohd. Ali, 1999). Seseorang yang bercita-cita tinggi untuk mencapai kejayaan
dalam akedemik dengan cemerlang haruslah bijak menguruskan masa mereka
(Slavin,1989).
Oleh itu, pengkaji ingin mengkaji beberapa permasalahan pembelajaran iaitu
sikap pelajar, minat pelajar, faktor pengurusan masa, kaedah pengajaran guru dalam
penyampaian isi pengajaran dan dorongan ibubapa dalam mata pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di kalangan pelajar tingkatan lima di dua buah
Sekolah Menengah Teknik di Negeri Sembilan.
9
1.2.1 Pernyataan masalah
Berdasarkan latar belakangan yang dinyatakan, pengkaji ingin mengkaji tentang
keberkesanan pembelajaran dalam mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan
Elektronik di pelajar tingkatan V di dua buah Sekolah Menengah Teknik di Negeri
Sembilan. Secara khususnya kajian bertujuan untuk:
i. Faktor sikap mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
ii. Faktor minat mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
iii. Faktor pengurusan masa yang mempengaruhi tumpuan pelajar dalam
pembelajaran mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
iv. Keberkesanan kaedah pengajaran guru dalam penyampaian isi pengajaran
mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
v. Dorongan ibubapa terhadap pelajar dalam mata pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
1.2 Objektif kajian
Objektik kajian ini adalah untuk:-
1. Mengenalpasti faktor sikap mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik
10
2. Mengenalpasti faktor minat mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata
pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
3. Mengenalpasti faktor pengurusan masa yang mempengaruhi tumpuan pelajar
dalam pembelajaran mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan
Elektronik.
4. Mengenalpasti keberkesanan kaedah pengajaran guru dalam penyampaian isi
pengajaran mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
5. Mengenalpasti dorongan ibu bapa dapat membantu meningkatkan pencapaian
pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
1.3 Persoalan kajian
1. Adakah faktor sikap mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik ?
2. Adakah faltor minat mempengaruhi pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik ?
3. Adakah faktor pengurusan masa mempengaruhi tumpuan pelajar dalam
pembelajaran mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik ?
4. Adakah keberkesanan kaedah pengajaran guru dalam penyampaian isi
pengajaran mempengaruhi pencapaian mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan
Elektrik dan Elektronik ?
5. Adakah dorongan ibu bapa dapat membantu meningkatkan pencapaian pelajar
dalam proses pengajaran dan pembelajaran?