Tinjauan Tahap Pencapaian Dan Pelaksanaan Kemahiran Proses Sains

8
TINJAUAN TAHAP PENCAPAIAN DAN PELAKSANAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS ABSTRAK Kemahiran proses sains merupakan komponen penting dalam pembelajaran sains yang kurang diberi perhatian dalam pengajaran sains oleh guru sains. Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap pengetahuan dan sejauh mana pelaksanaan kemahiran proses sains dalam kalangan 28 guru pelatih PISMP major sains di IPG Kampus Tuanku Bainun. Keputusan ujian objektif menunjukkan kemahiran yang kurang dikuasai oleh guru pelatih ialah membuat hipotesis (54.2%) dan definisi operasi (33.3%). Sebaliknya kemahiran mengukur dan menggunakan nombor (95.8%), menginterpretasi data (95.8%) serta membuat pengelasan (91.7%) dapat dikuasai oleh majoriti guru pelatih. Analisis buku rekod mengajar guru pelatih menunjukkan guru pelatih mencatatkan kemahiran proses sains dalam sesuatu pelajaran semata-mata untuk memenuhi keperluan format penulisan rancangan mengajar tanpa pemahaman bagaimana menggunakan kemahiran tersebut dalam pelajaran yang dirancang. Catatan refleksi guru pelatih juga tidak pernah menyebut tentang masalah bagaimana untuk menerapkan kemahiran proses sains dalam pengajaran sains. Implikasi dapatan ini adalah kemahiran proses sains diberi perhatian yang amat rendah oleh guru pelatih dalam penyampaian pelajaran sains. Hasil temubual pula mendedahkan hakikat guru pelatih tidak memahami sepenuhnya kemahiran proses sains yang disampaikan dalam kuliah semasa pengajian di institut pendidikan guru. Pertalian yang lemah antara konsep kemahiran proses sains dengan prosedur pengajaran dan pembelajaran sains yang menerapkan kemahiran proses sains mungkin telah menyebabkan guru pelatih kurang memberi penekanan yang sewajarnya terhadap kepentingan dan pelaksanaan kemahiran proses sains dalam pendidikan sains di sekolah

description

Kemahiran proses sains merupakan komponen penting dalam pembelajaran sains yang kurang diberi perhatian dalam pengajaran sains oleh guru sains. Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap pengetahuan dan sejauh mana pelaksanaan kemahiran proses sains

Transcript of Tinjauan Tahap Pencapaian Dan Pelaksanaan Kemahiran Proses Sains

TINJAUAN TAHAP PENCAPAIAN DAN PELAKSANAAN KEMAHIRAN PROSES SAINS

ABSTRAK

Kemahiran proses sains merupakan komponen penting dalam pembelajaran sains yang kurang diberi perhatian dalam pengajaran sains oleh guru sains. Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap pengetahuan dan sejauh mana pelaksanaan kemahiran proses sains dalam kalangan 28 guru pelatih PISMP major sains di IPG Kampus Tuanku Bainun. Keputusan ujian objektif menunjukkan kemahiran yang kurang dikuasai oleh guru pelatih ialah membuat hipotesis (54.2%) dan definisi operasi (33.3%). Sebaliknya kemahiran mengukur dan menggunakan nombor (95.8%), menginterpretasi data (95.8%) serta membuat pengelasan (91.7%) dapat dikuasai oleh majoriti guru pelatih. Analisis buku rekod mengajar guru pelatih menunjukkan guru pelatih mencatatkan kemahiran proses sains dalam sesuatu pelajaran semata-mata untuk memenuhi keperluan format penulisan rancangan mengajar tanpa pemahaman bagaimana menggunakan kemahiran tersebut dalam pelajaran yang dirancang. Catatan refleksi guru pelatih juga tidak pernah menyebut tentang masalah bagaimana untuk menerapkan kemahiran proses sains dalam pengajaran sains. Implikasi dapatan ini adalah kemahiran proses sains diberi perhatian yang amat rendah oleh guru pelatih dalam penyampaian pelajaran sains. Hasil temubual pula mendedahkan hakikat guru pelatih tidak memahami sepenuhnya kemahiran proses sains yang disampaikan dalam kuliah semasa pengajian di institut pendidikan guru. Pertalian yang lemah antara konsep kemahiran proses sains dengan prosedur pengajaran dan pembelajaran sains yang menerapkan kemahiran proses sains mungkin telah menyebabkan guru pelatih kurang memberi penekanan yang sewajarnya terhadap kepentingan dan pelaksanaan kemahiran proses sains dalam pendidikan sains di sekolah rendah.

1.0 PENGENALAN

Kurikulum sains sekolah rendah dan menengah telah menekankan penguasaan kemahiran saintifik (kemahiran proses dan manipulatif) serta kemahiran berfikir di samping pemahaman prinsip asas sains serta sikap saintifik dan nilai murni. Ini bertujuan supaya sistem persekolahan di Malaysia dapat melahirkan rakyat yang progresif dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Selain itu, ia juga bertujuan memberikan kesedaran kepada murid tentang kepentingan pengetahuan sains dan teknologi sebagai persediaan mereka melanjutkan pelajaran serta bekerjaya dalam bidang pembangunan dan perindustrian.

Salah satu cabaran bagi guru sains sekolah rendah adalah bagaimana menerapkan kemahiran proses sains dalam pengajaran pembelajaran mata pelajaran sains. Bagi melaksanakan penerapan kemahiran proses sains ini, guru sains telah dilatih dan diberi kemahiran di Pusat Pengajian seperti Institut Pendidikan Guru (IPG) bagi merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran sains yang dapat menerapkan kemahiran proses sains. Penguasaan kemahiran proses sains ditekankan selain daripada penguasaan fakta-fakta dan prinsip sains. Ini adalah kerana pengetahuan sains terhasil daripada aktiviti menyelesaikan masalah secara saintifik bergantung kepada kemahiran murid terhadap proses sains (Harlen,2000).

Langkah Kerajaan Malaysia memperkenalkan mata pelajaran sains di tahun satu dalam pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2011 adalah satu langkah yang disokong oleh semua warga pendidikan. Ini dapat menggalakkan daya pemikiran yang kritis dan kreatif serta memupuk perasaan ingin tahu murid terhadap persekitaran mereka. Justeru,guru yang mengajar perlu menguasai kemahiran proses sains dengan sebaik-baiknya bagi menjamin pelaksanaan kurikulum berkesan (Burns.et al,1985).

1.1 Latar belakang kajian

Mata pelajaran sains dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh Malaysia mulai tahun persekolahan 1994/1995. Bagi melaksanakan kurikulum Sains, penekanan diberi kepada kepada guru pelatih bagi menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir, pemahaman kepada prinsip asas sains, pemupukan sikap saintifik dan nilai murni serta pembelajaran menerusi pengalaman yang relevan kepada kehidupan harian murid. Kemahiran saintifik diberi

tumpuan utama dalam kurikulum sains di samping isi kandungan sains. Kemahiran saintifik yang dimaksudkan dalam kurikulum sains sekolah rendah dan menengah ini terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif (PPK, 1993). Langkah ini dijangka memberi persediaan yang sesuai dan mencukupi untuk murid-murid mengikuti pendidikan sains di peringkat sekolah menengah.

Kemahiran proses sains dapat dibahagikan kepada dua iaitu kemahiran proses sains asas dan kemahiran proses sains bersepadu (Padilla, 1980). Kemahiran proses sains asas (KPSA) merangkumi kemahiran memerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor, membuat inferens, meramal, berkomunikasi dan menggunakan perhubungan ruang dan masa. Manakala kemahiran proses sains bersepadu (KPSB) pula terdiri dari kemahiran mentafsir maklumat, mendefinisi secara operasi, mengawal pembolehubah, membuat hipotesis dan mengeksperimen (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999). Menurut Wellington (1991) kemahiran-kemahiran proses sains tersebut merupakan asas kepada kemahiran berfikir yang digunakan oleh sama ada seorang ahli sains, guru ataupun pelajar apabila mempelajari sains.

Kemahiran proses sains ini perlu dikuasai oleh guru dalam menyampaikan pengajaran fakta-fakta sains dengan lebih berkesan. Ini adalah kerana sains bukan sahaja ilmu pengetahuan malahan ia adalah suatu cara untuk memahami alam persekitaran dan prosesnya secara sistematik. Murid memerlukan kemahiran proses sains untuk mempelajari mengenai dunia sains dan teknologinya dengan lebih mendalam. Justeru, guru pelatih perlu mengetahui dan menguasai kemahiran proses sains ini terlebih dahulu sebelum kemahiran tersebut dapat disampaikan kepada murid. Guru dengan tahap pencapaian dan penguasaan kemahiran proses sains yang berlainan akan mengajar kemahiran proses sains dalam pengajaran dan pembelajaran sains dengan kualiti yang berbeza.

Kemahiran proses sains asas merangkumi memerhati, mengelas, mengukur dan menggunakan nombor, membuat inferens, meramal, berkomunikasi dan menggunakan perhubungan ruangdan masa.

Memerhati (observing)-Proses mengumpul maklumat tentang objek dan fenomena dengan menggunakan semua atau sebahagian daripada deria. Alat atau instrumen yang dicipta atau direka boleh juga dilaksanakan untuk membantu deria. Pemerhatian yang dilakukan mungkinpemerhatian kualitatif, pemerhatian kuantitatif atau pemerhatian perubahan.

Mengelas (classifying)-Pengumpulan objek berdasarkan ciri-ciri sepunya yang boleh

diperhatikan ke dalam kumpulan yang sama.

Mengukur dan menggunakan nombor (measuring and using numbers)- Pemerhatian yang

dibuat secara kuantitatif dengan menggunakan unit rujukan atau alat berunit piawai.

Membuat inferens (inferring)-Kenyataan tentang sesuatu objek atau peristiwa berdasarkan

pemerhatian yang merupakan penerangan. Penerangan tersebut mungkin betul atau tidak.

Meramal (predicting)-Proses untuk menentukan dan menjangka peristiwa yang akan datang

berasaskan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai.

Berkomunikasi (communicating)-Cara untuk mengemukakan idea atau menyampaikan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti lisan, tulisan, model, jadual, graf, gambarajah,carta, peta, simbol, persamaan matematik dan sebagainya.

Menggunakan perhubungan ruang dan masa (using space/time relationship)- Satu proses memperihalkan atau menunjukkan lokasi, arah, bentuk dan saiz sesuatu objek dan perubahannya mengikut masa.

Kemahiran proses sains bersepadu merangkumi mengintepretasi data, mendefinisi

secara operasi, mengawal pembolehubah, membuat hipotesis dan mengeksperimen.

Mengintepretasi data (intepreting data)-Mengorganisasikan data dalam bentuk graf dan

membuat kesimpulan berdasarkan graf

Mendefinisi secara operasi (defining operationally)-Proses memberi definisi tentang sesuatu konsep dengan menyatakan perkara yang boleh dilakukan dan diperhatikan. Iamembolehkan pembezaan di antara contoh dan bukan contoh bagi konsep yang dihuraikan.

Mengawal pembolehubah (identifying variables)-Mengenalpasti pembolehubah yang boleh mempengaruhi hasil eksperimen iaitu pembolehubah bersandar, memalarkan pembolehubahlain dan memanipulasikan pembolehubah tidak bersandar.

Membuat/ menyatakan hipotesis (making/stating hypothesis)-Menyatakan

1.2 Pernyataan masalah

3.5 Kesimpulan

Tahap pencapaian KPS guru pelatih adalah cemerlang pada aspek kemahiran mengelas, menggunakan nombor dan menginterpretasi data , sementara tahap sederhana pada aspek kemahiran memerhati,membuat inferens, berkomunikasi,mengawal pembolehubah dan mengeksperimen, manakala aspek definisi operasi dan membuat hipotesis adalah pada tahap lemah .

Tahap pelaksanaan KPS guru pelatih semasa pengajaran dan pembelajaran dalam praktikum adalah cemerlang pada dua kemahiran iaitu memerhati dan berkomunikasi, sementara tahap sederhana bagi kemahiran mengelas,menggunakan nombor dan membuat inferens, manakala lima kemahiran lagi iaitu definisi operasi, membuat hipotesis,mengawal pembolehubah, menginterpretasi data dan mengeksperimen adalah pada tahap yang lemah.

BIBLIOGRAFI

Burns, J. C., Okey, J. R. dan Wise, K. C. (1985). Development of Intergrated ProcessSkill Tests: TIPS II . Journal of Research in Science Teaching. 22(2): 169-176

Harlen, W. (2000). Teaching, learning &assessing science 5-12 (Ed. 3). London:

Kassim, Abu Hassan and Hussin, Rohana (2003) Tahap penguasaan kemahiran proses sains dan hubungannya dengan pencapaian kimia di kalangan pelajar tingkatan empat daerah Johor Bahru. In: Seminar Memperkasakan Sistem Pendidikan, 19-21 October 2003, Puteri Pan Pasific, Johor Bahru.

Padila,M,J.,Okey,J.R. and Dillashaw,F.G.1983. The Relationship between science process skill and formal thinking abilities, journal of research in education,vol.20,3,pp 239-246.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (1993). Laporan kajian pelaksanaan Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah di sekolah rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sharifah Nor Ashikin S. A. Rahman (2005). Keberkesanan Program Peka dalam penguasaanKemahiran proses Sains Bersepadu. Jurnal Pendidikan 2005, Universiti Malaya

Tan Ming Tang & Chin Teoi Peng (2001).Satu Tinjauan awal Konsepsi Kemahiran Proses Sains di Kalangan Guru sains PKPG 14 Minggu di Maktab perguruan Batu Lintang.

Wellington, J. (1989). Skill and process in science education: An introduction.In Wellington, J. (Ed), Skills and process in science education: A critical analysis.London: Routledge.

Yeam, Koon Peng (2007) Tahap Pencapaian Dan Pelaksanaan Kemahiran Proses SainsDalam Kalangan Guru Pelatih. Masters thesis, Universiti Sains Malaysia.