TITAS_-_HEGEMONI
-
Upload
mohamad-muzamir-mohamad-yusof -
Category
Documents
-
view
300 -
download
3
Transcript of TITAS_-_HEGEMONI
WAJ3101
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia
1
1.0PENGENALAN
Abad ke-20 dan 21, kita telah melihat perkembangan pusat sains dan teknologi
maklumat yang semakin maju dan luar biasa. Tambahan pula, seiring dengan
kemajuan proses globalisasi dan dorongan kuat teknologi maklumat dan revolusi
komunikasi yang menjadikan kehidupan manusia semakin pantas dan
kompleks. Kemelut kemanusiaan pada saat kritikal dan tragis, wabak penyakit yang
menular, terrorisme global, perang saudara yang berterusan dan pelanggaran hak asasi
manusia.
Kemajuan dan perubahan yang berlaku akibat dari proses hegemoni Barat dan
Globalisasi ini telah menimbulkan banyak masalah terutamanya apabila perubahan
tersebut bertentangan dengan budaya dan nilai-nilai Timur.
Pada abad ke 21 ini, hampir semua aspek kehidupan kita sedang menjalani proses
globalisasi yang membawa kita secara rela atau paksa ke suatu sistem hidup yang
diseragamkan diseluruh dunia. Tiada aspek kehidupan yang tidak disentuh oleh proses
globalisasi akibat dari hegemoni Barat.
2.0HEGEMONI BARAT
Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Edisi Keempat (2005)
mendefinasikan hemegoni sebagai pengaruh atau dominasi sesebuah negara atas
negara-negara lain.
Kamus Melayu Global terbitan ANZAGAIN , Edisi Keempat (2006) mendefinasikan
hegemoni sebagai pengaruh atau dominasi sesebuah negara atas negara yang lain.
Istilah hegemoni berasal dari istilah Greek, iaitu hegeisthai.yang membawa maksud
menjadi ketua dan hegemon yang bernaksud “chieftain” iaitu ketua bagi sesuatu kaum
atau kumpulan. Konsep hegemoni ini banyak digunakan oleh sosiologi untuk
Mohamad Muzamir Bin Mohamad Yusof
WAJ3101
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia
2
menjelaskan tentang fenomena terjadinya usaha untuk mempertahankan kekuasaan
oleh pihak penguasa
Pengaruh atau dominasi sesesebuah negara terhadap negara lain dengan menggubal
undang-undang bagi mengelakkan struktur penjajahan terhadap rakyat atau
masyarakat pribumi.
Menurut teori Gramsci ( 1891-1937) hemegoni bermaksud Sebuah pandangan hidup
dan cara berpikir yang dominan, yang di dalamnya sebuah konsep tentang kenyataan
disebarluaskan dalam masyarakat baik secara institusional maupun perorangan;
(ideologi) mendiktekan seluruh cita rasa, kebiasaan moral, prinsip-prinsip religius dan
politik, serta seluruh hubungan-hubungan sosial, khususnya dalam makna intelektual
dan moral.
Gramsci mengatakan bahawa hegemoni ini adalah satu proses penguasaan kelas
dominan kepada kelas-kelas masyrakat dari aspek ekonomi, budaya, moral dan
menarima atau menyetujuinya tanpa paksaan (secara spontan) kepada pengaruh
hegemoni kelas dominan.
Konsep hegemoni ini turut menjelaskan kelompok yang mendominasi berjaya/berhasil
mempengaruhi kumpulan yang didominasi untuk menerima nilai-nilai moral, politik dan
budaya dari klompok dominan.
3.0GLOBALISASI
Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Edisi Keempat (2005)
mendefinasikan globalisasi sebagai proses yang membolehkan sesuatu aktiviti
(ekonomi, kebudayaan dan sebagainya) disebarkan atau diperluaskan ke peringkat
antarabangsa atau ke seluruh dunia, terutamanya dengan adanya kemudahan sistem
komunikasi, dasar terbuka dan sebagainya.
Mohamad Muzamir Bin Mohamad Yusof
WAJ3101
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia
3
Kamus Za’ba terbitan Pustaka Antara Books Sdn. Bhd., Edisi Kedua (2004)
mendefinasikan globalisasi sebagai fenomena yang menjadikan dunia seolah-olah kecil
dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi
maklumat yang ada masa kini
Di zaman globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang asal. Jika
dulu dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari dengan sempadan-
sempadan namun kini ia tidak berlaku lagi. Ia merupakan satu proses untuk meletakkan
dunia dibawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan
geografi sesebuah negara Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai
sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk
dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan
media komunikasi seperti internet,media elektronik,dan teknologi siber.
Malah pada hari ini kita telah dapat merasakan apakah dia itu globalisasi. Ledakan
teknologi maklumat yang pesat merupakan medium utama kepada agenda globalisasi
ini. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan diantara sesebuah negara dengan
negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh
yang singkat.
Dunia bukan sahaja tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh globalissasi
menjangkau sempadan ekonomi,teknologi ,bahasa, budaya, ideologi, politik dan dari
segenap aspek kehidupan sesebuah masyarakat.
4.0DIMENSI BERLAKUNYA HEGEMONI BARAT DAN GLOBALISASI
Kuasa Barat mempunyai semangat dan dasar yang sentiasa merancang untuk
menjajah mana-mana negara Islam yang mempunyai potensi untuk bangkit menjadi
sebuah kuasa besar dan boleh mencabar hegemoni mereka. Kuasa Barat mempunyai
Mohamad Muzamir Bin Mohamad Yusof
WAJ3101
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia
4
dasar untuk mewujudkan negara sekutu atau hubungan satelit dan meluaskan jaringan
dan pengaruhnya melalui media, ekonomi, sosial, dan juga hak asasi manusia.
Terdapat beberapa dimensi yang telah mempengaruhi berlakunya hegemoni dan
globalisasi seperti yang dinyatakan di bawah ini;
Media
Kuasa Barat menjadikan media komunikasi mereka sebagai senjata utama yang
mampu menyebarkan segala maklumat dan propaganda mereka. Media Barat ini
berada dimana-mana dan liputan mereka juga pantas dan menyeluruh. Cable
News Network (CNN), British Broadcasting Corporation (BBC), Reuters, The
Associated Press dan lain-lain adalah beberapa contoh media Barat.
Wartawan diseluruh dunia termasuk wartawan tempatan bergantung kepada
media Barat ini sebagai sumber dan bahan berita. Segala maklumat dan berita
tentulah dikuasai dan dimanipulasikan oleh media Barat ini. Media Barat boleh
menentukan dengan meluasnya bagaimana maklumat tentang peristiwa
antarabangsa diolah dan dipersembahkan kepada masyarakat dunia.Sesuatu
cerita atau peristiwa itu diolah dan dipersembahkan demi memperolehi
kepentingan pihak tertentu.
Ekonomi
Hegemoni barat dan globalisasi telah menjadikan ekonomi dunia sebagai satu
kod undang-undang ekonomi seragam yang diamalkan dan digunapakai oleh
seluruh masyarakat dunia.Halangan ekonomi antara sebuah negara dengan
negara lain telah terhapus dalam tiga aspek utama ekonomi iaitu perdagangan,
kewangan dan pelaburan.
Mohamad Muzamir Bin Mohamad Yusof
WAJ3101
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia
5
Sistem ekonomi antarabangsa berdasarkan kapitalisme Berjaya menghasilkan
barangan dan meningkatkan taraf hidup manusia tetapi gagal mewujudkan
keadilan social. Matawang Barat seperti dollar, pound dan Euro digunapakai
diseluruh dunia dan menjadi satu standard menentukan turun naik nilai mata
wang sesebuah negara itu. Penubuhan institusi seperti Dana Kewangan
Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO)
adalah percubaan dunia Barat dalam meluaskan hegemoninya melalui
libaralisasi pasaran dan ekonomi.
Kuasa Barat telah berjaya menubuhkan kelab-kelab elit mereka seperti
G7(1975), G6 (Kesatuan Eropah 2006), G8 (1975) dan G20 (2008). Kelab-kelab
elit ini hanya disertai oleh negara-negara berkuasa dari dunia barat dan timur.
Tiada peluang atau pelawaan diberikan kepada negara-negara membangun atau
miskin untuk menyertai kelab elit ini. Sebagai tindak balas , negara-negara
membangun di Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika dan Asia membentuk
gagasan yang dinamakan G15 pada September 1989 dan Pergerakan Negara-
negara Berkecuali atau NAM yang ditubuhkan pada 1961.
“Perdagangan bebas tidak sama dengan perdagangan adil”
Penyataan tersebut adalah komen Tun Dr. Mahathir Mohamad, mantan Perdana
Menteri Malaysia apabila beliau merujuk syarat dan terma perjanjian
perdagangan yang sering kali menyebelahi negara Barat yang maju terutamanya
Amerika Syarikat. Penyataan tersebut menjelaskan bahawa negara-negara
membangun termasuk Malaysia telah mula menyuarakan rasa tidak puas hati
mereka terhadap penguasaan dan globalisasi dalam ekonomi yang diamalkan
oleh negara Barat.
Politik
Mohamad Muzamir Bin Mohamad Yusof
WAJ3101
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia
6
Fenomena ‘deterritorialization’ (penyalahwilayah) yang diterajui oleh Amerika
Syarikat ialah satu proses dan tindakan politik yang melintasi perbatasan wilayah
negara.dalam melaksanakan kuasa, terdapat penggunaan kuasa, terdapat
pengunaan secara paksa dan pematauan secara bersistematik dan idea
mengenai demokrasi dan hak asasi manusia yang dianggap perinsip sejagat
mestilah diterima oleh seluruh masyarakat dunia.
Penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 24 Oktober 1945 selepas
Perang Dunia Ke Dua dengan keahlian sebanyak 193 buah negara namun
dikuasai oleh kuasa-kuasa besar seperti Amerika Syarikat, United Kingdom,
Republik China, Peranchis dan Kesatuan Soviet.
Demokrasi yang diperjuangkan oleh dunia Barat hanyalah untuk kepentingan
dasar luar Barat, bukan untuk menghargai kebebasan dan hak asasi manusia.
Sebahagian besar umat manusia bukan Barat tiada hak di peringkat
antarabangsa malah suara dan rayuan mereka tenggelam dalam keghairahan
negara Barat melaksanakan dasar globalisasi dan kuasa veto mereka.
Sosial / Budaya
Pada hari ini, dunia Barat terutama Amerika Syarikat telah membanjiri pelosok
dunia dengan pengeksportan budayanya. Ia adalah satu fenomena yang
melepasi perbatasan negara dan berlaku pertukaran dan asimilasi dari segi gaya
hidup, kepercayaan, citarasa dan lain-lain dari Barat. Ia menjadi semakin kritikal
apabila benteng pertahanan sosio-budaya sesuatu masyarakat telah terlerai dan
dibolosi.
Bagi negara-negara Islam, kini telah wujud golongan yang merosak dan
mencalarkan imej Islam seperti golongan Utlra Moden dengan menerima nilai
Barat sepenuhnya. Mereka menjadikan fahaman dan budaya Barat sebagai idola
dan ikutan dalam kehidupan mereka.
Mohamad Muzamir Bin Mohamad Yusof
WAJ3101
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia
7
Ketaksuban terhadap fesyen dan hiburan dari Barat menyebabkan golongan
muda di negara Islam makin membelakangi pegangan agama dan kebudayaan
yang menjadi pegangan dan amalan masyarakat sejak turun temurun.
Barat semakin hilang asas spiritual. Kita perlu memahami agama lebih daripada
pengertian biasa bahawa ada kuasa yang lebih besar daripada manusia, wujud
kuasa yang merupakan nilai-nilai abadi, satu kuasa yang menentukan mana baik
dan mana buruk dan kehidupan kita di duniia ini hanyalah sementara. Ini ialah
kuasa Tuhan.
5.0KESAN & PENGARUH HEGEMONI BARAT DAN GLOBALISASI
Terdapat banyak kesan hegemoni Barat dan globalisasi berlaku pada dunia dalam
pelbagai aspek terutamanya dari sudut media, ekonomi, politik dan sosial/budaya.
Media
Pengaruh besar media barat dalam globalisasi memberi mereka satu tiket untuk
menguasai bidang percetakan dan penerbitan. Pelbagai penciptaan teknologi
telah dicipta dalam kehidupan manusia. Dengan kemajuan yang dikecapi, media
menjadi satu medium yang penting dalam memberi maklumat dan indformasi
dunia terkini. Kepentingan media dalam kehidupan manusia kini menyebabkan ia
diambil kesempatan oleh dunia Barat untuk menyebar fitnah, bahan-bahan
lucah, pembohongan, propaganda, khabar angin serta fitnah tersebar di seluruh
dunia tanpa sekatan, perlindungan atau halangan dari mana-mana pihak.
Kesannya, kes-kes rogol makin meningkat, masalah sosial semakin menjadi-jadi
dan suakr dibendung, masyarakat menjadi mudah panik dan membuat
keputusan tanpa berfikir panjang dan tuduh menuduh di dalam masyarakat dan
negara berlaku.
Mohamad Muzamir Bin Mohamad Yusof
WAJ3101
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia
8
Kekuasaan media Barat pada media dunia telah menyebabkan kestabilan dan
keamanan dunia terutama perhubungan antara negara Barat dan Dunia Islam
telah diuji berulang kali dan mencetuskan satu perasaan takut dan bimbang
masyarakat Barat terhadap islam yang digelar Islamphobia. Agama Islam
diserang dan dikatakan agama yang menyokong keganasan. Menyamakan
agama Islam dan Muslim dengan keganasan bukanlah perkara baru dalam
media Barat.
Contoh terkini, Peristiwa Pengeboman Oslo pada 22 Julai 2011 dimana media
barat telah membuat pelbagai spekulasi dimana tuduhan pengeboman tersebut
dilakukan oleh pelampau Islam atau kumpulan penganas dari dunia Arab. Ini di
burukkan lagi oleh sebuah akhbar di Nova Scotia yang mengeluarkan lakaran
kartun yang mengambarkan dua orang lelaki memakai turban, berjanggut
panjang dan berbaju longgar mengatakan bahawa pengeboman di Oslo
dijalankan secara sempurna. Tuduhan dan lakaran ini telah mendapat bantahan
dan kecaman dari dunia Islam. Ini membuktikan bahawa begitu mudah bagi
negara Barat untuk menuduh sebarang serangan yang berlaku dilakukan oleh
orang Islam sedangkan telah terbukti, serangan tersebut dilakukan oleh rakyat
Norway sendiri.
Ekonomi
Barat telah menguasai ekonomi dunia sejak berabad lamanya. Dengan wujudnya
Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Bank Dunia dan Pertubuhan Perdagangan
Sedunia (WTO), barat secara tidak langsung telah menguasai dunia kerana
mereka boleh memanipulasi ekonomi dunia yang mana boleh menjejaskan
ekonomi sesebuah negara yang bergantung terhadap mereka.
Barat juga telah menubuhkan syarikat multi-nasional yang beroperasi di seluruh
dunia demi memastikan ekonomi dapat dikawal oleh Barat dengan menguasai
Mohamad Muzamir Bin Mohamad Yusof
WAJ3101
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia
9
ekonomi sesebuah negara tersebut secara maksimum. Pengambilalihan
sesebuah syarikat yang selama ini menjadi milik bumiputera di sesebuah negara
telah menjadi amalan biasa. Pengurangan pekerja dan perubahan hala tuju
syarikat yang diambil alih menyebabkan berlakunya pengangguran, masalah
social dan kemurungan dikalangan masyarakat di negara tersebut. Sementelah
lagi segala keuntungan yang diperolehi oleh syarikat tersebut dibawa balik ke
Barat.
Dominasi negara Barat dalam memanipulasi harga minyak beserta peperangan
yang diada-adakan menyebabkan harga minyak negara meningkat dengan
mendadak sejak 2004. Rantaian kenaikan berkenaan menjadikan harga barang-
barang keperluan turut naik yang mana menjadi bahan tunjang dalam
menggerakkan aktiviti ekonomi. Hal ini termasuklah yang melibatkan kos
pembuatan dan pemprosesan. Selain daripada kenaikan harga bahan keperluan
yang membebankan masyarakat, terdapat kesan kenaikan harga lain kerana
melibatkan sumber bahan bakar ini. Bebanan kos perkhidmatan juga akan
bertambah seperti tambang bas dan teksi kerana keperluan terhadap bahan
bakar ini. Pengusaha khususnya golongan yang kurang mampu terpaksa
menanggung bebanan kos yang tinggi seperti kenaikan kadar sewa dan cukai
yang melampau bagi sesebuah premis perniagaan sehingga ada pemilik
restoran yang terpaksa menutup restorannya ekoran daripada kenaikan kadar
sewa tapak premis berkenaan. Untuk mengurangkan bebanan ini, peniaga pula
terpaksa menaikkan harga barang yang dijual. Kesannya, tekanan harga yang
tinggi ini terpaksa dihadapi oleh pengguna.
Terkini, Amerika Syarikat sebagai kuasa besar ekonomi barat dengan hutang
bernilai AS$14.4 trillion (RM43.3 trilion) berada di ambang kemuflisan terpaksa
menaikan paras siling hutang mereka. Dengan Amerika Syarikat menguasai
pasaran saham dunia dan ‘dollar’ mereka menjadi tanda aras dalam
perdagangan dunia, negara-negara lain di dunia terpaksa mencari langkah-
Mohamad Muzamir Bin Mohamad Yusof
WAJ3101
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia
10
langkah penyelesaian atau ‘bailout’ agar tidak terjerumus dalam permasalahan
yang dihadapi oleh Amerika Syarikat kini. Bagi negara-negara yang membeli bon
terbitan Amerika, kini ia tidak boleh boleh ditebus kerana Amerika Syarikat
sendiri pun tiada wang untuk membayarnya.
Politik
Dunia akhir zaman kini menyaksikan dunia Barat sedang berada dipuncak ,
kerana mereka adalah pencatur dunia, dimana segala-galanya dikawal dan
dikuasai mereka. Kuasa Barat berkuasa untuk menaikkan dan menjatuhkan
bangsa-bangsa lain dibawah telunjuk mereka, contohnya, mereka menaikkan
Israel dengan meletakkan Palestin sebagai tanah untuk bangsa Israel yang
merempat di dunia ini. Ini secara tak langsung menyebabkan tanah Palestin
sentiasa bergolak dan tidak henti-henti dengan pergolakan berdarah.
Dengan berselindung disebalik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kuasa
Barat telah berjaya menglobalisasikan politik dunia. Kuasa Barat akan
mengunakan pelbagai cara untuk memastikan mereka terus berkuasa. Negara-
negara kecil sering dibuli dan kepentingan mereka tidak langsung dihargai.
Kuasa veto hanyalah dinikmati oleh kuasa-kuasa besar dan ini membolehkan
mereka bertindak sendirian menyerang negara lain seperti Iraq, Libya dan
Afghanistan tanpa perbincangan atau persetujuan dari negara lain. Motif
penyerangan ini kabur, penuh dengan alasan yang rapuh dan kontroversi. Suara
negara kecil dan ditindas menjerit-jerit meminta pertolongan dan bantuan namun
tidak didengari oleh kuasa Barat dengan hanya satu suara iaitu ‘veto’. Ini
menyebabkan rasa ketidakpuasan hati berbuku di hati negara-negara kecil ini
dan penentangan berlaku. Keamanan tidak pernah dikecapi di dunia kini.
Boleh dikatakan dalam semua persengketaan atau perang yang berlaku samada
di Somalia, Bosnia-Herzegovina, Palestin, Iraq, Iran, Vietnam dan lain-lain,
Mohamad Muzamir Bin Mohamad Yusof
WAJ3101
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia
11
Amerika Syarikat dan rakan-rakanya telah terlibat merancang, melaksana
perancangan mereka sebagai ‘polis dunia’. Kesan dari segi ekonomi
dan sosial yang ditanggung oleh negara tersebut berkekalan hingga hari ini.
Dengan peperangan yang berlaku tanpa henti di seluruh dunia, kuasa Barat
secara langsung menguasai perkembangan dan percaturan politik dunia, harga
minyak dan mata wang dunia.
Sosial/Budaya
Dalam keghairahan mengejar gaya hidup ala Barat, masyarakat kini secara
umumnya sudah tiada rasa bersalah dalam mengamalkan gaya hidup barat yang
ditiru secara total.
Pelbagai jenis makanan Barat boleh dinikmati dan semakin popular di seluruh
dunia. Mc Donald’s, Kentucky Fried Chicken, Pizza Hut dan kini fenomena
makanan dari Jepun, Korea, Itali dan Peranchis sudah makin diterima oleh
masyarakat. Makanan tradisi hanya boleh dinikmati pada hari-hari tertentu dan
golongan pembuatnya makin pudar.
Fesyen pakaian yang secara terang-terangan melanggar hukum sebagai
seorang Muslim makin menjadi kegilaan masyarakat. Masyarakat di sogokkan
dengan pakaian berjenama dari Barat. Alat-alat solek yang diragui
pembuatannya, minyak wangi yang mempunyai kandungan alkhohol menjadi
santapan wajib masyarakat kini.
Budaya muzik dan hiburan yang mengamalkan perhubungan antara lelaki dan
perempuan tanpa batasan. Lirik-lirik lagu yang tidak membawa nilai-nilai murni
serta ketaksuban terhadap artis-artis barat dari segi pakaian, cara hidup serta
cara bertutur menyebabkan terhakisnya budaya sopan santun yang selama ini
menjadi pegangan kebanyakkan masyarakat di dunia.
Mohamad Muzamir Bin Mohamad Yusof
WAJ3101
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia
12
Globalisasi bukan sahaja menyentuh fizikal masyarakat namun mempengaruhi
amalan seharian masyarakat. Masyarakat kini makin hilang nilai-nilai murni dan
mulia. Kita kini sudah jarang bertegur sapa, jiran tidak lagi bantu membantu dan
bertoleransi. Dunia Barat mengajar masyarakat untuk hidup secara sendirian
tanpa pertolongan dari orang lain. Akibat kesan globalisasi dan konsep hidup
berkiblatkan nafsu, tidak ada lagi masyarakat yang sanggup berkongsi
kesusahan dan kesengsaraan. Begitu berubahnya nilai-nilai murni dan mulia
hingga kerajaan terpaksa melancarkan Kempen-Kempen seperti Kempen Budi
Bahasa dan Nilai Murni pada 11 Januari 2005, Kempen Kami Prihatin pada 8
April 2010 dan terkini Kempen Amalan Senyum pada 2011.
6.0CADANGAN MENANGANI ISU-ISU HEGEMONI BARAT DAN GLOBALISASI
Media
Sebagai masyarakat yang berpegang kepada ajaran Timur, kekuatan
dalaman dalam menapis segala bentuk hiburan yang melalaikan dan
propaganda Barat perlu ada. Menjadi tanggungjawab masyarakat untuk
menimbang, berfikir panjang sebelum mempercayai segala bentuk berita
yang dipamerkan oleh media Barat.
Media teruatama dunia ‘internet’ membawa pelbagai kebaikan dan juga
keburukan. Kebanjiran maklumat dan dunia tanpa sempadan perlu di terima
secara berhati-hati dan penuh prasangka oleh masyarakat timur.
Ekonomi
Pengantungan terhadap dasar kapitalisme perlu dihentikan. Negara-negara
membangun perlu bersatu dan saling bantu membantu dalam ekonomi
seperti tertubuhnya gagasan G 15. Pasaran terbuka dan perdagangan bebas
yang menghilangkan dasar keadilan dalam ekonomi perlu dihentikan.
Mohamad Muzamir Bin Mohamad Yusof
WAJ3101
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia
13
Wang kertas yang hanya bersandarkan kepada ‘Dollar’ dan ‘Euro’ sangat
berbeza dengan wang sebenar. Dinar Emas dicadangkan menjadi satu
mekanisme ekonomi sebagai penyelesaian perdagangan antarabangsa
antara negara-negara Islam kerana nilai emas lebih stabil jika dibandingkan
dengan dengan mawatang kertas.
Politik
Politik dunia masa kini didominasi sepenuhnya oleh kuasa-kuasa besar dunia
seperti Amerika Syarikat, Perancis, United Kingdom dan sekutu mereka.
Negara-negara membangun dan sering tertindas perlu bangkit dan memohon
agar perubahan dilaksanakan di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu.
Pemimpin negara-negara ini perlu lebih berani bersuara demi untuk
menegakkan keadilan dan kesamarataan. Gagasan seperti G 15 dan
Pergerakan Negara-negara Berkecuali atau NAM perlu lebih berkesan di
dunia. Desakan demi desakan dari gagasan tersebut akan mampu menukar
hala tuju kuasa Barat ini.
Sosial/Budaya
Masyarakat yang sebelum ini disogok oleh dunia globalisasi barat perlu
kembali ke dunia timur yang penuh dengan kesopanan, nilai-nilai murni dan
bertolak ansur. Asas-asas kehidupan ini perlu diterap pada generasi muda,
diperkuat dan diperkukuh agar mereka tidak dengan mudahnya menerima
globalisasi Barat yang lebih kepada keburukan.Kekuatan masyarakat secara
dalaman perlu ada demi melawan budaya barat dan menguatkan sahsiah
kebaikan dalam jiwa kita.
Mohamad Muzamir Bin Mohamad Yusof
WAJ3101
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia
14
Mantan Perdana Menteri kita, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah
berkata ketika membentang Rancangan Malaysia Kesembilan, “ Dalam
konteks dunia global, modal insan bermutu tinggi satu keperluan, bukan
lagi kemewahan. Pembangunan modal insan dalam RMK-9 dirangka
supaya bersifat holistik, menyeluruh dan bersepadu”. Melalui ungkapan
beliau itu, beliau mengetahui pentingnya asas-asas kehidupan murni diterap
demi melahirkan modal insan yang bermutu tinggi dalam dunia yang penuh
cabaran globalisasi kini.
7.0KESIMPULAN
Hegemoni barat dan globalisasi dilihat membawa banyak keburukan kepada kita semua
terutamanya di timur. Ia sudah lama mempengaruhi kita sedikit demi sedikit
sehinggalah sekarang. Hampir semua aspek kehidpan masyarakat kini sedang
menjalani proses globalisasi yang secara langsung membawa kita ke satu sistem dunia
yang diseragam dan didalam acuan kuasa Barat.
Justeru, budaya barat membawa banyak keburukan seperti kemusnahan keluarga,
kehilangan maruah, jati diri tiada, kegelisahan jiwa, kecelaruan akal, jenayah dan
ketakutan. Malah ia telah memberi kesan daripada sudut media, ekonomi, politik dan
sosial.
Namun begitu,dalam kemeriahan masyarakat untuk diglobalkan oleh dunia Barat sama
ada dalam bentuk media, ekonomi, politik dan sosial/budaya, jangan kita terputus dan
melupakan budaya dan akar sejarah bangsa kita sendiri. Kita perlu ada pegangan, nilai-
nilai murni, kehormatan dan jati diri agar kita tidak mudah terpedaya dengan
laungan,propaganda dan kesamarataan dalam dunia ini yang ternyata palsu.
Mohamad Muzamir Bin Mohamad Yusof
WAJ3101
Tamadun Islam Dan Tamadun Asia
15
Mohamad Muzamir Bin Mohamad Yusof