Title Perkembangan kesusasteraan Melayu di Singapura · PDF filesaste.ra) dan pemasaran. ......

4
Title Perkembangan kesusasteraan Melayu di Singapura pada abad ke-21 Author(s) Haji Muhammad Ariff Ahmad Source Dewan Sastera. Julai 1999: 77-79 Published by Dewan Bahasa dan Pustaka Copyright © 1999 Dewan Bahasa dan Pustaka. Citation: Muhammad Ariff Ahmad. (1999). Perkembangan kesusasteraan Melayu di Singapura pada abad ke-21. Dewan Sastera. Julai 1999: 77-79. Acknowledgement: We acknowledge with thanks to Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka for granting us the permission to archive this article. This document was archived with permission from the copyright owner.

Transcript of Title Perkembangan kesusasteraan Melayu di Singapura · PDF filesaste.ra) dan pemasaran. ......

Page 1: Title Perkembangan kesusasteraan Melayu di Singapura · PDF filesaste.ra) dan pemasaran. ... Sasterawan angkatan 70-an, sama ada daripada PASS ... Pada abad ke-21 kelak, insya-Allah,

Title Perkembangan kesusasteraan Melayu di Singapura pada abad ke-21 Author(s) Haji Muhammad Ariff Ahmad Source Dewan Sastera. Julai 1999: 77-79 Published by Dewan Bahasa dan Pustaka Copyright © 1999 Dewan Bahasa dan Pustaka. Citation: Muhammad Ariff Ahmad. (1999). Perkembangan kesusasteraan Melayu di Singapura pada abad ke-21. Dewan Sastera. Julai 1999: 77-79. Acknowledgement: We acknowledge with thanks to Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka for granting us the permission to archive this article. This document was archived with permission from the copyright owner.

Page 2: Title Perkembangan kesusasteraan Melayu di Singapura · PDF filesaste.ra) dan pemasaran. ... Sasterawan angkatan 70-an, sama ada daripada PASS ... Pada abad ke-21 kelak, insya-Allah,

FOKUS

Perkembangan Kesusasteraan Melayu di Singapura

Pad a A bad ke-21

P ERKEMBANGAN kesusas­teraan melibatkan beberapa rapa faktor yang dasar dan

yang sekunder. Yang dasar ialah sasterawan, kesusasteraan, penerbit, dan kumpulan sasaran [yakni penik­mati/pembaca]; manakala yang se­kunder ialah promosi (termasuk pengenal /pemaju dan pengkritik saste.ra) dan pemasaran. Kegenjotan salah satu daripada faktor-faktor itu menjejaskan kemajuan perkembang­an kesusasteraan itu.

FAKTA (YANG SEDANG BERKEMBANG)

Sasterawan

Di Singapura, sasterawan Melayu memang wujud. Sasterawan angkat­an 50-an yang usianya sudah mele­wati 70-an, seperti Masuri S.N. dan Mas; diikuti sasterawan seperti Suratman Markasan, A. Ghani Hamid dan lain-lain yang berusia 60 - 70-an masih bertahan. Sasterawan angkatan 60-an daripada Group Gelorasa seperti Djamal Tukimin dan MIA masih berkarya.

Sasterawan angkatan 70-an, sama ada daripada PASS (Pertubuhan Aktivis Sastera Singapura) seperti Nur Hidayat dan Mohamad Latif£ Mohammed atau sasterawan bebas seperti Peter Agustine Goh, Asmin, masih bel urn "letak kalam"; begitu juga daripada kumpulan Jejak Kern-

Oleh HA]I MUHAMMAD ARLIF AHMAD

Masuri S.N.

bara seperti Rasiah Halil dan Dr. Hadijah Rahmat masih berkarya dalam bidang masing-masing.

Dalam tahun 80-an hadir pula sasterawan muda yang menggelar­kan kumpulannya KUPUJA (Kum­pulan Pemuisi Remaja) seperti Roslan A. Razak dan Nur Effendi Badrun. Kemudian, KAMUS (Kumpulan Angkatan Muda Sastera) mengemu­kakan sasterawannya seperti Mustafa

Mohamad Latif£ Muhammed

Mohamad, A. Khalid Mohd. Lani dan 15 orang sasterawan yang lain.

Dan dalam tahun 90-an, menerusi ruangan "Coretan Remaja", Berita Harian membimbing sekumpulan calon sasterawan Melayu yang bersedia menggantikan sasterawan lama pada waktu mereka diperlukan.

Asas 50, pertubuhan bagi saste­rawan Melayu Singapura yang di­tubuhkan pada 1950, sekarang mem­punyai 154 orang anggota yang ter­diri daripada sasterawan pelbagai zaman - dari penulis angkatan 50-an hingga penulis mutakhir yang masih dalam bimbingan "Coretan Remaja".

Kesusasteraan

Singapura negara yang mengamal-:' kan empat bahasa rasmi, termasuk bahasa Melayu. Maka, kesusasteraan Singapura berkembang menerusi bahasa-bahasa rasmi itu. Oleh sebab

Suratman Markasan

DEWAN SASTERA, JULAI 1999 77

Page 3: Title Perkembangan kesusasteraan Melayu di Singapura · PDF filesaste.ra) dan pemasaran. ... Sasterawan angkatan 70-an, sama ada daripada PASS ... Pada abad ke-21 kelak, insya-Allah,

rakyat Singapura diwajibkan me­nguasai bahasa ibundanya, maka perkembangan kesusasteraan Melayu pun berlegar dalam golongan masya­rakat pembaca yang berbahasa dan dapat menguasai bahasa Melayu itu sahaja.

Boleh dihitung dengan jari, orang bukan Melayu Singapura yang dapat menikmati kesusasteraan Melayu menerusi bahasa Melayu. Masyara­kat lain dapat mengikuti pemikiran orang Melayu menerusi kesusastera­an melalui hanya segelintir karya sastera yang diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris; atau pada akhir­akhir ini, ada yang diterjemahkan ke bahasa bahasa Mandarin.

Semenjak sistem pendidikan nasio­nal yang mengukuhkan pengajaran bahasa ibunda diperkemaskan pada 1970-an, pelajaran kesusasteraan Melayu secara formal tidak lagi di­ajarkan di sekolah kebangsaan. Pela­jar Mel!lyu hanya berpeluang menge­nal dan memahami kesusasteraan Melayu secara sambil lalu menerusi kegiatan kebudayaan dan bahasa di luar kurikulum pelajarannya.

Memang ada pertubuhan yang nasional sifatnya, seperti NAC (Na­tional Art Council), NBDCS (Na­tional Books Development Council of Singapore) yang menggalakkan perkembangan kesusasteraan di Singapura. Namun, pertubuhan itu menggalakkan perkembangan kesu­sasteraan Singapura melalui ke­empat-empat bahasa rasmi.

Badan-badan tersebut itu meng­adakan sayembara sastera seperti sayembara menulis cerpen dan puisi dalam keempat-empat bahasa; dan memberikan anugerah kesusasteraan kepada sasterawan keempat-empat bahasa rasmi itu. Sekarang sayem­bara itu dilaksitnakan setiap dua tahun.

Semenjak 1992, Jawatankuasa Bahasa Melayu Singapura (sekarang, di bawah riayah Kementerian Pene­rangan dan Kesenian), yang bertugas

78 DEWAN SASTERA, JUlAI 1999

memantau penggunaan dan kema­juan bahasa Melayu di Singapura, mengubah namanya menjadi Majlis Bahasa Melayu dan menambah pera­nannya dengan menggalakkan per­kembangan kesusasteraan Melayu di Singapura.

Mulai 1993 MBMS melanjutkan usaha yang dipelopori oleh Asas 50 (1974-1977) dan usaha Majlis Pusat [bagi Pertubuhan-pertubuhan Budaya Melayu Singapura] (1980), mem­berikan hadiah sastera kepada saste­rawan Melayu yang karyanya diang­gap baik. Hadiah Sastera disampai­kan setiap dua tahun.

Perkembangan kesusasteraan selama ini paling banyak tersebar menerusi akhbar mingguan Berita Harian dan majalah-majalah berkala yang diterbitkan di Singapura dan Malaysia. Penerbitan buku-buku kesusasteraan sangat lembap kerana "ketiadaan" penerbit.

Dalam tahun-tahun 1970-an dan 1980-an, hanya cerpen, puisi, esei sastera, dan novel sahaja yang dinilai dan diberi hadiah sastera oleh Asas 50 dan oleh Majlis Pusat, tetapi mulai 1993 MBMS menambah bidang sastera yang dinilai dan diberi hadiah, termasuk naskhah drama radio TV dan pementasan, lirik lagu, antologi sajak, antologi cerpen, antologi esei, dan karya sastera remaja.

Mulai 1993 itu juga MBMS mem­berikan Anugerah Persuratan kepada sasterawan yang berjasa dan berjaya memperkembangkan kesusasteraan Melayu di Singapura; dan mulai 1995, satu lagi dan penghormatan MBMS - Anumerta Persuratan -diberi untuk mengenang jasa sastera­wan yang sudah meninggal dunia. Anumerta disampaikan kepada waris almarhum sastera yang berjasa itu. Anugerah-anugerah ini disampaikan dua tahun sekali.

Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran (pembaca) kesu­sasteraan Melayu ialah anggota

masyarakat Melayu yang merupakan kira-kira 15o/o rakyat Singapura. Pada abad ke-21 kelak, insya-Allah, bilangan mereka itu akan berjumlah kira-kira setengah juta jiwa. Namun, mereka yang membaca karya sastera Melayu tidaklah seimbang dengan jumlah sasarannya.

1 UMLAH penikmat (pembeli) buku kesusasteraan Melayu yang

tidak menggalakkan inilah yang kerap dijadikan alasan penerbit apabila ditanya orang mengapa dia tidak lagi menerbitkan karya sas­tera Melayu di Singapura. Keada­an itu menyebabkan penerbit buku kesusasteraan Melayu hilang ke­yakinan dan menganggap seolah­olah tidak ada peluang ekonomi yang dapat diraih apabila mener­bitkan buku kesusasteraan Melayu di Singapura.

Penerbit

Penerbit merupakan masalah kepada perkembangan kesusasteraan Melayu di Singapura semenjak tertubuhnya Malaysia pada 1963.

Perpindahan terus-menerus pe­nerbit Melayu Singapura ke Malay­sia menyebabkan Singapura kehi­langan penerbit- kehilangan saluran penyebaran karya sastera kepada masyarakat pembaca. Hanya sebuah penerbit buku Melayu yang masih wujud di Singapura, iaitu Pustaka Nasional (PN). Itu pun, sekarang ini, PN menerbitkan banyak buku agama yang berbahasa Melayu. Karya sas­tera tidak dicetak lagi.

Hal tersebut menjadikan sastera­wan Melayu Singapura, menghantar­kan naskhahnya untuk dicetak oleh penerbit di Malaysia. ltu pun hanya sasterawan mapan yang mempunyai hubungan di Malaysia, dapat men­cetak buku mereka, manakala sas­terawan yang sedang membangun tidak berpeluang berbuat demikian. Jadi, ada sasterawan, ada kesusas-

Page 4: Title Perkembangan kesusasteraan Melayu di Singapura · PDF filesaste.ra) dan pemasaran. ... Sasterawan angkatan 70-an, sama ada daripada PASS ... Pada abad ke-21 kelak, insya-Allah,

teraan tetapi tanpa penerbit perkem­bangan kesusasteraan terbantut juga.

Bagi mengatasi masalah penerbit­an itu, ada sasterawan, misalnya, Suradi Parjo (almarhum) dan lsa Kamari, yang berkongsi modal untuk menerbitkan bukunya. Ada pula sasterawan, misalnya, Aliman Hassan yang mengeluarkan modal sendiri menerbitkan buku.

Ada juga pertubuhan seperti Badan Kesenian Melayu, Persatuan Wartawan Melayu, Asas 50, dan Majlis Pusat berusaha menjadi pener­bit bukan profesional; mencari modal dan membantu anggota yang sukar mendapatkan penerbit untuk mener­bitkan karya mereka.

Bagaimanapun, ketiga-tiga kaedah penerbitan itu, nampaknya belum berjaya menyelesaikan masalah penerbitan di Singapura. Penerbitan yang demikian baru dapat menolong melegakan perasaan sasterawan kerana karyanya dapat diterbitkan tetapi keadaan itu belum mendorong perkembangan kesusasteraan Melayu di Singapura, kerana karya sastera itu belum sampai kepada penikmat atau pembacanya disebabkan tidak ada promosi dan pemasaran yang lancar.

Sebagai sasterawan, yang penting adalah mereka hams menghasilkan kesusasteraan, paling jauh mungkin mereka boleh menjadi penerbit [dengan mengadakan modal cetak], tetapi untuk menjadi promoter dan pemasar adalah keterlaluan, kerana waktu dan tenaga sasterawan yang mungkin digunakan untuk melak­sanakannya sepatutnya digunakan untuk kepentingan penciptaan.

Di samping graf penerbit sastera bercetak yang sedang menurun itu, sastera terbitan elektronik melalui radio dan TV pula nampaknya sedang memberi harapan yang agak menarik. Waktu siaran "Radio Warna" yang 24 jam sehari dan pertambahan waktu siaran TV12, nampaknya, memberi harapan ke­pada sasterawan menyebarkan karya

sasteranya melalui media elektronik itu.

Bagaimanapun, penerbitan karya sastera melalui media elektronik masih terbatas bidang dan waktunya. Naskhah untuk drama radio dan Tv, rencana kesusasteraan, ciptaan dan deklamasi puisi memang sesuai diterbitkan menerusi radio dan Tv, tetapi novel yang memakan ruang yang panjang belum sesuai diterbit­kan menerusi media elektronik.

Promosi dan Pemasaran

Promosi yang lumrah dilakukan sekarang ialah upacara pelancaran. Selesai upacara buku akan dijual dengan harga promosi. Selepas itu buku itu akan tersimpan, tanpa sebarang susulan pemasaran yang bersistem. Maka kesusasteraan itu pun tidak tersebar luas.

Kedai penjual buku Melayu yang dahulu memenuhkan ruangnya dengan novel, nampaknya meng­gunakan ruang untuk novel itu dengan mengisikan jualan lain seperti alat tulis, jamu, keperluan orang yang hendak menunaikan haji, dan sebagainya.

Visi

Pokoknya: • Selagi kata iqra' belum "di­

angkat" dan selagi orang Melayu masih ada di Singapura, kesusas­teraan Melayu bertulis hams terus berkembang di Singapura, kerana kesusasteraan itu menyentuh jiwa dan kehidupan manusia dan kema­nusiaannya.

• Semenjak kesusasteraan lama hingga kesusasteraan baru, kesusas­teraan itu mencerminkan kehidupan masyarakat lama dan baru. Namun, kesusasteraan moden bukan sahaja mencerminkan kehidupan masyara­kat semata-mata malah berfungsi membina masyarakat moden.

• belajar bahasa tanpa membaca kesusasteraan menjadikan seseorang

hanya dapat berkomunikasi dengan orang yang sebahasa dengannya. Matlamat bahasa jiwa bangsa tidak sempurna dicapai, kerana jiwa bangsa itu terjalin dalam kesusasteraannya.

Keputusan peperiksaan bahasa Melayu sekolah pada tahun 1998, menunjukkan kecerahan (kalau bukan kecemerlangan) pelajar. Maka peratusan peluang mereka untuk mengikuti pelajaran bahasa Melayu "tinggi" (BMT) patut dipertingkat­kan daripada 10% yang wujud seka­rang; dan pelajaran BMT baru di­lengkapi pelajaran kesusasteraan.

Lulusan BMT yang berpenge­tahuan kesusasteraan akan menam­bahkan jumlah peminat kesusastera­an Melayu di Singapura. Dan, hal ini akan menggalakkan penerbit Melayu Singapura menerbitkan karya sastera seperti keadaan ketika kesusasteraan Melayu berkembang subur di Singa­pura di zaman lampau.

MENJELANG abad ke-21 kesu­sasteraan Melayu di Singa­

pura hams mempunyai dua wajah yang saling kukuh-mengukuhkan, iaitu:

• Kesusasteraan yang berwajah Melayu dengan nilai-nilai Islam yang teraku menjadi teras kebudayaan Melayu moden;

• Kesusasteraan berbahasa Melayu yang berwajah Singapura dengan "nilai-nilai bersama" (pelbagai masyarakat rakyat Singapura) yang tidak bertentangan dengan nilai Islam.

Oleh sebab kesusasteraan Melayu berkembang juga di Brunei Darus­salam, Indonesia, dan Malaysia, maka kesusasteraan Melayu Singapura harus sentiasa mengimbangi perkem­bangan di wilayah Nusantara itu supaya dalam kejatian diri kesusas­teraan Melayu Singapura itu akan terseri juga dengan unsur mulia dari­pada kesusasteraan Melayu di daerah yang disebutkan itu. DS

DEWAN SASTERA, JULAI 1999 79