TMK

11
BAHAGIAN B: 1.0 PENGENALAN Pengajaran dan Pembelajaran Bantuan Komputer (PPBK) boleh diertikan sebagai pengajaran a yang dilakukan dengan menggunakan perisian kursus yang dihasilkan untuk disampaikan komp media pengajaran samada sepenuh masa atau sebahagian daripada sesuatu masa pengajaran. Criswell (1989) mendeinisikan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) s penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran dan melibatkan pelajar se!ara ak membolehkan maklum balas. Kemun!ulan "nternet telah membawa perubahan kepada segala asperk kehidupan manusia masa sektor pendidikan# dulu proses pengajaran dan pembelajaran berkonsepkan $!halk and talk dan "nternet dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih interakti dan me %emandangkan penggunaan komputer dan "nternet adalah satu kemestian dalam pendidikan pad datang di %alaysia# bagi mewujudkan sebuah negara yang berasaskan teknologi maklumat dan matlamat kerajaan untuk men!apai hasrat &awasan ' ' # para guru haruslah peka terhadap pe "nternet# terutamanya untuk pengajaran dan pembelajaran. %enurut Chen (n.d)# "nternet boleh menyumbang kepada persekitaran yang memusatkan kepada menggalakkan pelajar untuk belajar sendiri. Pelajar tidak perlu terlalu bergantung kepad membuat penilaian sendiri tentang pembelajaran mereka sendiri. leh itu# penggunaan "nte berupaya mengubah sistem pendidikan tradisional# malah mampu mengubah persekitaran pembe seseorang pelajar. %enurut &illiam (199*) pula# terdapat enam aktor utama mengapa guru harus memperkenalkan "nternet kepada pelajar adalah seperti berikut+ 1. "nternet mempersembahkan !ontoh,!ontoh dengan mengintegasikan pelbagai jenis penget '. "nternet meningkatkan daya komunikasi. -. "nternet boleh menampung pelbagai keperluan pelaja dengan !ara yang berasingan. ."nternet memudahkan pembelajaran se!ara kolaborati

Transcript of TMK

BAHAGIAN B:

1.0 PENGENALAN

Pengajaran dan Pembelajaran Bantuan Komputer (PPBK) boleh diertikan sebagai pengajaran atau pembelajaran yang dilakukan dengan menggunakan perisian kursus yang dihasilkan untuk disampaikan komputer sebagai media pengajaran samada sepenuh masa atau sebahagian daripada sesuatu masa pengajaran.

Criswell (1989) mendefinisikan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) sebagai penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran dan melibatkan pelajar secara aktif serta membolehkan maklum balas.

Kemunculan Internet telah membawa perubahan kepada segala asperk kehidupan manusia masa kini termasuk sektor pendidikan, dulu proses pengajaran dan pembelajaran berkonsepkan 'chalk and talk' tetapi kini komputer dan Internet dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif dan menarik.

Memandangkan penggunaan komputer dan Internet adalah satu kemestian dalam pendidikan pada masa akan datang di Malaysia, bagi mewujudkan sebuah negara yang berasaskan teknologi maklumat dan selari dengan matlamat kerajaan untuk mencapai hasrat Wawasan 2020, para guru haruslah peka terhadap penggunaan Internet, terutamanya untuk pengajaran dan pembelajaran.

Menurut Chen (n.d), Internet boleh menyumbang kepada persekitaran yang memusatkan kepada pelajar dan menggalakkan pelajar untuk belajar sendiri. Pelajar tidak perlu terlalu bergantung kepada guru dan boleh membuat penilaian sendiri tentang pembelajaran mereka sendiri. Oleh itu, penggunaan Internet bukan hanya berupaya mengubah sistem pendidikan tradisional, malah mampu mengubah persekitaran pembelajaran seseorang pelajar.

Menurut William (1995) pula, terdapat enam faktor utama mengapa guru harus memperkenalkan Internet kepada pelajar adalah seperti berikut:

1. Internet mempersembahkan contoh-contoh dengan mengintegasikan pelbagai jenis pengetahuan. 2. Internet meningkatkan daya komunikasi. 3. Internet boleh menampung pelbagai keperluan pelaja dengan cara yang berasingan. 4. Internet memudahkan pembelajaran secara kolaboratif5. Internet memberi peluang untuk dibimbing secara elelctronik. 6. Internet merupakan alat perantaraan yang tidak dipengaruhi oleh banga, budaya dan jantina.

Kehadiran Internet telah memberikan satu dimensi baru dalam dunia penerokaan maklumat. Maklumat yang biasanya sukar diperolehi sebelum ini, kini dapat dicapai dengan mudah. Selain itu, maklumat yang diperolehi di Internet lebih terkini berbanding buku teks. Maklumat terkini senang didapati melalui enjin carian yang banyak terdapat di Internet seperti cari.com, altavista, metaerawler dan sebagainya untuk mencari maklumat dengan lebih efisyen.

Menurut Jonassen dan Duffy (1991) Internet memyumbangkan pelajar cara untuk mendapatkan pengetahuan atau mencari sendiri bahan rujukan. Oleh itu, pelajar tidak hanya mendapat pengetahuan dari satu sumber sahaja( guru). Dalam persekitaran pendidikan baru ini, pelajar boleh mendapat pemahaman yang lebih baik dan berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan sekelas serta guru mereka, apabila maklumat yang dicari adalah atas usaha mereka sendiri.

2.0 CADANGAN KAEDAH SISTEM PENYAMPAIAN KANDUNGAN MELALUI INTERNET DARI SUDUT PPBK

Agenda IT Kebangsaan (NITA) telah dilancarkan pada Disember 1996 oleh National IT Council (NITC) yang dipengerusikan oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia. NITA memberikan garis panduan bagaimana teknologi maklumat dan komunikasi, ICT dapat digunakan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju selaraskan dengan Wawasan 2020 (NITC, 2001). Salah satu inisiatif awal NITC adalah untuk wujudkan Koridor Raya Mltimedia, MSC bagi mencapai NITA. Strategi yang telah dirancangkan oleh NITC ialah e-community, e-learning ,e-public services, e-economy, dan e-sovereignty

Definasi e-learningatau electonic learning secara umumnya, e-learningadalah sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN,WAN atau internet) untuk menyampaikan isi kandungan, interaksi atau pemudahcaraan. Internet, Intranet, satelit, tape audio/ video, TV interaktif dan CD ROM adalah sebahagian media elektronik yang dimaksudkan di dalam kategori ini. Pengajaran boleh dijalankan secara synchronously (pada waktu yang sama) atau asynchronously(pada waktu yang berbeza).

Bahan pengajaran dan pembelajaran boleh disampaikan melalui media ini mempunyai ciri-ciri multimedia seperti teks, grafi, simulasi,animasi, audio dan video. Ia juga harus menyediakan kemudahan untuk discussion groupserta membolehkan bimbingan dijalankan dalam talian on line (Learnframe, 2001)

Perkembangan e-learningdi Malaysia masih baru jika dibandingkan dengan negara-negara barat dan Singapura. Di Malaysia ianya terarah kepada pembelajaran jarak jauh dan on-line yang kebanyakannya ditawarkan di peringkat universiti serta kolej swasta yang mempunyai usahasama dengan universiti luar negara.

2.1MANFAAT PENGGUNAAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (TMK) SERTA INTERNET DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANManfaat penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dan Internet dalam pengajaran dan pembelajaran(P&P). Adalah seperti berikut: Meningkatkan motivasi murid. Meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran. Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. Membolehkan pembelajaran kendiri (individualise learning ) dengan bimbingan yang minima. Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid. Membolehkan murid mengumpul maklumat yang diperlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk dikumpul. Membolehkan murid mencuba atau melaksanakan eksperimen yang sukar, terlalu mahal,mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa. Meningkatkan kemahiran TMK.2.2 SYARAT UNTUK MEMANFAAT TMK DAN INTERNET DALAM P&PUntuk memperoleh manfaat penggunaan TMK dan Internet dalam P&P, perkara- perkara berikut perlu diberi perhatian : Pengunaan ICT dalam P&P perlu dirancang dengan baik, bukan secara bidan terjun atau sebagai aktiviti sampingan yang tidak ada kaitan dengan kurikulum. Guru mesti menggunakan ICT bersesuaian dengan kehendak kurikulum atau untuk menyokong sesuatu pendekatan P&P. Guru mesti bersedia dan berkemahiran dalam penggunaan TMK dan Internet Ada perkakasan dan perisian yang boleh digunakan serta aktiviti pembelajaran yang sesuai Sokongan dari semua lapisan sekolah dan masyarakat. Objektif P&P yang lelas.

2.3 KATEGORI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERTERASKAN TMK DAN INTERNETMenurut Mohamed Rashid dan Mohd. Nasir (2003) dalam Kajian Terhadap Pelaksanaan Sistem Pengajaran Dan Pembelajaran menyatakan bahawa pada abad ke-21 negara menghadapi cabaran dalam dan luaran akibat daripada kesan globalisasi, liberalisasi, dan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Pembaharuan pendidikan dari segi pengajaran dan pembelajaran, sistem pengurusan pembelajaran dan peranan guru sudah tentu akan memberikan cabaran baharu kepada sistem pendidikan.

Perubahan kaedah pengajaran dengan TMK dan Internet ini bersesuaian dengan cadangan pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia iaitu guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran yang boleh menarik minat pelajar menggunakan bahan-bahan yang sesuai dari internet untuk tujuan pengayaan, mempelbagaikan teknik penyampaian dalam bilik darjah untuk membolehkan pelajar memahami konsep serta menguasai kemahiran asas dengan lebih berkesan.

Pendekatan yang diperkenalkan untuk integrasi TMK dan Internet dalam P&P merupakan satu pendekatan untuk memudahkan guru-guru mengaplikasikan satu proses P&P yang melibatkan teknologi dengan lebih terancang. Konsep penggunaan ICT dan Internet dalam P&P boleh dikategorikan sebagai:A. TutorialB. AplikasiC. PenerokaanD. KomunikasiSecara keseluruhan, semua kategori pembelajaran boleh diguankan dengan TMK dan Internet,seperti contoh berikut:Kategori pembelajaranPerkhidmatan di Internet

AplikasiFTP, World Wide Web

TutorialWorld Wide Web

PenjelajahanWorld Wide Web, Telnet

KomunikasiTelesidang, Group Discussion, E-mail

Pendekatan yang terbaik ialah jika penggunaannya sesuai dengan keperluan pelajar, serta dapat membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang meuasabah. Oleh demikian, sebelum meggunakan pendekatan tersebut, guru harus membuat perancangan yang teliti supaya pengajaran mencapai objektif dan memberi kesan yang mendalam kepada pelajar-pelajar.A. Kategori Pembelajaran TutorialDi dalam pengajaran dan pembelajaran berteraskan TMK dan Internet, mod tutorial digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang merangkumi pembelajaran ekspositori, demonstrasi sesuatu fenomena dan latihan atau latih tubi yang disampai dan dikawal oleh sistem.Menurut Timothy et al.(2000), pembelajaran berasaskan Web adalah saru alat yang digunakan untuk menyampaikan pengajaran. Internet adalah alat P&P yang semakin penting sekarang. Mod tutorial adalah sangat sesuai digunakan dalam keadaan seperti berikut:a) Di dalam kelas yang mempunyai ramai pelajar b) Di dalam kelas yang pelajar-pelajarnya mempunyai keupayaan yang berbeza.c) Apabila guru tidak dapat memasuki kelas dan mengarahkan pelajar belajar sendiri. d) Digunakan sebagai pengayaan untuk pelajar-pelajar yang cerdik, pemulihan untuk pelajar yang lemah e) Apabila guru menggunakan pendekatan pembelajaran secara direktif.Kelebihan menggunakan kategori pembelajaran tutorial ialah: Bahan bantu mengajar lebih interaktif. Dengan ini pelajarakan berupaya meningkatkan kefahaman dan penguasaan Pelajar dapat belajar dengan sendiri mengikut kemampuan sendiri dengan bimbingan guru yang minimum Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif dan kontekstual dalam pengajaran Membantu meningkatkan daya kreativiti pelajar dan motivasi pelajar Membantu mewujudkan suasana pembelajaran aktifLaman Web yang disediakan dengan pelbagai kemudahan telah diguankan sebagai alat perisian P&P berbantukan komputer(PPBK). Alat TMK yang selalu diguankan untuk pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan sama ada laman web tempatan atau laman web luar negara.Perisian Pendidikan yang digunakan dalam pembelajaran tutorial sebahagian besar direkabentuk berdasar kepada model tradisional P&P, model transmisi,yang melihat guru sebagai penyampai maklumat utuma dan murid sebagai penerima. Perisian pendidikan seperti ini lebih mudah diadaptasi oleh guru ( Clack da Sun, 1996)Contoh penggunaan TMK dan Internet dalam Kategori pembelajaran Tutorial Pelajar melayan ke http://mrmazlanjunaidi.blogspot.com/2012/06/fenomena-cuaca-iklim-akibat-aktiviti.html untuk mengetahui Fenomena cuaca & iklim akibat aktiviti manusia Semasa mengajar PSV Tahun 3 : aktiviti lipatan dan guntingan. Guru melayani https://www.youtube.com/watch?v=JLY0soh3LIQ dan tunjukkan video demonstrasi aktiviti lipatan dan guntingan. Dengan cara ini murid akan lebih faham dan memberi perhatian . Memuat turun perisian komputer secara percuma seperti Go Mouse dan Animated Typing Skill bagi aktiviti kemahiran menggunakan tetikus dan menaip serta mengenal abjad. Murid akan merasa seronok untuk mempelajarinya.

B. Kategori Pembelajaran PenerokaanMenurut Means et al. (1993), penggunaan TMK dikata untuk pembelajaran penerokaan apabila digunakan oleh murid segabai medium untuk a) membolehkan mereka mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, portal maklumat dan internet.b) Melihat demonstrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya boleh dikawal oleh murid pada bila-bila masa murid memerlukannya.c) Mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi.Pembelajaran penerokaan berfokus kepada penglibatan pelajar dalam membentuk konsep dan kefahaman mengenai sesuatu perkara. Pembelajaran penerokaan sesuai digunakan dalam pembelajaran yang melibatkan inkuiri penemuan, pembelajaran yang menjurus kepada penyelesaian masalah, simulasi dan kaedah pembelajaran kajian masa depan.Dick (1997) menyatakan bahawa konstruktivisme hanya mencadangkan kaedah dalam mana persekitaran pemelajaran boleh disusunatur dan diurus supaya dapat membekalkan pelajar dengan konteks terbaik untuk belajar. Pembelajaran akan melibatkan pelajar yang aktif dengan mencari pengetahuan dan melibatkan kerja-kerja merekabentuk. Teori ini juga beranggapan bahawa pelajar mampu untuk membuat penyelidikan, menganalisis, mempersembahkan maklumat berkenaan perisian kursus PPBK.Penggunaan teori konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan mereka bentuk perisian PPBK asas perkakasan komputer ini dapat dilihat melalui aktiviti-aktiviti berikut.a) Pembelajaran berpusatkan pelajarb) Pelajar berpeluang mengemukakan pandangannya tentang sesuatu konsep.c) Aktiviti berasaskan hands-on dan minds-ond) Pelajar berpeluang berkongsi persepsi antara satu sama lain.e) Pelajar menghormati pandangan alternatif rakan-rakan mereka.f) Semua pandangan pelajar dihormati dan tidak dipandang rendahg) Mementingkan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.h) Pelajar menghubungkait idea asal dengan idea yang baru dibinai) Guru mengemukakan soalan yang boleh meransangkan pelajar mencari jawapanj) Pelajar bekerja dalam kumpulanKelebihan menggunakan kategori pembelajaran penerokaan ialah: Pelajar dapat merasa pengalaman melakukan eksperimen yang sukar, terlalu mahal dan mustahil untuk dilaksanakan menggunakan realiti maya Membantu mewujudkan suasana pembelajaran aktif Membolehkan pembelajaran simulasi Mengaplikasi teori pembelajaran konstruktif

Contoh penggunaan TMK dan Internet dalam pembelajaran penerokaan Aktiviti inkuiri penemuan: pelajar diarah melayani http://www.al-azim.com/~kvdsmz/buruj.html, http://cikgumuslimd045350.blogspot.com/p/kegunaan-buruj.html,http://hanaliza96.blogspot.com/2011/12/buruj.htmluntuk memahami tentang Buruj dan kegunaannya. ktiviti penyelesai masalah kehidupan sebenar: Guru mengemukakan masalah seperti: Bagaimana mengatasi masalah pencermaran udara? Murid memahami masalah dan meneroka ke Internet dengan pelbagai enjin pencaraian untuk mencari jawapan sendiri.

C. Kategori Pembelajaran AplikasiDalam kategori pembelajaran aplikasi, TMK dan Internet digunakan sebagai mekanisma untuk membantu pelajar melaksanakan tugasan pembelajaran dan bukan sebagai mekanisma menyalurkan maklumat.Kategori pembelajaran aplikasi sesuai digunakan dalam memproses data kerja lapangan dengan cepat dan memindahkan hasil dapatan dalam bentuk yang mudah diintepretasi. Contohnya dalam memudahkan proses membina graf supaya tumpuan boleh diberikan kepada mengkaji kesan pembolehubah dalam eksperimen. Ia juga sesuai digunakan untuk mempersembahkan data dalam bentuk multimedia dan mempercepatkan proses membuat pengkelasan atau menganalisis data.Dengan bantuan aplikasi-aplikasi ini, pelajar dapat memberi tumpuan kepada aktiviti pembelajaran sebenar kerana kerja-kerja pemprosesan data telah dipermudahkan. Pelajar-pelajar juga dapat meningkatkan penggunaan pelbagai kemahiran komputer sesuai dengan penggunaan komputer dialam pekerjaan kelak.

Kelebihan menggunakan kategori pembelajaran aplikasi ialah: Menjimatkan masa pembelajaran Pelajar dapat memberi tumpuan kepada aktiviti utama Membolehkan guru memberi masalah yang lebih mencabar Membangunkan kemahiran kognitif, metakognitif pelajar Meningkatkan keyakinan murid

Contoh penggunaan TMK dan Internet dalam pembelajaran penerokaan Pelajar boleh membuat karangan dan bercerita menggunakan video atau gambar, dan buku skrap atau projek folio digital. Pelajar menggunakan perisian pemproses perkataan,perisian persembahan dan perisian grafik(MS Word, MS PowerPoint dan MS Paint),kamera atau kamera video digital dan Internet dalam pembelajaran mereka. Perisian pemproses perkataan, perisian persembahan, perisian pangkalan data dan perisian grafik (MS Word, MS PowerPoint,MS Excel, MS Access dan MS Paint),kamera atau kamera video digital dan Internet boleh digunakan semasa pembentangan idea atau laporan.

D Kategori Pembelajaran KomunikasiTMK dan Internet dikatakan sebagai alat pemudah komunikasi apabila digunakan sebagai medium perhubungan antara guru dan pelajar di lokasi yang berbeza dengan menghantar dan menerima maklumat dalam bentuk teks, grafik, audio, video atau kombinasi lain. Contohnya E- mail,Chat, , Audio Video Conference dan laman web.Pembelajaran komunikasi sesuai digunakan dalam pembelajaran berbentuk kolaboratif, pertukaran maklumat, menganalisis dan membuat perbandingan. Menurut Paulsen, M.F.(1995), terdapat empat teknik untuk komunikasi melalui TMK dan Internet, iaitu:1. Teknik seorang-Sendirian2. Teknik seorang dengan seorang3. Teknik seorang kepada ramai4. Teknik ramai kepada ramaiKelebihan menggunakan kategori pembelajaran komunikasi ialah: Memupuk sikap berinterksi antara pelajar melalui aktiviti pembelajaran koperatif dan kolaboratif. Membenarkan pembelajaran jarak jauh Membolehkan proses komunikasi dengan tokoh-tokoh dan rakan-rakan Mengaplikasikan proses pembelajaran melalui kaedah rakan sebaya Mengaplikasikan teori pembelajaran kolaboratif. Memupuk sikap bekerjasama antara pelajar dan orang lain dalam proses pembelajaran. Maklumat-maklumat terkini mudah didapati melalui pertukaran maklumat dengan orang lain.

Contoh penggunaan TMK dan Internet dalam pembelajaran komunikasi Penggunaan e-mel dan laman sosial web untuk menggalakkan interaksi sosial antara rakan sebaya dari dalam dan luar negara. Penghasilan projek antara sekolah di dalam dan luar negara melalui Internet secara kolaboratif. Menghantar tugasan atau berkongsi idea melalui e-mel. Pembentangan tugasan atau projek dalam bentuk digital.