Topik 3 (Kepentingan Deria Dalam Seni)

21
PENGENALAN Topik ini adalah tentang kesedaran dan kepentingan deria yang dianugerahkan Tuhan kepada setiap insan untuk mengetahui, memahami dan mengenal pasti apa yang terdapat di sekelilingnya. Dengan menggunakan deria, pelajar akan dapat kefahaman yang jelas tentang sesuatu perkara atau aktiviti yang dilakukannya. Untuk itu, kefahaman tentang deria adalah penting. Deria terdiri daripada pancaindera lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu. Kelima-lima deria ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual. T T o o p p i i k k 3 3 Kepentingan Deria dalam Seni HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyatakan perkembangan keperluan deria dalam diri pelajar; 2. Menjelaskan kepentingan deria dalam persekitaran pelajar; 3. Menerangkan kepentingan deria dalam proses pengajaran dan pembelajaran; 4. Mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang dialami oleh pelajar melalui deria; dan 5. Membincangkan tentang penggabungjalinan aktiviti berdasarkan kepada penggunaan kemahiran deria.

description

SENI DALAM PENDIDIKAN

Transcript of Topik 3 (Kepentingan Deria Dalam Seni)

Page 1: Topik 3 (Kepentingan Deria Dalam Seni)

� PENGENALAN

Topik ini adalah tentang kesedaran dan kepentingan deria yang dianugerahkan Tuhan kepada setiap insan untuk mengetahui, memahami dan mengenal pasti apa yang terdapat di sekelilingnya. Dengan menggunakan deria, pelajar akan dapat kefahaman yang jelas tentang sesuatu perkara atau aktiviti yang dilakukannya. Untuk itu, kefahaman tentang deria adalah penting. Deria terdiri daripada pancaindera lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu. Kelima-lima deria ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual.

TTooppiikk

33

� Kepentingan Deria dalam Seni

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menyatakan perkembangan keperluan deria dalam diri pelajar;

2. Menjelaskan kepentingan deria dalam persekitaran pelajar;

3. Menerangkan kepentingan deria dalam proses pengajaran dan pembelajaran;

4. Mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang dialami oleh pelajar melaluideria; dan

5. Membincangkan tentang penggabungjalinan aktiviti berdasarkankepada penggunaan kemahiran deria.

Page 2: Topik 3 (Kepentingan Deria Dalam Seni)

TOPIK 3 KEPENTINGAN DERIA DALAM SENI �

39

PERKEMBANGAN KEPEKAAN DERIA

Perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Faktor-faktor perkembangan manusia banyak dipengaruhi oleh baka dan persekitaran yang berada di sekeliling mereka. Untuk itu, perkembangan kematangan deria adalah penting dalam mempertingkatkan lagi perkembangan diri setiap individu. Pelajar mula matang dalam perkembangan kepekaan deria semasa dia masih bayi lagi iaitu dari lahir sehingga dia berumur dua tahun. Sistem saraf kanak-kanak yang sensitif kepada pelbagai rangsangan akan membentuk kepekaan terhadap rangsangan deria mereka. Ketika ini, kanak-kanak telah mula mempunyai kordinasi dan kawalan otot. Mereka mula mengenal objek di dalam alam sekitar melalui organ deria dan tangan. Penglihatan dan pendengaran mula berkembang secara perlahan-lahan dan mula matang ketika berumur enam hingga 12 tahun. Ketika inilah pelajar mula mendapat perkembangan kepekaan derianya. Deria dan seni membolehkan individu meneroka alam sekelilingnya dan ini merupakan satu proses yang berterusan. Aktiviti-aktiviti seni dapat memuaskan naluri ingin tahu seseorang melalui explorasi dan ekperimentasi dengan menggunakan deria. Melalui aktiviti-aktiviti seni, pelajar boleh berinteraksi secara langsung dengan persekitaran dan belajar mengembangkan kebolehan mereka untuk membuat pertimbangan yang baik melalui pengalaman yang diperoleh. Setiap deria akan bertindak berdasarkan kepada hemisfera otak � sama ada akan lebih kepada otak kanan atau otak kiri. Rajah 3.1 menyatakan beberapa peranan otak kanan dan otak kiri.

3.1

Page 3: Topik 3 (Kepentingan Deria Dalam Seni)

40 � TOPIK 3 KEPENTINGAN DERIA DALAM SENI

Rajah 3.1: Peranan otak kanan dan otak kiri

Setiap deria akan saling bertindak dan memberi input kepada proses berfikir dan bertindak individu. Semua deria mempunyai peranan khusus terhadap aktiviti seni.

3.1.1 Sentuhan

Sentuhan biasanya dilakukan dengan menggunakan jari. Ini merupakan aspek perkembangan psikomotor yang mula-mula diperoleh oleh kanak-kanak, sebelum kanak-kanak itu mula untuk berbahasa. Melalui sentuhan, pelajar akan dapat membuat pelbagai aktiviti. Misalnya dalam aktiviti seni visual, pelajar akan menggunakan jarinya untuk melukis gambar di atas kertas atau kanvas.

Page 4: Topik 3 (Kepentingan Deria Dalam Seni)

TOPIK 3 KEPENTINGAN DERIA DALAM SENI �

41

Manakala dalam mata pelajaran muzik, pelajar akan cuba untuk mencipta satu corak irama yang berbeza, apabila mendengar sesebuah lagu. Ini adalah kerana pelajar, terutamanya, kanak-kanak suka membuat improvisasi atau mengubahsuaikan satu-satu perkara baru. Dalam pergerakan pula, mereka akan dapat mengetahui aras, atau ruang sama ada tinggi, rendah, sederhana, dekat atau jauh. Perkembangan deria sentuh ini mula berkembang ketika masih bayi lagi. Melalui sentuhan ibu, kanak-kanak itu akan berhenti menangis dan melalui sentuhan juga kanak-kanak akan berasa selamat.

3.1.2 Dengar

Mendengar melibatkan deria telinga. Aktiviti yang dijalankan menggunakan deria ini lebih menumpukan kepada persoalan „apa yang mereka dengar?‰. Contohnya, dalam aktiviti ekspresi melalui seni. Aktiviti seni visual yang dilakukan adalah berdasarkan apa yang telah didengarnya ketika dia melukiskannya. Begitu juga dalam aktiviti muzik, contohnya, mereka akan cuba mencipta bunyi tentang apa yang didengarnya. Dalam bidang pergerakan, pelajar akan tahu dan dapat membuat interpretasi dan bergerak sama ada cepat atau lambat.

3.1.3 Lihat

Melihat menggunakan deria mata yang melibatkan pengamatan dan pemerhatian. Pemerhatian yang dibuat dengan baik akan menghasilkan kepekaan yang tinggi kepada individu dalam membuat apresiasi dan penghargaan terhadap benda yang terdapat di sekelilingnya. Pemerhatian juga akan menjadikan individu mempunyai sifat kritis dan kreatif terhadap persekitaran. Maklumat yang dikumpul dan dianalisis melalui deria mata ini akan membolehkan seseorang menghargai, menilai pelbagai jenis warna, bentuk, ruang dan jalinan. Orang buta pula hanya „melihat‰ dengan melatih otaknya untuk membuat penafsiran berdasarkan kepada pengalaman seni tampak yang telah dialaminya. Pemahaman tentang warna membolehkan pelajar mengetahui ciri-cirinya dan seterusnya tahu untuk mengaplikasikan pengetahuan dalam pendidikan seni visual. Dengan melihat juga, pelajar dapat meningkatkan lagi kecerdasan ruang iaitu melihat dunia „visual-spatial‰ dengan lebih tepat.

Page 5: Topik 3 (Kepentingan Deria Dalam Seni)

42 � TOPIK 3 KEPENTINGAN DERIA DALAM SENI

3.1.4 Perasaan

Perasaan merupakan gerak hati atau kata hati pelajar. Dengan menggunakan deria ini, pelajar akan dapat membuat sesuatu persepsi dengan tepat. Persepsi bermaksud seseorang membuat interpretasi atau memberi makna kepada rangsangan yang diterima oleh derianya. Seterusnya, apabila maklumat itu dirasakan penting, individu akan membentuk konsep daripadanya. Ahli psikologi Gestalt merumuskan bahawa dalam persepsi, manusia akan lebih cenderung mempersepsi sesuatu secara keseluruhan daripada bahagian-bahagian yang menjadi keseluruhan. Segala apa yang dilakukannya adalah mengikut pengalaman ekspresinya. Dalam seni visual, pelajar akan dapat meluahkan perasaan melalui pengalaman yang telah diperolehnya apabila membuat sesuatu aktiviti seni. Apabila mendengar muzik, secara tidak langsung kakinya akan bergoyang. Ini adalah disebabkan oleh rangsangan daripada jenis mud muzik tersebut. Begitu juga dalam aktiviti pergerakan, terdapat rangsangan apabila mendengar muzik dan tanpa disedari kita juga akan melakukan pergerakan. Terdapat dua prasyarat bagi pembelajaran jenis ini, iaitu:

(a) Pelajar mesti mempunyai sikap dan tujuan yang positif terhadap aktiviti pembelajaran; dan

(b) Dalam proses pembelajaran, pengetahuan yang sedia ada dalam struktur kognitif pelajar harus digunakan untuk mengaitkan dengan pelajaran baru.

3.1.5 Hidu

Hidu lebih menekankan kepada aspek penanggapan atau persepsi. Penanggapan tidak berlaku secara semula jadi; sebaliknya, guru harus merancang strategi untuk menyerapkan unsur ini dalam pengajarannya. Ini boleh dilakukan dengan cara-cara berikut:

(a) KKebolehan Mental Pelajar Faktor ini penting untuk mempastikan setiap pelajar mendapat pembelajaran optima mengenai konsep yang diajar oleh guru.

(b) PPendekatan Pengajaran Guru perlu merancang strategi pengajaran yang hendak digunakan olehnya untuk membentuk penanggapan yang baik seperti yang diterangkan di dalam Jadual 3.1.

Page 6: Topik 3 (Kepentingan Deria Dalam Seni)

TOPIK 3 KEPENTINGAN DERIA DALAM SENI �

43

Jadual 3.1: Strategi-strategi Pendekatan Pengajaran

Strategi Pendekatan Penerangan

Pendekatan inkuiri penemuan

Pelajar mencari maklumat sendiri mengenai konsep melalui situasi penyelesaian masalah. Pelajar akan berfikir dan menaakul secara mental dengan menggunakan organ deria untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan bukan sebagai pemberi jawapan yang sebenar.

Pendekatan resepsi Guru menyampaikan maklumat mengenai konsep secara langsung dengan bergantung kepada pelajar.

Pendekatan deduktif

Guru menghuraikan prinsip dan ciri-ciri penting dalam sesuatu konsep dengan diikuti dengan contoh-contoh spesifik yang mengukuhkan konsep tersebut.

KEPENTINGAN KEPEKAAN DERIA

Hasil daripada kepentingan kepekaan deria akan dapat membentuk satu persepsi dalam membentuk satu keseluruhan. Persepsi ini juga dinamakan sebagai pengamatan. Untuk itu, pancaindera manusia yang terdiri daripada mata, telinga, hidung, lidah dan kulit akan menerima maklumat daripada rangsangan-rangsangan dari persekitarannya (sila rujuk Rajah 3.2).

3.2

Jelaskan kepentingan deria terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

AKTIVITI 3.1

Page 7: Topik 3 (Kepentingan Deria Dalam Seni)

44 � TOPIK 3 KEPENTINGAN DERIA DALAM SENI

Rajah 3.2: Proses ringkas pengamatan dan persekitaran

Implikasi pengamatan terhadap persekitaran dalam menjana proses kreativiti Proses kreativiti dan imaginasi melibatkan:

(a) Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti;

(b) Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil; dan

(c) Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah.

Menurut Russel (1968), matlamat guru-guru sekolah rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati, menyedari dan arif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstur dan irama. Melalui aktiviti seni, daya estetik kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Contohnya, menggunakan lagu untuk memperkenalkan topik „lebah‰. Semasa kanak-kanak menyanyi lagu, mereka akan bergerak mengikut irama seperti lebah sedang terbang. Seterusnya, kanak-kanak menghasilkan gambar lebah.

Page 8: Topik 3 (Kepentingan Deria Dalam Seni)

TOPIK 3 KEPENTINGAN DERIA DALAM SENI �

45

Ini membantu pembelajaran terhadap tajuk tersebut. Semasa belajar bersama-sama, mereka membina konsep kendiri dalam kumpulan rakan sebaya dan masyarakat umum. Kebolehan kanak-kanak adalah selari dengan perkembangan diri mereka. Untuk mencipta sesuatu yang baru, kanak-kanak akan bergantung pada pengalaman dan kreativiti dalam memanipulasikan alatan dan bahan yang mereka gunakan.

3.2.1 Persekitaran

Persekitaran memainkan peranan penting dalam meningkatkan lagi perkembangan deria pelajar. Jika pelajar berada di persekitaran yang banyak mendapat dorongan dan galakan, maka dia akan menjadi seorang pelajar yang sentiasa bermotivasi. Jika tidak, perkara yang sebaliknya pula akan berlaku. Untuk itu, tanggungjawab guru adalah untuk menyediakan sebuah bilik khusus untuk pendidikan seni visual supaya dapat mewujudkan persekitaran yang menarik ketika berada di dalam sekolah. Pengurusan bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual. Guru pendidikan seni visual hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru pendidikan seni hendaklah sentiasa berusaha bersama-sama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan keadaan dan suasana yang sesuai di dalam bilik seni. Suasana di dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada pelajar dan guru, bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar, guru seni hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk dipamerkan di dalam bilik seni. Mewujudkan iklim bilik pendidikan seni visual yang kondusif adalah tanggungjawab guru demi meningkatkan keberkesanan pelaksanaan tugas harian. Aspek-aspek keselamatan dalam pengajaran dan pembelajaran juga perlu dititikberatkan. Selain daripada itu, guru juga dikehendaki mengenal pasti sumber pengajaran dan pembelajaran dengan memberi pertimbangan terhadap pengutaraan tampak kanak-kanak.

Page 9: Topik 3 (Kepentingan Deria Dalam Seni)

46 � TOPIK 3 KEPENTINGAN DERIA DALAM SENI

Pengetahuan tentang pengurusan bilik pendidikan seni visual adalah penting kerana ia dapat membantu meningkatkan tahap kecemerlangan kanak-kanak. Antaranya adalah: (a) AAspek Fizikal

Jadual 3.2 menjelaskan aspek-aspek fizikal yang patut ada di dalam bilik pendidikan seni visual.

Jadual 3.2: Aspek-aspek Fizikal

Aspek Fizikal Penerangan

Cahaya

Bilik hendaklah mendapat cahaya yang sesuai, sama ada cahaya semula jadi atau cahaya dari lampu. Cahaya juga seharusnya dapat menerangi ruang bilik darjah.

Peredaran udara

Bilik darjah harus mempunyai pengedaran udara yang baik supaya dapat menimbulkan suasana pembelajaran dan keselesaan pelajar.

Stor

Bilik darjah perlu ada tempat penyimpanan alat dan bahan serta hasil kerja pelajar sama ada di dalam bilik stor atau almari.

Panel dan rak pameran

Setiap bilik disediakan dengan kelengkapan dan ruang pameran untuk tujuan mempamerkan hasil kerja pelajar.

Perabot

Kerusi dan meja yang dilengkapkan di dalam bilik darjah hendaklah sesuai dengan semua aktiviti pendidikan seni yang dijalankan dari segi saiz dan jumlah pelajar.

Kemudahan asas

Sinki dan punca elektrik diubah suai agar dipasang di tempat yang sesuai dengan kebanyakan aktiviti pendidikan seni visual.

(b) AAspek Emosi

Jadual 3.3 menjelaskan aspek-aspek emosi berkaitan bilik pendidikan seni visual.

Jadual 3.3: Aspek-aspek Emosi

Aspek Emosi Penerangan

Hiasan dalaman

Susun atur perabot, peralatan dan hiasan yang sesuai di dalam bilik darjah dapat membantu suasana pengajaran dan pembelajaran serta menggalakkan lagi interaksi pelajar.

Ruang

Jumlah perabot dan peralatan yang bersesuaian dengan ruang bilik darjah dapat menimbulkan suasana pengajaran pembelajaran yang selesa dan kondusif supaya dapat merangsangkan pembelajaran pelajar.

Peragaan hasil kerja

Menyediakan ruang dan kelengkapan yang sesuai untuk memperagakan hasil kerja pelajar. Langkah ini dapat membina keyakinan dan kepuasan pelajar dalam menghasilkan kerja seni.

Page 10: Topik 3 (Kepentingan Deria Dalam Seni)

TOPIK 3 KEPENTINGAN DERIA DALAM SENI �

47

(c) AAspek Sosial Jadual 3.4 menjelaskan aspek-aspek sosial berkaitan bilik pendidikan seni

visual.

Jadual 3.4: Aspek-aspek Sosial

Aspek Sosial Penerangan

Interaksi pelajar

Pelajar dapat bergerak secara bebas di dalam bilik darjah. Ruang yang disediakan di dalam bilik darjah dapat menggalakkan interaksi pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan guru.

Kemudahan aktiviti kumpulan

Menyediakan ruang di dalam bilik darjah supaya aktiviti kumpulan dapat dijalankan dengan berkesan.

Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya seperti:

(a) Unsur Seni

(b) Menggambar atau melukis

(c) Warna

(d) Lukisan alam semula jadi

(e) Seni huruf dan sebagainya Dalam pengurusan bilik seni, aspek-aspek berikut harus diberi perhatian sewajarnya, iaitu:

(a) Keselamatan

(b) Kebersihan

(c) Susunan perabot

(d) Pameran hasil kerja

(e) Kelengkapan bilik seni

(f) Pengagihan tugas

(g) Pengumpulan alat atau bahan

(h) Jadual waktu penggunaan bilik seni Pengurusan bilik seni haruslah melibatkan pelajar dengan tujuan untuk memupuk sikap bertanggungjawab dan berdisiplin di kalangan mereka.

Page 11: Topik 3 (Kepentingan Deria Dalam Seni)

48 � TOPIK 3 KEPENTINGAN DERIA DALAM SENI

Pelan Bilik Pendidikan Seni Visual Contoh pelan bilik khas seni (ilustrasi) yang disertakan merupakan cadangan menunjukkan keadaan sebuah bilik seni yang sesuai (rujuk Rajah 3.3).

Rajah 3.3: Contoh pelan bilik seni visual

Page 12: Topik 3 (Kepentingan Deria Dalam Seni)

TOPIK 3 KEPENTINGAN DERIA DALAM SENI �

49

Antara faktor yang mempengaruhi kebolehan kepekaan deria dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah:

(a) Jangkaan;

(b) Hubungan latar depan dan belakang;

(c) Penumpuan;

(d) Tempoh masa;

(e) Tugasan jelas;

(f) Pengalaman; dan

(g) Susunan objek.

3.2.2 Perkembangan Nilai Estetika

Proses estetik dan daya kreativiti pelajar dapat dibahagikan kepada empat iaitu: (a) IIntuisi Merupakan proses individu melalui penajaman daya intuisi. (b) PPersepsi

Persepsi merupakan satu proses kesedaran dan reaksi individu terhadap rangsangan dalam alam persekitaran. Ia juga merupakan proses menginterpretasi maklumat yang diterima oleh organ-organ deria manusia. Contohnya, apabila anda terhidu minyak wangi, otak anda akan membuat persepsi dan mengaitkannya dengan seorang wanita atau bunga. Pada peringkat ini, pancaindera manusia (mata, telinga, hidung, lidah dan kulit) akan menerima maklumat daripada rangsangan-rangsangan dalam persekitaran. Kemudian, semua utusan dan rangsangan ini dihantar ke otak melalui sistem saraf. Seperti contoh, apabila seorang individu mendapat rangsangan dalam bentuk bunyi siren ambulan, bunyi ini diamati melalui deria dengar dan dihantar ke otak untuk diproses.

(c) IImaginasi

Merupakan daya khayalan atau kemampuan menggambarkan sesuatu dalam angan-angan atau mencipta sesuatu secara khayalan atau bayangan.

(d) KKonsepsi pelajar

Proses konsepsi pelajar atau pembentukan konsep adalah untuk menyesuaikan maklumat dalam rangsangan untuk membina perhubungan yang mempunyai perkaitan dalam bentuk konsep. Konsep boleh

Page 13: Topik 3 (Kepentingan Deria Dalam Seni)

50 � TOPIK 3 KEPENTINGAN DERIA DALAM SENI

dihuraikan sebagai satu idea yang spesifik tentang peristiwa atau fenomena, sama ada maujud atau abstrak yang mempunyai ciri-ciri yang khusus. Contohnya, konsep reptilia merujuk kepada sekumpulan haiwan yang mempunyai ciri-ciri berikut:

(i) Berkulit keras;

(ii) Hidup di air dan di darat; dan

(iii) Menetas telur. Dengan ini, pelajar diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan. Kurikulum pendidikan seni visual sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional. Pelajar dilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas � sama ada dari aspek estetik mahupun aspek gunaan. Ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut di dalam Topik 4. Melalui kefahaman aspek di atas, pelajar dapat diterapkan dengan penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan, terutamanya, dalam meningkatkan nilai hidup. Pelajar akan didedahkan dengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan diterapkan budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperoleh bersama.

AKTIVITI-AKTIVITI DALAM SENI DALAM PENDIDIKAN

Untuk memastikan bahawa deria dapat berfungsi dengan baik dalam seni dalam pendidikan, aktiviti-aktiviti hendaklah selalu diadakan untuk memastikan kefahaman tentang seni itu semakin meningkat. Jadual 3.5 menunjukkan beberapa aktiviti berdasarkan kepekaan deria. Untuk itu, anda dikehendaki menyatakan aktiviti yang difikirkan sesuai melalui ekspresi seni pada deria yang ditetapkan.

3.3

Page 14: Topik 3 (Kepentingan Deria Dalam Seni)

TOPIK 3 KEPENTINGAN DERIA DALAM SENI �

51

Jadual 3.5: Contoh Aktiviti Kepekaan Deria Sentuh

Deria Ekspresi Melalui Seni

Masa

Subuh Tengah Hari Malam

Sentuh (Apa yang anda sentuh)

Seni Visual (Lukis gambar)

Gambar macam biasa, terdapat banyak idea

Gambar macam biasa, idea kurang

Gambar macam biasa, idea banyak

Muzik (Cipta irama yang berbeza)

Corak irama yang menyegarkan

Corak irama yang segar

Corak irama yang lembut

Pergerakan (Aras: Tinggi, sederhana dan rendah)

Pergerakan aras sederhana dan ruang yang dekat

Pergerakan aras tinggi dan ruang yang jauh atau luas

Pergerakan yang rendah dan ruang yang dekat.

Huraian Aktiviti di dalam Jadual 3.5 Pada ekspresi melalui seni visual, gambar yang dilukis tetap sama tidak mengira waktu. Cuma perbezaan yang ada adalah dari segi kreativiti atau luahan perasaan ketika melukis. Didapati melukis pada waktu subuh dan malam di mana keadaannya sunyi memungkinkan penimbulan idea yang banyak berbanding dengan waktu tengah hari kerana keadaan adalah bising dan terdapat pelbagai aktiviti yang menyebabkan seorang itu kurang memberi tumpuan. Dalam muzik pula, corak irama yang dilakukan pada waktu subuh seboleh-bolehnya biarlah satu corak irama yang menyegarkan atau aktif, kerana pada waktu ini, iaitu awal pagi, pelajar akan dirangsang dengan muzik yang aktif supaya mindanya menjadi aktif. Untuk itu, corak irama yang sesuai adalah seperti rentak „march‰. Berbanding dengan waktu malam, kebanyakan pelajar mengantuk; maka corak irama yang sesuai adalah seperti asli, masri, slow rock dan sebagainya dan lagu yang sesuai pula adalah lagu yang mendayu-dayu atau lagu yang mempunyai mud yang lembut. Manakala dalam pergerakan pula, pada masa subuh, pergerakan yang dilakukan adalah bercorak sederhana kerana pelajar itu baru bangun dari tidur. Berbanding dengan masa tengah hari, pergerakan yang dilakukan adalah aras tinggi iaitu masa yang aktif.

Page 15: Topik 3 (Kepentingan Deria Dalam Seni)

52 � TOPIK 3 KEPENTINGAN DERIA DALAM SENI

3.3.1 Mengalami Melalui Deria

Semua aktiviti yang dilaksanakan perlulah diolah untuk menajamkan lagi pengalaman deria pelajar. Untuk itu, aktiviti-aktiviti hendaklah dilakukan seberapa kerap yang boleh bagi memastikan deria menjadi bertambah matang.

AKTIVITI 3.2

Berdasarkan Jadual 3.5, cuba buatkan penerokaan berdasarkan deria yang telah ditetapkan.

Jadual 3.5: Penerokaan Deria

Deria Ekspresi Melalui Seni

Masa

Subuh Tengah Hari Malam

Mendengar (Apa yang anda dengar)

Seni Visual (Lukis gambar)

Muzik (Cipta bunyi)

Pergerakan (Bergerak cepat dan lambat)

Page 16: Topik 3 (Kepentingan Deria Dalam Seni)

TOPIK 3 KEPENTINGAN DERIA DALAM SENI �

53

3.3.2 Penggabungjalinan

Penggabungjalinan bermaksud proses mengintegrasikan berbagai-bagai kemahiran untuk menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh. Melalui penggabungjalinan ini, pelbagai kemahiran dalam sesuatu pelajaran dapat disampaikan secara harmoni dan bersepadu. Penggunaan penggabungjalinan ini dapat mengelakkan kebosanan terhadap sesuatu pelajaran jika hanya satu kemahiran sahaja yang diajarkan. Di samping itu, pelajar akan dapat menguasai kemahiran secara bersepadu seperti yang dialami dalam kehidupan mereka. Misalnya, dalam aktiviti mewarna, mereka perlu menggunakan kemahiran mendengar, melihat, menyentuh dan sebagainya. Melalui strategi penggabungjalinan ini, pelbagai kemahiran dapat diperkukuhkan antara satu sama lain.

Rajah 3.4: Penggabungajalinan kemahiran-kemahiran

Page 17: Topik 3 (Kepentingan Deria Dalam Seni)

54 � TOPIK 3 KEPENTINGAN DERIA DALAM SENI

(a) Ciri-ciri Penggabungjalinan Berdasarkan Rajah 3.4, beberapa ciri penggabungjalinan dapat dikenal pasti

dan dinyatakan seperti berikut:

(i) Ia merupakan integrasi beberapa kemahiran yang terdapat dalam satu-satu kemahiran.

Penggabungjalinan pelbagai kemahiran dalam satu kemahiran melibatkan kemahiran lisan atau pertuturan, membaca, menulis, mengira, melukis, mewarna dan lain-lain kemahiran asas. Dengan ini, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih bermakna, menyeronokkan, akan meningkatkan motivasi pelajar serta akan lebih berkesan.

Di samping itu pelbagai kemahiran itu boleh dikategorikan kepada dua kategori iaitu:

� KKemahiran Fokus Iaitu sesuatu kemahiran utama yang hendak disampaikan sebagai

yang terdapat dalam objektif pengajaran dan pembelajaran. � KKemahiran Sampingan Kemahiran yang digabungjalinkan dipilih berdasarkan kaitannya

dengan kemahiran fokus. Kemahiran ini dapat membantu meningkatkan lagi penguasaan kemahiran fokus di samping menjadikan pengajaran guru lebih bererti dan menarik. Rajah 3.5 menunjukkan penggabungjalinan kemahiran dalam pendidikan muzik.

Rajah 3.5: Penggabungjalinan kemahiran dalam pendidikan muzik

Page 18: Topik 3 (Kepentingan Deria Dalam Seni)

TOPIK 3 KEPENTINGAN DERIA DALAM SENI �

55

(ii) Proses penggabungjalinan berlaku antara kemahiran yang berkaitan secara bersepadu serta menyeluruh.

Penggabungjalinan kemahiran merentas kurikulum melibatkan kemahiran-kemahiran seperti yang dinyatakan di dalam Jadual 3.6.

Jadual 3.6: Kemahiran Merentas Kurikulum

Kemahiran-kemahiran Penerangan

Kemahiran belajar

Kemahiran membaca pantas, mencari dan memilih maklumat, merujuk, membuat nota, menulis ringkasan, berkomunikasi di khalayak ramai dan sebagainya diberi penekanan dan disepadukan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis

Pelajar akan berupaya untuk mengenal pasti fakta, andaian, idea yang kemungkinan akhirnya membawa kepada perubahan ke arah yang lebih positif. Pemikiran kritis juga membolehkan pelajar membuat analisis ke atas sesuatu persoalan dan seterusnya dapat mencari jalan untuk membuat penyelesaian yang tepat. Pelajar juga akan berfikiran kreatif dan mampu untuk menjana idea atau pemikiran baru, mengeluarkan cadangan, membina jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah dan membolehkan seseorang untuk menghasilkan satu produk atau inovasi baru.

Kemahiran pelbagai kecerdasan

Bagi kemahiran pelbagai kecerdasan, Howard Gardner telah menyenaraikan lapan kecerdasan yang pelbagai iaitu:

� Kecerdasan bahasa;

� Kecerdasan logik matematik;

� Kecerdasan muzik;

� Kecerdasan ruang;

� Kecerdasan kinestetik;

� Kecerdasan interpersonal;

� Kecerdasan intrapersonal; dan

� Kecerdasan naturalistik. Usaha memperkembangkan pelbagai kecerdasan yang ada pada pelajar jika berjaya dilaksanakan akan dapat melahirkan individu yang holistik, seimbang dan harmonis.

Page 19: Topik 3 (Kepentingan Deria Dalam Seni)

56 � TOPIK 3 KEPENTINGAN DERIA DALAM SENI

Kemahiran generik

Ini termasuklah kemahiran berkomunikasi dengan berkesan, mahir dalam penggunaan teknologi, kebolehan membuat perancangan dan mengelolakan aktiviti, mampu melakukan kerja dalam kumpulan, berupaya untuk menyelesaikan masalah, berkebolehan mengurus, memilih dan menganalisis maklumat, menggunakan idea dan teknik matematik, memahami budaya dan mempunyai literasi maklumat. Ini mampu untuk menyediakan satu generasi yang akan menjadi pekerja cekap, mahir dan berketrampilan di tempat kerja dan alam pekerjaan di samping mengekalkan budaya dan etika yang baik.

(b) KKebaikan Penggabungjalinan dalam Pengajaran

Terdapat beberapa kelebihan dengan terlaksananya penggabungjalinan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antara kebaikan tersebut ialah:

(i) Sebagai pengukuhan kepada kemahiran yang telah diperoleh daripada mata pelajaran lain.

(ii) Kemahiran sampingan yang terdapat dalam penggabungjalinan dapat membantu penguasaan kemahiran fokus sebagai yang dikehendaki dalam objektif pengajaran dan pembelajaran.

(iii) Pelajar berpeluang untuk menyepadukan kemahiran-kemahiran yang perlu dalam kehidupan.

(iv) Penggabungjalinan berkeupayaan menimbulkan suasana pembelajaran yang menarik dan mengelakkan kebosanan.

(v) Menggalakkan proses pertumbuhan dan perkembangan pelajar secara seimbang, harmonis dan bersepadu.

SEMAK KENDIRI 3.1

1. Apakah itu penggabungjalinan?

2. Apakah kelebihan-kelebihan penggabungjalinan sesuatu mata pelajaran yang diajar?

Page 20: Topik 3 (Kepentingan Deria Dalam Seni)

TOPIK 3 KEPENTINGAN DERIA DALAM SENI �

57

� Deria dan seni lebih menumpukan kepada kepekaan deria terhadap

perkembangannya.

� Di samping itu, pengaruh persekitaran dan pengalaman juga dapat mempertingkatkan lagi ketajaman sesuatu deria dan perkembangannya terhadap nilai-nilai estetika.

� Berdasarkan aktiviti-aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan, ia secara tidak langsung melatih deria mengalami pelbagai peristiwa. Penggabungjalinan aktiviti ini dapat meningkatkan lagi kefahaman terhadap bidang Seni Dalam Pendidikan.

1. Nyatakan deria-deria manusia.

2. Jelaskan kepentingan deria terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

Berdasarkan deria mata, bagaimanakah pengajaran dapat dijalankan terutama dalam mata pelajaran pendidikan seni visual.

Page 21: Topik 3 (Kepentingan Deria Dalam Seni)

58 � TOPIK 3 KEPENTINGAN DERIA DALAM SENI

Lowenfeld, V. & Brittain W. L. (1970). Creative and mental growth. New York:

Macmillan.

Penny, S., Ford, R., Price, L. & Young, S. (2002). Teaching arts in the primary schools. United Kingdom: Learning Matters Ltd.

Reiner, B. & Smith, R. A. (1992). The arts, education, and aesthetic knowing. Chicago: The University of Chicago Press.

Schmeer, G. (1994). Movement improvisation � in the word of a teacher and her student. Illinois: Human Kinetics.

Shanahan, T., Robinson, B. & Schneider, M. (1995). Integrating curriculum. The Reading Teacher, 48 (8), 718-719.