Topik 7

20
X PENGENALAN Topik ini akan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan konsep ujian, perkaitan antara ujian dan pemeringkatan ujian mengikut Taksonomi Bloom, penyediaan item pelbagai soalan objektif untuk mata pelajaran Pendidikan Moral Tahun 5 dan 6, penyediaan item pelbagai soalan jenis struktur dan juga penyediaan item soalan untuk Tahun 5 dan 6. T T o o p p i i k k 7 7 X Pembinaan Soalansoalan Berdasarkan Taksonomi Bloom HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan konsep penilaian dan Aras Taksonomi Bloom; 2. Menyediakan item-item pelbagai soalan objektif untuk Tahun 5 dan 6; 3. Menyediakan item pelbagai soalan struktur untuk Pendidikan Moral Tahun 5 dan 6; dan 4. Menyediakan soalan esei untuk Pendidikan Moral Tahun 5 dan 6.

description

Soalan TB

Transcript of Topik 7

Page 1: Topik 7

PENGENALAN

Topik ini akan membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan konsep ujian, perkaitan antara ujian dan pemeringkatan ujian mengikut Taksonomi Bloom, penyediaan item pelbagai soalan objektif untuk mata pelajaran Pendidikan Moral Tahun 5 dan 6, penyediaan item pelbagai soalan jenis struktur dan juga penyediaan item soalan untuk Tahun 5 dan 6.

TTooppiikk  77 Pembinaan Soalan‐soalanBerdasarkan Taksonomi Bloom 

HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini anda seharusnya dapat:

1. Menjelaskan konsep penilaian dan Aras Taksonomi Bloom;

2. Menyediakan item-item pelbagai soalan objektif untuk Tahun 5 dan 6;

3. Menyediakan item pelbagai soalan struktur untuk Pendidikan Moral Tahun 5 dan 6; dan

4. Menyediakan soalan esei untuk Pendidikan Moral Tahun 5 dan 6.

Page 2: Topik 7

TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM

196

KONSEP UJIAN DAN PEMERINGKATAN TAKSONOMI BLOOM

Dalam dunia pendidikan pencapaian sesuatu objektif pengajaran hanya boleh dilihat melalui sistem penilaian ataupun pembinaan ujian yang bersesuaian. Pembinaan ujian di peringkat persekolahan pada kebiasaannya akan menekankan tiga aspek utama iaitu:

(a) Kognitif;

(b) Afektif; dan

(c) Psikomotor. Dalam konteks pendidikan moral elemen afektif ialah elemen yang banyak diberikan penumpuan berbanding kognitif dan psikomotor. Namun demikian, sebagai seorang guru kita seharusnyalah membina ujian yang lebih seimbang agar ketiga-tiga elemen ini dapat dicernakan mengikut wajaran mata pelajaran berkaitan. Ini amat bertepatan dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan kepada keseimbangan aspek kognitif, afektif dan psikomotor. Secara ringkas ujian yang melibatkan domain kognitif, afektif dan psikomotor boleh dijelaskan seperti dalam Rajah 7.1.

Rajah 7.1: Konsep penilaian

7.1

Page 3: Topik 7

TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM

197

Setiap item pembinaan ujian yang di atas memerlukan pemeringkatan yang bersesuaian berdasarkan dengan mata pelajaran tertentu. Dalam Pendidikan Moral, pemeringkatan elemen pengujian juga perlulah diketahui oleh guru. Dalam konteks ini, ia bagi menentukan setiap item soalan yang dibina oleh guru dapat mengukur apa yang perlu diukur. Pemeringkatan item berdasarkan Taksonomi Bloom ialah suatu cara yang sering digunakan untuk membina ataupun menentukan tahap sesuatu item ujian itu dibuat. Taksonomi Bloom mengambil kira enam hierarki atau pemeringkatan soalan, iaitu:

(i) Pengetahuan;

(ii) Kefahaman;

(iii) Aplikasi;

(iv). Analisis;

(v) Sintesis; dan

(vi) Penilaian. Dalam bentuk pembinaan item ujian, pemeringkatan Taksonomi Bloom ini boleh dijelaskan seperti jadual berikut:

Page 4: Topik 7

TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM

198

Jadual 7.1: Contoh Soalan dan Aras Pemeringkatan Taksonomi Bloom

Aras kemahiran dalam bidang kognitif Contoh soalan

1. Pengetahuan Menguji pengetahuan murid-murid Mengingat kembali fakta, menjelaskan

erti, menjelaskan prinsip, menjelaskan istilah, menjelaskan hukum, menjelaskan definisi yang telah mereka pelajari.

Nyatakan lima prinsip Rukun Negara

2. Kefahaman Menguji kebolehan murid

memahami, menukar dan menjelaskan fakta, konsep, prinsip, hukum dan teori yang telah mereka pelajari.

Huraikan dua tanggungjawab seorang anak kepada kedua ibu bapa.

3. Aplikasi Menguji kebolehan pelajar

menggunakan fakta, konsep, hukum, teori, prinsip, pengetahuan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan.

Salmi ialah seorang murid yang jarang menguruskan diri dan jadual pembelajarannya dengan betul. Dia selalu mengharapkan bantuan daripada orang lain untuk menyempurnakan kerja rumahnya. Jelaskan nilai yang sepatutnya diamalkan oleh Salmi agar dia boleh menyamai dirinya dengan murid lain yang cemerlang.

4. Analisis Menguji kebolehan pelajar

membanding dan menghuraikan faktor-faktor kesamaan, perbezaan dan perhubungan di antara satu sama lain.

Banding bezakan antara dua watak yang terdapat di dalam cerita ‰Bawang Putih Bawang Merah‰.

5. Sintesis Menguji kebolehan pelajar

mencantumkan, menggabungkan dan mengintergrasikan fakta-fakta atau idea-idea yang berkaitan.

Lengkapkan peta minda berikut dengan meletakkan ciri-ciri pemimpin yang unggul berdasarkan teks yang anda telah baca.

6. Penilaian Menguji kebolehan calon

membuktikan, menilaikan, mengesahkan, mengkritikkan, merumuskan atau memberi pendapat sesuatu pernyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.

Dengan memberikan contoh yang sesuai berikan penilaian anda terhadap kempen kitar semula yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan.

Page 5: Topik 7

TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM

199

Pemeringkatan soalan berdasarkan aras Taksonomi Bloom di atas amat penting untuk kita membuat kewajaran atau peratusan jumlah item yang akan kita bina. Kita dengan mudah akan dapat membina item soalan berdasarkan kewajaran atau nisbah jumlah darjah kesukaran berdasarkan aras Taksonomi Bloom. Ini juga secara tidak langsung, memberikan peluang kepada kita membina item soalan secara menyeluruh merangkumi aspek pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

MENYEDIAKAN ITEM-ITEM PELBAGAI SOALAN OBJEKTIF UNTUK TAHUN 5 DAN 6

7.2.1 Konsep Item Pelbagai Soalan Objektif

Ujian jenis objektif ini dikenali sebagai objektif kerana tidak kira siapa yang memeriksa markah yang sama juga akan diperoleh. Ia juga pada kebiasaannya hanya memerlukan jawapan yang pendek iaitu hanya terdiri daripada beberapa perkataan atau satu frasa sahaja. Contoh ujian objektif ini ialah ujian aneka pilihan, ujian salah benar, ujian padanan dan ujian melengkapkan. Satu ciri yang utama ujian objektif ini ialah setiap calon dibekalkan satu tugasan berstruktur yang mengehadkan tindak balas. Untuk menjawab dengan betul setiap calon juga perlulah mempunyai pengetahuan serta kefahaman khusus berkaitan dengan bidang atau tajuk yang dipelajari. Oleh itu, ujian jenis ini tidak berupaya menguji kebolehan calon untuk memilih, menyusun, membanding beza, serta menyatukan idea dan fakta. Ujian jenis objektif ini boleh dibahagikan kepada dua kelompok utama, iaitu

(i) jenis yang memerlukan sumbangan jawapan daripada calon dan

(ii) yang memerlukan calon membuat pilihan yang tepat atau betul daripada beberapa pilihan jawapan yang disediakan.

7.2

AKTIVITI 7.1

Pemeringkatan soalan berdasarkan aras Taksonomi Bloom amat penting dipraktikkan oleh guru dalam usaha menyediakan bentuk soalan yang baik dan relevan. Bincangkan.

Page 6: Topik 7

TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM

200

7.2.2 Jenis Item yang Memerlukan Sumbangan Calon

(a) Jenis Jawapan Pendek Jenis soalan ini memerlukan calon menjawab jawapan secara pendek. Ia mungkin berbentuk satu soalan atau kenyataan dan setiap calon dikehendaki memberikan jawapan. Contohnya:

Beberapa peraturan haruslah diikuti oleh guru untuk memastikan item soalan objektif jawapan pendek ini bertepatan dengan keperluan. Antaranya ialah:

(i) Tugasan soalan haruslah jelas dan jawapan yang diperlukan adalah ringkas dan tepat.

(ii) Jauhkan daripada memetik perkataan atau ayat terus daripada buku teks atau petikan kerana ini dikhuatiri akan menyebabkan calon menghafal atau telah mengenal jawapan.

(iii) Soalan langsung adalah lebih baik daripada bentuk kenyataan yang tidak lengkap.

(iv) Elakkan daripada menggunakan lebih daripada satu tempat kosong. (b) Jenis Item Melengkapkan

Item soalan jenis ini ialah memerlukan setiap calon untuk melengkapkan ayat dengan perkataan yang tepat. Walaupun nampak mudah, tetapi sebenarnya soalan jenis ini banyak memerlukan hafalan dan mengingat kembali fakta. Contohnya:

Sumber: Siri Best Pendidikan Moral KBSR Tahun 5

Nyatakan apakah nilai yang sesuai bagi perlakuan berikut:

Sumber: Siri Best Pendidikan Moral KBSR Tahun 5 Nilai _________

Nina sentiasa berusaha bersungguh-sungguh agar dia mencapai kejayaan.

Page 7: Topik 7

TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM

201

Prinsip yang perlu diikuti oleh guru apabila hendak membina item jenis ini ialah:

(i) Gunakan kenyataan yang tugasnya adalah spesifik dan jelas.

(ii) Jauhkan daripada menggunakan terlalu banyak tempat kosong.

(iii) Setiap kenyataan hanya untuk satu jawapan sahaja.

(iv) Tidak digalakkan memetik terus perkataan atau ayat daripada buku teks.

(v) Garisan yang dibina hendaklah sama panjang.

(vi) Perkataan atau frasa yang ditinggalkan haruslah merupakan isi penting. (c) Jenis Ujian Objektif Pilihan

Terdapat tiga jenis ujian objektif pilihan iaitu

(i) Item benar atau salah;

(ii) Item padanan; dan

(iii) Item aneka pilihan.

(i) Item Benar atau Salah Item benar atau salah ialah jenis objektif yang hanya memerlukan calon menjawab sama ada benar atau salah ataupun dengan menandakan ( ✓ ) pada jawapan yang benar dan ( ✕ ) pada jawapan yang salah. Contohnya:

Page 8: Topik 7

TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM

202

Prinsip yang perlu dipraktikkan oleh guru untuk membina item jenis benar atau salah ini ialah seperti berikut:

Elakkan daripada pokok soalan yang terlalu umum

Elakkan daripada menggunakan kenyataan yang kurang penting

Elakkan daripada kenyataan negatif atau mengandungi dua negatif

Jauhkan daripada ayat yang terlalu panjang dan kompleks

Kenyataan bagi jawapan benar atau salah seharusnya sama panjang

Bilangan kenyataan benar dan salah seharusnya sama banyak

Pastikan setiap kenyataan mengandungi satu idea utama sahaja

Jauhkan daripada memetik pokok soalan terus daripada buku teks.

(ii) Item Padanan

Item jenis ini memerlukan setiap calon untuk memadankan gambar, perkataan atau apa sahaja bentuk yang mempunyai pertalian atau berpadanan dengan kenyataan yang diberikan di sebelah kiri dan padanannya di sebelah kanan. Contohnya

Prinsip yang perlu dipatuhi oleh guru apabila membina item ujian jenis ini:

Usaha memadankan dicadangkan supaya berbentuk homogen

Jumlah butiran soalan di sebelah kiri perlulah berbeza dengan butiran sebelah kanan

Asas padanan yang diberikan perlulah logikal

Page 9: Topik 7

TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM

203

Pastikan setiap arahan jelas dan difahami calon

Setiap soalan dan jawapan perlulah dalam halaman yang sama

Susunan perlulah secara logik dan mengikut urutan yang jelas

(iii) Item Aneka Pilihan Item jenis ini diperakui bahawa yang paling sesuai dan banyak digunakan. Item ini mempunyai reputasi yang jelas untuk mengukur hasil pembelajaran. Item aneka pilihan terdiri daripada satu masalah dan satu senarai jawapan cadangan. Cadangan jawapan mungkin terdiri daripada perkataan, nombor, simbol, frasa, dan ayat yang dikatakan sebagai pilihan-pilihan jawapan atau pengganggu. Hanya satu sahaja jawapan yang tepat. Contohnya:

Dua sahaja jawapan dan murid dikehendaki memilih satu jawapan yang betul

Empat jawapan dan murid dikehendaki memilih satu jawapan yang betul

Pilih Jawapan Yang Paling Tepat

1. Apakah sikap yang perlu ada pengguna jalan raya? A. Mementingkan diri sendiri B. Berlumba-lumba di jalan raya C. Berhemah serta mematuhi undang-undang D. Lemah lembut

2. Seseorang rakyat yang cinta akan negara kita patut I Menyokong program-program pembangunan negara II Memberi sumbangan ke arah kemajuan negara III Memastikan diri sentiasa berpakaian kemas untuk menjaga imej negara IV Bekerja kuat untuk meningkatkan pendapatan sendiri

A. I dan II B. I dan III C. II dan III D. III dan IV

Bulatkan amalan yang betul mengikut kenyataan yang diberikan di bawah ini:

1. Kaum Melayu, Cina dan India hidup dalam keadaan aman, damai serta harmoni.

A. Sentiasa hormat menghormati B. Saling memaafi

2. Kita mesti menghormati adat dan kepercayaan semua kaum di negara kita A. Menghormati agama kaum lain B. Mengikuti agama kaum lain

Page 10: Topik 7

TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM

204

Ee Ah Meng (1998) menyenaraikan beberapa prinsip yang perlu dipatuhi ketika membina item ujian jenis aneka pilihan adalah seperti berikut:

Pokok soalan haruslah bermakna dan membayangkan satu permasalahan yang khusus.

Pokok soalan perlulah mengandungi bahan yang relevan sahaja.

Kurangkan pokok soalan dalam bentuk negatif.

Semua pilihan jawapan hendaklah sejajar dengan pokok soalan dari segi bahasa.

Satu item soalan mestilah mempunyai satu jawapan yang betul dan tepat.

Penggangu yang baik adalah munasabah dan hampir-hampir sama.

Panjang setiap penggangu perlulah sama atau hampir-hampir sama.

Kedudukan jawapan A, B, C dan D perlulah diubah dan elakkan daripada membina satu corak pada kertas jawapan.

Kurangkan penggangu dengan menggunakan perkataan „Tiada jawapan‰ atau „Semua jawapan di atas‰.

Sekurang-kurangnya sediakan empat atau lima jawapan untuk mengurangkan peluang murid membuat tekaan.

Pemeringkatan aras soalan boleh diubah-ubah untuk mengukur pencapaian murid di peringkat yang lebih tinggi.

Setiap pilihan jawapan perlulah disusun mengikut tertib dan secara berkronologi.

7.2.3 Kebaikan dan Kelemahan Ujian Jenis Objektif

Jadual 7.2: Kebaikan dan Kelemahan Ujian Jenis Objektif

Kebaikan Kelemahan

Berupaya menguji semua bidang mata pelajaran dengan luas Dapat menguji aras kognitif peringkat pengetahuan, kefahaman, dan aplikasi dengan berkesan Masa menjawab dan memeriksa ringkas Keobjektifannya adalah tinggi kerana jawapan yang diperlukan adalah tepat. Item ujian dipersembahkan dengan bahasa yang mudah

Pembinaan item ujian sukar dan memerlukan kepakaran serta masa yang panjang Kurang dapat menguji kebolehan calon pada aras yang lebih tinggi Murid tidak dapat menghuraikan idea Ada calon yang merasakan tidak perlu banyak membuat persiapan kerana setiap soalan ada jawapan. Ada murid yang cuba meneka

Page 11: Topik 7

TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM

205

Unsur emosi dapat dielakkan Calon yang lemah penguasaan bahasanya juga boleh menjawab Kebolehpercayaan keputusan adalah tinggi sebab banyak soalan yang boleh disediakan.

Item soalan sukar untuk diubah olah mengikut susunan bahasa.

MENYEDIAKAN ITEM-ITEM PELBAGAI SOALAN STRUKTUR UNTUK TAHUN 5 DAN 6

7.3.1 Konsep Soalan Struktur

(a) Soalan struktur ialah jenis soalan yang memerlukan murid-murid memberikan jawapan dalam bentuk tulisan atau lisan.

(b) Jawapan yang diberikan merupakan satu penyelesaian kepada isu yang dikemukakan seperti isu nilai, sikap dan tingkah laku.

(c) Tindak balas jawapan adalah terhad kerana ia memerlukan jawapan pada kadar ataupun penyelesaian masalah yang disoal sahaja.

(d) Jawapan pada kebiasaannya dalam bentuk satu ayat sahaja atau satu perenggan tetapi tidak begitu panjang.

(e) Ia adalah bersifat terhad kerana memerlukan jawapan yang berstruktur.

(f) Soalan juga boleh dibina berdasarkan aras Taksonomi Bloom iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

7.3

SEMAK KENDIRI 7.1 1. Nyatakan empat jenis item soalan jenis objektif.

2. Tuliskan dua kebaikan item soalan jenis objektif dan dua kelemahan item soalan jenis objektif.

3. Jelaskan empat prinsip pembinaan soalan item jenis objektif.

Page 12: Topik 7

TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM

206

7.3.2 Prinsip Pembinaan Soalan Struktur

Ee Ah Meng (1998) telah menyenaraikan beberapa prinsip pembinaan soalan jenis struktur. Antaranya ialah:

(a) Setiap set soalan mestilah dirancang dengan menggunakan Jadual Penentuan Ujian (JPU).

(b) Setiap soalan perlulah jelas dan boleh difahami dengan mudah oleh murid. Gunakan penanda soalan nyatakan, susunkan, jelaskan, bezakan, huraikan dan bincangkan.

(c) Pemarkahan bagi setiap soalan perlulah dinyatakan kerana ini akan membantu murid mengetahui tahap markah bagi setiap soalan.

(d) Pemilihan soalan perlulah dibuat dengan teliti agar ia dapat merangkumi keseluruhan topik.

(e) Arahan untuk murid perlulah jelas.

(f) Soalan struktur yang banyak pilihan adalah tidak digalakkan

(g) Bina soalan mengikut kesesuaian aras kebolehan mental murid.

(h) Soalan struktur lebih sesuai untuk aras analisis, sintesis dan penilaian. Contoh Soalan Struktur Soalan struktur memerlukan jawapan terhad.

Soalan struktur memerlukan jawapan panjang.

1. Berikan dua sebab mengapa kita perlu mengamalkan hidup secara sederhana. (2 markah)

2. Nyatakan pandangan agama tentang kasih sayang terhadap keluarga. (2 markah)

1. Huraikan cara-cara menunjukkan kasih sayang terhadap keluarga mengikut ajaran agama. (4 markah)

2. Huraikan sikap yang perlu ada pada rakyat Malaysia terhadap kebudayaan pelbagai kaum. (4 markah)

Page 13: Topik 7

TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM

207

7.3.3 Pembinaan Soalan Struktur Berasaskan Taksonomi Bloom

Jadual 7.3: Pembinaan Soalan Struktur Melalui Taksonomi Bloom

Aras Soalan Taksonomi

Bloom Tujuan Soalan

Kata kerja digunakan

Contoh

Aras Pengetahuan

Soalan-soalan ini menguji kebolehan murid untuk mengingati kembali maklumat, istilah dan fakta

Nyatakan Senaraikan Berikan Apakah

Nyatakan dua sebab mengapa aktiviti gotong royong itu amat berfaedah kepada masyarakat setempat.

Aras Kefahaman

Soalan jenis ini bertujuan untuk menguji kefahaman murid dan boleh menterjemah, menginterpretasi, membuat jangkaan atau ekstrapolasi

Jelaskan, Huraikan, Terangkan, Mengapa,

Jelaskan apakah faedahnya jika kita mengamalkan hidup secara bertoleransi.

Aras Aplikasi Soalan jenis aplikasi memerlukan murid-murid menggunakan prinsip, konsep, dan fakta yang telah dipelajari untuk menyelesaikan sesuatu masalah

Bagaimanakah, Terangkan

Bagaimanakah caranya masalah disiplin di dalam bilik darjah dapat dikurangkan?

Aras Analisis Soalan jenis ini memerlukan murid-murid mencerakinkan idea-idea besar kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil. Ia juga bertujuan untuk menguji kebolehan murid-murid membuat perbandingan iaitu dengan mengkaji perbezaan dan persamaan serta cuba memahami perhubungan yang ada

Cerakinkan, Bezakan, Bandingkan, Jelaskan, dan Analisiskan

Jelaskan bagaimanakah prinsip Rukun Negara boleh membantu masyarakat Malaysia hidup secara aman dan bertoleransi

Aras Sintesis Soalan aras sintesis ialah soalan yang menggabungkan atau mengintergrasikan idea-idea untuk membina suatu rumusan atau kesimpulan.

Rumuskan, Buat Kesimpulan, Ciptakan

Bagaimanakah anda boleh mengintergrasikan ajaran agama dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia?

Aras Penilaian Soalan aras ini memerlukan murid- murid membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara melalui pemikiran yang rasional dan logik

Apakah pendapat anda?

Sejauh manakah?

Sejauh manakah kempen keselamatan jalan raya telah mencapai objektifnya?

Page 14: Topik 7

TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM

208

7.3.4 Kebaikan dan Kelemahan Soalan Jenis Struktur

Jadual 7.4: Kebaikan dan Kelemahan Soalan Jenis Struktur

Kebaikan Kelemahan

Mudah dibina dan ditadbir Ia berupaya mencungkil kebolehan murid memberikan idea yang bernas dan logik Ia boleh digunakan untuk kebanyakan mata pelajaran Murid boleh diuji kematangan mereka menyusun idea, menterjemah idea, dan lain-lain. Peluang untuk meneka jawapan adalah sukar Ia menggalakkan murid sentiasa bersedia Peluang meniru dapat dikurangkan Dapat mengukur hasil pembelajaran yang lebih kompleks

Pemarkahan adalah bersifat subjektif Bidang penyoalan agak terbatas Pemarkahan mengambil masa yang panjang Faktor tulisan dan kekemasan akan mempengaruhi pemarkahan Kesan halo mungkin akan timbul di mana pemarkahan pada soalan pertama yang tinggi mempengaruhi berikutnya. Tahap penguasaan bahasa mempengaruhi murid memahami penyoalan Emosi juga mungkin akan mempengaruhi pemarkahan.

MENYEDIAKAN ITEM-ITEM SOALAN ESEI UNTUK TAHUN 5 DAN 6

7.4.1 Konsep Soalan Jenis Esei

(a) Soalan esei tergolong dalam soalan jenis subjektif tetapi ia memerlukan jawapan yang lebih panjang.

(b) Permasalahan yang ditimbulkan memerlukan murid-murid merangka jawapan berasaskan beberapa isi yang relevan.

(c) Isu atau permasalahan yang ditimbulkan ringkas tetapi jawapannya adalah amat luas.

7.4

AKTIVITI 7.2

Sejauh manakah item soalan jenis struktur dikatakan lebih baik daripada item soalan jenis objektif? Nyatakan perbezaan yang amat jelas tentang kedua-dua jenis item soalan ini untuk Pendidikan Moral Tahun 5 dan 6.

Page 15: Topik 7

TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM

209

(d) Idea dan fakta dibincangkan secara bersepadu untuk memperoleh jawapan yang tepat.

(e) Soalan jenis esei juga berbentuk perbandingan, huraian, perbincangan dan rencana.

(f) Murid menjawab soalan dalam tulisan atau perkataan sendiri.

(g) Murid bebas memilih, menerangkan dan membentangkan idea-idea dengan perkataan sendiri.

(h) Pemeriksa memeriksa secara subjektif, holistik, analitik (mengikut kriteria pemarkahan).

(i) Soalan jenis esei memerlukan murid menguasai bahasa dengan baik.

7.4.2 Prinsp Pembinaan Soalan Esei

Ee Ah Meng (1998) dan Mok Soon Sang (1997) telah menyenaraikan beberapa prinsip soalan jenis esei. Antaranya ialah:

(a) Soalan esei perlulah ditulis untuk menyelesaikan satu masalah.

(b) Soalan esei dibina untuk memberikan peluang kepada murid menjelaskan idea atau atau fakta.

(c) Soalan esei seharusnya dibina berasaskan tahap kebolehan murid-murid.

(d) Soalan perlulah jelas dan mudah difahami oleh murid.

(e) Bina soalan esei menggunakan kekunci kata kerja seperti huraikan, bincangkan, bandingkan dan lain-lain.

7.4.3 Contoh Soalan Esei

Menangani isu sosial merupakan tanggungjawab bersama. Adakah kamu bersetuju dengan pernyataan tersebut ? Bincangkan.

Ramalkan apakah yang akan berlaku sekiranya masyarakat tidak memainkan peranan membantu kerajaan menjaga kebersihan dan keindahan alam sekitar.

Huraikan kepentingan amalan baik hati terhadap pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia.

Ketiga-tiga soalan di atas memerlukan jawapan yang panjang dan lontaran idea serta fakta oleh murid. Penggunaan bahasa yang baik dalam bentuk ayat dan wacana yang sesuai juga diperlukan. Soalan jenis ini memang sesuai untuk menguji kebolehan murid menjelaskan idea serta fakta yang mereka ketahui.

Page 16: Topik 7

TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM

210

Murid bebas tetapi masih dalam lingkungan perbincangan untuk menjawab setiap persoalan. Pada kebiasaan setiap persoalan atau masalah yang dinyatakan telah dibincangkan atau dalam lingkungan pengetahuan serta kefahaman murid.

BANK ITEM SOALAN UNTUK TAHUN 5 DAN 6

7.5.1 Konsep Bank Item

(a) Sekumpulan alat penilaian yang disimpan bagi kegunaan ujian.

(b) Soalan dibina oleh kelompok guru dalam sesebuah sekolah atau daerah.

(c) Setiap soalan perlulah diteliti dan diawasi dari semasa ke semasa serta diuji darjah kesukarannya bagi penambahbaikan.

(d) Setiap soalan adalah berasaskan unsur tempatan yang dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran murid.

(e) Soalan yang tersimpan di dalam bank soalan boleh digunakan pada bila-bila masa.

7.5.2 Langkah-langkah Menggunakan Bank Item

(a) Tentukan apakah kemahiran yang hendak dinilai.

(b) Tentukan peringkat pengujian soalan.

(c) Rujuk pada kad yang mengandungi soalan-soalan dalam bank item.

(d) Buat pilihan mengikut keperluan.

7.5

SEMAK KENDIRI 7.2

1. Nyatakan prinsip-prinsip penyediaan soalan jenis esei

2. Berikan empat kebaikan soalan jenis esei untuk mata pelajaran Pendidikan Moral.

3. Dengan merujuk salah satu topik dalam Pendidikan Moral Tahun 6 bina soalan jenis esei aras penilaian mengikut pemeringkatan Taksonomi Bloom.

Page 17: Topik 7

TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM

211

7.5.3 Penyediaan Bank Item di Peringkat Sekolah

(a) Tugas penyediaan bank item ialah tanggungjawab bersama guru mata pelajaran Pendidikan Moral di sekolah.

(b) Setiap guru Pendidikan Moral diperlukan menghasilkan soalan selepas membuat penilaian murid di dalam bilik darjah.

(c) Soalan-soalan yang baru dimasukkan ke dalam bank item.

(d) Soalan yang kurang relevan dan tidak sesuai dikeluarkan.

(e) Bank item perlu disimpan di tempat yang paling selamat.

(f) Guru perlu membuat penilaian darjah kesukaran item setiap kali lepas ujian dilaksanakan.

7.5.4 Penyediaan Bank Item di Peringkat PPD

(a) Item diselia dan disimpan di peringkat daerah.

(b) Soalan ialah sumbangan setiap guru mata pelajaran Pendidikan Moral dalam daerah.

(c) Setiap guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral ialah panel penggubal soalan.

(d) Tabung soalan boleh digunakan oleh pihak sekolah melalui pemantauan dan pengurusan jawatankuasa tabung soalan.

7.5.5 Langkah-langkah Pembinaan Bank Item

(a) Pertama sekali ialah tentukan apakah kemahiran yang hendak dicapai oleh murid.

(b) Guru boleh menggubal sendiri ataupun dengan mengutip daripada latihan-latihan yang telah diberikan.

(c) Pastikan setiap soalan menepati keperluan objektif dan hasil pembelajaran.

(d) Buat penilaian dan saringan serta mengumpul soalan-soalan yang difikirkan baik dan sesuai.

(e) Soalan-soalan yang baik sahaja perlu disimpan dalam tabung soalan.

(f) Buat perbincangan bersama rakan yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral dan nilai setiap soalan secara bersama.

Page 18: Topik 7

TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM

212

(g) Peringkatkan soalan mengikut aras untuk memudahkan penentuan soalan berdasarkan Jadual penentuan Ujian.

Pengujian amat penting untuk memastikan setiap objektif pengajaran dan

pembelajaran dapat diukur pencapaiannya.

Pembinaan ujian banyak dipengaruhi oleh pemeringkatan Taksonomi Bloom.

Pemeringkatan Taksonomi Bloom bermula pada aras yang asas iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan yang paling tinggi sekali ialah penilaian.

Item soalan jenis objektif dikatakan objektif kerana setiap soalan dan jawapan yang diberikan adalah sama dan pembahagian markahnya juga adalah bersifat objektif tidak dipengaruhi oleh perasaan, situasi, atau keadaan semasa penanda menanda jawapan.

Item soalan jenis objektif terbahagi kepada item jenis jawapan sumbangan calon dan ujian jenis objektif pilihan.

Jawapan sumbangan calon terdiri daripada jawapan pendek dan melengkapkan. Manakala jenis ujian objektif pula terdiri daripada padanan, benar/salah dan aneka pilihan.

Beberapa prinsip pembinaan item ujian sama ada jenis objektif, aneka pilihan salah/benar dan padanan perlulah dipatuhi oleh guru agar setiap jawapan mempunyai kebolehpercayaan, kesahan, dan kredibilitinya tersendiri.

Soalan jenis struktur ialah soalan yang memerlukan jawapan murid sama ada secara bertulis ataupun lisan.

Soalan esei yang dibina perlulah berbentuk penyelesaian atau penghuraian sesuatu isu atau masalah.

Soalan struktur mudah dibina jika dibandingkan dengan soalan jenis objektif tetapi ia berupaya mencungkil pengetahuan dan daya berfikir murid secara menyeluruh.

Soalan esei tergolong dalam soalan jenis subjektif tetapi ia memerlukan jawapan yang lebih panjang.

Page 19: Topik 7

TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM

213

Permasalahan yang ditimbulkan memerlukan murid-murid merangka jawapan berasaskan beberapa isi yang relevan.

Isu atau permasalahan yang ditimbulkan ringkas tetapi jawapannya adalah amat luas.

Soalan esei perlulah ditulis untuk menyelesaikan satu masalah. Soalan esei dibina untuk memberikan peluang kepada murid menjelaskan idea atau atau fakta.

Bank item ialah sekumpulan alat penilaian yang disimpan bagi kegunaan ujian yang berikutnya.

Dalam bank item, setiap soalan perlulah diteliti dan diawasi dari semasa ke semasa serta diuji darjah kesukarannya bagi penambahbaikan.

Langkah membina soalan untuk bank item bermula di peringkat sekolah dan seterusnya di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

Secara keseluruhannya setiap ujian yang dibina itu perlulah mempunyai tahap kebolehpercayaan, keobjektifan, kebolehtadbiran, keesahan, dan mengukur apa yang perlu diukur.

Afektif

Bank item

Item jenis esei

Item jenis objektif

Item jenis struktur

Jadual penentuan ujian

Keboletadbiran

Keesahan

Keobjektifan

Kognitif

Psikomotor

Taksonomi Bloom

Ujian kecerdasan

Page 20: Topik 7

TOPIK 7 PEMBINAAN SOALAN-SOALAN BERDASARKAN TAKSONOMI BLOOM

214

Ee Ah Meng. (1998). Pedagogi III: pengujian dan penilaian, pemulihan,

pengayaan dan pendidikan inklusif. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Fatimah Salleh (t.t). Siri Best Pendidikan Moral KBSR. Seri Kembangan: Cemerlang Publication.

Gronlund, N. E. (1981). Measurement and Evaluation in Teaching. New York: MacMillan Publishing Co. Inc.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (1983). Panduan penilaian dalam bilik darjah KBSR. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mok Soon Sang. (1997). Pedagogo 3: Pengujian dan penilaian, pemulihan, pengayaan, dan pendidikan inklusif. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

Nur Munirah Teoh Abdullah et al. (2007). Pendidikan Moral Tahun 6. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shahbuddin Hashim et al. (2003). Pedagogi: strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Bentong: PTS Publications Sdn Bhd.