Topik 8 Pelaporan Dan Isu-Isu Penilaian

28
Topik 8 Pelaporan dan Isu-isu Penilaian HASIL PEMBELAJARAN Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menyenaraikan mereka yang patut menerima laporan penilaian; 2. Menjelaskan kepentingan laporan penilaian kepada penerimanya; 3. Menjelaskan bentuk laporan penilaian bersama contohnya; 4. Menjelaskan penilaian kendiri, guru dan piawai; dan 5. Membincangkan beberapa isu berkaitan pengukuran dan penilaian. PENGENALAN Beberapa kaedah pengukuran untuk mendapatkan markah pencapaian telah dibincangkan. Kaedah-kaedah tersebut termasuklah ujian bertulis, ujian lisan, pemerhatian, soal selidik dan inventori. Selain itu, kita juga telah didedahkan dengan beberapa kaedah yang boleh diguna untuk menentukan kesesuaian item seperti indeks kesukaran, diskriminasi, kebolehpercayaan dan kesahan. Kaedah-kaedah pengukuran ini diharap dapat menghasilkan ukuran pencapaian/konstruk yang kita kehendaki. Perkara-perkara lain yang turut dibincangkan ialah pemeriksaan jawapan untuk menentukan markah/skor yang diperoleh pelajar, termasuk kaedah penyelarasan pemeriksaan dan markah ujian. Kaedah penilaian markah yang diperoleh pelajar juga turut dibincangkan. Topik ini juga mendedahkan dua langkah terakhir dalam pengukuran dan penilaian, iaitu pelaporan penilaian dan penyimpanan rekod penilaian. Selain itu, beberapa masalah/isu berkaitan penilaian turut dibincangkan.

Transcript of Topik 8 Pelaporan Dan Isu-Isu Penilaian

Page 1: Topik 8 Pelaporan Dan Isu-Isu Penilaian

Topik

8 Pelaporan

danIsu-isuPenilaian

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menyenaraikanmerekayangpatutmenerimalaporanpenilaian;

2. Menjelaskankepentinganlaporanpenilaiankepadapenerimanya;

3. Menjelaskanbentuklaporanpenilaianbersamacontohnya;

4. Menjelaskanpenilaiankendiri,gurudanpiawai;dan

5. Membincangkanbeberapaisuberkaitanpengukurandanpenilaian.

X PENGENALANBeberapa kaedah pengukuran untuk mendapatkan markah pencapaian telahdibincangkan. Kaedah-kaedah tersebut termasuklah ujian bertulis, ujian lisan,pemerhatian, soal selidik dan inventori. Selain itu, kita juga telah didedahkandenganbeberapakaedahyangbolehdigunauntukmenentukankesesuaianitemsepertiindekskesukaran,diskriminasi,kebolehpercayaandankesahan.

Kaedah-kaedah pengukuran ini diharap dapat menghasilkan ukuranpencapaian/konstruk yang kita kehendaki. Perkara-perkara lain yang turutdibincangkanialahpemeriksaanjawapanuntukmenentukanmarkah/skoryangdiperolehpelajar,termasukkaedahpenyelarasanpemeriksaandanmarkahujian.Kaedahpenilaianmarkahyangdiperolehpelajarjugaturutdibincangkan.Topikini juga mendedahkan dua langkah terakhir dalam pengukuran dan penilaian,iaitupelaporanpenilaiandanpenyimpananrekodpenilaian.Selainitu,beberapamasalah/isuberkaitanpenilaianturutdibincangkan.

Page 2: Topik 8 Pelaporan Dan Isu-Isu Penilaian

TOPIK8 PELAPORANDANISU-ISUPENILAIAN t 181

8.1 PELAPORAN UJIAN

Pelaporan penilaian bermaksud bagaimana markah dan penilaian terhadapnyadilaporkan supaya ia bermakna kepada orang-orang yang berkepentingan.Mereka yang berkepentingan, iaitu kepada siapa laporan penilaian akandiberikan,bergantungpulakepadatujuanpenilaiandibuat.Sebagaimanayangkita sedia maklum, tujuan penilaian antara lain ialah untukmenentukankemajuan akademik pelajar, pencapaian pelajar, masalah pengajaran guru,masalah pembelajaran pelajar, pengelompokan pelajar, bidang yang sesuaidengan pelajar, sahsiah pelajar, sikap pelajar, motivasi pelajar dan gayapembelajaran pelajar. Justeru, mereka yang berkepentingan termasuklah guru,pelajar, ibu bapa dan guru kaunselor, guru besar, pegawai pendidikan daerahdanbakalmajikan.

8.1.1 Penerima Laporan Penilaian

Seperti mana yang dijelaskan, orang-orang yang berkepentingan untukmenerima laporan penilaian bergantung kepada tujuan penilaian itu dibuat.Bahagianiniakanmembincangkansiapakahyangsepatutnyamenerimalaporanpenilaiandanbahagianseterusnyaakanmenjelaskanformat-formatlaporanyangsesuaiuntuktujuan-tujuanpenilaiantertentu.Penerimalaporanyangakandibincangkan hanyalah meliputi guru, pelajar, ibu bapa, guru kaunselor, gurubesarsekolah,pegawaipendidikandaerahdanbakalmajikanpelajar.

(a) Guru Guru memerlukan beberapa maklumat tentang pelajar-pelajar mereka

untuk membantu mereka dalam pengajaran. Maklumat ini termasuklahpencapaian lepas, pengetahuan dan kemahiran asas, gaya dan masalahpembelajaran, minat, motivasi, sikap, kemajuan akademik danpencapaian akhir pelajar. Maklumat tentang pencapaian lepas,pengetahuan dan kemahiran asas serta gaya dan masalah pembelajaranpelajar dapat membantu guru untuk membuat keputusan tentangsukatan pelajaran dan kaedah pengajaran yang sesuai untuk pelajar-pelajarnya.

Maklumat ini juga dapat membantu guru untuk merancang danmelaksanakan ulangkaji tajuk-tajuk tertentu yang menjadi asas kepadapelajaran baru. Selain itu, maklumat tentang minat, motivasi dansikap pelajar boleh membantu guru untuk meningkatkan motivasipembelajaran mereka. Seterusnya, di sepanjang proses pengajaran,guru perlu mengetahui kemajuan akademik pelajar-pelajarnya untukmenentukan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih sesuai

Page 3: Topik 8 Pelaporan Dan Isu-Isu Penilaian

182 TOPIK8 PELAPORANDANISU-ISUPENILAIAN

dengan pelajar-pelajarnya. Ujian diagnostik boleh digunakan untukmengenalpastimasalahpembelajaranpelajar.

Rajah8.1:Maklumatpelajardapatmembantuguruuntukmeningkatkanmotivasisetiappelajarnya

Akhirnya, guru perlu mengetahui pencapaian akhir pelajar yang bolehdigunakan untuk membuat keputusan tentang gred pencapaian akhirmerekadanuntukmemilihpelajaruntukmenerimahadiahataskejayaanmereka. Justeru, laporan berkaitan pencapaian lepas, pengetahuan dankemahiran asas, gaya dan masalah pembelajaran, minat, motivasi,sikap,kemajuanformatifdanpencapaianakhirpelajarperluditelitidandisimpanolehguru.

(b) Pelajar Pelajar juga memerlukan beberapa maklumat tentang diri mereka

sendiriuntukmembantu mereka dalampembelajaran. Maklumat initermasuklah pengetahuan dan kemahiran asas, gaya dan masalahpembelajaransertakemajuandanpencapaianakademikmereka.

Maklumattentangpengetahuandankemahiranasasinidiperlukanuntuk mereka membuat ulang kaji tajuk-tajuk yang belum merekakuasai. Pelajar-pelajar juga perlu mengetahui gaya pembelajaranmereka dan gaya pembelajaran yang sesuai serta masalah-masalahpembelajaran mereka untuk mereka mengubah gaya pembelajaranmereka.(lihatRajah8.1dan8.2)

Seterusnya, di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, pelajarperlumengetahuikemajuanakademikmerekauntukmerekamengubahkaedahpembelajaranmerekakepadayanglebihsesuai.Akhirnya,pelajar

Page 4: Topik 8 Pelaporan Dan Isu-Isu Penilaian

TOPIK8 PELAPORANDANISU-ISUPENILAIAN t 183

perlu mengetahui pencapaian mereka yang menunjukkan kejayaanataukelemahanmerekadalamsesuatumatapelajaranpadaakhir tahunpersekolahan.

Maklumat ini juga akan menjadi motivasi kepada mereka supayaperancangan strategik dapat dibuat ke arah pencapaian yang lebihbaik. Justeru, laporan berkaitan pengetahuan dan kemahiran asas, gayadan masalah pembelajaran serta penilaian formatif dan sumatif perludiberikan kepada para pelajar. Maklum balas ini diharapkan dapatmenjadi motivasi dan seterusnya memperbaiki pencapaian akan datangpelajar.

Rajah8.2:Laporanpenilaianpelajarperluuntukmengetahuikemajuanmereka

(c) IbuBapa Ibu bapa turut memerlukan beberapa maklumat tentang anak-anak

merekauntukmembantumerekamengadakanbeberapaaktivitiyangdapatmeningkatkankemajuanakademikdansahsiahanak-anakmereka.Maklumatinitermasuklahdarisegimasalahpembelajaran,kemajuanakademik, pencapaian akhir dan perkembangan sahsiah anak-anakmereka.

Maklumattentangmasalahpembelajarandankemajuanakademikdapatmembantuibubapauntukmemberibantuanpembelajarankepadaanak-anak mereka, sama ada di rumah atau melalui kelas-kelas tuisyen.Ibu bapa juga perlu mengetahui tentang pencapaian akhir anak-anakmerekauntukmembantumerekamembuatkeputusantentangbentuk bantuan pembelajaran yang diperlukan, bidang pengajian dankerjayayangsesuai untukanak-anakmereka. Selain itu, maklumattentang perkembangan sahsiah pelajar diperlukan oleh ibu bapa untukmembantu anak-anak mereka mengubah perlakuan di rumah atau dikelastuisyenkepadasahsiahyanglebihbaik.

Page 5: Topik 8 Pelaporan Dan Isu-Isu Penilaian

184 TOPIK8 PELAPORANDANISU-ISUPENILAIAN

Dalam keadaan yang meruncing, maklumat tentang kemajuanakademik danperkembangansahsiahpelajarakanmembantu ibubapamembuatkeputusanuntukmemindahkananak-anakmerekakesekolahlainyanglebihsesuai.Justeru,laporanberkaitanmasalahpembelajaran,kemajuan akademik, pencapaian akhir dan perkembangan sahsiahpelajar perlu diberikan kepada ibu bapa. Komunikasi laporan ini jugadiharapkan dapat mengeratkan hubungan antara sekolah dengan ibubapa.

SEMAK KENDIRI 8.1

1. Sekiranya setiap perkara yang kita lakukan direkodkan secarabertulisdandidokumentasikan,padapandanganandaapakahsignifikasinya kepada generasi anda di masa akan datang.Bagaimanakah anda hendak memberi laporan atas pencapaian,kejayaandankegagalanandauntukiktibargenerasiseterusnya?

2. Apakah maklumat yang diperlukan pelajar untuk membantumerekadalampembelajaran?

(d) GuruKaunselor Guru kaunselor memerlukan beberapa maklumat tentang pelajar-

pelajar untuk membantunya memberikan bimbingan dan kaunselingkepada para pelajar. Maklumat ini termasuklah pencapaian lepas,gayapembelajaran,minat,motivasi,sikap,perkembangansahsiahdanpencapaian akhir pelajar. Maklumat tentang pencapaian lepas dan gayapembelajaran dapat membantu guru kaunselor untuk menasihat pelajartentang gaya pembelajaran yang sesuai untuk mata-mata pelajarantertentu.

Selain itu, maklumat tentang minat, motivasi dan sikap pelajar bolehmembantugurukaunselormeningkatkanmotivasipembelajaranpelajar,sementara maklumat tentang perkembangan sahsiah pelajar bolehmembantugurukaunselormeningkatkanperkembangansahsiahpelajar.Seterusnya, minat dan pencapaian akhir pelajar boleh digunakan olehguru kaunselor untuk menentukan keberkesanan program kaunselingdan juga menasihat pelajar tentang bidang pengajian dan kerjaya yangsesuai untuk setiap pelajar seperti dalam Rajah 8.3. Justeru, ringkasanlaporanberkaitanpencapaianlepas,gayapembelajaran,minat,motivasi,sikap,perkembangansahsiahdanpencapaianakhirpelajarbagisetiapkelasperludiberikankepadagurukaunselor.

Page 6: Topik 8 Pelaporan Dan Isu-Isu Penilaian

TOPIK8 PELAPORANDANISU-ISUPENILAIAN t 185

Rajah8.3:Maklumatlaporanpelajarkepadagurukaunselor

(e) GuruBesarSekolah Guru besar sekolah memerlukan beberapa maklumat tentang

pelajar-pelajar untuk membantunya merancang program yang bolehmeningkatkan motivasi pembelajaran, pencapaian akademik danpembangunan sahsiah pelajar.Maklumat ini termasuklahpencapaianlepas, minat, motivasi, sikap, perkembangan sahsiah dan pencapaianakhirpelajar.Maklumattentangpencapaianlepas,minat,motivasidansikap pelajar boleh membantu guru besar merancang program untukmeningkatkanmotivasidankaedahpembelajaranpelajar.

Maklumat tentang perkembangan sahsiah pelajar boleh membantugurubesarmerancangprogramuntukmencemerlangkansahsiahpelajar.Seterusnya, pencapaian akhir pelajar boleh digunakan oleh guru besaruntuk menentukan keberkesanan program peningkatan motivasi dankaedahpembelajaranyangdilaksanakanserta,mungkinjuga,digunakanuntukmenyesuaikankurikulumdengansuasanadisekolahdankawasandi sekelilingnya. Justeru, ringkasan laporan berkaitan pencapaian lepas,minat, motivasi, sikap, perkembangan sahsiah dan pencapaian akhirpelajar bagi keseluruhan kelas perlu disampaikan kepada guru besar.(lihatRajah8.4)

Page 7: Topik 8 Pelaporan Dan Isu-Isu Penilaian

186 TOPIK8 PELAPORANDANISU-ISUPENILAIAN

Rajah8.4:Gurubesarmemerlukanlaporanuntukmenentukankeberkesananprogramyangtelahdirancang

(f) PegawaiPendidikanDaerah Pegawai pendidikan daerah (PPD) memerlukan beberapa maklumat

tentangpelajar-pelajaruntukmembantunyamerancangprogramyangboleh menyelaraskan peningkatkan motivasi pembelajaran, pencapaianakademik dan pembangunan sahsiah pelajar di semua sekolah dalamdaerah di bawah penyeliaannya. Maklumat ini termasuklah pencapaianlepas, minat, motivasi, sikap, perkembangan sahsiah dan pencapaianakhirpelajar.

Maklumat tentang pencapaian lepas, minat, motivasi, sikap danperkembangan sahsiah pelajar boleh membantu PPD merancangprogram untuk meningkatkan motivasi dan kaedah pembelajaran sertakecemerlangan sahsiah pelajar-pelajar dalam daerahnya. Seterusnya,pencapaian akhir pelajar boleh digunakan oleh PPD untuk menentukankeberkesananprogrampeningkatanmotivasidankaedah pembelajaranserta kecemerlangan sahsiah dan juga membandingkan pencapaianantara sekolah-sekolah dalam daerahnya. Justeru, ringkasan laporanberkaitan pencapaian lepas, minat, motivasi, sikap, perkembangansahsiah dan pencapaian akhir pelajar bagi keseluruhan sekolah perludisampaikankepadaPPD.

(g) BakalMajikan Bakal majikan memerlukan beberapa maklumat tentang pelajar-pelajar

untuk membantu pihaknya membuat keputusan untuk menerimapelajar lepasan sesebuah sekolah sebagai pekerjanya. Maklumat initermasuklah pencapaian akademik, penguasaan kemahiran, minat,motivasi, sikap dan sahsiah pelajar. Maklumat tentang pencapaianakademik dan penguasaan kemahiran tertentu oleh pelajar boleh

Page 8: Topik 8 Pelaporan Dan Isu-Isu Penilaian

TOPIK8 PELAPORANDANISU-ISUPENILAIAN t 187

Rajah8.5:Pelaporanpenilaian

membantu bakal majikan menentukan kesesuaian pelajar untukmelaksanakansesuatutugas.

Seterusnya, minat, motivasi, sikap dan sahsiah pelajar boleh membantubakal majikan menentukan sama ada pelajar ini akan menjadi seorangpekerjayangbaikkepadasyarikatdanberjayadalamkerjayanya.Justeru,laporanberkaitanpencapaianakademik,penguasaankemahiran,minat,motivasi, sikap dan sahsiah pelajar perlu disampaikan kepada bakalmajikan,dengankebenarandaripadapelajardanibubapamereka.

SebagaikesimpulannyakeseluruhanpelaporanpenilaianinibolehdilihatdalamRajah8.5.

Page 9: Topik 8 Pelaporan Dan Isu-Isu Penilaian

188 TOPIK8 PELAPORANDANISU-ISUPENILAIAN

8.1.2 Bentuk Laporan Penilaian

Beberapajenispengukurandanpenilaiantelahdikenalpasti,yangperludibuatuntuk mencapai pelbagai tujuan penilaian. Penilaian-penilaian ini meliputipenilaian pencapaian lepas, pengetahuan dan kemahiran asas, gaya danmasalahpembelajaran,minat,motivasi, sikap,kemajuanakademik,pencapaianakhir dan perkembangan sahsiah pelajar. Penilaian-penilaian ini perlu disusulidengan pelaporannya kepada orang-orang yang berkepentingan seperti yangtelahdibincangkan.Iabolehdibuatdalampelbagaibentuk,sepertigredperatus(percentage grade),gredabjad(letter grade),gredlulus-gagal(pass-fail grade),senaraisemak(checklist),penjelasanbertulis(written description)danperjumpaanibubapa (parent conference).Bahagian berikut akan menjelaskan bentuk-bentuklaporaninibersamakebaikandankelemahanmasing-masing.

(a) GredPeratus Gred peratus menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk nombor

antara 0 hingga 100 (iaitu nombor per seratus). Istilah peratus inimenunjukkan berapa peratus seseorang pelajar dapat menguasaikandungan pelajaran tertentu (Oosterhof, 2003: 216). Nombor yangkecil menunjukkan pencapaian yang rendah, sementara nombor yangbesar menunjukkan pencapaian yang tinggi. Gred peratus ini biasanyadigunakan oleh guru untuk menunjukkan pencapaian pelajar dalampenilaianformatifsepertikuizmingguan,ujianbulananatautugasan.

Kebaikan gred peratus ialah ia dilaporkan dalam bentuk nombor, yangmudah ditafsirkan dan mudah dibuat analisis lanjutan disebabkanoleh nilainya masih dalam bentuk nombor. Kelemahan gred peratusialah sebenarnya gred peratus tidak menggambar secara tepat peratuskandunganyangdikuasaipelajar,tetapiialebihbergantungkepadaaraskesukaran soalan. Sekiranya pelajar yang sama diberi ujian yang lebihsukar,gredperatusnyaakanmenurun.

(b) GredAbjad Gred abjad menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk abjad yang

biasanya terdiri daripada lima (5) kategori, misalnya A, B, C, D danF, yang mana abjad A menunjukkan pencapaian cemerlang, B baik, Csederhana, D rendah dan F gagal. Kebanyakan sekolah dan institusipengajiantinggi menggunakanpenggredanini.Gredabjadinibiasanyadigunakan oleh guru untuk menunjukkan pencapaian pelajar dalampenilaiansumatifsepertiujianakhirpenggal/akhirtahunpersekolahan.

Terdapat pelbagai pengkelasan markah pelajar semasa menentukangredabjad ini.Contohnya,markahantara90%hingga100%akandiberigredA. Kebaikan gred abjad ialah, seperti juga gred peratus, ia mudahditafsirkan sebagai pencapaian pelajar mengikut kategori pencapaian.

Page 10: Topik 8 Pelaporan Dan Isu-Isu Penilaian

TOPIK8 PELAPORANDANISU-ISUPENILAIAN t 189

Ia juga menggunakan bilangan kategori gred yang kecil dan lebihbermakna, berbanding dengan gred peratus yang terdiri daripadaterlalu banyak kategori. Kelemahan gred abjad ialah, sama seperti gredperatus,iatidakmenggambarsecaratepatbanyakmanakandunganyangdikuasaipelajar,tetapiialebihbergantungkepadaaraskesukaransoalan.Selain itu, apabila kita mengubah markah asal kepada gred abjad, kitatelahmengkelaskanmarkahinikepadakategori tertentudanmengubahkategori ini kepada gred abjad. Ini menyebabkan kita kehilanganmaklumattentangmarkahasalpelajar.

(c) GredLulus-Gagal Gred lulus-gagal menjelaskan pencapaian pelajar hanya dalam dua

kategori,iaitusamaadalulus/gagalataumemuaskan/tidakmemuaskan.Penilai perlu menetapkan markah lulus dan markah gagal, misalnyamarkah 50% dan ke atas diberi gred lulus dan bawah daripada 50%diberikangredgagal.Kitajugamengubahgredabjadkepadagredlulus-gagal, iaitu dengan mengubah gred A, B, C dan D kepada gred lulus,sementaraFdiubahkepadagredgagal.

Walaubagaimanapun, bagi pelajar pasca siswazah, hanya gredA dan Byangbolehdiubahkepadagredlulus,sementaragredC,DdanFdiubahkepada gred gagal. Gred lulus- gagal ini diguna untuk meningkatkanmotivasi pelajar supaya cuba menjawab soalan yang susah. Biasanya,pelajar tidak berminat untuk menjawab soalan begini disebabkan rasamalu apabila mendapat markah yang rendah. Gred lulus-gagal ini jugabiasanyadigunakanuntukmenilaipenguasaanpelajar terhadapsesuatukemahiran,misalnyamelakukaneksperimensainsdalammakmal.

Kebaikan lulus-gagal ialah ia menggalakkan pelajar menjawab soalanyangsusahataumengambilkursusyangsusah. Kelemahangred lulus-gagal ialah, sama seperti gred peratus/abjad, ia tidak menggambarsecara tepat banyak mana kandungan yang dikuasai pelajar, tetapi ialebih bergantung kepada aras kesukaran soalan. Selain itu, apabila kitamengubahmarkahasalkepadagredlulus-gagal,kitatelahmengelaskanmarkahinikepadaduakategorisahaja.Inimenyebabkankitakehilanganmaklumattentangmarkahasalpelajar.

Gredlulus-gagaljugatidakbolehdigunakanuntukmembuatkeputusanberasaskan gred markah atau gred abjad. Gred lulus-gagal jugamempunyai kebolehpercayaan yang rendah, iaitu kebolehpercayaangred yang menggunakan lima kategori ialah 0.85, sementarakebolehpercayaangredyangmenggunakanduakategoriialah0.63(Ebel,1995).

Page 11: Topik 8 Pelaporan Dan Isu-Isu Penilaian

190 TOPIK8 PELAPORANDANISU-ISUPENILAIAN

(d) SenaraiSemak Senarai semak menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk borang

yang mengandungi objektif pengajaran/hasil pembelajaran yangsepatutnya dicapai pelajar, yang meliputi domain kognitif, psikomotordan afektif. Untuk memberikan maklumat yang lebih terperinci danbermakna,kitabolehmasukkanjugaaraspencapaianhasilpembelajaran(misalnya, gred abjad), seperti sangat lemah (F), lemah (D), sederhana(C),baik(B),cemerlang(A).Penggredan/penilaianbentukinibiasanyadigunakandisekolahrendahdanmenengahrendah.

Senarai semak agak sukar dilaksanakan disebabkan guru perlumenyediakan hasil pembelajaran bagi setiap tajuk pelajaran, yangmelibatkan ketiga-tiga domain pendidikan dan juga perkembangansahsiahpelajar.

Kebaikansenaraisemakialahiamudahditafsirdanlebihbermaknakepada kitadisebabkan ia mengandungi maklumat yang terperincitentang pencapaian pelajar (lihat Rajah 8.6). Maklumat ini dapatmembantu guru, pelajar, ibu bapa dan guru kaunselor untuk memberinasihat kepada pelajar atau merancang aktiviti untuk mereka, supayapencapaian mereka meningkatkan. Senarai semak juga amat sesuaidiguna untuk melaporkan keputusan ujian diagnostik dan tindakansusulannyasepertipemulihan/pengayaan.

AKTIVITI 8.1

Berikan kebaikan jika guru melaporkan pencapaian pelajarmenggunakanketiga-tigagredperatus,gredabjaddanpenjelasangred(sepertibaik,cemerlang).

Page 12: Topik 8 Pelaporan Dan Isu-Isu Penilaian

TOPIK8 PELAPORANDANISU-ISUPENILAIAN t 191

Rajah8.6:Penyediaansenaraisemakdapatmemperincikanmaklumatpelajar

Kelemahan senarai semak, seperti yang disebutkan lebih awal, ialahguru perlu bekerja keras untuk menyediakan senarai semak yanglengkap. Walaubagaimanapun, senarai semak ini perlu disediakansekali sahaja dan ia boleh digunakan untuk pelajar-pelajar kelas laindan juga yang akan datang. Kelemahan kedua ialah laporan penilaianyang menggunakan bentuk ini akan menjadi terlalu panjang, justeru,pencapaiankeseluruhanbagisesuatumatapelajaransusahdiperoleh.

(e) PenjelasanBertulis Penjelasan bertulis menjelaskan pencapaian pelajar dalam bentuk

penulisantentangkekuatandankelemahanpelajaryangmeliputidomainkognitif, psikomotor dan afektif serta perkembangan sahsiah pelajar.Seperti juga. senarai semak, penjelasan bertulis ini akan menjadi terlalupanjangsekiranyaguruinginmenjelaskankekuatandanjugakelemahanpelajar. Biasanya, untuk tujuan pemulihan, kita hanya memerlukanmaklumattentangkelemahanpelajar.’

Penjelasanbertulisbolehdimudahkandenganmelaporkangredmarkah/abjad bagi sesuatu mata pelajaran dengan disusuli oleh penjelasanbertulis tentang kelemahan pelajar sahaja. Walaubagaimanapun,penjelasan bertulis agak sukar disediakan sekiranya sesuatu kelas itumempunyairamaipelajaryanglemahdanbermasalahdisiplin.

Kebaikan penjelasan bertulis ialah ia mudah lentur (flexible) disebabkanpelapor boleh memilih untuk melapor perkara-perkara yang dirasakanpenting sahaja, sama ada oleh guru, ibu bapa, guru kaunselor atauguru disiplin. Ia juga mudah ditafsir dan lebih bermakna kepada kitadisebabkan ia mengandungi maklumat yang terperinci tentang pelajar.Sepertijugasenaraisemak,maklumatinidapatmembantuguru,pelajar,ibu bapa dan guru kaunselor/disiplin untuk memberi nasihat ataumerancangaktivitiuntukmemperbaikipencapaian/sahsiahmereka.

Page 13: Topik 8 Pelaporan Dan Isu-Isu Penilaian

192 TOPIK8 PELAPORANDANISU-ISUPENILAIAN

Kelemahanpenjelasanbertulisialahguruperlubekerjakerasuntukmenyediakan penjelasan bertulis yang lengkap. Walaubagaimanapun,denganbantuankomputer,pernyataan-pernyataanyangakandigunakanboleh disimpan dan diambil semula daripada komputer apabila kitamenyediakanpenjelasanbertulis.

(e) PerjumpaanIbuBapa Perjumpaanibubapamenjelaskanlebihlanjutpencapaianpelajarselepas

pihaksekolahmenghantarlaporanpenilaiankepadamereka,yangmanapenjelasaninidibuatmelaluiperbincanganantaraguru-guru,pelajardanibubapa,terutamabagipelajar-pelajaryangbermasalahpembelajaran,sahsiah atau disiplin. Perjumpaan ini bertujuan untuk memberitahuibubapadanpelajar tentangmasalahyangdihadapiolehanakmereka,supaya ketiga-tiga pihak mencapai persetujuan tentang tindakan yangperludiambiluntukmengatasimasalahpelajar.

Dalam perjumpaan ini, ibu bapa dapat meneliti kerja sekolah anakmereka dengan melihat contoh kerja, jawapan ujian dan profil pelajar.Dalam perbincangan ini, pihak ibu bapa biasanya ingin mengetahuikekuatan dan juga kelemahan anak mereka. Justeru, perjumpaan inikadang kala mengambil masa yang panjang dan melibatkan beberapaorangguruyangmengajarpelajartersebut.

Kebaikan perjumpaan ibu bapa ialah pihak guru dapat menjelaskansecara mendalam tentang kekuatan dan kelemahan pelajar kepada ibubapa di hadapan pelajar itu sendiri. Dengan demikian, pihak ibu bapamemahami pencapaian dan masalah sebenar anak mereka dan jugamemahami tindakan yang akan diambil oleh pihak sekolah. Ini akanmenjadikanmerekalebihbertanggungjawabdanseterusnyamemainkanperanan aktif untuk membantu anak mereka mencapai kejayaan.Selain itu, maklumat daripadaperjumpaanibubapadapatmembantuguru/guru kaunselor/disiplin memberi nasihat atau merancang aktivitiuntukpelajartersebut.

Kelemahan perjumpaan ibu bapa ialah perjumpaan ini mengambilmasa yang panjang. Ia juga melibatkan ramai guru, sekiranya semuaguruyangmengajardangurukaunselor/disiplin turut terlibat dalamperjumpaan. Kelemahan lain ialah agar sukar untuk menjadualkanperjumpaandisebabkanmasayangsemuapihakbolehberjumpaadalahamat terbatas memandangkan kebanyakan ibu bapa bekerja, guru-gurumengajar dan pelajar belajar di sepanjang waktu persekolahan. Sebagaikesimpulanya bentuk-bentuk laporan penilaian ini adalah berdasarkankepadaRajah8.7.

Page 14: Topik 8 Pelaporan Dan Isu-Isu Penilaian

TOPIK8 PELAPORANDANISU-ISUPENILAIAN t 193

Rajah8.7:Bentuk-bentuklaporanpenilaian

8.1.3 Contoh Pelaporan dan Rekod Penilaian

Jadual 8.1 menunjukkan satu contoh pelaporan penilaian, yang dinamakanPelaporan Penilaian Berasaskan Sekolah (PKBS), iaitu pelaporan penilaianberasaskan penaksiran yang dibuat oleh pihak sekolah. Pelaporan penilaianini ialah untuk pelajar sekolah rendah yang dimasukkan dalam sebuah bukurekod penilaian yang bermula daripada Tahun 1 hingga Tahun 6. Gred yangdimasukkan pada setiap semester ialah gred abjad, iaitu A (Cemerlang, 80-100%), B (Baik, 60-79%), C (Memuaskan, 40-59%), D (Perlu Pembaikan, 20-39)dan E (Perlu Perhatian Khusus, 0-19%).Ada juga guru yang mencatatkan gredperatus(markah)bersebelahangredabjad[misalnya,A(88)].

Walaubagaimanapun,guruhanyamengisigredbagipecahanpencapaianutamasahaja (seperti Pengetahuan, Latihan Amal, Kebolehan), sementara pecahanlain tidak diisi (seperti Teori, Minat dan Sikap, Sikap). Seterusnya, Guru matapelajaran memberi komen tentang pencapaian dan tindakan lanjutan bagimata pelajarannya. Guru kelas pula memberi komen tentang pencapaiankeseluruhanmatapelajarandantindakanlanjutankeseluruhan.Akhirnya,rekodpenilaian pelajar menunjukkan kemajuan akademik dan sahsiah pelajar sertapertumbuhan fizikal pelajar, iaitu berat dan tinggi pelajar, bermula daripadaTahun1hinggatahunsemasa.

Page 15: Topik 8 Pelaporan Dan Isu-Isu Penilaian

194 TOPIK8 PELAPORANDANISU-ISUPENILAIAN

Jadual8.1:PelaporanPenilaianBerasaskanSekolah

MataPelajarSemester1 Semester2

Gred Komen Gred Komen

BahasaMelayuLisanBacaan/Pemahaman Karangan/BertulisKeseluruhan NamaGuru_____ NamaGuru_____

BahasaInggerisLisanBacaanKeteranganKefahamanKeseluruhan NamaGuru_____ NamaGuru_____

MatematikKertas1(Objektif)Kertas2(Subjektif)Keseluruhan

NamaGuru_____ NamaGuru_____

SainsPengetahuanKemahiranBelajarKemahiranSosialdanSikap

NamaGuru_____ NamaGuru_____

PendidikanMuzikLatihanAmalTeoriMinatdanSikap

NamaGuru_____ NamaGuru_____

PendidikanAgamaIslamPengetahuanBacaanAl-QuranHafalanAl-QuranSikapAmalan

NamaGuru_____ NamaGuru_____

PendidikanMoralPengetahuanSikapAmalan NamaGuru_____ NamaGuru_____

KajianTempatanPengetahuanKemahiranBelajarKemahiranSosialdanSikap

NamaGuru_____ NamaGuru_____

PendidikanSeniKebolehanKemahiranMenggunakanMediaSikap

NamaGuru_____ NamaGuru_____

Page 16: Topik 8 Pelaporan Dan Isu-Isu Penilaian

TOPIK8 PELAPORANDANISU-ISUPENILAIAN t 195

KemahiranHidupKebolehanSikap

NamaGuru____ NamaGuru____

Pend.Jasmani&KesihatanKebolehanKemahiranmenggunakanMediaSikap

NamaGuru____ NamaGuru____

JawatanYangDipegang1.23.4.5.

Kedatangan

Kelakuan

Berat

JumlahMarkah

Peratus

Gred

Kedudukan

KomenGuruKelas

NamaGuruKelas_________

NamaGuruKelas_________

TandatanganGuruKelas

TandatanganGuruBesar&Cop

TandatanganPenjaga

AKTIVITI 8.2

Beri satu kekangan pelaporan penilaian menggunakan kaedah“perjumpaanibubapa”.

Page 17: Topik 8 Pelaporan Dan Isu-Isu Penilaian

196 TOPIK8 PELAPORANDANISU-ISUPENILAIAN

8.2 PENILAIAN KENDIRI, GURU DAN PIAWAIPenilaian boleh dibahagikan kepada tiga kelompok, iaitu penilaian kendiri,penilaiangurudanpenilaianpiawaisepertidalamRajah8.8.Setiapkelompokpenilaian ini mempunyai tujuan tertentu, misalnya penilaian kendiri bertujuanmenentukan sama ada dirinya sendiri benar-benar memahami apa yangdipelajari atau sudah bersedia untuk menduduki ujian/ peperiksaan. Penilaiangurupulabertujuanmenentukan samaada setiappelajarmemahamiapayangdiajarnyadanjugamenilaikeberkesananpengajarannya.

Rajah8.8:Kelompokpenilaian

Seterusnya, penilaian piawai bertujuan menentukan pencapaian seseorangpelajarberbandingdenganpencapaianpelajar-pelajarlaindiseluruhnegara,danseterusnya menentukan sama ada pelajar tersebut dapat melanjutkan pelajarandalambidang-bidangtertentu.Hasilpenilaianpiawaijugadigunauntuk

menentukan sijil/pangkat sijil yang wajar diberikan kepada seseorang pelajar.Penjelasan lanjut tentang penilaian-penilaian ini diberikan dalam bahagianberikut.

8.2.1 Penilaian Kendiri

Penilaiankendiriialahprosesseseorangindividumentadbiralatpengukurantertentu,menyemakjawapannyadanmenilaiukuranyangdiperolehsecarasendiri. Contoh alat pengukuran tersebut ialah soalan latihan, contoh kertasujian/peperiksaan, soal selidik/inventori. Seperti yang dijelaskan lebih awal,terdapat pelbagai penilaian yang boleh membantu pelajar dalam pembelajaranmereka, termasukpenilaianpengetahuan/kemahiranasas,diagnostik, formatif,sumatif,minat,motivasi,sikap,aptitud,kecerdasan,sahsiahdankecenderungankerjaya.Soalan latihan,misalnya,bolehdigunaolehpelajaruntukmenentukanpengetahuan/kemahiran asas, masalah pembelajaran, kefahaman formatif ataupencapaian akhir pelajar. Soal selidik/inventori pula boleh menentukan minat,

Page 18: Topik 8 Pelaporan Dan Isu-Isu Penilaian

TOPIK8 PELAPORANDANISU-ISUPENILAIAN t 197

motivasi,sikap,aptitut,kecerdasan,sahsiah,bidangpengajiandankerjayamasadepanpelajar.

Penilaian-penilaian ini boleh ditadbir, disemak dan dinilai sendiri oleh pelajardengan bantuan daripada guru pakar bidang berkenaan, memandangkanpelajar sendiri mungkin tidakberkeupayaanuntukmenyemak jawapanataumenilaiukuanyangdiperoleh.Bantuan inidiperlukanterutamaapabilapelajarmenggunakan alat yang mengukur ciri-ciri dalaman pelajar seperti minat,motivasi, sikap, kecerdasan, aptitud dan kecenderungan kerjaya. Kesilapansemasa menyemak dan menilai akan menyebabkan pelajar tersalah membuatinterpretasi, yang akan memberi kesan buruk kepada pelajar. Contohnya,kesilapan menginterpretasi bidang pengajian/kerjaya menyebabkan pelajarmemilih bidang pengajian/kerjaya yang tidak sesuai dengannya. Justeru,penilaian kendiri memerlukan jawapan terutama bagi alat-alat yang mengukurpencapaian akademik, seperti soalan latihan dan contoh kertas ujian/peperiksaan. Jawapan ini akan membantu pelajar menyemak jawapan yangdiberikanolehpelajar.

Seterusnya, alat-alat yang mengukur ciri-ciri dalaman pelajar memerlukanpanduan tentang cara memberi skor kepada item-itemnya dan juga panduantentang cara menginterpretasi ukuran yang diperoleh. Kini penilaian ciri-ciridalamanseseorangbolehdidapatisecaraatastalian. Contohnya, University of Waterloo Career Development Manual boleh membantu seseorang mengenalpastikerjayanyaberasaskanminat, nilaidankemahiranseseorang itu.Manual

Rajah8.9:Penilaiankendiripelajarbolehmembantubidangkerjayayangsesuai

Page 19: Topik 8 Pelaporan Dan Isu-Isu Penilaian

198 TOPIK8 PELAPORANDANISU-ISUPENILAIAN

Waterlooini memberi gambaranlengkaptentangsiapadiri seseorangitudan bagaimana seseorang itu boleh mengubah dirinya supaya sesuai denganpeluangkerjayayangsediaada.

AndabolehmendapatmaklumatlanjutberhubungdenganprosesManualWaterloo ini melalui laman web berikut, http://www.cdm.uwaterloo.ca/index2.asp.Ciri-ciripenilaianyangdilakukansecaraatastalianinibanyakmembantupelajaruntukmengukurpencapaiandansahsiahpelajaritusendiri.

8.2.2 Penilaian Guru

Penilaian guru ialah proses seseorang guru merancang, menggubal danmentadbir alatpengukuran tertentusertamenyemak jawapan,menilaiukuranyang diperoleh dan melaporkan penilaian tersebut. Semua proses ini perludilakukan dengan betul, iaitu dibuat secaraprofesional. Justeru,guruyangmelaksanakannyaperlumengetahuiprinsip-prinsippengukurandanpenilaian,selain pakar bidang mata pelajaran tertentu. Contohnya, guru yang inginmenilaipengetahuan/kemahiranasas,kekuatan/kelemahan,kemajuanformatifdan pencapaian akhir pelajar dalam matematik hendaklah guru matematikyang mempunyai pengetahuan/kemahiran mengukur dan menilai masalahpembelajaran/ pencapaian matematik. Seterusnya, guru yang ingin menilaiminat, motivasi, sikap, aptitut, kecerdasan, sahsiah dan kecenderungan kerjayapelajar hendaklah guru yang mempunyai pengetahuan/kemahiran mengukurdanmenilaiciri-ciridalamanpelajar,misalnya,gurukaunselor(lihatRajah8.10).

Rajah8.10:Guruperludibekalkandengankemahiranpengukurandanpenilaiansecaramenyeluruhnya

Page 20: Topik 8 Pelaporan Dan Isu-Isu Penilaian

TOPIK8 PELAPORANDANISU-ISUPENILAIAN t 199

Prinsip-prinsip am pengukuran dan penilaian, yang banyak dibincangkansebelum ini, boleh digunakan oleh guru untuk menggubal dan mentadbirkertas ujian/peperiksaan serta menyemak jawapan dan menilai ukuran yangdiperoleh. Ujian/peperiksaan ini meliputi ujian/kuiz untuk peringkat kelasatau peperiksaan untuk peringkat sekolah/daerah yang digubal sendiri olehseorangguruataubeberapaorangguru.Ciriutamasesuatuujian/peperiksaanialah kesahan ujian/peperiksaan tersebut, iaitu sejauh mana sesuatu ujian/peperiksaan dapat mengukur apa yang hendak diukur. Justeru, sebelumseseorang guru itu menyediakan kertas ujian, dia perlu tahu/menentukantujuanujian itudiadakan,misalnya,menentukanpengetahuan/kemahiranasaspelajaruntuktajukbarutertentu.LangkahseterusnyaialahmenyediakanJadualPenentuan Ujian (JPU) yang mengandungi bilangan soalan untuk setiap tajukdanobjektifpengajaran.

Seterusnya,berpandukankepadaJPUini,guruakanmenyediakansoalan-soalan ujian. Selepas itu, guru perlu meminta pandangan guru lain dalambidang yang sama tentang kesahan soalan-soalan yang disediakan. Langkahseterusnya ialah membuat ujian/kajian rintis terhadap soalan-soalan yangdisediakan dan membuat pembetulan yang diperlukan. Indeks kesukaran dandiskriminasi perlu dikira (jika diperlukan) supaya indeks ini sesuai dengantujuan ujian itu diadakan. Seterusnya, guru mentadbir ujian ini mengikutpanduan pengujian tertentu, menyemak jawapan, menilai markah/jawapanyangdiberikanpelajardanakhirnyamembuatlaporanpenilaian.

Setiap langkah ini perlu dibuat dengan betul supaya keputusan ujian yangdiperoleh dapat digunakan supaya tujuan ujian itu diadakan dapat dicapai.Sekiranya tujuan ujian ialah untuk menentukan pengetahuan/kemahiran asas,maka keputusan ujian akan dapat menentukan sama ada seseorang pelajar itumempunyai pengetahuan/kemahiran asas tersebut atau tidak. Sekiranya tidak,guruperlumengulang/mengajarsemulapengetahuan/kemahiranasastersebut,sebelummulamengajartajukbaru.

8.2.3 Penilaian Piawai

Penilaian piawai ialah proses merancang, menggubal dan mentadbir alatpengukuran tertentu serta menyemak jawapan, menilai ukuran yang diperolehdan melaporkannya yang diuruskan oleh badan-badan tertentu, misalnya,LembagaPeperiksaanMalaysia.Sepertiyangdijelaskanlebihawal,tujuanutamapenilaian piawai ialah menyelaraskan pencapaian seseorang pelajar denganmenggunakansatupeperiksaansahajauntukseluruhnegara.

Sebagai mana yang kita ketahui, penilaian guru adalah berasaskan kertaspeperiksaan yang digubal oleh guru, yang sememangnya amat berbeza. Inimenyebabkan gred yang diperoleh seseorang pelajar tidak boleh dibandingkan

Page 21: Topik 8 Pelaporan Dan Isu-Isu Penilaian

200 TOPIK8 PELAPORANDANISU-ISUPENILAIAN

dengan gred yang diperoleh pelajar lain yang mengambil kertas peperiksaanlain. Justeru, kita memerlukan peperiksaan dan penilaian piawai untukmembandingkanpencapaianpelajar.Contohnya,gredAyangdiperolehpelajarsebuahsekolahdinegeriSelangoradalahsetaradengangredAyangdiperolehpelajar di sebuah sekolah di negeri Sabah. Selain tujuan akademik, penilaianpiawaijugabolehdigunakanuntukmenilaiciri-ciridalamanpelajar.Olehsebabalat-alat untuk mengukur ciri-ciri ini sukar digubal, maka kehadiran alat-alatpiawaidapatmembantupihaksekolahuntukmenilaiciri-ciritersebut.

Untuk menjamin kesahan keputusan peperiksaan piawai, setiap prosedurpeperiksaan perlu dibuat dengan baik, misalnya, langkah menyediakan JPUdansoalanpeperiksaanperludibuatdengantelitidanberhati-hati.Ujian/kajianrintisjugaperludibuatsupayakertassoalandapatdifahamipelajardenganjelas,masamenjawabsoalanmencukupidansoalantidakterkeluardaripadasukatanpelajaran.Seterusnya,kerahsiaankertaspeperiksaanperludikawaldenganbaiksupayakertaspeperiksaantidakbocor.

Pentadbiran peperiksaan perlu dibuat dengan menggunakan prosedur yangsama di semua pusat peperiksaan, terutama dari segi masa menjawab soalan,tindakanuntukmenjelaskanmaksudsoalankepadapelajar,pembetulankepadasoalan yang didapati salah, jarak antara meja, pengawasan peniruan dansebagainya. Perkara-perkara ini perlu diberi perhatian sewajarnya untukmenjaminkesetaraankeputusanpeperiksaanbagipelajar-pelajardisemuapusatpeperiksaan.

Selain itu, untuk menjamin kesetaraan keputusan peperiksaan, kawalan perludibuat terhadap prosedur memberi markah (PMM) kepada jawapan pelajar.Kawalaniniperludibuatmemandangkanbilanganpemeriksayangterlibatdalam pemeriksaan skrip jawapan adalah ramai dan cara mereka memberimarkah akan berbeza. Ini boleh menimbulkan ketidakadilan dalam pemberianmarkahkepadapelajar.

Langkahpertamauntukmenyelaraspemberianmarkahialahmenyediakanskema pemarkahan, iaitu menyediakan pelbagai jawapan yang mungkinbersama markahnya sekali bagi soalan-soalan yang memerlukan jawapanberbentuk esei. Selain itu, mesyuarat penyelarasan pemeriksaan juga perludiadakandengandihadiriolehsemuapemeriksa.Latihanmemeriksabeberapasampel jawapanpeperiksaanperludibuatuntukmenyelaraskanpemberianmarkahbagijawapan-jawapanyangberbeza.Selainitu,mesyuaratinijugadapatmenentukan kewajaran jawapan lain yang diberikan pelajar, selain daripadajawapan yang terdapat dalam skema jawapan.Akhirnya, kemasukkan markahke dalam komputer perlu disemak supaya markah yang dimasukkan adalahsamadenganmarkahyangdiperolehpelajar sepertiyang tercatatdalamkertasjawapan.

Page 22: Topik 8 Pelaporan Dan Isu-Isu Penilaian

TOPIK8 PELAPORANDANISU-ISUPENILAIAN t 201

8.3 ISU-ISU BERKAITAN PENGUKURAN DAN PENILAIAN

Bahagian ini akan membincangkan beberapa isu berkaitan pengukuran danpenilaian, yang meliputi pentadbiran ujian melalui komputer, pengukuran danpenilaian bagi mata pelajaran tertentu serta pengukuran dan penilaian bagipelajar-pelajarkhas.

8.3.1 Pentadbiran Ujian Melalui Komputer

Bagi ujian berbentuk objektif (seperti betul-salah, beraneka pilihan, mengisitempat kosong); komputer boleh diguna untuk melaksanakan hampir semuaprosespeperiksaan.Initermasukmenjanasoalan,memilihsoalandaripadabanksoalan, menyediakan kertas ujian selepas soalan dijana/dipilih, mengeluarkankertas soalan yang disimpan di dalamnya, mengawal masa ujian, memeriksajawapan, memberi markah, menjumlah dan menilai markah, menjana laporanpenilaian,menyimpanrekodpenilaiandanmenjanalaporankemajuanpelajar.

Semua proses ini dapat dilaksanakan oleh komputer dengan cepat dan tepatbagiujianberbentukobjektif.Bagiujianini,komputerbolehdigunakandenganmudahuntukmemeriksajawapan,disebabkanjawapankepadaujianiniadalahtepat atau terdiri daripada dua/tiga jawapan tertentu. Jawapan-jawapan inibolehdimasukkandalamingatankomputeruntukmenyemakjawapan.

Penggunaan komputer untuk ujian berbentuk objektif tidak menimbulkanapa-apa isu, malah penggunaannya bertambah pesat disebabkan komputerdapat menjimatkan masa dan memberi keputusan yang tepat. Sebaliknya,penggunaan komputer untuk memeriksa jawapan berbentuk esei masih lagiterhaddisebabkanketepatanpemeriksaanjawapanmasihdipersoalkan.Disini,komputerhanyadiberibeberapakatakuncisebagaipanduanuntukmemeriksajawapan. Permarkahan menggunakan kata kunci ini tidak menjamin ketepatanukuranpencapaian.

Walaubagaimanapun, penggunaan komputer dalam pengujian bahasa (ujianejaan, tatabahasa, kemahiran lisan) sedang berkembang. Komputer dapat

SEMAK KENDIRI 8.2

Berikan satu contoh penilaian piawai dalam sistem pendidikan diMalaysia.

Page 23: Topik 8 Pelaporan Dan Isu-Isu Penilaian

202 TOPIK8 PELAPORANDANISU-ISUPENILAIAN

menyemak ejaan dan tatabahasa semasa kita menaip sesuatu esei. Selain itu,komputer berupaya mengesan ketepatan suara apabila kita menyebut sesuatuperkataan serta berupaya menilai sebutan ini dan memberi maklum balastentangperatusketepatansebutan.

Penggunaankomputeruntukmentadbirujiandapatmembantuguru, terutamajikabilanganpelajaradalahagakramai.Iajugamembenarkanpelajarmengambilujiansecara individuatauberkumpulandanpelajar bolehmengulangnyasebanyakkaliyangdiperlukan.Selain itu,ujian jugabolehdiambilsecara jarakjauh melalui internet, tanpa perlu menjadualkan masa ujian dan menghadkanbilangancalon.

Walaubagaimanapun,kitaberhadapandenganisupengesahanidentiticalonyangmengambilpeperiksaan.Persoalannyaialahadakahorangyangmenjawabsoalan peperiksaan itu adalah calon sebenar atau orang lain yang menjawabuntuknya. Isu ini masih belum berjaya ditangani dengan baik. Sebaliknya, jikapara pelajar menggunakan komputer untuk melaksanakan penilaian kendiri,isu pengesahan identiti tidak timbul. Justeru, peranan komputer bagi tujuanpenilaiankendiriadalahamatpentingdalamprosespengajaran-pembelajaran.

8.3.2 Pengukuran dan Penilaian bagi Mata Pelajaran Tertentu

Beberapa perkara perlu diberi perhatian apabila kita membuat pengukurandan penilaian bagi mata-mata pelajaran tertentu, seperti seni visual/muzik,kemanusiaan, bahasa, matematik atau sains. Sebahagian daripada masalahpengukurandanpenilaianbolehdiselesaikansekiranyaobjektifpengajaran/hasilpembelajarandinyatakansecarajelasdantepat.

Bagi mata pelajaran seni visual, misalnya, penilaian meliputi domain kognitif(pengetahuan tentang seni visual, seperti definisi, contoh, sejarah), psikomotor(proses membina sesuatu objek visual), afektif (apresiasi seni visual) dan jugaobjek visual yang dihasilkan. Isu pengukuran dan penilaian bidang seni visualini ialah pengukuran dan penilaiannya menjadi terlalu subjektif/ peribadisehinggakan pakar-pakar bidang tidak mempunyai kriteria permarkahan/penilaianyangdipersetujuibersama.Inimenyusahkanpemeriksamenyediakanskemapermarkahandanmemeriksajawapan/proses/hasil/apresiasi.

Penilaian pencapaian bagi mata-mata pelajaran bidang kemanusiaan; sepertigeografi, sejarah, pendidikan agama; melibatkan pengukuran dan penilaianberkaitanfakta,konsep,prinsip,kemahiran(sepertimembacapeta,menganalisisdokumen sumber), sikap dan nilai. Soalan- soalan tentang agama akanmenjadi sensitif, sekiranya kita tidak berhati-hati semasa menggubal soalan.Seterusnya, penilaian pencapaian bagi mata-mata pelajaran bahasa melibatkan

Page 24: Topik 8 Pelaporan Dan Isu-Isu Penilaian

TOPIK8 PELAPORANDANISU-ISUPENILAIAN t 203

pengukuran dan penilaian meliputi domain kognitif (tatabahasa, istilah,ejaan, kesusasteraan), psikomotor (mendengar, bertutur, membaca, menulis,komunikasi), afektif (sikap, nilai) dan hasil (puisi, cerpen, drama). Justeru,pengukurandanpenilaianbidanginiperludibuatsecaramenyeluruhdanteliti,yang tentunya akan mengambil masa yang panjang dan menggunakan tenagayangbanyak.

Penilaian pencapaian bagi mata pelajaran matematik juga melibatkan domainkognitif (konsep, pemahaman, kemahiran berfikir, rumus), psikomotor(pengiraan, melukis graf/rajah,mengukur),afektif (apresiasi,sikap,nilai)danhasil (graf, rajah,model). Isuutamapengukurandanpenilaianbidang ini ialahpenguasaanbahasadankemahiranberfikir.Ujianberbentukpengiraan/lukisan,sama ada pengiraan/lukisan mudah atau menggunakan rumus, tidak banyakmelibatkan kemahiran berfikir. Sebaliknya, soalan yang melibatkan kemahiranberfikir hanya boleh digubal dalam bentuk ayat/esei. Di sini, isu pemahamansoalanakan timbuldisebabkan iaamatbergantungkepadapenguasaanbahasaseseorang pelajar. Seterusnya, pengukuran dan penilaian dalam bidang sainsmenimbulkan isu kefahaman pelajar. Walaupun pelajar dapat menjawabsoalan ujian dengan baik disebabkan jawapan dalam bidang sains merupakanfakta, pelajar tidak memahami konsep, prinsip atau teori sains yang ingindisampaikan.Pelajarmenjawabsoalansecarahafalan/mekanikalsahaja.

8.3.3 Pengukuran dan Penilaian bagi Pelajar Khas

Pengukurandanpenilaianbagipelajar-pelajarkhasmemerlukanproseduryangberbeza daripada pelajar-pelajar biasa. Mereka terdiri daripada pelajar yangbermasalah pembelajaran, bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran,cacatanggotadansebagainya.Pelajar-pelajarkhasini,disebabkankecacatan,menghadapipelbagaimasalahapabilamerekamendudukipeperiksaan.Bagimerekayangbermasalahpenglihatan,mereka tidakdapatmelihatsoalanujiandanjugamenulisjawapan.SatupenyelesaiannyaialahmenggunakanalatBrailleuntuk membaca dan menulis. Kaedah kedua ialah menggunakan ujian lisan,iaitugurumembacasoalandanpelajarmenjawabjugasecaralisan.Kedua-dua kaedah ini mengambil masa yang panjang, di mana jangka masa ujian/peperiksaanperludisesuaikan.

Page 25: Topik 8 Pelaporan Dan Isu-Isu Penilaian

204 TOPIK8 PELAPORANDANISU-ISUPENILAIAN

Bagipelajar-pelajaryangbermasalahpendengaranpula,merekadidapatisukarmemahamiperkataandanistilah-istilahabstrak,yangterkandungdalamsoalanpeperiksaan. Keupayaan mereka membaca, menulis dan memproses maklumatjuga adalah lambat (Mohd. Hanafi, 2005). Selain itu, mereka juga tidak dapatmendengar arahan yang dibuat semasa ujian/peperiksaan dijalankan, yangturut melambatkan tindakan mereka. Oleh sebab mereka lambat membaca,menulisdanmemprosesmaklumat,makajangkamasaujian/peperiksaanperludisesuaikan. Seterusnya, disebabkan mereka sukar memahami istilah-istilahabstrak, maka mereka perlu diberi penjelasan tentang istilah-istilah tersebut.Kajian Mohd. Hanafi (2005) menunjukkan pencapaian pelajar bermasalahpendengaran meningkat apabila jangka masa peperiksaan ditambah dan terusmeningkatapabilasoalanpeperiksaanditerjemahkankepadabahasaisyarat.

Rajah8.11:Pengukuranpelajarmasalahpenglihatan

Rajah8.12:Pelajarbermasalahanggota

Page 26: Topik 8 Pelaporan Dan Isu-Isu Penilaian

TOPIK8 PELAPORANDANISU-ISUPENILAIAN t 205

Begitu juga dengan pelajar-pelajar khas yang bermasalah pembelajaran,mereka memerlukan masa yang lebih panjang untuk membaca, memahami,berfikir dan menulis jawapan. Mereka juga sukar memahami istilah-istilahabstrakdalamsoalanpeperiksaan.Justeru,untukmengukurpencapaiansebenar,mereka juga perlu diberi masa tambahan dan penjelasan kepada istilah-istilahabstrak. Seterusnya, bagi pelajar-pelajar yang cacat anggota, mereka perludiberi kerusi, meja dan alat penulisan yang sesuai serta menyediakan ruangpeperiksaanyangselesauntukmereka.

Begitu juga, sekiranyamerekacacatpadabahagian tangan,yangmenyebabkanmereka lambat menulis, jangka masa peperiksaan perlu ditambah. Denganpertambahan masa dan penterjemahan soalan peperiksaan ini, kita berharaplebih ramai pelajar-pelajar khas akan mendapat keputusan cemerlang dalampeperiksaan,sepertimanadalampeperiksaanUPSRtahun2005.

RUMUSAN

Topik ini telah membincangkan tentang pelaporan penilaian dan mereka yangpatut menerima laporan penilaian, yang antaranya termasuk pelajar, ibu bapa,guru, guru kaunselor/disiplin, guru besar sekolah dan pegawai pendidikandaerah. Seterusnya, topik ini menjelaskan bentuk laporan penilaian yangmeliputi gred peratus, gred abjad, gred lulus-gagal, senarai semak, penjelasanbertulisdanperjumpaanibubapa.Selainitu,topikinijugamenjelaskantentangtigajenispenilaian,iaitupenilaiankendiri,penilaiangurudanpenilaianpiawai.Akhirnya, beberapa isu berkaitan pengukuran dan penilaian dibincang, yangmeliputi pentadbiran ujian melalui komputer, pengukuran dan penilaian bagimatapelajarantertentusertapengukurandanpenilaianbagipelajar-pelajarkhas.

SEMAK KENDIRI 8.3

Berikan satu sebab mengapa pelajar bermasalah pendengaran/pekaktidakberupayamemahamiistilahabstrak.

Page 27: Topik 8 Pelaporan Dan Isu-Isu Penilaian

206 TOPIK8 PELAPORANDANISU-ISUPENILAIAN

GredAbjadGredLulus-GagalGredPeratusPenilaianBertulisPenilaianGuru

PenilaianKendiriPelaporanPenilaianPenilaianPiawaiPerjumpaanIbuBapaSenaraiSemak

UJIAN 1

1. Jelaskanmaksud“pelaporanpenilaian”.

2. Jelaskan kepentingan maklumat tentang pencapaian pelajar kepada ibubapa.

3. Bagaimanakah guru membantu pelajar bermasalah penglihatan semasaujian?

UJIAN 2

1 Jelaskan maksud “penjelasan bertulis” sebagai satu bentuk laporanpenilaian.

2. Apakah kelebihan/kebaikan laporan penilaian berbentuk penjelasanbertulisini?

3. Berikan satu contoh penjelasan bertulis tentang satu mata pelajarantertentudanperkembangansahsiahpelajar.

RUJUKAN

Abdul Rashid Johar & Siti RahayahAriffin (2001). Isu pengukuran dan penilaian pendidikan.Bangi,Selangor:UniversitiKebangsaanMalaysia.

BahagianPerancangan&PenyelidikanPendidikan(1992).Perangkaan pendidikan 1990,KualaLumpur:DewanBahasadanPustaka.

Page 28: Topik 8 Pelaporan Dan Isu-Isu Penilaian

TOPIK8 PELAPORANDANISU-ISUPENILAIAN t 207

Cheeseman,H.R.(1948).Education in Malaya.KualaLumpur:PercetakanNegara.

Ebel, R. L. (1965). Measuring educational achievement. Upper Saddle River, NJ:PrenticeHall.

Grondlund, N. E. (1971). Measurement and evaluation in teaching. New York:MacmillanCompany.

Hanna, G. S., & Dettmer, P. A. (2004). Assessment for effective teaching: Using context-adapted planning. Boston:Pearson-Allan&AllynandBacon.

Mohd.HanafiMohd.Yasin.(2005).Perbandingan pencapaian pelajar pendidikan khas (pekak) menggunakan tiga format peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).TesisDoktorFalsafahUniversitiKebangsaanMalaysia.

Mokhtar Ismail (1995). Penilaian di bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan BahasadanPustaka.Oosterhof,A.(2003).Developing and using classroom assessments. UpperSaddleRiver,NewJersey:MerrillandPrinticeHall.

Pusat Perkembangan Kurikulum (1998). Penilaian kendalian sekolah. KualaLumpur:KementerianPendidikanMalaysia.

http://www.testpreview.com/modules/grammarpart1.html

http://www.testpreview.com/modules/verbs.html

http://www.testpreview.com/modules/nouns.html

http://www.wimbledon-school.ac.uk/Elementary%Test.h