Topik2Unsur-unsurMuzik

14
PENGENALAN Muzik mempunyai beberapa unsur yang penting, antaranya adalah melodi, harmoni, warna ton, ekspresi, bentuk dan sebagainya. Topik ini akan menekankan mengenai unsur muzik yang penting iaitu ekspresi dan bentuk termasuklah dinamik. Konsep-konsep yang menekankan kepada unsur-unsur muzik adalah ekspresi iaitu intensiti bunyi muzik kuat atau lembut, perbezaan warna ton, tempo, elemen-elemen masa seperti tanda masa, meter dan nilai-nilai not, elemen-elemen pic tinggi atau rendah ton dan harmoni bunyi yang terhasil dari dua atau lebih ton secara serentak. T T o o p p i i k k 2 2 Unsurunsur Muzik Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menghuraikan ekspresi daripada sesebuah lagu untuk menimbulkan mood; 2. Mengaplikasi simbol-simbol dan ikonik-ikonik yang memperjelaskan unsur dinamik dalam sesebuah karya; 3. Mengenal pasti isyarat muzik dan terminologi muzik; dan 4. Mengenal pasti bentuk dalam sesebuah lagu melalui frasa-frasa, bentuk AB binari dan ABA tinari. HASIL PEMBELAJARAN

Transcript of Topik2Unsur-unsurMuzik

  • PENGENALAN

    Muzik mempunyai beberapa unsur yang penting, antaranya adalah melodi, harmoni, warna ton, ekspresi, bentuk dan sebagainya. Topik ini akan menekankan mengenai unsur muzik yang penting iaitu ekspresi dan bentuk termasuklah dinamik. Konsep-konsep yang menekankan kepada unsur-unsur muzik adalah ekspresi iaitu intensiti bunyi muzik kuat atau lembut, perbezaan warna ton, tempo, elemen-elemen masa seperti tanda masa, meter dan nilai-nilai not, elemen-elemen pic tinggi atau rendah ton dan harmoni bunyi yang terhasil dari dua atau lebih ton secara serentak.

    TTooppiikk 22 Unsur unsur!Muzik!

    Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menghuraikan ekspresi daripada sesebuah lagu untuk menimbulkan mood;

    2. Mengaplikasi simbol-simbol dan ikonik-ikonik yang memperjelaskan unsur dinamik dalam sesebuah karya;

    3. Mengenal pasti isyarat muzik dan terminologi muzik; dan

    4. Mengenal pasti bentuk dalam sesebuah lagu melalui frasa-frasa, bentuk AB binari dan ABA tinari.

    HASIL PEMBELAJARAN

  • TOPIK 2 UNSUR-UNSUR MUZIK 18

    EKSPRESI

    Ekspresi merupakan satu tindak balas perluahan yang sangat mempengaruhi sesuatu persembahan muzik sama ada persembahan dalam nyanyian ataupun instrumental muzik. Ekspresi dalam muzik adalah bersangkutan dengan ciri-ciri muzikal itu sendiri seperti unsur-unsur dinamik, istilah-istilah dan tanda isyarat. Gabungan aplikasi dari ciri-ciri muzikal mampu menghasilkan interpretasi muzik yang baik dan tersendiri. Dalam mengekspresikan muzik, stail dan mood tidak boleh dipisahkan. Stail dan mood juga penting dalam penyampaian sesebuah karya muzik bagi menghasilkan satu karya yang hebat dan hidup. Menyampaikan sesebuah karya muzik yang hebat seperti yang terdapat dalam persembahan sesebuah simfoni, anda sebagai penonton mampu menghayati pada setiap inti pati persembahan kerana simfoni itu mampu mempersembahkan karya muzik itu secara ekspresi yang hebat. Penonton akan merasakan seolah-olah persembahan itu hidup dan dapat berkongsi bersama-sama dengan ahli-ahli simfoni. Begitulah sebaliknya jika sesebuah persembahan tidak mempamerkan tahap ekspresi yang tinggi, maka persembahan itu terasa hambar dan tidak bermaya. Stail dan mood yang disampaikan dalam sesebuah karya muzik adalah berdasarkan kepada terminologi yang ada dalam skor lagu. Sesebuah persembahan yang mempunyai daya ekpresi yang tinggi mampu menyampaikan sesebuah karya muzik itu dalam stail dan mood yang baik. Dalam sesebuah simfoni, konduktor dan pemuzik-pemuzik akan memainkan peranan dalam menghidupkan persembahan mereka dengan stail dan mood yang dikehendaki dalam sesebuah skor lagu. Tahap ini memerlukan pengalaman, kemahiran dan latihan yang padu. Selalunya sesebuah simfoni yang telah lama dan berpengalaman dalam membuat persembahan mampu menyampai sesebuah karya muzik dengan ekpsresi yang tinggi berbandingkan dengan simfoni yang baru. Terminologi dalam sesebuah skor lagu akan menghasilkan satu interaksi dengan pemuzik atau penyanyi dengan menyatakan stail dalam permainan, mood dan ekspresi dalam sesebuah lagu. Kehebatan sesebuah ensembel akan terletak

    2.1

    AKTIVITI 2.1

    Apakah yang anda faham tentang ekspresi, stail dan mood dalam sesebuah karya muzik? Cuba anda menyanyi dengan mengaplikasi aspek-aspek ekspresi seperti legato, dolce dan sebagainya.

  • TOPIK 2 UNSUR-UNSUR MUZIK ! 19

    kepada kemampuan konduktor, pemuzik-pemuzik mahupun penyanyi dalam menyampaikan sesebuah karya lagu itu dakam stail, mood dan ekspresi yang hebat. Ianya seolah-olah hidup dan berkomunikasi dengan khalayak yang menonton. Di bawah ini adalah antara terminologi yang digunakan dalam stail, mood dan ekspresi dalam sesebuah karya muzik.

    Jadual 2.1: Terminologi yang digunakan dalam sesebuah karya muzik

    Bil. Terminologi Pengertian

    1 agitato resah gelisah

    2 animoto dengan penuh perasaan

    3 appossionato dengan penuh cinta

    4 brillante dengan penuh sempurna

    5 cantabile menyanyi dengan stail

    6 con brio dengan bertenaga

    7 con moto dengan pergerakan

    8 con spirito dengan semangat dalaman

    9 dolce enak didengar

    10 doloroso sedih

    11 energico dertenaga

    12 espressivo dengan ekpresi

    13 giocoso bermain-main

    14 glissando gelonsor naik atau turun skala dengan pantas

    15 Grazioso lemah gemalai

    16 legato not yang dimainkan secara bersambungan

    17 leggiero ringan

    18 maestoso penuh kemegahan

    19 martellato ketukan

    20 marcato penanda

    21 mesto sedih

    22 misterioso mistikal

    23 ped menggunakan pedal untuk panjangkan bunyi

    24 pPesante tersangat berat

    25 rubato tempo yang fleksibel, tidak tetap

    26 sostenuto sustain

    27 sotto voce lembut

    28 staccato bunyi yang putus-putus, pendek-pendek

    29 tacet tiada dibunyikan

    30 tenuto pegang

    31 vivo girang, riang

  • TOPIK 2 UNSUR-UNSUR MUZIK 20

    DINAMIK

    Dinamik merupakan peringkat-peringkat bunyi muzik mengikut tahap kuat dan lembut. Dinamik merupakan salah satu elemen dalam aspek ekspresi dalam muzik. Ianya memainkan peranan dalam menghayati muzik melalui persembahan alat muzik atau dalam persembahan nyanyian. Tahap dinamik yang sering berubah dalam sesebuah persembahan muzik mengikut kesesuaian lagu dan muzik yang dimainkan. Perubahan dinamik dari bunyi yang lembut ke bunyi yang kuat seolah-olah menggambarkan satu keadaan yang ceria dan menyeronokkan. Bunyi yang lembut kebiasaannya menggambarkan situasi yang aman dan tenang. Perbezaan aras dinamik juga bergantung kepada bilangan pemuzik atau penyanyi yang membuat persembahan. Secara psikologinya, aras dinamik yang dipraktikkan oleh seseorang pemuzik akan menghasilkan impak dan respon yang baik dari penonton. Seorang pemuzik atau penyanyi yang dinamik menggunakan variasi kekuatan dan kelembutan bunyi atau suara untuk mengekspresikan emosinya. Dalam muzik, dinamik juga membawa pengertian terhadap penggunaan variasi aras pengeluaran bunyi atau suara. Seseorang pemuzik atau penyanyi harus dapat bermain muzik atau menyanyi dengan sekuat mungkin dan selembut mungkin dengan berbagai variasi. Antaranya adalah seperti berikut.

    (i) Beransur kuat

    (ii) Kuat

    (iii) Sederhana kuat

    (iv) Sangat kuat

    (v) Lembut

    (vi) Sederhana lembut

    (vii) Sangat lembut

    2.2

    AKTIVITI 2.2

    Semasa anda memainkan alat muzik, cuba anda memainkan dengan penuh perasaan secara lembut dalam beberapa waktu dan anda menukar kepada tahap kuat. Apa yang anda rasai?

  • TOPIK 2 UNSUR-UNSUR MUZIK ! 21

    Sebagai contoh adalah crescendo dan decrescendo : Crescendo Crescendo adalah pengeluaran bunyi pada permulaan yang lembut kepada yang beransur kuat. Dalam permainan alat muzik, pada permulaan bunyi yang terhasil lembut atau perlahan aras pengeluaran bunyi hingga kuat secara beransur-ansur. Dalam nyanyian pula, suara pada permulaannya lembut dan perlahan-lahan menambah kekuatan fokus dan tekanan udara sehingga bertambah kuat secara beransur-ansur. Decrescendo Decrescendo adalah tindak balas yang berlawanan dengan crescendo. Pengeluaran bunyi pada permulaan yang kuat kepada yang perlahan dan lembut secara beransur-ansur. Dalam permainan alat muzik, pada permulaannya bunyi dihasilkan secara kuat dan beransur-ansur menjadi lembut dan perlahan-lahan. Dalam nyanyian pula, suara yang difokuskan dan tekanan udara yang kuat untuk menghasilkan bunyi yang kuat dan dikurangkan pengeluaran suara dan tekanan udara secara perlahan-lahan. Pada ketika ini, pertahankan resonansi rongga yang terbuka dan stabil. Hindari perlakuan anda untuk menjadi relaks pada saat tekanan udara menurun.

    2.2.1 Ikonik

    Tahap dinamik dalam sesebuah skor lagu disimbolkan dalam ikon-ikon tertentu. Dalam Jadual 2.2 di bawah ini adalah contoh ikon-ikon yang sering digunakan dalam sesebuah skor lagu dan ianya memainkan peranan yang sangat berkesan untuk menghasilkan sebuah hasil muzik yang baik.

  • TOPIK 2 UNSUR-UNSUR MUZIK 22

    Jadual 2.2: Ikonik lagu

    Bil Simbol/Ikonik Pengertian

    1

    cres

    Semakin kuat

    2

    decres.

    Semakin lembut

    3 p

    Lembut

    4 pp

    Terlalu lembut

    5 mp

    Sederhana lembut

    6 mf Sederhana kuat

    7 m

    Kuat

    8 ff Terlalu kuat

    9 sf Mendesak pada ton

    10 fz Tekanan pada not

    11 dim. Semakin lembut

    2.2.2 Terminologi

    Selain daripada simbol yang menjadi ikon kepada tanda-tanda dinamik, istilah-istilah atau terminologi juga banyak digunakan dalam skor lagu yang membawa

  • TOPIK 2 UNSUR-UNSUR MUZIK ! 23

    maksud tertentu. Setiap pemuzik akan memahami dan bertindak balas dalam permainan alat muzik atau nyanyian jika didapati istilah-istilah tersebut ada tertulis dalam skor lagu. Antara istilah-istilah atau terminologi yang melambangkan aras dinamik adalah seperti dalam Jadual 2.3 di bawah ini.

    Jadual 2.3: Terminologi Paras Dinamik

    Bil Terminologi Pengertian

    1 crescendo Semakin kuat

    2 decrescendo Semakin lembut

    3 piano Lembut

    4 pianissimo Terlalu lembut

    5 mezzopian Sederhana lembut

    6 mezzoforte Sederhana kuat

    7 forte Kuat

    8 fortissimo Terlalu kuat

    9 diminuendo Semakin lembut

    10 sforzando Mendesak pada ton

    BENTUK

    Sesebuah lagu atau karya muzik mempunyai struktur yang tertentu. Struktur sesebuah lagu pada amnya terbentuk daripada frasa-frasa melodi. Beberapa frasa melodi akan menghasilkan satu bentuk. Dalam sesebuah karya prosa seperti sajak ataupun puisi ia dipanggil rangkap. Setiap rangkap itu dipanggil bentuk.

    2.3

    AKTIVITI 2.3

    Anda dikehendaki mendapatkan contoh lagu yang menunjukkan bentuk binari dan tenari. Cuba bandingkan perbezaannya dari sudut bilangan frasa-frasa yang terdapat dalam lagu yang anda pilih.

  • TOPIK 2 UNSUR-UNSUR MUZIK 24

    Dalam sesebuah lagu atau karya muzik secara amnya mempunyai dua bentuk, iaitu:

    (ii) Binary atau AB

    (iii) Tinari atau ABA

    Walau bagaimanapun , terdapat juga lagu yang mempunyai frasa dan bentuk yang berbeza seperti berbentuk A, B, C dan D khasnya dalam lagu-lagu komposisi di zaman sekarang. Bentuk sering kali dikaitkan dengan struktur sesebuah lagu. Kewujudan bentuk ini menampakkan sesebuah komposisi itu melalui perancangan yang rapi dan mempunyai kesepaduan. Namun begitu, kesepaduan itu diperoleh melalui kepelbagaian yang terhasil dari gabungan organisasi elemen-lemen muzik yang lain seperti melodi, irama, harmoni, tekstur, tempo dan dinamik. Elemen-lemen muzik ini akan berhubungan dan berinteraksi antara satu lain untuk membentuk satu struktur lagu penuh.

    2.3.1 Frasa Lagu

    Frasa adalah asas kepada pembentukkan bentuk lagu sama ada berbentuk binari atau tenari. Ia merupakan seperti satu frasa dalam sebuah sajak atau puisi. Gabungan beberapa frasa akan membentuk segmen-segmen muzik yang akan membentuk lagu. Kebiasaannya dalam menghasilkan bentuk muzik, berapa frasa digunakan yang terdiri daripada frasa yang berulang-ulang dan frasa yang berbeza (kontras). Frasa yang berulang-ulang adalah bertujuan untuk kesepaduan dan mudah difahami, dihayati dan diikuti manakala frasa yang berbeza adalah bertujuan untuk kepelbagaian dan kelainan. Dalam sesebuah hasil komposisi atau lagu, terdapat frasa yang panjang dan yang pendek. Bagi frasa yang panjang, lagu ini kebiasaannya mempunyai dua bentuk atau struktur yang berbeza iaitu baris rangkap dan baris korus. Sebagai contoh dalam lagu Twinkle, Twinkle, Little Star:

    Twinkle twinkle little star frasa pertama How I wonder what you are frasa kedua Up above tha world so high frasa ketiga Like a diamond in the sky frasa ketiga Twinkle twinkle little star ulang frasa pertama How I wonder what you are ulang frasa kedua

  • TOPIK 2 UNSUR-UNSUR MUZIK ! 25

    Menerusi lagu di atas, gabungan frasa-frasa pertama dan kedua menjadikan bentuk A. Gabungan frasa ketiga dan keempat menghasilkan bentuk B. lagu tersebut telah mengulangi kembali frasa pertama dan kedua yang juga membentuk bentuk A. Oleh itu struktur lagu tersebut adalah ABA yang dipanggil tenari. Jika lagu tersebut hanya dinyanyikan pada frasa pertama, kedua, ketiga dan keempat tanpa mengulang kembali frasa pertama dan kedua, maka struktur lagu tersebut hanya AB yang dipanggil binari. Di bawah ini adalah contoh frasa pertama dan kedua Twinkle Twinkle Star.

    2.3.2 AB Binari (Binary)

    Sesebuah komposisi lagu mempunyai dua seksyen yang berbeza dipanggil seksyen A dan seksyen B atau dikenali sebagai bentuk AB. Ia juga dikenali sebagai binari. Sebagai contoh bentuk tenari terdapat dalam lagu Worried Man seperti dalam skor di bawah ini.

    Bentuk A adalah melibatkan dua frasa lagu iaitu:

    Frasa pertama: It takes a worried man to sing a worried song,

    Frasa kedua:

    It takes a worried man to sing a worried song.

  • TOPIK 2 UNSUR-UNSUR MUZIK 26

    Bentuk B pula melibatkan dua frasa iaitu: Frasa ketiga:

    It takes a worried man to sing a worried song, Im worried now

    Frasa keempat:

    but I wont be worried long. Secara rumusannya, lagu yang mempunyai bentuk AB dipanggil binari. Ia adalah gabungan beberapa frasa untuk membentuk bentuk A dan bentuk B. Sebagai contoh lagu di atas, bentuk A mempunyai dua frasa dan bentuk B mempunyai dua frasa.

    2.3.3 ABA Tenari (Ternary)

    Sesebuah komposisi lagu mempunyai dua seksyen yang berbeza dipanggil seksyen A dan seksyen B atau dikenali sebagai bentuk AB. Tetapi jika AB kembali mengulangi bahagian A, maka ia dikenali sebagai ABA dan dipanggil ternari. Sebagai contoh bentuk tenari dalam lagu Twinkle Twinkle Little Star seperti dalam skor di bawah ini.

    Bentuk A adalah melibatkan dua frasa lagu iaitu: Frasa pertama: Twinkle Twinkle Little Star, Frasa kedua: How I wonder what you are.

  • TOPIK 2 UNSUR-UNSUR MUZIK ! 27

    Bentuk B pula melibatkan dua frasa iaitu: Frasa ketiga: Up a above the world high, Frasa keempat: Like a diamond in the sky. Bentuk A adalah melibatkan dua frasa iaitun frasa kelima dan frasa keenam yang mengulangi frasa pertama dan kedua. Keseluruhan lagu Twinkle Twinkle Little Star mempunyai bentuk lagu ABA yang dipanggil tenari.

    SEMAK KENDIRI 2.1

    (a) Apakah yang anda faham berkaitan dengan ekspresi dalam aktiviti muzik?

    (b) Berikan lima terminologi berkaitan dengan unsur-unsur dinamik.

    (a) Apakah yang dimaksudkan crescendo dan decrescendo?

    (b) Apakah perbezaan antara mezzopiano dengan mezzoforte?

    (c) Apakah yang dimaksudkan dengan sforzando?

    (d) Berikan kelebihan mengaplikasikan unsur-unsur dinamik dalam permainan alat atau nyanyian.

    SEMAK KENDIRI 2.2

    SEMAK KENDIRI 2.3

    (a) Apakah yang anda faham tentang bentuk binari dan tenari?

    (b) Apakah perbezaan antara bentuk binari dan tenari?

    (c) Cuba anda kaitkan antara frasa dalam lagu dengan frasa dalam sajak atau pantun.

  • TOPIK 2 UNSUR-UNSUR MUZIK 28

    Sesebuah lagu atau karya muzik mempunyai struktur yang tertentu. Struktur sesebuah lagu pada amnya terbentuk dari frasa-frasa melodi. Beberapa frasa melodi akan menghasilkan satu bentuk.

    Dinamik merupakan salah satu elemen dalam aspek ekspresi dalam muzik.

    Ekspresi merupakan satu tindak balas perluahan yang sangat mempengaruhi sesuatu persembahan muzik sama ada persembahan dalam nyanyian ataupun instrumental muzik.

    Sesebuah lagu atau karya muzik mempunyai struktur yang tertentu. Struktur sesebuah lagu pada amnya terbentuk daripada frasa-frasa melodi. Beberapa frasa melodi akan menghasilkan satu bentuk.

    AB - Binari

    ABA - Tinari

    Crescendo

    Decrescendo

    Forte ( f)

    Forte piano (fp)

    Fortissimo (ff)

    Mezzoforte (mf)

    Mezzopiano (mp)

    Piano (p)

    Abdul Fatah Karim (1999). Panduan harmoni asas dalam muzik. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

    Choksky, L. (1986). Teaching music in the twentieth century. New Jersey: Prentice-Hall, Inc.

    Elliot, R. (1960). Learning music: basic consepts for elementary teachers. Ohio: Charles E. Merrill Books, Inc.

    Herrold, R. M. (1997). Mastering the fundamentals of music. New Jersey: Prentice-Hall, Inc.

    Loh, P. K. (1991). A handbook of music theory. Kuala Lumpur: Penerbit Muzikal.

  • TOPIK 2 UNSUR-UNSUR MUZIK ! 29

    LATIHAN 1

    Berdasarkan keratan skor di bawah ini, sila jawab soalan-soalan yang diberi.

    (i) Tanda dinamik p pada bar pertama adalah ___________? (ii) Tanda crescendo dapat dikesan pada bar ke ____ dan bar ke ____. (iii) Apakah makna tanda ff pada bar kelima? _________________________. (iv) Tanda mf pada bar ketujuh bermaksud ____________________________. (v) Pada bar ketiga dan keempat mempunyai tanda dinamik yang sering

    digunakan pada skor lagu. Apakah nama tanda tersebut?

    __________________________

    LATIHAN 2

    Apakah yang dimaksudkan bentuk binari? Berikan satu contoh lagu yang mempunyai bentuk binari yang anda tahu. Jelaskan bagaimana frasa-frasa dalam lagu tersebut dapat menghasilkan bentuk binari.

    LATIHAN 3

    Apakah yang dimaksudkan bentuk tenari? Berikan satu contoh lagu yang mempunyai bentuk tenari yang anda tahu. Jelaskan bagaimana frasa-frasa dalam lagu tersebut dapat menghasilkan bentuk tenari.

  • TOPIK 2 UNSUR-UNSUR MUZIK 30

    LATIHAN 4

    Isikan jawapan yang betul dalam jadual di bawah ini.

    Simbol Bentuk

    AB

    ABA

    LATIHAN 5

    Berdasarkan jadual di bawah ini, anda dikehendaki mengisi terminologi yang sesuai dari pergertian yang diberi.

    Bil Pengertian Terminologi

    1 Semakin kuat

    2 Semakin lembut

    3 Terlalu lembut

    4 Sederhana lembut

    5 Kuat

    6 Semakin lembut

    LATIHAN 6

    Lengkapkan jadual di bawah ini dengan makna yang betul.

    Bil Terminologi Pengertian

    1 con spirito

    2 dolce

    3 doloroso

    4 energico

    5 espressivo

    6 giocoso