TRADISI PENULISAN HADITH DALAM KARYA ULAMA’ MELAYU ... TRADISI PENULISAN HADITH...

download TRADISI PENULISAN HADITH DALAM KARYA ULAMA’ MELAYU ... TRADISI PENULISAN HADITH DALAM KARYA ULAMA’

of 20

  • date post

    07-Mar-2019
  • Category

    Documents

  • view

    224
  • download

    2

Embed Size (px)

Transcript of TRADISI PENULISAN HADITH DALAM KARYA ULAMA’ MELAYU ... TRADISI PENULISAN HADITH...

91

TRADISI PENULISAN HADITH DALAM KARYA ULAMA MELAYU:KAJIAN TERHADAP KITAB AQIDAH

AL-NAJIN

Oleh:Faizuri bin Abdul Latif1

Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid2fa72@um.edu.myfaisal@um.edu.my

ABSTRACT

Malay Muslim scholars have built a writing tradition that forms the framework of Islamic thought which cover the whole field of knowledge. They are very active in the production of works in various Islamic disciplines such as `Aqidah, Fiqh, Tasawwuf, and so forth. In order to strengthen their reasoning against the contention raised, they have provided various arguments and evidence including the evidence of Hadith. Therefore, this study is performed to review the pattern and form of writing the Hadith in the works of Malay Muslim scholars, focusing on `Aqidah al-Najin. The main factor of this works selection as the case study is due to the fact that it is one of the best works ever produced by Malay Muslim scholars. Beside that, there are many Hadith presented in this work.

Keywords: `Aqidah al-Najin, Malay Muslim work, Tuan Minal

PENDAHULUAN

1 Faizuri bin Abd. Latif, PhD, adalah pensyarah di Jabatan Akidah Dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.2 Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid, M.A., adalah pensyarah di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dan kini sedang mengikuti pengajian di peringkat PhD di jabatan yang sama.

LPS pruf.indd 91 11/9/2010 11:14:47 AM

Jurnal Usuluddin

92

Kedatangan Islam adalah penyumbang utama kepada kelahiran kegiatan penulisan manuskrip. Jika ditinjau, pada zaman sebelum kedatangan Islam, pengaruh Hindu amat menebal di kalangan masyarakat Melayu yang meliputi pelbagai aspek kepercayaan, kesenian, kesusasteraan, dan sistem sosial. Islam telah menghapuskan elemen-elemen tersebut dengan menyadurkan unsur-unsur Islam dengan pelbagai pendekatan, antaranya pendekatan penulisan yang berkaitan dengan akidah, tasawuf, feqah, tauhid, dan sebagainya.

Penggunaan tulisan Jawi juga dikaitkan dengan kedatangan Islam. Islam telah memperkenalkan tulisan Jawi yang merupakan abjad-abjad Arab yang telah dibuat penyesuaian dan tambahan. Oleh itu, penulisan manuskrip berjalan dengan rancaknya di Alam Melayu dengan menggunakan tulisan Jawi. Hal ini dapat dibuktikan dengan wujudnya pusat-pusat penulisan manuskrip di istana-istana raja. Raja-raja Melayu mempunyai jurutulis yang akan menulis jikalau mendapat perkenan raja tersebut.3

Di samping itu, tulisan Jawi mempunyai pelbagai bentuk dan gaya. Kadangkala gaya tulisan sukar dipadankan dengan beberapa jenis khat Islam seperti khat Nasakh, khat Thuluth, dan khat Riq`ah. Manakala penggunaan kaligrafi juga menggunakan jenis khat tersebut dan ditambah dengan khat Kufi dan Diwani.4

Manuskrip Melayu merupakan warisan pemikiran dan kebudayaan bangsa dan negara pada zaman silam. Manuskrip Melayu sama ada yang menggunakan tulisan Jawi ataupun tulisan suku, selain ditulis di atas kertas, ia juga turut terdapat pada bahan-bahan penulisan yang terdahulu seperti batu, daun-daun lontara, kulit kayu deluang, di atas kulit-kulit binatang dan belulang, batang-batang buluh, tulang, tanduk serta logam.5 Sejak

kitab Jawi diperkenalkan kepada masyarakat Nusantara, ia telah mula 3 Wan Ali Wan Mamat (1996), Stail Tulisan Tangan dalam Manuskrip Melayu, Jurnal Filologi Melayu, Jil. 5, Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia, h. 106.4 Ab. Razak Ab. Karim (2001), Penggunaan Kaligarafi dalam Penulisan Warakah-Warkah Melayu: Satu Kajian, Jurnal Filologi Melayu, Jil. 9, Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia, h. 74. 5 Abdul Latiff Abu Bakar (1985), Warisan Dunia Melayu: Teras Peradaban Malaysia, Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, h. 71.

LPS pruf.indd 92 11/9/2010 11:14:47 AM

Tradisi Penulisan Hadith Dalam Karya Ulama Melayu: Kajian Terhadap Kitab Aqidah al-Najin

93

digunakan sebagai bahan pengajian agama Islam.6

Menurut pendapat Prof. Ismail Hussein, Sastera Melayu tradisi ialah Sastera Melayu pra-cetak. Beliau telah membahagikan sastera pra-cetak kepada dua kategori iaitu berbentuk lisan dan berbentuk penulisan. Beliau juga mengatakan bahawa Sastera Melayu yang tertulis pada zaman pra-cetak adalah manuskrip yang kebanyakannya di kumpul pada abad lapan belas dan sembilan belas.7 Kesemua manuskrip yang dilahirkan oleh para ulama terdahulu menerapkan pelbagai bentuk pengetahuan dari masyarakat yang menerima pelbagai pengaruh terutamanya pengaruh Islam, meliputi berbagai cabang ilmu seperti kesusasteraan, bahasa kesukuan Melayu, sejarah, ilmu pertabiban, dan adab istiadat serta kesusilaan.8 Melalui tulisan Jawi inilah berlakunya perkembangan tradisi persuratan Melayu yang meliputi pelbagai bidang dalam sastera kitab, sastera rakyat, sastera hikayat, sastera epik, sastera sejarah, sejarah undang-undang dan kenegaraan, risalah dan khutbah, prosa dan puisi, klasik dan moden.9 Hingga akhirnya tulisan Jawi telah menjadi satu bentuk penulisan rasmi bagi masyarakat Melayu pada ketika itu.

Dr. Muhammad Yusoff Hashim mengatakan bahawa pada tahun 1996, jumlah naskhah Melayu tradisional berbentuk tulisan di atas kertas telah ditemui di seluruh dunia lebih kurang lima ribu naskhah dalam 800 judul. Antara 800 judul itu 46 daripadanya adalah karya bercorak Islam, 47 bercorak sejarah, 41 buah berupa naskhah undang-undang, 116 buah bercorak puisi tradisional, 300 berbentuk penulisan teologi dan Islam, 100 naskhah yang lain adalah berbentuk rampaian.10

Berdasarkan kepada kenyataan ini, penulis merasakan bahawa menjadi satu keperluan kepada penulis untuk mengembangkan salah satu

warisan Melayu ini, kerana khazanah Melayu ini salah satu sifatnya ialah 6 Harun Mat Piah et al. (2006), Kesusasteraan Melayu Tradisional, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 42.7 Rohani Rustam dan Anwar Ridhwan (1979), Dokumentasi Kesusasteraan Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 73.8 Abdul Latiff Abu Bakar (1985), op.cit., h. 689 Siddiq Fadzil (Prof. Madya Dr. ) (April 2006), Kemelut Tulisan Jawi, Majalah Sinar Rohani, bil. 39, h. 28.10 Abdul Latiff Abu Bakar (1985), op.cit., h. 73.

LPS pruf.indd 93 11/9/2010 11:14:47 AM

Jurnal Usuluddin

94

ia akan hilang dan terhapus sekiranya tidak ada proses pengumpulan dan kajian yang lebih mendalam dilakukan.

PENULISAN HADITH DI KALANGAN ULAMA MELAYUBerbicara mengenai karya-karya ulama Melayu dalam bidang Hadith, penjelasan dari pengkaji sejarah ulama Nusantara iaitu Haji Wan Mohd Saghir menegaskan, penulisan Hadith oleh para ulama Asia Tenggara pada peringkat awal telah dilakukan oleh dua orang tokoh utama iaitu Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Syeikh Abdul Rauf bin al-Fansuri. Karya Hadith paling awal yang ditulis dalam bahasa Melayu yang telah ditemui ialah Kitab al-Fawaid al-Bahiyyah fi Hadith al-Nabawiyyah karangan Syeikh Nuruddin al-Raniri.11 Selain daripada dua nama ulama yang disebutkan di atas terdapat juga tokoh-tokoh ulama tradisional Melayu lain yang turut melibatkan diri dalam dunia penulisan Hadith.

Tokoh-tokoh lain ialah Syeikh Abdullah bin Abdul Mubin al-Fatani, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani, Syeikh Nawawi al-Bantani, Syeikh Wan Ali bin Abdul Rahman Kutan al-Kalantani, Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani, Syeikh Ahmad bin Muhammad Yunus Lingga, Syeikh Uthman bin Shihabuddin al-Funtiani (Pontianak), Syeikh Muhammad Mahfuz al-Tarmasi, Tuan Hussain Kedah, Syeikh Uthman Jalaluddin al-Kalantani, Syeikh Idris al-Marbawi, Haji Nik Abdullah bin Haji Wan Musa dan ramai lagi.12

Perkembangan pengajian Hadith di Malaysia mula berkembang dengan rancaknya apabila seorang tokoh luar telah berhijrah ke Kelantan, kedatangan Tok Khurasan banyak merubah corak dan gaya pengajian Hadith di Malaysia terutamanya di negeri Kelantan.13 Manakala di Patani, antara ulama yang paling terkenal menghasilkan karya termasuk karya dalam bidang Hadith ialah Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani di samping para ulama al-Fatani yang lain. Di sebelah utara Malaysia, salah seorang ulama yang banyak menyumbang dalam perkembangan bidang Hadith

11 Fauzi bin Deraman (1997), Karya-Karya Hadith Dalam Tulisan Jawi, Jurnal Usuluddin, bil 7, Disember 1997, h. 166.12 Hj.Wan Mohd Shaghir Abdullah (2000), Wawasan Pemikiran Islam Ulama Asia Tenggara, Jil. 1. Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah, h. 36.13 Nama sebenar beliau Abu Abdullah Sayyid Hasan bin Nur Hasan, telah datang ke Kelantan sekitar tahun 1911 atau 1912.

LPS pruf.indd 94 11/9/2010 11:14:47 AM

Tradisi Penulisan Hadith Dalam Karya Ulama Melayu: Kajian Terhadap Kitab Aqidah al-Najin

95

ialah Syeikh Mohd Idris al-Marbawi.14 Beliau merupakan anak melayu kelahiran Mekah pada tahun 1893.15 Semasa menuntut di Universiti al-Azhar, al-Marbawi telah mempelajari ilmu Hadith sehingga selesai menyempurnakan pengajian kitab Sahih Muslim.16 Antara sumbangan beliau yang terbesar dalam bidang Hadith ialah penghasilan kitab Bahr al-Madhi. Karya ini merupakan terjemahan dan susunan semula dan ulasan lengkap kepada kitab Sahih al-Turmudhi.17

KITAB `AQIDAH AL-NAJINKitab `Aqidah al-Najin merupakan salah sebuah karya akidah yang mengetengahkan disiplin ilmu Usuluddin yang merupakan salah satu disiplin ilmu yang sangat penting dalam Islam. Karya ini turut mengemukakan prinsip-prinsip ilmu Usuluddin atau digelar dengan ilmu Kalam yang mengabungkan antara dalil naqli (al-Quran dan al-Sunnah) dan aqli (dalil akal) untuk tatapan generasi yang akan datang. Karya yang mengandungi seratus empat puluh halaman ini selesai dikarang pada 1308H. bersamaan1890M..18 Karya ini merupakan karya ketiga Tuan Minal, iaitu dikarang tujuh tahun selepas karya pertama beliau yang juga membahaskan tentang ilmu akidah iaitu Kashf al-Ghaybiyyat yang dihasilkan pa